Thursday 23 May 2013

Celebrating Hubby's Birthday


Assalammualaikum..

Sebenarnya cerita ni dah lama..birthday En. Hubby pun dah lepas..hahaha..baru ni sempat nak update..maklumlah, mak ni busy weh..ok lah, benonya aku tak plan apa2 pun sempena birthday En Hubby ni..cuma pagi tu aku plan nak buat bihun goreng je..lauk untuk lunch pun aku tak plan pun..nak belanja En Hubby, mesti dia tak berapa suka lebih2 lagi aku dah tak bekerja walaupun duit belanja memang tak terusik..cewah, bunyi macam berlagak je kan..ahaha..

Pagi tu lepas siap mengemas, kakak ipar aku call tanya aku ada nak pergi mana2 tak..dia pun suggest ajak pergi picnic..aku pun beritahu kat En. Hubby dan dia pun setuju..makanya, bersiaplah aku memasak bihun untuk dibawa ke picnic..bukan setakat tu je..aku siap buat ayam goreng, buat air oren siap2 masuk kat dalam flask..stok2 jajan habis aku punggah masuk dalam plastik untuk dibawa sekali..memang plan last minute yang berjaya!

Segala kelengkapan semua dah siap, maka aku pun call kakak aku suruh dia join sama..kalau aku lah yang ajak, kakak aku memang on je..ahaha..sebab aku ni walaupun buat last minute plan, confirm je benda tu complete..nak kemana, nak makan apa, nak buat apa, semuanya memang terus set dalam kepala..so, diorang dah tak pening2 dah..start enjin terus jalan..

Bab plan2 macam ni memang aku ni sangat berbakat..kahkahkah..bukan nak puji diri..tapi aku ni memang tak suka kena marah, tak suka orang menunggu, tak suka meleceh..ahaha..senang cakap kalau nak kemana-mana pun En. Hubby just start enjin dan jalan..bab2 barang2 nak kena bawa dari A sampai Z memang aku yang settlekan..kalau aku takut lupa, siang2 aku pesan kat En. Hubby suruh ingatkan..biasanya kaedah memesan ni lebih meningkatkan lagi daya ingatan aku..tak perlu En. Hubby ingatkan, aku dah boleh ingat..hehehe..

Ok, plan terus ke Tanjung Balau..perjalanan kami memang lancar seperti yang dirancang..tapi, bila tiba di Tanjung Balau, hujan lebat selebatnya..chalet semua penuh dan kami tak ada tempat untuk berteduh..nak mandi laut lagi lah kan..mustahil kami dapat bermandi manda ala2 baywatch..kahkahkah..memang tak menahan..kami pun keluar dari kawasan Tanjung Balau..kami ke pantai Batu Layar pulak..tapi, semua pantai kat area berdekatan pun hujan..cuaca pun gelap..tapi untuk tidak mematikan semangat anak2 yang berkobar-kobar nak mandi laut, kami buat planB..alang2 dah sampai kan..

Kami decide pergi ke pantai kat Teluk Ramunia..jauh pun jauh la..janji kami dapat picnic..Alhamdulillah, tak hujan dan kami dapat menyewa chalet kat kawasan Tanjung Sepang..memang terbaik la chalet kat situ..betul2 privacy..kami anak beranak je yang berjimba kat situ..huhu..perkhidmatan kat chalet tu memang superb la bagi aku..semua lengkap..kami plan nak pergi lagi dan berbbq kat situ pulak sempena 6th Anniversary kami..huhu..


Maaf ya, bukan chalet ni yang kami sewa..huhu..ni chalet sebelah dengan chalet kami..best gila dapat stay kat sini..besar ni weh..


Chalet kami macam kat belakang Shifa tu..kami tak plan nak stay, so kami sewa chalet yang boleh kami bilas dan salin pakaian dengan selesa..kebetulan owner chalet ni member En. Hubby so dapat lah kami sewa dengan harga RM20 sehari..murah tak?


Suka gambar ni..syok betul diorang berjimba kan..yang depan ni semua anak buah aku kecuali yang misai tu lah..jotos kang kalau ngaku aku ni makcik dia..ahahaha..


Suka Anna dapat mandi laut..baru ni je dia nak mandi..kalau dulu memang penakut yang amat..kaki masuk pasir pun dah melalak..


Budak ni belum ada keberanian nak mandi laut..cantik kan pemandangan kat sini..


Aktiviti wajib untuk budak2..entah apa la yang dia buat..nak buat Squidwood katanya..

Ok lah..tinggal beberapa hari je kami nak ke sini lagi..tunggu entry aku yang lain ya..tata..



Sunday 5 May 2013

Yeah! Dah Mengundi!


Assalammualaikum..

Tiba juga hari yang dinantikan..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun aku terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih dari 3 jam..bayangkan, terpaksa berpanas dan berhujan..2 kali juga hujan turun sepanjang aku beratur panjang..tapi aku tak rasa stress pun sebab dapat berjumpa kawan baru masa sama2 beratur..hehe..

Walaupun lama menunggu, aku rasa happy je sebab masing2 melawak dan waktu yang membosankan tu terisi dengan cerita2 lawak dari mereka yang sama2 berbaris..tak seorang pun yang bercerita pasal politik..semuanya saling memahami walaupun kami berada di kelompok masyarakat majmuk..semua bangsa ada..Bangla je yang tak ada..ooppss!

Sistem pengundian sangat telus..jika tiada nama dalam senarai mereka, kita tak dibenarkan mengundi..masa aku masuk dewan mengundi pun kawalan sangat ketat dan melalui banyak procedure..mungkin sebab itu aku terpaksa tunggu lebih dari 3 jam..dari penyerahan IC untuk diperiksa, pengecaman diri, pegawai memanggil nama serta no IC untuk direkod, periksa jari, mengenakan dakwat kekal, pembahagian kertas undi dan buang undi..

Ok, tu je nak cerita untuk kali ini..oh ya, aku mengundi di SMK Bandar Putra Kulai..nak tidur jap lagi..kepala dah pening sebab berhujan berpanas tadi..kena pulak cuaca seram sejuk macam ni..huhu..berehat sebentar sebelum keputusan undian dikeluarkan..





Friday 3 May 2013

Jom Kita Mengundi


Assalammualaikum..

2 hari je lagi nak mengundi..sebahagian daripada kewajipan pada negara..aku tak nak lah bagi tahu aku pangkah mana sebab undi tu kan rahsia..tak kisah lah nak cenderung mana2 parti pun..bagi aku itu tak penting sebab tu hak masing2..

Ramai jugak aku tengok masing2 dok like, share dan komen page2 politik ni kat fb..aku tak kisah lah, tapi bagi aku, aku lebih suka memerhati dan like benda2 yang aku rasa tak memihak mana2..kalau sesuatu tu aku ada pengalaman mengenainya dan orang mahu memanipulasi fakta, masa tu aku akan komen berdasarkan pengalaman dan pengetahuan..tak mahu serkap jarang..

Adalah tidak adil bagi aku nak share mana2 video atau status yang belum tentu sahih..sebab, jika ianya tidak benar, aku dah jadi agen fitnah pulak..video pun aku rasa tak boleh percaya sangat..mungkin diedit dan disiarkan sebahagian sahaja..mungkin kebenaran video itu berlaku sebelum atau selepas video tersebut walaupun seminit..jadi, kebenaran tak boleh dinilai..

Dah nak dekat PRU ni memang ramai 'keyboard warrior'..masing2 bijak berhujah tanpa sedikit pun memikirkan perasaan orang lain..mereka kadang2 lupa siapa yang akan membaca komen serta status kita..kadang2 kita tak peduli pun siapa yang baca semata-mata nak orang tahu kita memihak pada siapa..

Aku tak nak sindir sesiapa pun cuma aku nak ingatkan diri aku sendiri..sebab tu aku lebih suka jadi pemerhati page2 politik menjelang PRU ni..tak mahu tuding siapa benar siapa salah seolah-olah kita sahaja di pihak yang betul..

Sebab bila kita menuding jari pada orang lain kerana orang itu salah, sedangkan diri kita juga fasiq kerana menuding jari pada orang salah tersebut..aku tak banyak amal dan aku tak mahu tambah dosa pula dengan perkara2 sebegini..nampak macam tak ada apa2, tapi disebalik keghairahan kita, kita lupa banyak perkara mungkar di situ..ditambah pula orang share pula daripada kita..astaghfirullah..

Nak cerita pasal agama pun ilmu tak penuh di dada..nak mencari pahala, dosa pula yang kita dapat..apa2 pun aku ucapkan selamat mengundi..