Saturday 29 September 2012

Gangguan Seksual


Pergh..boleh pulak ada customer kap lam ya nga masuk tanya itu ini saat-saat akhir. Kalau tanya pasal barang yang aku jual ok jugak. Ini tanya pasal hal2 yang tak berkenaan. Aku memang buat-buat berani tapi dalam hati, hanya tuhan yang tahu..menggigil kepala lutut aku tau!

Mula-mula tanya harga barang tu satu alasan je. Tapi, lama-lama kelain pulak soalannya. Boleh pulak dia cerita pasal ada sorang perempuan yang kerja kat deret office aku ni. Dia kata perempuan tu cantik woo..badan dia memang sedap! Hamboi! Macam penah ko ratah badan dia pulak..

Aku anggap dia tak tahu nak cakap macam mana. Bila dia cerita lagi, memang sah la dia maksudkan perkara yang aku fikir mula-mula tadi. Lepas dia tanya pasal budak tu, dia tanya hal aku pulak. Dia tanya aku dah kahwin ke belum, umur berapa dengan nada yang mengada-ngada okeh! Aku malas nak berbahasa basi lagi. Kang makin dilayan makin menjadi pulak.

Macam-macam dia puji aku sampai aku naik meluat! Boleh dia kata badan orang melayu ni memang cantik, memang sedap! Eiiii!!! Macam aku nak ganyang je mulut dia tu. Dalam hati aku berdoa banyak-banyak biar dia bla cepat..dah la sunyi kat sini..adeh..Alhamdulillah..masa aku tulis entry ni, dia dah bla da..tapi, aku yang seram nak balik. Dah la kena jalan kaki sebab abang aku tak ada. Hubby aku pulak balik lambat..macam mana ni?! Tawakal je lah..




Doa dan Motivasi






Gara-gara Adam & Hawa


Wahaha..mood aku dah up balik ni..hehe..sebabnya aku tengah syok tengok cerita Adam & Hawa kat lappy. Aku dah baca cerita ni dan aku rasa biasa-biasa je. Tapi, bila dah diadaptasi, best pulak ceritanya..mungkin sebab keberkesanan lakonannnya. Bukan sebab Aaron Aziz je. Aku rasa lakona Nadia Nisaa ni pun memang menjadi. Lebih-lebih lagi masa scene dia mengamuk sebab kena tangkap basah. Memang dia blow Aaron habis2! Huhuhu..

Apa yang aku nak cerita sekarang ni, gara-gara scene masa kat Australia. Mama Am (Aaron Aziz) cakap yang dia suka makan Fish & Chips kalau pergi Australia..huhu..jangan kata mama dia..haku ni pun dan2 nak makan tau..kahkahkah..maka, bermulalah misi mencari Fish & Chips..dan yang paling dekat kat Rest D'Corner..


Ok la kan buat lepas gian..nanti la aku return balik makan Fish & Chips kat The Manhattan Fish Market. Sedap woo makanan kat situ. Baru-baru ni aku pernah nak makan kat situ lagi tapi malangnya staff dia kata ada problem kitchen pulak..haih..kempunan jap..huhu..


Gila ah kalau tak nak makan benda ni..kredit kat empunya gambar yang aku amik kat google ni..memang mabeless lah..


Dan lebih heaven ianya kelihatan seperti ini..adeh la..slurp..ini gambar pun ehsan google..harus lah esok kami ke sana ya..hehe..sambung tengok cerita Adam & Hawa..huhu..






Moody


Hari ni nak update entry pun moody..mengantuk..mungkin sebab makan nasi lemak pagi tadi. Banyak mak aku masak nasi lemak pagi tadi sebab kakak aku yang kedua bermalam kat rumah aku. Aku yang cadang nak buat nasi lemak malam tadi, tapi mak aku pagi-pagi dah siapkan..hehehe..meacih mak..aku cuma tolong makan je..huhu..

Pagi-pagi rutin aku ialah mengemas dan mencuci kain baju yang melambak..kat rumah aku tak boleh satu hari tak cuci baju bajan ni..maklumlah..umatnya ramai..satu hari mahu 3-4 kali mandi dan salin baju. Pulak tu cuaca mendung je..memang tak sempat nak kering sebelum aku pergi kerja. Malam nanti lah aku lipat ehk..kadang-kadang mak aku tolong lipatkan kalau dia free. 

Alahmdulillah..aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Dari situ aku dapat ketenangan. Tapi, zaman sekarang ni ramai sangat yang suka memberontak, suka complaint dan kurang mensyukuri nikmat walau sedikit. Kalau yang sedikit itu pun tidak bersyukur, apa lagi nikmat yang banyak. Jangan biarkan minda kita rosak kerana terlalu memikirkan diri kita ditindas sedangkan dalam masa yang sama kita menerima segala kenikmatan yang diberikan. 

Aku memang tak pandai nak berhujah dan mencari kesilapan orang lain. Tapi, sebagai makhluk Allah yang tidak banyak ilmu apa lagi pahala yang dihisab, aku redha dengan rezeki yang datang. Kalau Allah tidak memberikannya, maka rezeki itu bukan untuk kita walau kita berusaha. Kita kena percaya pada rezeki. Bukan mengeluarkan statement2 protes yang hanya menunjukkan kelemahan kita sendiri..








Sebagai Renungan dan Peringatan Untuk Diri Sendiri



Aku tak mahu komen apa-apa, tepuk dada tanya iman kita..




Friday 28 September 2012

Pilih Tadika Untuk Anna



Saja aku tepek gambar Anna. Budak yang hari-hari dok tanya bila aku nak hantar dia pergi sekolah. Boleh menanah woo telinga aku ni tau..ahaha..setiap kali van sekolah lalu depan rumah, setiap kali tu jugak dia asyik tanya..''mama, bila kita nak sekolah?'' dan jawapan sinonim aku ''tahun depan''..ahaha..

Ramai jugak yang tanya aku kenapa tak sekolahkan budak Anna ni. Budak 4 tahun ramai yang dah sekolah. Ya, aku tahu..tapi tu bagi mereka yang berkemampuan. Duit tak tahu nak buat apa. Betul, memang bagus sekolahkan anak seawal umur 4 tahun, tak ada salahnya..tapi kalau setakat nak sekolahkan anak sebab nak bangga yang mereka mampu sekolahkan diorang kat sekolah mahal-mahal, tu yang aku tak gemar.

Aku memang dah target yang Anna masuk sekolah masa umur dia 5 tahun. Bukan aku tak mampu dari segi material..masa ni Shifa kecik lagi. Selain anak-anak aku, mak aku jugak jaga anak-anak abang aku. Yang sorang tengah nakal, yang sorang nak selia dia balik sekolah dan urus dia pergi sekolah agama pulak. Aku pun tak tahu yang aku boleh dapat kerja macam sekarang ni..

Kesian kat mak aku..mana nak ajar mengaji..dengan Shifa yang asyik dok mengempeng..haih la..memang hectic mak aku tu tau..mana la tak kena darah tinggi melayan kerenah cucu-cucunya..huhu..tapi, Alhamdulillah, lepas aku dapat kerja kat tempat baru ni, tugas mak aku dah makin mudah. Dia cuma jaga budak-budak dan ajar mengaji je..

Tugas-tugas kat rumah semua aku sempat buat..memang tip top lah..kalau cuaca baik, kain jemuran aku dah siap lipat terus! Huhuhu..cekap tak aku..huhu..bukan sebab aku cekap, tapi sebab masa kerja aku yang buat semua kerja rumah sempat buat sebelum aku pergi kerja..masa tu mak aku cuma baring-baring melayan Shifa yang suka mengempeng..hehehe..

Berbalik cerita tadi, sebenarnya aku dah tahu sekolah mana yang sesuai. Aku pilih Sekolah Darul Ilmu sebab selain akademik, sekolah ni juga mementingkan pendidikan Agama. Ada jugak sekolah lain seperti PASTI. Tapi aku rasa Darul Ilmu ni paling sesuai. Bukan sebab PASTI tu tak bagus..kita pun ada kuasa memilih kan..

Walaupun kehidupan kita moden, tak semestinya kita menolak didikan agama. Biarlah ianya seiring..aku nak didikan agama diterap dari kecil. Memang lah kat rumah aku dah terapkan nilai-nilainya, tapi ada lebih baik kalau Anna dapat terus dari sekolah. Budak-budak kalau dengan cikgu dia takut sikit..hehe..

Walaupun Anna belum sekolah lagi, Alhamdulillah..dia dah kenal huruf jawi, dah boleh baca surah Al-Fatihah selain doa-doa pendek..semoga Anna rajin belajar dan menjadi anak yang solehah buat Mama dan Papa ya..




Cerita Malam Tadi


Ini kisah malam tadi..kepada yang sedia maklum dan mana yang sempat datang rumah aku, mesti tahu yang bapa aku sedang sangat uzur. Dia mengalami kanser Penkreas dan dengan umurnya yang sudah menjangkau 85 tahun, sudah pasti keadaannya memang tak mengizinkan. Sedaya upaya kami sekeluarga memenuhi permintaannya. Malam tadi bapa aku nak makan mi goreng. Maka, aku pun mencari mi goreng yang dihajati. Dia tak memaksa kami belikan, dan sebagai anak permintaannya itu bukan lah sesuatu yang membebankan.

Malam tadi jugak aku pergi cari mi goreng. Kebetulan aku kena jemput abang aku kat tempat kerjanya. Cuaca malam tadi pun tak berapa baik. Angin bertiup kuat dan aku nampak cahaya kilat memancar di langit..puitis sungguh ayat aku tu ehk..huhu..satu-satu aku loading anak-anak aku masuk dalam kereta. Encik Hubby tolong pegangkan payung sebab cuaca dah mula gerimis.

Dalam perjalanan, keadaan cuaca semakin teruk. Hujan lebat mencurah-curah dan aku berdoa agar kami dapat menuju ke destinasi dengan selamat. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Encik Hubby pun memandu dengan kadar kelajuan sederhana dan kami selamat sampai.


Masa ni cuaca dah mula reda. Nasib baik tak banyak kenderaan. Sempat aku snap masa kat dalam kereta. Boring menunggu sebenarnya..huhu..lepas tu kami pergi ke kedai makan Nanzeela..


Tengok, special betul baby chair kat sini..siap alas bantal corak rimau lagi..huhu..masa aku snap gambar ni, hubby aku kata ''dah tak ada kerja lah tu''..huhu..


Baru duduk dah menguap dak Shifa ni..mesti selesa duduk kat kerusi tu..hehehe..


Sedang fikir sesuatu..sementara menunggu mi goreng, kami pun mengeteh sekali..aku order teh tarik, En Hubby order Nescafe suam dan Anna aku order Milo kurang ais..hehe..Shifa kongsi minum dengan aku..rasa-rasanya, apa yang Shifa ni fikirkan ehk?


Dia fikir nak keluar lah tu. Dia mana boleh lama-lama kat dalam tu..kena ada sesuatu yang boleh buat dia diam..huhu..


Aku order bubur untuk Shifa..baru lah dia senyap..sambil suapkan kat mulut dia, aku pun suap kat mulut aku sekali..ehehe..Anna tak suka makan bubur. Benda lembik-lembik ni dia tak suka. Sedap jugak bubur nasi ni tau..


Sedap bubur ni..Telur masin dia pun sedap..sebenarnya lama dah tak makan bubur berlauk ni. Masa mengandungkan Anna, puas aku makan tapi yang peliknya Anna tak suka makan bubur ni pulak..ehehe..


Anna sibuk main handphone je..suruh order lain pun dah tak mahu..


Perasan tak straw air Anna tu bengkok..huhu..Encik Hubby lah yang bengkokkan biar senang anak dia nak minum..kalau aku malas nak layan..pernah jugak dia minum dengan aku. Tapi masa tu Encik Hubby tak ada. Dia suruh aku bengkokkan macam mana papa dia buat tu..huhu..haih la..memang aku tak berseni tau. Aku bengkokkan jugak, tapi dia tak boleh sedut air..kakahkah..


Sampai aku habis makan dia macam ni je..budak-budak kalau dah pegang gadget, semua dah tak hirau. Milo ais dia pun aku tolong habiskan..kalau tak, orang lain baru nak mula, dia dah habis dulu..huhu..ini lah kisah malam tadi..oh ya, mi goreng yang aku beli tu bapa aku cuma jamah sikit je. Jadi lah, buat lepas teringin dia tu..bukan aku tak boleh masakkan, tapi masa tu dah pukul 9.30 malam, bahan pun tak ada..




Thursday 27 September 2012

Kenapa Mesti Pertikai?


Ececehh..banyak pulak entry aku hari ni ehk..maklumlah, idea bukan datang selalu. Idea yang datang tu bila mencurah-curah sayang kalau tak update. Takut terlupa..dan sebenarnya..cewah..dah macam lagu Yuna pulak..ekeke..aku cuma suka kongsi cerita kat sini. Sebabnya, aku jenis susah nak cerita kalau kat depan orang..hehehe..bila jumpa, lain kang ceritanya..huhu..

Tajuk entry aku tu macam aku nak emo lagi je ehk..memang pun..huhu..aku emo bila orang cakap kat aku, ''macam mana ehk ko boleh kahwin dengan laki ko?'' Gila ko berani tanya soalan macam tu?! Huhu..itu kerja Allah beb..kenapa mesti pertikai? Jodoh pertemuan di tangan Tuhan..aku jadi pelik dengan soalan-soalan macam tu.

Alhamdulillah, sampai sekarang aku bahagia dengan suami aku. Gaduh-gaduh manja tu biasa lah..korang yang dapat laki handsome pun bergaduh jugak..jangan nak membongak! ahaha..apa yang penting aku dapat cukup kasih sayang. Dapat suami yang memahami walaupun dapat jumpa 2 hari sekali..ekeke..

Dan yang paling penting, suami aku tu layak jadi IMAM kami. Rupa paras dah tak penting kalau tidak dapat  memelihara lidah. Sebab apa aku cakap macam tu, sebab aku tak suka lelaki yang suka cakap kotor dan lucah. Kononnya mereka tu open minded. Beb, kalau open minded pun kalau tak cakap kotor pun orang tahu awak tu open minded. Istilah tu dah tak boleh pakai dah sebab yang open tu minded, bukan lidah..ahaha..

Hurm..aku nak tanya kat orang pun aku fikir 18 kali. Tak nak orang kecik hati. Apa lagi nak pertikai kerja Tuhan..ishk3..ada juga orang suka tanya ''bila nak kahwin?'' Agak-agak korang, nak ke orang tu membujang je? Kesian tau..pernah dulu ada sorang kakak tu..selalu orang tanya dia bila nak kahwin. Umur kakak tu pun dah 40's. Bila umur dah macam tu, wajar tak orang tanya dia bila nak kahwin?

Nak tahu apa jawapan kakak tu? Huhuhu.."Ko tanya aku macam tu kenapa? Ko nak suruh aku amik laki ko ke?'' Amekaw! Ahaha..sarang tebuan jangan dijolok weh..mereka pun manusia biasa, ada hati dan perasaan. Apa lagi kalau dihina atau dicaci..kalau kena kat aku ko memang selamat lah sebab aku diam..kena macam kakak tadi tu..huhu..kalau hati tak panas, muka mesti merah!

Satu lagi bila orang tanya pasal anak. Semua orang yang dah berkahwin mesti nak anak. Kenapa nak soal macam tu? Kalau dia baru kahwin boleh diterima. Ini dah 10 tahun tak dapat anak..sedih weh orang tu..sepatutnya tanya diri sendiri..kenapa dia tak ada anak..anggap je yang dia masih belum ada rezeki. Sebab tu kerja Allah..kenapa mesti pertikai..kalau bukan rezeki dia pada anak, mungkin rezeki dia pada yang lain. 

Tak cukup tanya macam tu, bila dah ada anak sorang, tanya pulak bila nak tambah..aish..macam-macam manusia ni kan. Kita tak tahu masalah orang, so jangan banyak songeh boleh tak? Bukan semua masalah kita kena beritahu kat orang. Kalau orang beritahu pun, nanti korang cakap jugak..''itu pun nak cerita''. Kalau kita tak suka orang tanya benda sensitif kat kita, jangan sesekali tanya benda yang sensitif kat orang..

Renung-renungkan..maaf jika ada yang terasa..




Alahai..



Biar gambar yang berbicara..itu tajuk album dia sebenarnya..benda ni selalu terjadi pada aku..tapi ada Mak Jemah kesah?! Tapi biasa lah..mak Jemah ni kan kalis sindiran. Nak terasa pun kang dikata kita ni sentap..hahaha..donia kalau bertuankan lidah, macam ni lah..lidahkan tak bertulang..ahaha..apa motif lidah dengan tulang ehk? Hehehe..

Sebab tu lah lately ni malas nak berFB sejak sipolan telah mempunyai akaun FB yang baru ni..dah lah aku ni malas nak layan, tapi suka betul dia datang mengendeng kan..ishk3..pegi lah main jejauh ehk, kang kalau aku berbunyik tak sedap pulak awak nak dengar. Ada kang melatop kebabo nanti..dah lah ko kucar kacirkan hidup aku..huhu..kau ingat aku gumbira la macam tu ehk..

Mak aku tak ada ajar aku lawan cakap orang tua, tapi tu lah kan..bila orang tua tu dok sedap mengata hal aku dok bawah ketiak mak bapak, tu yang dulu aku hangin satu badan. Aku benonya malas nak cari gaduh kat kau. Sebabnya aku kesian kat bini kau tu sebab dapat laki suka cari gaduh dengan orang perempuan..eiii..malu lah..

Memang aku masih duduk bawah ketiak mak bapak aku. Motifnya, sebab aku yang jaga diaorang. Aku tak mahu cakap lebih apa jasa aku kat diorang tu. Tapi, sekurang-kurangnya respek sikit lah. Mana pergi sifat kepimpinan kau tu yang kononnya kuat berpolitik? Aku tak follow cara politik kau, kau dah sibuk nak meroyan. Politik is politik, jangan samakan cara kehidupan orang dengan cara politik kotor kau tu!

Sebab kau, aku dengan bini kau tak boleh nak jumpa. Padahal bini kau tu yang support kau dari tak ada apa-apa sampai jadi besar kepala. Mungkin ada segelintir kawan-kawan aku yang tahu cerita pasal ni dulu. Kepada yang tahu aku ucapkan terima kasih sebab memahami. Kepada yang tak faham tu, aku minta maaf sebab bukan senang nak puaskan hati semua orang.

Dan semalam aku terserempak isterinya..Kesian aku tengok. Nak je aku tegur dan ajak dia berborak, tapi aku takut lebam pulak biji mata dia kau kerjakan. Kau kan bencikan aku. Kau pulak kalau dah sayang isteri sangat, suka naik tangan. Tu pun sebab rahsia kau yang aku nampak dah terbongkar. Sumpah aku tak pernah cerita kat orang. Tapi, peribahasa pun ada menyebut, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..kalau aku tak cerita..mesti ada orang lain yang bercerita..siapalah aku nak cerita pasal orang..aku takut dosa tau!

Tiba-tiba aku nampak akaun FB dia yang baru..member aku kata ramai dah dia buat onar kat orang..semoga Allah memberinya hidayah dan lembutkan hatinya. Dulu pun aku penah kena macam ni jugak.  Tapi kawan aku yang lain lah. Husband dia pun kaki hangin. Panas baran tak tentu pasal. Nasib baik lah sekarang dia dah masuk penjara. Kalau ada kat luar ni, ada lunyai bini dia, dia kerjakan..

Peringatan untuk diri sendiri, jangan sesekali sibuk menilai orang lain. Orang salah pun marah kalau orang kata dia salah. Inikan pula orang yang tak bersalah. Kita kena repect orang kalau mahu orang respect kita. Aku anggap dugaan yang datang tu sebagai pengajaran supaya aku lebih berhati-hati..




Amnashifa Ab Aziz




Inilah baby yang semangat tu..huhu..sorry, tak clear sebab gambar ni aku celok kat fb abang aku. Aku tak sempat nak ambil gambar dia sebab selepas dilahirkan, dia telah dikuarantin. Esoknya baru aku dapat belek..hehehe..


Ni selepas beberapa hari..geyamnya tengok dia macam ni..gebu jek..


Ni pun masa dalam hari. Versi celik..ini budak tak tentu tidurnya. Kalau siang tidur, malam tak tidur. Kalau siang tak tidur, malam dia tidur je..lepas hari baru tidur macam biasa..


Pakai gown baru nampak gurly sikit..kalau tak mesti orang tengok anak aku ni lelaki. Padahal masa pregnant aku masih nak anak perempuan. Alhamdulillah termakbul juga..sebabnya, Anna cepat besar dan aku masih rindu nak main2 dengan baby gurl..hehehe..


Puting adalah teman setianya..bila la dia ni tak nak puting ehk..kalau tak puting, adeh lah..tak sempura pulak harinya..fengsan aku!


Geram je aku masa ni sebab dia tengah chubby..


Lepas tu comel macam ni. Mak aku kata badan Shifa ikut style aku masa kecik. Tengok bila dia dah besar nanti..huhu..macam mak dia tak? Ekekeke..


Walaupun Shifa ni comel jek, tapi dia gagah tau! Tengok tu dia tengah cari mangsa! Hahaha..


Tengok tu, dia akan tersengih sebaik sahaja telah melepuk kakaknya..hehehe..tak baik tau dik, pegi salam kakak sana..huhu..Asyraf yang gagah tu pun kalah dengan dia..


Suka tengok gambar Shifa yang ni..hehehe..ok, sekian..




Dugaan..


Dugaan..dah macam episod Upin & Ipin pulak ehk..hehe..sambung balik cerita semalam..ok, sebelum aku di bawa ke theater room, seperti biasa nurse akan masukkan tiub kencing dulu..ewwww..bab ni lah yang aku tak suka. Nyilu weh! Rasa macam nak tendang je nurse yang masukkan tiub tu..tapi tak la nak tendang betul2..sebab tahap sabar memang banyak lagi..hehe..

Sampai je kat theater room, aku telah disuntik dengan epidural. Hilang nyilu aku yang amat tu. Perut hingga ke kaki dah mula kebas. Tapi!!! Adeh la, masa caesar dijalankan, aku betul-betul rasa yang perut aku sedang dipotong..Huwaaa!!! Sakitnya..Nurse tanya aku sakitnya macam mana. Tapi masa tu aku tak tahu nak describe macam mana. Nurse berikan penutup oksigen dan sepanjang caesar tu aku baca ayat kursi. 

Rupa-rupanya caesar anak pertama dan kedua ni tak sama rasanya. Doktor kata baby aku terlalu besar dan susah masa nak keluarkannya. Wahh!!! Perkataan tu yang aku dengar bila baby dapat dikeluarkan. Masa tu jugak doktor kata 'Big baby!' Alhamdulillah..baby aku selamat dilahirkan dan aku dengar tangisannya. Doktor pun nasihatkan aku, untuk kelahiran yang akan datang mungkin aku mengalami risiko untuk melahirkan sebab bekas jahitan yang dahulu masih terlekat dan sukar untuk dibedah.

Masa baby aku keluar tu, mata aku sempat tengok jam..2.11pm. Bergegar jugak stretcher masa nak keluarkan baby..Alhamdulillah semuanya selamat. Lepas baby aku dimandikan, terus saja nurse tunjuk kat aku. Dah tak tanya dah aku dapat anak perempuan atau lelaki..hehe..kali ni baby keluar seberat 4.4kg..

Sepanjang pembedahan tu, aku hanya rasa bisa je sehingga aku di bawa ke wad. Masa tu tak ada siapa yang tahu aku dah siap dibedah kecuali nurse dan doktor lah..huhu..waktu melawat pun dah habis. Aku tak tahu macam mana nak telefon hubby aku sebab aku tak tahu beg aku letak kat mana. Nak bangun pun tak boleh lagi sebab bius aku ada lagi. nasib baik ada suami kawan aku lalu. Aku lambai tangan kat dia nak pinjam handphone dia sekejap..

Selepas 2 hari kat hospital, aku dibenarkan balik. Masa nak discharge tu boleh pulak baby aku alami ruam. Terpaksa lah dia dibawa ke wad lain. Alhamdulillah baby tak ada apa-apa. Mungkin ruam biasa je dan kami selamat pulang ke rumah dan akulah orang yang paling gembira..hehehe..susah weh duduk kat hospital ni. Nak susukan anak aku pun susah sebab aku tak ada susu lagi dan baby aku tak mahu susu badan. Sorok2 bawa susu formula..tapi kat rumah aku pam la siap2 susu aku. Sepanjang berpantang baby aku minum susu badan. Lepas tu kering dah..




Wednesday 26 September 2012

Pengalaman Kedua


Hahaha..ni pengalaman kedua aku mengandung..lepas umur Anna setahun lebih, aku dah bersedia nakkan baby. Yelah, bila aku rasa aku betul-betul dah sihat, baru lah boleh fikir nak tambah satu lagi. Memandangkan aku lahirkan yang sulung tu secara Caesarean section, makanya aku kena jarakkan kelahiran. Berusahalah aku kan..hehe..tapi tak berjaya. Selepas setahun lebih baru lah aku disahkan hamil..huhu..

Gembira tak terkata macam hamil anak pertama pulak kan..hehehe..Masa tu aku ingat lagi hari pertama berpuasa tahun 2010..tarikhnya aku lupa pulak..ekeke..masa tu aku buat persiapan awal untuk raya tahun tu.  Aku pergi Jusco Bukit Indah untuk beli baju raya Anna. Lepas shopping baju Anna, aku punyalah beria nak beli ayam Nando's untuk Iftar hari tu. Lepas tu aku tergerak hati pulak nak beli pregnant test.

Esoknya pagi-pagi aku test benda alah tu..huhu..berdebar-debar tau! Bila aku tengok ada dua line, aku rasa macam nak melompat je..hahaha..lepas tu aku saja-saja letak pregnant tester tu kat atas meja konsol. Encik Hubby pun perasan. Sengih-sengih dia tengok benda alah tu, tapi dia tak kata apa. Aku tanya dia, dia suka tak? Dia angguk je..orang lelaki ni memang macam tu kan..huhu..

Seminggu sebelum tu aku balik kampung Kota sebab ada kenduri. Masa tu kakak ipar aku boleh tegur aku. Dia tanya aku demam ke? Aku jawablah tak, sebab masa tu aku rasa sihat je. Bukan main beria aku buat kerja kat dapur. Selalunya bila ada kenduri, MIL memang suka kalau aku tolong bahagian potong-potong dengan susun-susun kuih ni. Kemas katanya..ececehh..kembang montot aku jap..hahaha..

Bila aku tau yang aku hamil, tiba-tiba je terus rasa mual. Alhamdulillah, setakat mengandung 2 orang anak ni, aku tak ada masalah morning sickness yang serius. Biasa-biasa je, masih boleh makan lagi. Cuma pening-pening sikit je. Sebulan je aku macam tu, lepas tu aku okey balik. Cuma mengandung kali ni kaki aku awal-awal lagi dah bengkak macam hulk!

Setiap kali hubby aku balik, sebelum tidur hari-hari dia tolong picitkan sampai kaki aku kempis balik..ehehe..serius weh bengkaknya bukan main-main. Rasa berat macam pakai stokin batu! Lepas tu tidur mesti alas dengan bantal.

Masa kandungan aku berusia 8 bulan, tiba-tiba aku rasa baby macam tak bergerak. Waktu tu petang lepas aku balik dari kerja. Nasib baik malam tu hubby aku balik. Esoknya aku pergi klinik Jamiah untuk cek dan scan, dan doktor Jamiah kata baby memang tak gerak. Seram aku wei! Teringat masa aku nak bersalinkan Anna, ada sorang tu anak dia meninggal dalam perut masa kandungan 8 bulan.

Aku pergi Hospital Kulai dan aku ditahan wad. Setiap jam perut aku kena cek nak dengar bunyi jantung baby samada bunyi atau tak. Sepanjang hari aku relax je kat katil. Mak aku tak dapat lawat sebab dia mengajar mengaji. Semalaman jugak aku rindu kat Anna..Kami tak pernah berpisah tau. Malam tu Anna call,  rindunya aku kat dia. Tapi dia okey jek. Tak rindu aku pun..caitt! Esoknya aku discharge. Alhamdulillah, baby tak ada apa-apa..dia tidur je tu. Padahal aku punya lah lasak buat kerja.

Sebulan sebelum tarikh due, tiap-tiap minggu aku kena cek kat GH sampai la tiba waktunya. Ini kerana sebelum ni aku lahir secara caesar. Kali ni doktor cadangkan aku lahir normal. Mula-mula aku seram jugak yelah, dah syok caesar..huhu..tapi lepas tu aku redha je..

Aku dijangka bersalin pada 16 April 2011. 15 April aku dah kena standby kat wad. Doktor yang cek aku masa tu kata aku kena scan perut dulu sebab katanya perut aku besar. Aku pun scan dan doktor tak dapat bagi keputusan yang tepat dan aku terpaksa buat scan lagi. Kali ni ada 4 doktor pakar yang scan. Akhirnya dia kata yang kandungan aku dalam 4kg+. So, aku tak boleh bersalin normal. Pukul 11 malam aku dah mula berpuasa.

Esoknya pagi-pagi nurse dah suruh aku siap-siap mandi dan salin baju untuk caesar. Dalam pukul 8 pagi aku dijangka dibedah. Tunggu punya tunggu, pukul 1.30pm jugak baru aku dapat giliran. Sebab banyak kes yang kena didahulukan. Adeh..lapar sehh..puasa dari malam tadi..lepas tu bermula lah episodnya..

Bersambung....




Annasophea Ab Aziz



Inilah budak yang tak mahu keluar-keluar tu. Penuh je kan..hehe..masa ni memang aku tutup kepala dia dengan kain sebab sejuk..lepas tu aku pakaikan dia topi..tengah-tengah malam melalak sakan. Rupanya tak nak pakai topi..adess..masa ni muka dia tak bengkak-bengkak lagi..hehehe..



Masa ni tak sabar nak tengok dia celik..hehe..yang bagusnya waktu siang dia asyik tidur je..malam..hurm, kol 3 pagi aku baru boleh lelap..ahaha..nasib baik masa dalam hari je dia macam tu. Dah lepas hari, pukul 10 je dah tidur..sampai sekarang..


Masa ni sehari selepas aku keluar dari hospital. Lebat kan rambut dak ni..hehehe..tidur je lah kejenya..huhu..


Ni masa umur dia 12 hari..dapat jugak aku snap time dia celik..kalau tak, semuanya pejam..huhu..ekslusif, siap jelir lidah..ahaha..


Yang ni umur dia dalam 4 bulan..lepas tu dia membesar bagai johan..hehe..Anna ni masa kecik senang nak jaga. Tak banyak ragam, kuat susu..tapi, muka mesti masam..nasib baik la ko kiut nak..ahaha..ayat perasan!


Masa kecik, maintain gebu je dak ni. Mulut asyik nak mengunyah jek..Tu tengah kunyah timun. Favorite dia sampai sekarang..hehe..ni masa umur dia 2 tahun..tu je nak cerita pasal budak ni..nanti aku cerita pasal Shifa pulak..huhu..




Tuesday 25 September 2012

Pengalaman Melahirkan Anak Pertama


Nak cerita sikit sejarah-sejarah kelahiran Annasophea pulak..hehehe..bermulalah kisah kelahirannya..masa aku mengandungkannya, tak banyak masalah yang berlaku kecuali masalah kaki aku yang membengkak tak hengat! Ahaha..betis dah macam hulk tau..tapi aku sangat kuat dan tabah..hehe..bila aku disahkan mengandung, aku macam tak percaya sebab aku pernah jatuh sekali kat depan office sehari sebelumnya..Alhamdulillah..kandungan aku sihat.

Tak ada yang aku teringin sangat pun nak makan masa ni. Biasa-biasa je, cuma aku lebih kuat makan..ahaha..masa pergi klinik aku dijangka akan melahirkan pada 12/4/2008. Tapi, masa umur kandungan 8 bulan doktor scan dan mengatakan yang aku bakal melahirkan pada 10/3/2008. Maknanya awal sebulan lah kan..dah la aku nervous sebab tinggal lagi sebulan je nak melahirkan. Rupa-rupanya tinggal tunggu hari je..fuh! Nasib baik aku dah buat semua persiapan. Semua nervous pun dah hilang sebab aku semakin busy..ekeke..

Bila sampai tarikhnya, aku masih tiada tanda-tanda nak bersalin. Aku ok je..siap bayangkan macam mana lah aku sakit nanti..hish, meremang bulu roma. Cek kat klinik, doktor extend lagi seminggu. Kalau tak bersalin jugak, aku kena segera ke GH. Aku harap-harap sangat yang aku tak ke GH. Tapi, aku masih tiada tanda-tanda nak bersalin.

24/3/2008 aku pergi GH dan dimasukkan ke wad. Cek itu ini dan memasukkan ubat supaya aku ada contraction. Mula-mula macam ada rasa sakit juga, tapi lepas tu hilang. Maknanya usaha tu tak berjaya. Hari yang berikutnya aku dimasukkan ubat lagi, juga tak berjaya. Bila dah dua kali masuk ubat pun tak berjaya, maka aku dihantar ke labour room. Diorang nak suruh aku bersalin secara paksa..huhu..

Sebelum aku dihantar ke labour room, doktor telah memecahkan air ketuban aku..ewww..nyilu weh..tapi aku kuatkan semangat. Sebab aku nak sangat tengok muka anak aku. Aku ingat masa tu pukul 10 pagi. Kat labour room, aku sekali lagi dimasukkan ubat tapi jenis air. Doktor kata, biasanya kalau air ketuban dah dipecahkan, aku akan rasa sakit. Tapi, sampai pukul 10 malam aku tak rasa sakit. Habiskan masa tidur je. Lepas pukul 10 malam, doktor bagi tahu yang aku kena juga dibedah sebab ubat dah masuk badan terlalu lama dan masih tak melahirkan.

Masa tu aku memang tabah sangat. Dalam kepala waktu tu, aku nak sangat baby keluar dengan selamat. Itu je..hubby aku dah seram sejuk. First time aku tengok hubby aku kalut..hehe..akhirnya tepat pukul 1.30 pagi iaitu pada 29/3/2008 aku dimasukkan ke theater room. Tempat tu memang aneh bagi aku sebab suasana dia menyeramkan..hahaha..macam tengok filem dalam tv tu..huhu..lepas aku disuntik epidural, aku dah mula rasa kebas dari perut hingga ke kaki.

Masa doktor-doktor melakukan pembedahan tu, aku cuma relax je sambil melihat persekitaran. Ramai jugak pembantu-pembantu doktor kat bilik ni. Masing-masing relax je. Bila doktor keluarkan baby je masing-masing bertempiaran..hahaha..aku dengar suara pembantu doktor cakap 2.06am! Haha..waktu aku melahirkan baby.

Lepas tu aku terus tak sabar nak tengok rupa baby. Masa tu diorang terus je mandikan baby dan aku dengar ''hah..bagus, baby dah kencing, dah berak.'' Alhamdulillah..lepas tu aku dengar baby aku menangis..tak sabarnya..korang pun mesti rasa apa yang aku rasa kan..teruja dan syukur! Lepas tu aku dengar ''4kg, 55cm.'' ''Besarnya anak awak, makan apa ni?'' Yelah, mana aku tau anak sulong boleh besar macam tu..huhu..

Nurse tunjukkan baby kat aku..''Baby perempuan ke lelaki?'' tanya nurse tu..aku jawab perempuan! Masa tu sempat aku tengok rupa anak aku. Macam tu ke rupa dia? Bengkak2..huhu..ikut rupa siapa tu? Yang aku perasan sangat kulit baby tu putih melepak..hehe..Reaksi biasa ibu baru macam tu lah..ahaha..




Anna Merajuk


Dah nama budak kecik kan, macam-macam kerenahnya. Kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok..banyak yang tak ok lah selalunya..huhu..pagi tadi, lepas menyapu kat dalam rumah, aku siap2 sidai kain jemuran yang maha banyak. Rasa nak tumpang je ampaian kat rumah jiran aku..huhu..tapi idak le..pandai la aku adjust sana sini. Lepas tu aku sapu laman rumah a.k.a kawasan rumah depan pagar..uishh!!! Maha banyak jugak daun kering. Kalau tak sapu, harus ditiup angin dan sudahnya masuk kat dalam rumah..adeh..dah macam tukang kebun Majlis aku tau..hehehe..

Yang anak aku ni memang pantang tau kalau mak dia ni keluar dari pintu pagar. Anna la siapa lagi. Mula lah jadi wartawan atas pagar. Macam-macam dia interview aku. Tak jawab kang dia jawab kita balik..dush! Ni lah budak-budak zaman sekarang..kalau pasal menjawab memang number one! Disebabkan aku sangat lah busynya..aku banyak diam dari menjawab. ''Mama, mama cakap lah kenapa pokok tu tak ada buah!''. ''Haih la, macam mana nak berbuah..ini bukan pokok buah-buahan..bla..bla..bla..'' Kalau dah macam tu jawabnya, maknanya memang aku dah tahap hangin..hahaha..

''Mama ni banyak songeh kan.''

Adeh..rasa-rasa nak buat apa dengan budak ni kan. Mula-mula mendidih jugak...tapi lepas tu aku buat-buat merajuk. Aku diamkan diri jek, siapkan bahan-bahan untuk masak tengah hari. Anna pun macam dah tak sedap hati je. ''Mama, maafkan saya penunggu gua!'' 

Aku nak gelak pun ada, ada ke dia ikut dialog cerita P.Ramlee? Memang nak kena kan dengan aku budak ni..aku buat je kerja aku, kang dilayan sangat, kerja aku tak siap. 

''Adik, pergi tanya mama, mama nak air tak?'' cewah, dia memujuk pakai orang tengah pulak ehk..aku nak tengok sejauh mana dia pujuk aku..huhu..best jugak kenakan dia..ehehe..

''No no no.'' jawab Shifa..ahaha..memang itu la jawab dia kalau disuruh..hangin je Anna. Hamek kau bila Miss No no no bersuara..kahkahkah..

''Mama, cuba mama senyum. mesti cantik.'' Kahakahkah..lawak betul ko ni kak..

''Lain kali kalau nak cakap dengan orang tua, cakap elok-elok. Tak baik tau cakap macam tu.''

''Dosa mama ehk.''

''Ya, dosa!'' lepas tu aku tengok dia terus masuk bilik. Tak tau la dia buat apa. Aku pun sambung kerja memasak aku. Alih-alih aku dengar dia mengaji..hehehe..good kakak! Aku panggil-panggil dia pun dia diam je. Anna ni kadang-kadang dia mudah terasa hati. Kalau aku marah dia tak takut. Kalau aku cakap elok-elok, dia boleh emo..lepas tu bawa rajuk kat dalam bilik..

Hari ni aku masak kari ayam dan sayur petola je. Semerbak bau kari satu rumah. Tiba-tiba Anna keluar mintak makan. Hahaha..kuat betul penangan kari ayam aku ehk..kari pengikat kasih..ahahah..merajuk macam mana pun, bau kari je dia dah ok balik..ekeke..




Monday 24 September 2012

Tiba-tiba Cerita Emo Pulak


Tengah leka melangut, tiba-tiba sorang member aku call..''wei, busy ke?'' Hehehe..busy? Busy jugak lah..busy berangan..hahaha..kat opis lah tempat aku melepaskan lelah. Kat rumah, kepada yang sedia maklum, memang aku busy sesangat..busy dengan rumah tangga, anak-anak dan orang tua aku..tak apa, janji aku memang happy buat benda tu semua.

Happy? Kepada yang sedia maklum juga, aku kan memang happy go lucky! Kena marah pun boleh happy lagi..hahaha..''wei, ape cerita dengan kes dulu tu?''..tanya member aku tu lagi. Kes? Oh ya, kes tu aku anggap dah tutup. Malas nak fikir, buat serabut kepal hotak je. Aku nak happy2..

''Malas lah aku nak fikir beb, let it go!''

''Wei, ko ni memang kan. Orang dah buruk-burukkan ko pun, ko still buat tak ada apa-apa je,''

''Ko tak kenal aku beb?''

''Ya, aku kenal sangat dengan ko ni.''

''Thanks beb, sebab ko kenal aku.''

Kat hujung talian aku dengar dia mengeluh..

''Kesian kat ko beb...''

''Thanks beb, sebab ko kesiankan aku.''

Kesian aku tengok member aku yang sorang ni. Sepatutnya aku lah yang kena sedih. Mungkin dia geram dengan si pelaku. Aku? Apa ada hal..aku memang macam ni je..happy macam biasa. Dikutuk, dicaci, dihina..aku dah lali..aku tak suka nak serius sangat, sebab tu bukan aku..aku tak mahu melihat karmanya. Serius! Aku tak suka melihat karma orang lain! Aku benci!

Maaf? Kelemahan aku, aku memang mudah memaafkan orang. Walaupun aku tak ucapkannya, bila aku nampak tenang, aku dah memaafkannya. Dan itu satu perkara yang member aku ni sangat menyampah dengan aku..hahaha..Dah banyak kali member aku ni call tanya pasal aku dan banyak kali jugak aku katakan yang aku ok. 

Bukan lah aku nak kata diri aku ni sempurna. Tapi mungkin dah sifat aku macam tu dan tak bermakna aku tidak bersedih bila mendengar kesedihan orang lain. Beb, siapa nak pujuk hati kita kalau tak kita sendiri.   Dalam hidup ni aku tak mahu cari pasal dan buat orang cari pasal dengan aku. Siapa pula aku untuk menahan orang lain untuk cari pasal?

Jawapan memang tak ada kan. Pedulikan cakap-cakap orang, berdiam diri dan berdoa kesejahteraan mereka itu lebih baik. Itulah cara aku sebenarnya. Cara untuk aku kembali tenang. Dendam tu tak bagus, hati jadi keras minda jadi busuk...erk..betul ke macam tu? Huhuhu..





Koleksi Tudung



Inilah gerangan wanita yang suka membebel kat blog tu..hari ni bukan nak cerita pasal wanita ni ehk..cuma nak kongsi koleksi tudung dia je..hahaha..dulu dia ni banyak koleksi tudung Ariani. berpuluh-puluh jugak lah koleksinya tu. Tapi sekarang dah tak suka pakai dah. Habis dia wakaf kat kakak-kakaknya..

Tudung ni namanya tudung Bawal Printed. Kalau nak dibandingkan dengan tudung Ariani, tudung ni lagi murah. Baru RM7 je..1 tudung Ariani, boleh beli tudung ni 10 pasang tau! Kenapa beliau sudah beralih ke tudung murah ni..sebab dah bosan nak pakai tudung Ariani. Kalau sekarang orang sibuk pakai tudung Fareeda, beliau ni pulak belum berminat lagi katanya..hehehe..

Tudung yang ni baru je semalam beliau beli kat IOI Mall..hahaha..


Ini salah satu tudung kegemarannya..yang ni bukan Bawal Printed, tapi tudung Obama namaya..pelik pulak namanya..mungkin Barrack Obama pernah guna kain jenis ni buat buat baju..kahkahkah!!!


Yang ni Bawal Printed juga..beliau ni pose sama jek kan..balik-balik pose control cun..hahaha..nak buat macam mana kan..dah memang tak cun..huhu..ada banyak juga koleksinya..maklumlah, harga pun murah..itu saja lah ya. Beliau ni macam aku jugak. Suka beli barang-barang yang murah..yang penting cantik..hehehe..







Makan-makan


Semalam kami kan makan kat Restoran Borak Santai. Kepada yang teringin nak makan sup-sup, boleh la datang ke sini. Lokasinya berdekatan dengan kedai 2 One Smart. 


Semalam kami order ni je..agak-agak korang, mahal tak? Semua sekali RM30.50. Yang depan ni soto dan yang belakang tu sup daging..satay 10 cucuk je..kalau korang tau tempat-tempat jual sup yang best, roger-roger lah kat aku ehk..


Inilah budak yang melompat-lompat bila nampak satay tu..huhu..ni suka makan satay tahap gaban. Anna pulak tahap meletop! Hahaha..sebab kalau dia terhidu bau orang bakar satay je dia dah sibuk minta kami belikan satay. Kalau ternampak orang jual satay boleh lah nak sorok. Ini, dia terhidu..takkan nak tutup hidung dia pulak kan..zalim tu..huhu..


Hah, nampak tak tangan kat kerusi yang Shifa duduk tu. Itu tangan anak kepada pekerja restoran ni. Mungkin bil kami mahal termasuk caj layanan pelayan cilik ni kot..ehehehe..


Shifa sedang mendengar sesuatu dari pelayan cilik tu..ehehe..untuk pengetahuan korang, pelayan cilik ni telah melayan kami dengan 'baik'. Bukan sampai kami habis makan je..dia siap hantar kami kat kereta. Siap tutupkan pintu lagi..hehehe..adeh..





Kisah Hari Ahad


Semalam memang aku tak bersiaran. Banyak benda nak kena buat. Maklumlah..aku ni kan ibu serba boleh..kakakaka..perasan ehk..sebab apa aku cakap macam tu? Sebab semalam aku betulkan pili shower aku kat bilik air atas..nak suruh Encik Hubby, dia penat sokmo..wahaha..syian Abang Chubby ku tu..keje berat pun badan tetap maintain chubby..ekekeke..ampun ya bang, esok balik ayang cium tangan..ahahaha..

Pagi-pagi aku dah cantas pokok kari kat depan rumah, sebabnya pokok kari aku tu dah kena makan 'benar'..alah, binatang yang suka melekat kat daun tu..abis daun kari aku tu..banyak berjasa dengan jiran-jiran aku tau. Lepas tu aku trim pokok pandan aku yang dah jauh menjalar..hah, ni pun dah banyak berjasa. Jiran-jiran aku pun selalu mintak. Aku pulak tukang tanam..hahaha..selain pokok pandan dengan pokok kari, aku jugak tanam pokok turi dan pokok serai. Pokok serai aku dah tak hidup lagi. Mungkin sebab jiran-jiran aku rakus mencantas..kahkahkah..

Lepas aku siap berkebun, bermulalah episod masak-memasak aku..hehehe..semalam aku masak chili crab, kentang masak kicap, tempe goreng ketumbar dengan bayam goreng. Naik sakit tumit aku asyik berdiri je. Mungkin semalam aku period, tu yang sakit tahap meletop! Bukan gaban lagi..hehe..nasib baik Farin, anak sedara aku datang. Dia tolong cuci pinggan mangkuk..meacih..

Lepas semua makan dengan jayanya, aku dengan anak-anak aku cuma lepak-lepak kat depan rumah je. Nak jalan-jalan pun dah tak ada mood sebab penat. Bila dah boring lepak-lepak, aku ajak anak aku tidur kat atas. Tutup langsir, bukak kipas, bentang tilam, sumbat susu...settled! Maka, tidurlah kami anak beranak. Bosan betul aktiviti kami tu kan..hehehe..

Lama jugak kami tidur. Anna, celik mata je terus nak mandi. Cuma Shifa aku tak mandikan sebab nak hantar dia pergi gunting rambut..rambut dia kan dah panjang, rimas betul aku tengok..ehehe..maka, bersiaplah kami hantar Shifa pergi gunting rambutnya..Dia ok jek, tak nangis pun.

Lepas tu kami pergi ke Restoran Satay Borak Santai. Sebab nak tapaukan bapak aku sup daging. Bila dah singgah, takkan nak duduk je kan. Kami pun order sup daging dan nasi putih untuk Encik Hubby, soto untuk aku, 10 cucuk satay untuk anak-anak aku dan sup daging untuk di tapau. Bilnya RM30.50. Terkejut beruk aku..beruk pun tak terkejut macam aku tau! Mahalnya..nasib baiklah daging dia banyak..kalau tak, aku pergi  TJ Mart beli daging. Balik rumah terus masak..hahaha..

Lepas Maghrib kami pergi IOI Mall pulak cari mentol. Mentol kat ruang tamu terbakar..memang patut pun. Dah lima tahun kami duduk rumah ni dan baru sekali ni terbakar..huhu..masa kat IOI Mall aku beli mentol kat kedai DIY. Aku memang suka pergi kat sini sebab barang-barang dia semua murah-murah. Aku bukan beli mentol je, aku jugak beli senduk lauk..Hehe..tak habis-habis aku ni dengan senduk kan..hahaha..rupa-rupanya kat sini punya senduk lebih murah dari yang kat Cowboy tu..Kualitinya pun jauh lebih baik..kalau bawak mak aku ni, harus dia memborong..hehehe..

Itulah aktiviti memboringkan kami..anak-anak aku tak kisah, janji diorang dapat keluar bersama dengan kami dah memadai. Walaupun jalan-jalan dekat kawasan perumahan je. Nak tengok mood diorang okey, kami order satay je dah melompat macam beruk..kahkahkah!!!





Saturday 22 September 2012

Tutorial: Tiramisu


Semalam kan aku kata ada member aku nak datang, so malam tadi aku pun bertungkus lumus buat tiramisu. Tak lah leceh pun. Dapur pun tak berkecah..hehehe..mudah sangat-sangat nak membuatnya. Kenapa aku buat malam tadi? Ha, tiramisu ni sedap kalau makan sejuk2. Lepas aku buat, aku simpan kat dalam fridge. Nak buat pagi tadi memang tak sempat sebab aku kena masak lauk untuk tengah hari.


Ini antara bahan-bahan yang diperlukan. Aku guna kek shiffon oren sebab rasanya sedap. Kalau korang nak guna kek lain pun boleh. Aku beli yang dah siap je. Malas nak membaking..hehe..esen vanila aku pun tak ada cap. Sebab beli kat kedai bakery je..aku dapat resepi ni melalui google. Banyak jugak resepinya, tapi aku adjust sikit..hehe..sila semak resepi dulu ye..


Bahan-bahannya;

1 biji kek

1/2 cawan gula halus

1 buku philadelphia cream cheese

250ml whipping cream (aku guna sekotak je 200ml)

1 sudu teh esen vanila

1 tbs serbuk nescafe

1 cawan air suam

serbuk koko


Cara-caranya;



Mula-mula potong kek tadi macam ni..


Masukkan cream cheese dalam bekas. Huduhnya bekas aku..huhu..takpe bekas ni dah banyak berjasa. Putar cream cheese ni bersama gula, whipping cream dan esen vanila.


Putar sampai jadi berkrim macam ni. Lepas tu ketepikan.


Lembapkan kek tadi dengan air nescafe yang telah dibancuh. Korang jangan buat bancuh letak susu pulak..hehe..bancuh dengan air suam je..


Susun dalam bekas macam ni..


Tutup dengan cream cheese tadi. Buat selapis dulu..


Tabur serbuk koko macam ni. Lagi banyak lagi sedap..


Ulang step tadi sampai cream tadi habis..


Diakhiri dengan taburan serbuk koko..dah siap, simpan dulu kat dalam fridge..aku tak snap pun gambar tiramisu yang dah dipotong. Sebab tamunya akan datang malam nanti..teksturnya lembik macam krim kat kek. Kalau korang nak buat kat dalam gelas lagi bagus, senang nak makan..selamat mencuba!