Saturday 22 September 2012

Tutorial: Tiramisu


Semalam kan aku kata ada member aku nak datang, so malam tadi aku pun bertungkus lumus buat tiramisu. Tak lah leceh pun. Dapur pun tak berkecah..hehehe..mudah sangat-sangat nak membuatnya. Kenapa aku buat malam tadi? Ha, tiramisu ni sedap kalau makan sejuk2. Lepas aku buat, aku simpan kat dalam fridge. Nak buat pagi tadi memang tak sempat sebab aku kena masak lauk untuk tengah hari.


Ini antara bahan-bahan yang diperlukan. Aku guna kek shiffon oren sebab rasanya sedap. Kalau korang nak guna kek lain pun boleh. Aku beli yang dah siap je. Malas nak membaking..hehe..esen vanila aku pun tak ada cap. Sebab beli kat kedai bakery je..aku dapat resepi ni melalui google. Banyak jugak resepinya, tapi aku adjust sikit..hehe..sila semak resepi dulu ye..


Bahan-bahannya;

1 biji kek

1/2 cawan gula halus

1 buku philadelphia cream cheese

250ml whipping cream (aku guna sekotak je 200ml)

1 sudu teh esen vanila

1 tbs serbuk nescafe

1 cawan air suam

serbuk koko


Cara-caranya;



Mula-mula potong kek tadi macam ni..


Masukkan cream cheese dalam bekas. Huduhnya bekas aku..huhu..takpe bekas ni dah banyak berjasa. Putar cream cheese ni bersama gula, whipping cream dan esen vanila.


Putar sampai jadi berkrim macam ni. Lepas tu ketepikan.


Lembapkan kek tadi dengan air nescafe yang telah dibancuh. Korang jangan buat bancuh letak susu pulak..hehe..bancuh dengan air suam je..


Susun dalam bekas macam ni..


Tutup dengan cream cheese tadi. Buat selapis dulu..


Tabur serbuk koko macam ni. Lagi banyak lagi sedap..


Ulang step tadi sampai cream tadi habis..


Diakhiri dengan taburan serbuk koko..dah siap, simpan dulu kat dalam fridge..aku tak snap pun gambar tiramisu yang dah dipotong. Sebab tamunya akan datang malam nanti..teksturnya lembik macam krim kat kek. Kalau korang nak buat kat dalam gelas lagi bagus, senang nak makan..selamat mencuba!







No comments: