Monday 29 October 2012

Kami Di Restoran Hasan Ong


Assalammualaikum..
Bila kami balik Kota Tinggi, kalau berkesempatan kami memang singgah di Restoran Hasan Ong. Restoran yang menyajikan makanan laut. Ini adalah satu2nya restoran Chinese Food yang halal kat sini. The foods was great. Restoran ni sentiasa penuh dan sering dikunjungi oleh pencinta makanan laut. Masa aku sampai pun ada satu family dari Kulai baru beredar. Aku kenal diorang tu sebab diorang tu adalah saudara dengan member baik aku, Bob. Sampai je Alhamdulillah, ada satu meja kosong kat situ. Tak payah lah kami nak tunggu kan..


Tisu basah disediakan. Makanan laut kan hanyir..


Sementara menunggu makanan sampai, kena layan budak2 ni daripada meragam..biasanya Encik Hubby lah yang layan, sebab dia lebih sabar..ahaha..

 

Nampak tak Shifa tu yang terover. Dialah yang paling suka nak explore apa yang ada kat dalam handphone tu. Anna tumpang tengok je sebab takut kena lepuk dengan Shifa..wahaha..


Menu pertama yang sampai adalah siakap 3 rasa..nampak macam biasa je kan..tapi rasanya sungguh luar biasa..


Menu kedua ialah kailan goreng ikan masin..pun sedap..


Butter Prawn yang sangat rangup.


Lala masak pedas. Ni aku sorang je yang makan tau..sedap..


Menu yang paling ditunggu-tunggu..shark fin soup..mabeless..kalau korang nak pergi kat restoran ni, dibuka pada waktu malam sahaja. Harganya juga berpatutan. Jangan risau dengan kualiti rasanya sebab tukang masaknya juga adalah saudara Hasan Ong itu sendiri. Memang sentiasa sedap..




No comments: