Sunday 4 December 2016

Destinasi Wajib Musim Cuti


Assalammualaikum..

Sebenarnya tak rancang pun..sekadar cadangan masa berbual kosong dengan adik ipar..tapi dengan harapan menjadi realiti la..hahaha..sementara kami berada di kampung Encik Boss, ada baiknya kami luangkan masa bercuti di pantai yang ada kat area Kota Tinggi ni..

Kami tak tetapkan pantai mana kami nak pergi..sebab kat Kota Tinggi ni memang banyak pantai² menarik..akhirnya Encik Boss dan aku ambil keputusan pergi ke Teluk Ramunia Beach Resort. Tempat kami selalu lepak² dulu..kira entry throwback la ni..sebab semalam kejadiannya ni..😆

Oh ya, kami pergi 4 sekeluarga..iaitu keluarga belah ipar² aku..memang seronok..pagi² kami sediakan mi goreng, ayam masak kari, sayur kacang, nuget, sosej dan kentang goreng..biras aku pulak bawa sayur nangka, mi goreng dan ikan pekasam..hurmmm..memang rambang mata nk makan yang mana dulu 😅..

Sampai je kami sewa 1 chalet betul² berhadapan dengan pantai untuk kitorang berehat dan bilas serta mandi. Suasana kat sini memang best ditambah pulak dengan cuaca yang baik..nak ikutkan, sekarang ni musim hujan..boleh dikatakan hari² hujan kat sini..tapi, tidak pada hari itu..

Kami suka pergi ke sini sebab pantainya berteluk..berteluk ok, bukan bertelor 😆😆😆..jadi, kita² je la yang berjimba kat situ..disebabkan semalam pantai surut sedikit, air pun tak berapa clear so tak boleh la nak snorkeling walaupun peralatan dah bawa siap²..

Lepas Maghrib, barulah kitorang beransur pulang..masing² tak mengadu letih termasuk Mr Pilot aku ahahaha..tapi hari ni baru terasa letihnya..kaki aku semalam terpijak batu kat pantai tu pun semakin terasa bisanya..terdengkot-dengkot aku berjalan..ok la tu je nak cerita..babai..









Friday 2 December 2016

Bajet Sekolah 2017


Assalammualaikum..

Entry hari ni memang banyak throwback..hehehe..almaklum la, busy adalah nama kedua aku..kikiki..padahal dah cuti sekolah, masih juga busy..takpe la akanku berusaha jgk menaip untuk siapkan entry ni..sebabnya, takut aku sendiri pun malas nak baca blog sendiri..hahaha..

Hari tu aku ada cerita pasal present kan..alhamdulillah, tahun ni anak² buat mama dia senyum lebar..diorang sangat cemerlang tahun ni..kalau Shifa dapat no 1, Anna pun begitu juga tapi untuk sekolah agama..alhamdulillah sangat²..Sekolah kebangsaan pula Anna dapat anugerah cemerlang dalam subjek Pemahaman..

Anna request jam jarum..ingin sangat dia nak pakai jam jarum..nasib baik dia tak mintak jam finding..ahahaha..ok nakkk, akan diusahakan..aku dah recce dah jam yg sesuai..tinggal belum beli je..tak boleh beli awal², nak beli time nak naik sekolah nanti..

Cerita pasal nak naik sekolah, aku belum lagi prepare apa²..bajet budak berdua tu je dekat RM2k..pulaknya tahun depan dua² sekolah Anna dilantik sebagai pengawas sekolah..tahun lepas Anna dilantik sebagai pengawas sekolah kebangsaan sahaja..uniform dulu baju kurung warna biru muda, tudung warna yg sama dan kain warna biru tua..tahun ni lain pulak..kena pakai kemeja, skirt labuh, neck tie, tudung dan vest pulak..bajet untuk dua pasang RM250.

Baju sekolah agama bajet dalam RM150 je sebab baju kurung je kan..tu bajet sahaja uolls..macam baju pengawas sekolah kebangsaan tu sekolah dah tetapkan baju jenama Felcon..boleh gitu? Ahahaha..apa² la kan..Janji nak sekolah..tapi kesian pulak pada yg tak berkemampuan..

Yuran dan buku sekolah bajet dalam RM288 untuk dua² sekolah Anna..Shifa dalam RM900 sebab dah bayar deposit sebelum ni..begitulah ceritanya..tu baru dua je anak..kalau yg ada lapan tu, harap maklum je la..sekian..