Saturday 22 February 2014

Dah Setahun Lebih



Assalammualaikum..

Apa khabar? Harap sihat hendaknya ya..Alhamdulillah, aku sihat wal'afiat setelah bertarung dengan selsema dan batuk yang sangat heavy lately ni..sebenarnya sebelum ni aku batuk dan selsema jugak, lepas tu ok dah..lepas dua minggu aku ok, batuk dan selsema aku datang balik dan lebik teruk dari yang sebelum ni..tak ada rahsia apa2..cuma makan ubat macam biasa..hehe..

Diam tak diam dah setahun lebih jugak aku jadi housewife..setakat ni semuanya ok..tak ada apa2 yang tak best sebab masa aku banyak terisi dengan kerja2 rumah dan anak2..sebenarnya, dari zaman sekolah lagi aku memang suka buat kerja2 rumah ni..maklumlah, mak aku dulu pun bekerja..aku dah biasa buat benda2 tu semua..

Mak aku dulu memang cerewet bab2 kebersihan dan kekemasan rumah..sebelum dia membebel, adalah lebih baik aku halang bebelannya tu dengan melakukan benda2 yang mak aku suka..haha..masa zaman sekolah dulu, kalau aku nak ke mana2 pun make sure aku kena siap mengemas rumah..

Sekarang ni ditambah pula dengan Taqris, masa aku memang betul2 terisi..mula2 memang kelam kabut dan penat sikit..dah lama2 aku jadi terbiasa..bila Taqris tak ada, aku jadi boring, kadang2 letih sebab tak tahu nak buat apa dah..hahaha..paling tak pun aku tidur je la..petang, kalau aku tak ada apa2 nak buat, aku ajak anak2 ke playground..

Percaya atau tak, dulu aku memang tak banyak masa berbual dengan jiran2..paling tak pun kami bertegur sapa sahaja..kenal pun jiran2 terdekat sahaja..sekarang baru lah aku dapat kenal jiran2 yang lain..tu pun terasa macam aku baru pindah kat perumahan ni..hehe..kesian kan..diorang pun selalu perhatikan aku..nak tanya pun tak berkesempatan..

Sampaikan diorang lebih kenal anak aku Anna dari aku sendiri..bila berbual, ada yang tak kenal aku siapa..bila aku cerita, baru diorang kata ''ohh..ni mama Anna ya..'' hehe..gelak je bila aku ingat balik..setakat ni, walaupun ramai dah jiran2 yang aku kenal, tapi tak lah sampai aku duduk bertangga berborak tak hengat donia..biasanya aku borak pun pasal anak2 dan apa yang berlaku kat perumahan jek..tak lebih dari tu..

Bila dah duduk rumah ni, ada sahaja jiran2 yang promote jual tu jual ni..masa aku kerja dulu, kalau ada apa2 yang diorang jual, aku main beli je..sekarang ni, dah bijak sikit, aku beli yang penting2 jek..ekeke..boleh dikatakan macam2 produk ada jual kat perumahan aku ni..tudung Fareeda la, tudung Aidijuma la, kain ela, kek cheese leleh la, baju, seluar, Avon, Tupperware, supplement, jamu, alat tulis pun kadang2 ada..duit je la..tapi, macam aku cakap tadi, aku beli benda2 yang penting jek..huhu..

Oh ya, post aku yang lepas aku ada cerita pasal kawan aku kan..bukan cerita apa pun..ianya sebenarnya tak melibatkan aku 100%..cuma diorang jadikan aku orang tengah nak selesaikan masalah diorang..jangan ingat aku ni bergaduh dengan diorang ya..sekarang masalah tak setel lagi sebab pihak yang lagi satu dah mintak maaf, tapi yang lagi satu macam tak nak layan je..apa2 pun aku doakan yang terbaik buat diorang..bukan apa, hari2 jumpa..tak syok la kalau nak bermasam muka je..hehehe..





Saturday 15 February 2014

Setiap Orang Pernah Buat Silap


Assalammualaikum..

Lately ni memang aku busy semedang..memang betul2 tak sempat nak melayan lappy..sempat layan facebook pun kat handphone je..tu pun sempat update je..lepas tu memang tak sempat apa2 dah..nak mereply pun tunggu 2-3 jam..haha..maaf la ya, aku betul2 tak sempat..

Sepanjang kebizian aku ni macam2 perkara berlaku..macam2 kisah berlaku dengan kawan2 yang kira rapat jugak la sekarang dengan aku..sebenarnya benda ni dah lama merebak, tapi aku malas nak campur sangat sebab semua pun kawan aku jugak..

 Itulah kan..kita ni kena sentiasa bersihkan hati kita..kalau hati kita ni sering berprasangka, ia melibatkan rohani kita juga..aku cerita pun bukan sebab aku rasa aku saja yang betul..tapi perkara macam ni banyak menyedarkan aku, banyak mengajar aku erti persahabatan, realiti kehidupan dan bagaimana nak mengatasi masalah macam ni..

Aku pun bukan tak pernah buat silap malah sampai sekarang pun aku sedang perbaikinya..bila ada suara2 yang masih nak ungkit, bagi aku biarkan mereka sehingga mereka puas..aku doakan suatu hari nanti mereka juga akan sedar, bukan mudah orang nak maafkan kita dengan seikhlas hati..

Sekarang ni manusia menghukum sesama mereka lebih zalim dari Penciptanya..kalau dengan Pencipta, kita masih boleh memohon ampun dengan sepenuh hati kita bila kita buat silap..tapi dengan manusia..walau dengan seikhlas hati pun belum tentu kemaafan kita boleh diterima dengan ikhlas dan hati terbuka..

Doa, doa, doa..itulah perkara yang penting untuk tetapkan hati kita..mereka yang menjadi tetamu syurga itu bukan hanya kerana menjaga solatnya semata..tapi ketetapan dan kebersihan hati juga menjadi keutamaan..adik2, kakak2, makcik2..aku bukan bercerita kosong..aku tak mahu apa yang diceritakan tentang wanita yang lebih ramai 'di sana' itu bukanlah wanita dikalangan kita..

Berbalik cerita aku tadi, aku tak nak berprasangka buruk pada sesiapa..kalau ada yang bercerita tentang keburukan kita, itu tidak bermakna kita boleh bercerita tentang keburukannya pula..dosa tetap dosa..bukan senang nak pelihara hati..jika kita boleh pelihara melalui perkataan belum tentu kita boleh pelihara melalui hati..apapun hati kena bersihkan dahulu..

''Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata'' ~surah Al-Ahzab ayat 58.