Sunday 28 June 2020

Sambung Mendeko


Bismillahirrahmanirrahim..

Hari Ahad kalau kat Johor ni walaupun sektor awam bekerja, kakak masih rasa hari ni macam hari cuti jugak..lebih² lagi sekarang budak sekolah cuti sekolah..nampak berbelit pulak bahasa kakak hari ni πŸ€ͺ..

Ya doh bak kata budak² sekarang πŸ˜…..kadang² tu sampai lupa hari ni hari apa..kalau time sekolah tu rasa macam lama je nak sampai hari Khamis..sekarang, ehkkk..dah hari Jumaat wehhh 😯

Semalam kakak terjah IKEA lagi..tak sudah² kan 🀭..sebelum tu kakak singgah Aeon dulu sebab Anna anak kakak yang sulong tu kirim novel..perghhhh..susah giler nak cari novel untuk budak 12 tahun ni kan..banyak sangat lambakan novel cinta sampai penuh rak kat kedai buku tu..kalau buku motivasi boleh dikira dengan jari..

Lepas dah dapat satu, kakak pun deras pergi ke Kaison..nama je Kaison tu betul² kat tingkat 2 betul² atas kedai buku Popular..disebabkan pkpp, escalator kat depan Popular tu ditutup..terpaksa la menapak memusing jauh sikit..

Kat Kaison aku cari quotes frame..harga dia baru RM18.90..Anna kirim note book dengan pen kat situ..harga dia dalam RM6.90 untuk note book dan RM1.90 untuk pen..bosan dia kat rumah..dia macam aku jugak suka menulis dan membaca..

Shifa pulak tak kirim apa²..dia ni lebih suka bab² seni..suka melukis..satu lagi dia suka menjahit..bagi la dia jarum, kain dan benang..walaupun entah apa² yang dia jahit, tapi dia tekun..pagi petang siang malam dia dok menjahit πŸ˜…

Kat rumah diorang ada je tengok tv..tapi sebelum Zohor kakak dah suruh tutup tv sampai la ke petang lepas Asar baru boleh buka tv lagi..selebih waktu yang ada tu diorang buat la activities yang diorang minat..yang penting jangan bising..homework, pagi dah kena buat..dah siap homework, kakak la tukang send kat cikgu πŸ˜…

Lepas tu kakak terus ke IKEA..walaupun tak beratur berejam, tapi semalam orang memang ramai giler..ramai dah gaji kot..parking pun sampai ground floor penuh..tapi masih ada parking la..

Sebab memang dah plan nak beli 5 barang je, jadinya tak berlama la kakak kat situ walaupun terlebih satu barang yang memang tak ada dalam list 🀭..itu biasaaaaa πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Siap je kakak deras pulak ke pasar borong..sempat beli durian 3 bijik selain barang² basah..lepas tu kakak ke TJ Mart..biasa kalau ke sini kakak suka beli bawang, kentang, sayur dan telur..tak sah kalau tak singgah..sesudah je beli apa yang dihajati, ehkkkk ada lagi barang lupa nak beli..kakak singgah ke Mr DIY..cari barang² untuk projek Sains Shifa..


Thoodiaaa..akhirnya ada jugak benda yang menempel kat dinding..frame aritu masih belum ada photonya..makanya masih gak digantung sih 🀭..lagi beberapa peratus siap la tu..

Shelf tu kakak beli kat IKEA RM9.90 je..bracket dia tu kalau tak kakak nak beli model lain tapi dah habis..harga dia baru RM2.50 kalau ada..padahal last two weeks ada je melambak..yang ada model ni aje..

Pic ehsan ikeaapps 

Harga SANDSHULT ni RM7.50pcs bukan sepasang ya..tu yang terlebih bajet tu 🀦‍♀️..

Bunga tu sebenarnya tak ada dalam listed pun 🀭..saja gatal nak beli..sebab pernah terpandang kat YouTube pasal ada sorang student ni deko dorm dia camtu..

Pic ehsan ikeaapps 

Bunga ni namanya FEJKA..sebenarnya ada lebih dari satu jenis model dia FEJKA..yang ni harga dia RM24.90..kira mahal bagi kakak..

Pic ehsan ikeaapps 

Pasu tu kena beli asing..
PAPAJA ni harganya RM6.90..ok la ikut tema diorang..

Pic ehsan ikeaapps 

Benda ni pun kakak beli..sebab nak cukupkan ruang yang ada balance aritu..kakak suka la benda² macam ni..senang nak sorting..

Ok, itu je update untuk kali ni..kalau ada penambahan deko kakak update lagi..

Sekian..

Wednesday 24 June 2020

Deko Kecil Kecilan Namanya 🀭


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..pagi ni hujan..sejuk je rasa walaupun hati kadang² anashhh je dengan perangai masing-masing..tak tau la kenapa..padahal selalunya kakak relax je dengan perangai tak semenggah orang πŸ˜‚..faktor umur kot 🀭

Aritu kakak dah janji nak update pasal deko kan..hari ni baru kakak ada mood nak karang..sebenarnya dah progress sebelum pkp lagi..masa tu baru nak diclutter dan sorting barang yang nak guna ke tak..akhirnya banyak yg kena buang..

Benda boleh buang kenapa nak simpan 🀭..bukan guna pun..menyempitkan ruang lagi ada..tapi ada juga yang simpan..tapi ke store la jawabnya..


Bila pkpp, deras kakak pergi cari barang untuk deko..kakak beli cermin, jam, quilt cover, frame, artificial flower, basket insert dengan chest drawer..semuanya beli di ikea..senang nak matchy matchy..

Barang yang kakak beli pun harga mampu milik..paling mahal pun KULLEN chest 5 drawer RM349..berbaloi la, kalau kat luar ni harga dia pun dah RM600++..dah cari kat online ada je yang murah tapi takut tak semenggah bila baca feedbacknya..ni pun ngam² tinggal satu set..fuhh

Pic ehsan ikeaapps 

Pic ehsan ikeaapps 

Cermin ENUDDEN tu harganya RM79..mula² nak beli model NISSEDAL tapi harganya dah RM99 pulak..photo frame VΓ„XBO pulak harganya baru RM29.90..mula² nak cari frame besar tapi harganya semua RM30 ke atas..yang ni boleh masukkan gambar² kenangan..gitchew 🀭..masalahnya belum cuci gambonya pulak 🀦‍♀️

Pic ehsan ikeaapps

Ni contoh framenya..tak payah nak ketuk dinding banyak sangat..kakak paling fail bab drilling ni..


Pic ehsan ikeaapps

Bunga ni pilihan Shifa..dia suruh kakak beli bunga orked, tapi tak ada stock..ok la ni, dia pun puas hati..harga RM12.90..seminggu jugak dia decide dengan kakak dia nak letak apa kat atas chest drawer dia tu..

Pic ehsan ikeaapps

Jam ni pun berbaloi beli..wall clock STOMMA ni harga dia baru RM6.90..padahal dah ada jam dinding dah..tapi, sebab alang² murah, beli la satu..

 Pic ehsan ikeaapps 

Quilt cover TRΓ„DKRASSULA ni harga bergantung pada saiz..saiz queen ni harga dia RM49.90..


Disebabkan single size cuma ada satu pillowcase, kakak decided beli queen size..model quilt cover yang ni cuma ada 2 pillowcases, so lebihan quilt cover tu kakak potong jadikan single size..selebihnya tu la kakak buat 2 lagi pillowcases..bijak tak 🀭

Pic ehsan ikeaapps

Ni namanya basket insert..nama dalam surat beranak dia ANTONIUS..tujuannya untuk letak barang² yang mengemit tu kelihatan kemas kat dalam drawer..harganya cuma RM4.90



Macam ni la kekdahnya..kena anak² kakak memang patut ada benda ni dalam drawer..ni pun dah habis kemas kat mata dia πŸ™„



Nasib baik la encik suami ni jenis yang sangat teliti..dia selak service manual dua tiga kali je dia dah tau macam mana nak pasang..dia susun siap² kepingan papan tu dengan skru..kalau kakak la, 2 jam pun belum tentu siap πŸ˜…

Sekejapan dah berdiri teguh πŸ₯°

Malam tu jugak kakak mendeko bilik..anak² pun tak sabar tengok hasilnya walaupun masa tu quilt cover belum pasang sebab belum di adjust lagi..


Inilah hasil mendeko yang tak seberapa..langsir tu kakak beli kat Kaison harga dalam RM39.90 tak silap..lupa dah..


Bilik ni memanjang, susah nak cari angle..jadi la kan..frame tu kakak nak letak kat bawah jam tu kot..entah la tgk la kesesuaian..tak pun nak letak shelving unit kat situ..sebab nampak kosong sangat kan..

Baru la nampak bilik tu luas sikit..sejak bilik tu dah dideko, memang payah nak masuk bilik tu kalau dah berkunci..bukan apa, anak² kakak sibuk bertiktok kat dalam tu πŸ˜…

Kat ikea tu ada je barang boleh dibeli ikut kemampuan..kita kena kretif la kan..kakak kenot brain la ada yang kata apa aje la yang ada kat ikea tu..takde apa yang aku berkenan..ok deknon, kalau jenis yang tak pernah pegang penyapu tu baik toksah pergi..kalau takde yang berkenan pun toksah kau sound kat orang yang pergi sana..kalau tak ada perkara nak cakap lebih baik diam 🀐

Ok la, kakak rasa inilah entry yang paling panjang dan banyak picture..gigih kot kakak hapdet guna handphone je..jenuh nak menunggu picture tu loading..dengan kakak sekali loading 🀣

Kakak juga IKEA tak sponsor ya..harap maklum 🀭..ni entry deco suka suki je namanya..saja nak simpan kat sini..kang kalau hapdet kat fb, dikata ajet² je πŸ˜…..mendeko ni kena banyak sabar..kadang² ada benda tak boleh buat dalam satu masa..ikut kemampuan..

Sekian..






Sunday 21 June 2020

Kisah Baru Nak Beraya

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Hari ni baru ada mood nak menaip..sekarang ni kena tunggu mood, kalau tak memang tak ada entri la blog ajet² kakak ni 🀭..kalau ada masa pun tapi tak ada mood pun tak jadi juga..

Hari ni dah masuk raya ke berapa pun kakak lupa 🀦‍♀️..minggu lepas baru kakak balik kampung rumah mil..dapat la dua hari duduk kat sana..kebetulan adik mil datang dan rezeki kakak la dapat jumpa..

Sebenarnya kemarin dan semalam sepatutnya kakak dan family belah suami kakak bercuti di pusat peranginan..suami kakak sibuk ajak pergi tapi kakak menolak ya..

Bukan apa, kakak baru je jumpa mil kakak..pastu niatnya memang nak pergi melawat makcik & pakcik kakak kat Kluang..diorang dah sampai rumah kakak, apa salahnya kalau kakak dulukan mereka yg dah berkunjung ke rumah kakak kan..cuti² tu dah biasa pergi..

Lagipun tengah musim hujan ni kan..nak bercuti tempat macam tu macam tak kena je walaupun harga tengah murah..lebih² lagi kes wabak masih ada lagi..buat penat je lockdown aritu kan..nak kena apply cuti, nak kena cari duit lagi sebab plannya tiba² je..pulak tu tgh bulan..so solutionnya kena pilih yang penting dulu..

Suami kakak tak boleh kata apa la sebab sebelum ni kakak suruh cuti pasal ada hal penting pun dia tak nak kan..kalau dia nak jugak pergi trip kali ni memang something wrong la..

Anak² pun tak kisah kalau tak pergi..diorang pun kurang selesa bila 'terpaksa' berada di sesuatu tempat..budak² pun faham kot situasi diorang macam mana..aku je yang selalu paksa diorang..bila fikir² balik kenapa la aku mesti paksa diorang untuk nampak yang mereka terima dan selesa πŸ™„..

Maka, semalam kami bergerak menuju ke Kluang melawat makcik dan pakcik kami..mula² pergi rumah makcik dulu..kami dihidangkan dengan nasi ayam yang sangat marvelous πŸ₯°..siap bertambah tambah lagi..senak perut kakak dibuatnya..lepas tu makan durian dari belakang rumah..lagi la kakak happy..

Anak² sepupu pun gembira bila kami datang..seronok diorang bercerita walaupun kitorang memang jarang berjumpa..setahun sekali kot..begitu la kan bila orang ikhlas terima kedatangan kita..kita pun terharu dan rasa dihargai..bukannya bila kita datang, awak terperuk kat dalam bilik..kau fikir apa yang tetamu expect?

Lepas tu kami pergi ke rumah pakcik pulak..kami lega bila kami dihidangkan dengan keropok lekor, keropok biasa dan air cendol..tak la rasa berat sangat kan..hidangan minum petang je..tu pun dah kenyang gila..

Lepas dah tersadai buat kali kedua, tiba² pakcik kakak kata "meh makan nasi"..muka kakak jadi macam ni 😳😳😳..matilanakkkkk!!! Nak tak nak lepas dipaksa habis jugak lauk sambal sotong, ikan cencaru sumbat, telur dadar dan sayur lemak kami makan..dalam kereta masing² mengantuk kekenyangan πŸ˜‚..

Sampai rumah kakak mandi terus tertidur sampai subuh 🀣..pagi² badan pun rasa segar dan bertenaga..tu yang rasa bersemangat nak menaip entry kali ni..aura positive ni memang lain macam kan..kalah aura ke-19 🀭

Ok la..kalau ada masa nanti kakak nak update sambungan entry mendeko kakak hari tu..sebab mungkin agak panjang, tu yang nak buat entry tu hari yang lain..dada...

Sekiannn..