Friday 20 March 2020

Sesi Mengurungkan Diri


Bismillahirrahmanirrahim..


Hajatnya memang nak lepak² kat dalam bilik je..tapi, tak sampai 5 minit kepala dah pening..kakak ni bukan kaki memerap kat bilik la gamaknya..lebih² lagi dah biasa, asal bangkit je terus kemas katil, sapu lantai 🤗

Tapi kali ni kes lain..kes nak guling² atas katil pastu rasa menyesal sebab kena kemas balik 😂..dah tu pulak, anak² kejap² datang memekak 😟..padahal dah bagi task masing²..akhirnya dengan diorang, dengan tasknya sekali penuh atas katil..kakak pasghah je dek non 🙄.

Ada baiknya juga dapat berkurung kat rumah..boleh jugak kakak update blog kan..Encik bos kena kerja..jadi xde la kami berkurung bersama sama dan bercinta 🤭..kerja sektor perkhidmatan macam dia x boleh la nak cuti..ada kang x dapat kome² mandi wajib arini 🤣..

Habis kuih² frozen jiran² kakak borong..selagi ada yang menjual, selagi tu kakak support..tiber!!! 😝..tapi memang betul jugak..itu la hasil pendapatan diorang bila x dapat keluar bekerja..

Malam ni xtau camne kakak nak pergi pasar borong sebab nak beli barang basah untuk seminggu..tak pun sampai lockdown ni selesai..bukan kakak nak buat panic buying..tapi sebab kakak xnak kerap sangat keluar.. jimat tau duit kakak minggu ni..sebab belanja secara berhemat..paham² la kan 🤭

Shortlist la barang² penting je..sebab xmau jadi macam selalu madang terlupa je..memang la beli mcm biasa, kalau boleh jangan sampai terlupa benda penting yg kena beli tu..cara ni boleh menghalang kekerapan korang keluar rumah..kalau hari biasa korang lupa then keluar pergi kedai doploh kali sehari pun orang x kisah..

Orang kita ni dia punya tahap ungkal tu, bukan semua ya, sangatlah annoying..agaknya nak tunggu kena tembak dengan senapang gajah baru ada akal 🙄..sedih la korang ni..malu tau kat negara luar..ikut je la arahan..anak korang kalau x dengar arahan mau hijau muka korang kan 🤢.

Lagi satu yang buat kakak super annoyed bila kat socmed acah² kaitkan dengan politic..adoi..sudah² la..x faham la diorang ni..nak tunjuk terlalu prihatin, nak tunjuk diri tu bijak tapi sebenarnya kau bias..kau sebenarnya lebih menambah masalah daripada kau dapat selesaikannya..

Ini bukan masanya ok nak salahkan mana² pihak..teruskan lockdown diri tu..kalau boleh orang camni lockdown sekali internet dia..biar dia boleh tahan kemarahan dia yg ajet² tu kat socmed..

Ok la, kakak nak angkat kain jemuran..ajer jadi keropok agaknya 😆..

Wednesday 18 March 2020

Cerita Cuti Sekolah


Assalammualaikum..

Disebabkan sekarang kat Malaysia tengah lockdown, makanya anak² dapat extra cuti sekolah..kakak pun tumpang happy..selain dapat lebih lama bersama keluarga, kerja kakak pun dapat diminimakan..🤭

Mujur la kakak memang suka duduk rumah..jadi, tak ada masalah sibuk nak me time ke..cuma kadang² tu kena keluar jugak la nak beli barang dapur..

Kakak baru je balik dari kampung masa pengumuman lockdown tu..alhamdulillah, kakak sempat jugak melawat mil kakak..sejak mil balik dari umrah 1 March aritu, baru last week kakak dapat melawat..tu pun kalau tak, tak dapat pergi masa awal cuti sekolah aritu sebab encik bos suruh pergi Khamis ni je sekalikan dengan kenduri kahwin kat area Kota Tinggi ni jugak..

Mujur kakak berkeras nak pergi last week tu jugak..kalau tak, mil pun kakak tak dapat jumpa, kenduri pun kakak tak dapat pergi..tu pun kakak kirim siap² kat kakak pengantin..nanges tau kakak kalau jadi pengantin tu 😭

Masa kat kampung, sempat kami empat beranak bergotong royong menebas pokok keliling rumah..Encik Bos pulak siap tebang dahan pokok mangga depan rumah sebab menghalang penglihatan..jenuh jugak nak bersihkan ranting² dan daun mangga tu..alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun cuaca panas lit lit 😓


Sepanjang 3 hari kat kampung, masa hari terakhir tu rezeki kami la bila ada jiran buat kenduri kahwin..dapat pulak berkat dari bapa pengantin sendiri datang hantar ke rumah mil..

Lepas tu datang pulak idea nak makan pakai dulang..berselera kakak anak beranak makan walaupun dapat lauk ayam je..syukur alhamdulillah sangat..sedap nasi berianinya..puas jugak makan..kat dalam pic ni nasinya banyak ya dek non..tu pun ada lagi semangkuk tak berusik..moga dimurahkan rezeki pada yang memberi..

Ok la, kakak nak tgk movie pulak..almaklomla asetero bagi free movie channel 🤭..dapat la kakak anak beranak menikmati movie sepanjang cuti ni..besok kakak nak buat operas kemas stor pulak..adehhhh..