Monday 29 October 2012

Kami Di Restoran Hasan Ong


Assalammualaikum..
Bila kami balik Kota Tinggi, kalau berkesempatan kami memang singgah di Restoran Hasan Ong. Restoran yang menyajikan makanan laut. Ini adalah satu2nya restoran Chinese Food yang halal kat sini. The foods was great. Restoran ni sentiasa penuh dan sering dikunjungi oleh pencinta makanan laut. Masa aku sampai pun ada satu family dari Kulai baru beredar. Aku kenal diorang tu sebab diorang tu adalah saudara dengan member baik aku, Bob. Sampai je Alhamdulillah, ada satu meja kosong kat situ. Tak payah lah kami nak tunggu kan..


Tisu basah disediakan. Makanan laut kan hanyir..


Sementara menunggu makanan sampai, kena layan budak2 ni daripada meragam..biasanya Encik Hubby lah yang layan, sebab dia lebih sabar..ahaha..

 

Nampak tak Shifa tu yang terover. Dialah yang paling suka nak explore apa yang ada kat dalam handphone tu. Anna tumpang tengok je sebab takut kena lepuk dengan Shifa..wahaha..


Menu pertama yang sampai adalah siakap 3 rasa..nampak macam biasa je kan..tapi rasanya sungguh luar biasa..


Menu kedua ialah kailan goreng ikan masin..pun sedap..


Butter Prawn yang sangat rangup.


Lala masak pedas. Ni aku sorang je yang makan tau..sedap..


Menu yang paling ditunggu-tunggu..shark fin soup..mabeless..kalau korang nak pergi kat restoran ni, dibuka pada waktu malam sahaja. Harganya juga berpatutan. Jangan risau dengan kualiti rasanya sebab tukang masaknya juga adalah saudara Hasan Ong itu sendiri. Memang sentiasa sedap..




Aidiladha


Assalammualaikum..
Memandangkan dah 3 hari aku tak update blog makanya, ada jugak la cerita yang nak aku kongsi bersama..muehehe..aku nak upadate cerita pasal Aidiladha aku dulu..ok, persiapan memang dah aku susun jadi tak kelam kabut sangat. Malam tu adik beradik aku semua datang kecuali abang aku sebab dia kena jaga anak dia kat hospital. Oh ya, anak abang aku yang sulong yang namanya Firdaus telah dijangkiti demam denggi. Sebab tu abang aku kena jaga dia kat hospital. Firdaus ni nama je dah 13 tahun. Tapi, manjanya amat..asyik tunggu waktu melawat je. Kejap2 tanya bila ayah dia nak datang..ahaha..

Aktiviti masak memasak berlangsung dengan jayanya..malam tu kami ramai2 makan apa yang aku masak..huhu..masak biasa2 je..ayam masak merah, rendang daging dan sambal kacang..Abang ipar aku kata nak je dia beli satay sebab sambal kacang yang aku masak tu luar biasa sedapnya..kahkahkah..kuah lodeh pagi esoknya baru mak aku yang masakkan. Tugas aku pagi tu adalah mengemas rumah dan mencuci baju bajan..lepas tu siap2kan anak2 aku. Hari tu Shifa sentiasa jadi perhatian sebab semua suka dengan keletahnya. Ada2 jek keletah yang menggelikan hati.

Tengah hari pula, aku ke IOI Mall sekejap sebab nak beli sedikit keperluan diri. Tu pun tak lama sebab makcik aku dari Kluang datang dengan anak2 dan cucu2nya..meriah juga lah sebab sempat makan juadah raya kami. Lepas diorang balik baru lah aku bersiap-siap balik kampung..melompat-lompat Anna bila aku cakap nak balik kampung. Dia ni tak boleh cakap awal2..kang dan2 dia nak pergi..naik menanah kang telinga aku asyik dok ulang2 cakap nak balik kampung..huhu..

Dalam pukul 5.30 kami sampai Kota Tinggi. Adik beradik yang lain ada yang dah balik, ada yang belum sampai dan ada yang baru nak balik..so, malam tu hanya keluarga aku lah yang ada malam tu selain adik ipar, mak mertua dan atok. Kat kampung Shifa pun jadi perhatian sebab keletahnya yang mencuit hati. Mana taknya, kerjanya asyik merayap je. Memang tak takut orang..kalau Anna takut kucing, Shifa pulak dia kejar kucing..menjerit-jerit Anna dibuatnya..ahahaha..

Kat kampung tak banyak aktitviti yang kami buat. Selain tidur, celik mata je mak mertua dah ajak makan. Lepas tu sambung rehat, main game..tu je lah kerjanya..memang aku dapat rehat cukup2. Sampai letih badan aku sebab banyak sangat rehat..ahahaha..pagi Ahad tu mak mertua aku buatkan mi rebus untuk aku bawa balik Kulai. Sebelum balik kakak2 ipar aku datang. Meriah sekejap dengan riuh rendah cucu2 dan adik beradik bila sesekali berjumpa..


Sempat aku snap picture dalam album adik ipar aku..huhu..gambar2 lama Encik Hubby..Slim je kan Encik Hubby masa ni..sekarang..ahahaha..ini gambar2 adik beradik lelaki Encik Hubby..dari kiri, Andak, Along, Syukur, Encik Hubby dan yang depan tu Osman..agak2 mana yang paling handsome? Mesti lah Encik Hubby kan..wahaha..bang nanti belanja makan lagi ehk..ahahaha..




Thursday 25 October 2012

Salam Aidiladha


Assalammualaikum..
Salam Aidiladha kepada sesiapa yang tersinggah kat blog ni..hehehe..so sad, hari ni kena jugak kerja walaupun esok dah raya..aku dah mintak cuti, tapi bos aku approve cuti untuk hari Sabtu je..kiciwa den..ahaha..tapi hari ni bos aku benarkan balik cepat..ok, itu pun dah kira baik kan..mana boleh tutup office lama2..bankrupt kan..wahaha..

Bila itu keputusannya, apa yang ada kat dalam kepala adalah balik kerja terus beli barang untuk masak. Semua bahan2 seperti ayam, daging dan sayur2 aku dapat grab. Yang tak ada cuma daun ketupat..huh?! Daun ketupat tak ada? Penjual tu cakap, kalau nak daun ketupat kena tunggu esok? What? Adoyai..dan tahun ini dalam sejarah kami kena makan ketupat segera saja..weh..tak pernah ok..takpe, balik kampung kang aku cari ketupat..ahaha..

Sampai rumah, aku terus mandi. Lepas tu terus susun bahan2 yang nak kena kupas, gunting lada kering, sangai kelapa parut untuk buat kerisik dan lepas tu bersihkan ayam dan potong daging. Bahan2 aku bahagikan kepada 3..aku masukkan kat dalam bekas asing2 biar senang bila nak masak nanti. Tapi aku tak blend dulu sebab aku buat kerja tu sampai pagi. Ganggu jiran2 pulak kang. Lepas siap siang ayam dan daging, baru aku masuk tidur. Masa tu dah pukul 2.15 pagi..wahaha..anak2 aku pun dah tidur..sorang2 aku angkat masuk bilik.

Tadi, lepas siap masak untuk tengah hari, aku blend semua bahan2 untuk masak..masukkan kat dalam bekas dan simpan. Balik kerja nanti tinggal masak je..adeh..penatnya jangan cakap lah. Sampai office buat apa yang patut dulu. Lepas tu baru dapat rehat..mata pun baru lah terasa mengantuk..yang penting aku puas. Puas bila semua kerja dah settle. Tak payah nak bersengkang mata di malam raya. Tengok tv lagi syok!

Seperti biasa kakak2 aku akan datang bila selesai urusan diorang kat rumah. Bagi aku kalau diorang tak tolong pun tak apa. Janji diorang ada untuk memeriahkan rumah kami. Kalau diorang datang dan semuanya dah siap, lagi aku suka. Aku ni jenis tak suka orang ramai2 kat dapur. Aku lagi suka bila adik beradik lain datang dan kami bersembang je..

Apa yang lebih penting nilai kekeluargaan harus dipupuk setiap masa. Kalau dulu kakak2 aku yang sibuk menyediakan juadah, apa salahnya sekarang aku pulak menyediakannya.Kakak2 aku ni boleh dikatakan idola aku kalau bab masak2 ni. Kalau ada yang terkurang, diorang tak pernah lokek menurunkan ilmu. Masing2 punyai kelebihan tersendiri. Kalau boleh aku nak jadi macam diorang. Walaupun sibuk bekerja, tetapi tetap ada masa untuk memasak, mengemas dan bersama keluarga tanpa ada sebarang alasan. 

Dikesempatan ini, aku ucapkan Salam Aidiladha. Raya korban bukan sekadar kita korbankan lembu utnuk diagih-agihkan. Setiap apa yang kita usahakan kepada setiap manusia itu tanpa inginkan balasan adalah satu pengorbanan besar untuk diri kita. 



Wednesday 24 October 2012

Aku dan Filem


Assalammualaikum..
Tak tau dah nak letak tajuk apa untuk entry ni..huhu..semalam aku boleh terlupa pulak update blog..padahal jengah jugak blog aku ni..haha..sebabnya aku tengah khusyuk tengok cerita Winter Sonata..akakaka..orang lain dah muak2 tengok tapi serius, aku baru first time ni tengok..ahahaha..tu pun sebab demam Korea tengah melanda kat jiwa aku ni..tiba2 je kan..haaa..dulu eksen tak nak tengok cerita Korea, nak tengok cerita Jepun jek..wahaha..

Baru tengok sampai episod 8 aku dah emo..jangan kata 8, episod pertama pun dah emo..ahahaha..aku lempang emo aku ni baru tau..akakaka..bagi aku cerita ni walaupun tak banyak episod macam cerita Endon yang sampai beratus-ratus episod tu, ceritanya sangat tersusun dan ada point tertentu. Dengan jalan cerita yang menarik ditambah dengan lakonan yang hebat, penonton mudah tertarik. Tak perlu pakai pakaian seksi pun cerita cinta seperti ini boleh sampai ke jiwa penonton..betul tak?

Episod pertama saja dah buat aku rasa nak tengok episod seterusnya..kadang2 ada cerita bersiri ni mula2 macam lemau je kan..dah sampai tengah2 episod baru la rasa nak tengok lagi..bagi aku cerita bersiri Melayu yang aku suka tengok dari mula adalah cerita Adam dan Hawa..kalau kat TV3 sekarang ni aku cuma sempat tengok drama SaifulNita.

Walaupun aku kadang2 rasa lakonan Keilafairy tu macam tak berapa nak sampai, tapi lakonan pelakon lain sangat berkesan..bagi aku kalau beri Keilafairy tu berlakon tanpa dialog mesti lagi ok..akakaka..ini pendapat aku lah..sebab kadang2 intonasi dialog dia macam tak kena je..mamat yang jadi Saiful tu aku rasa lakonan dia ok walaupun dia masih baru kan..

Pernah tak korang tengok cerita dari Iran? Aku pernah beberapa kali tengok cerita Iran dan cerita2 mereka membuatkan aku sangat terkesan dengan jalan ceritanya. Bila scene sedih, lakonan mereka betul2 buatkan kita rasa sedih seperti kita alami kejadian itu..kuatkan pengaruh cerita itu jika lakonan serta jalan ceritanya betul2 berkesan. Walaupun dilakonkan oleh kanak2, filem mereka telah membuatkan aku tertarik untuk menontonnya..

Kalau cerita Hindustan ni bergantung dengan pelakon dia jugak kalau aku nak tengok..ahaha..kalau pelakon baru ni aku masih belum berminat nat tengok ceritanya. Bukan lakonan dia tak best. Tapi kadang2 ceritanya tak menarik minat aku untuk terus menonton..ok lah..hari ni aku dah macam pengkritik filem pulak..ahaha..ini sekadar pendapat aku saja..





Monday 22 October 2012

Tragedi Oktober


Ni bukan nak cerita pasal lagu Awie ok..hahaha..ni cuma nak cerita tragedi yang menyayat hati yang berlaku kat jalan masuk ke kawasan perumahan aku. Ianya berlaku kira2 pukul 2.00pm masa hujan semalam. Sebenarnya kat kawasan tu dah banyak kali jugak ada accident..yang meninggal terpelanting kena kat pagar rumah orang pun ada..

Kat situ sebenarnya ada satu selekoh. Tapi selekoh tu tak lah tajam sangat berbanding selekoh sebelum tu. Masa aku nak pergi kerja tadi aku tengok pokok yang ada kat situ ada kesan kemalangan. Dah banyak kali kemalangan meragut nyawa kat situ tapi pokok tu still tegak. Cuma ada kesan melecet je lah..dan pernah jugak mereka yang pernah accident kat situ kata dia ada nampak orang berdiri kat situ..kononnya diorang nak elak tu yang tergelincir terus..


Kereta tu melekat kat pokok..gambar ni aku cilok kat FB jiran aku dengan kebenaran okeh..huhu..rumah yang kat depan tu selalu jadi mangsa kemalangan..pernah ada mayat terpelanting kat depan rumah diorang..seram weh..


Selalu aku pesan kat Encik Hubby, kena hati2 bila lalu kat sini..


Dan apa yang jiran aku beritahu, pemandu tu meninggal sejurus di bawa ke hospital..kepada pemandu2 aku ucapkan sentiasa berhati-hati di jalan raya walau di mana anda berada..macam aku penah nampak je mamat yang pegang payung ni ehk..huhu..




Aktiviti Riadah


Assalammualaikum..

Sebenarnya semalam sempat jugak online tapi sekejap je..yelah, bila aku ngadap lappy je, Shifa mula lah sibuk nak tekan tu tekan ni..padahal dia tengah hayal tengok anime Ratattouille dengan Anna..hari2 dok mengulang cerita yang sama..wahaha..kadang2 dengam aku sekali terbabit sama..masa tu Encik Hubby tak ada, pergi gunting rambut kat area office aku. Balik tu dia cerita ada excident kat depan area perumahan aku..langgar pokok..nanti aku cerita kat entry yang lain okeh..sabar2 bawak bertenang..tehtehteh..

Aktiviti memasak memang berjalan macam biasa walaupun Ahad kononnya nak rehat..wahaha..rehat lah sangat ehk..dapat golek2 kat tilam 2-3 minit dah best..uhuhu..semalam aku masak sambal udang, sup hayam, kailan goreng belacan dengan tempe goreng berempah..lepas masak aku gigih pulak cuci bilik air kat atas..adeh..sangat penat weh..lepas mandi baru aku makan..

Petang tu kami ke Hutan Bandar tapi sebelum tu Encik Hubby decide nak ke Pasaraya Cowboy dulu. Ada benda yang dia nak beli kat sana..kami ikut jek walaupun hati aku meronta-ronta nak ke Hutan Bandar dulu..sebabnya petang tu dalam pukul 5.00 cuaca sangat cantik untuk shoot..huwaaaa!!! Nasib baik lah aku terjumpa sesuatu yang berkenan di hati dan Encik Hubby yang bayar..wahaha..


Salad bowl Luminarc yang sangat cantik. Encik Hubby belikan aku salad bowl saiz yang besar..korang tau berapa harganya? RM9.90 je..murah tak? Kalau kat pasaraya lain entah berapa puluh diorang jual..macam2 aku nak buat dengan bowl tu..selalunya kami tak pernah sampai tingkat 2. Macam2 pinggan mangkuk ada kat situ. Cantik2 macam pinggan mangkuk kat Masterchef..


Sementara tunggu Encik Hubby di kaunter, aku layankan Shifa dengan benda alah ni..kasi dia diam sikit..kalau tak kerjanya asyik nak meronda je. 


NI kalau dengar dari kekuatan suaranya, agaknya dah boleh gerak sampai rumah ni..huhuhu..


Aku memang tak pernah ajar anak aku main benda alah ni..boleh pening kepala kalau dia asyik nampak benda ni. Boleh melolong-lolong kalau tak ditunaikan..


Sebab tu aku dudukkan dia kat mainan yang rosak..ahaha..pandai tak aku..huhu..jangan mimpi lah nak oi Mama kamu nak masukkan coins kat situ..


Anna pun menyemak sama..


Feelingnya ko Anna..lepas tu kena sound pekerja kat situ..benda alah ni cuma sorang je boleh naik. Kecoh ehk..benda alah tu pun dah rosak der..lepas tu cepat2 kitorang berhambus..orang ramai gila kat sini..masa keluar dari Pasaraya Cowboy tu, cuaca dah semakin mendung..huwaaa...nangess..


Tak ada aktiviti nak buat. Nak shoot pun dah tak ada mood..cuaca pun dah mendung..


Shifa sangat intense okeh bab2 makan ni..huhu..Anna pulak boring je..tak dapat nak tengok fish..huhu..Jajan yang Shifa makan tu sangat sedap weh..ada inti peanut butter..


Mengisi kebosanan dengan makan saja..ahaha..


Ini entah kali ke barapa dia makan..


Sebelum balik, akhirnya aku shoot panorama ini..cantik kan..Subhanallah..






Saturday 20 October 2012

Dah Nak Raya Haji?



Dah Sabtu..muehehe..esok dah Ahad. Cuti, tapi banyak benda nak settle. Jumaat depan dah Raya Haji..adeh..cepat bonar ya..uhuhu..so kalau nak belanja dapur tak payah untuk seminggu sebab sebelum raya tu memang nak kena pergi pasar lagi..beli banyak2 pun tak muat fridge kang..haha..dah berapa minggu Encik Hubby asyik balik lambat so terpaksa tunda beli groceries pada hari Ahad..penat!

Bila fikir Raya Haji, kepala mula sendat sebab tak tahu mana nak mula..tapi aku dah plan siap2 nak buat kek coklat moist kukus..ada masa kang aku update ya..mudah je nak buat..Raya Haji biasanya aku beraya kat rumah aku dulu. Sebab cuti pun sehari je kan..dan petang raya atau tengah hari sikit baru aku gerak ke Kota Tinggi. Mungkin Sabtu tu aku ambil cuti, so ada dua hari aku boleh spend kat sana..tu pun kalau dapat cuti..huhu..berangan lah aku ni..hoho..

Raya Haji kami masak lauk macam Aidilfitri jugak. Kuantitinya pun sama..sebabnya, adik beradik aku kan 5 orang, ditambah pulak dengan cucu2 mak aku yang berderet ni..huhu..Ketupat adalah WAJIB! Seumur hidup aku belum pernah makan ketupat segera walaupun Raya Haji..InsyaAllah, akan aku teruskan tradisi ni. Lagipun sejak darjah 3 memang aku dah pandai anyam ketupat. Tu pun arwah nenek aku yang ajar..hehehe..

Selalunya, time nak raya kami akan masak ketupat dalam 70-100 biji dan aku boleh sempat siapkan dalam 50 biji. Yang lain tu pandai2 lah sesiapa nak tambah..ahahaha..bila ada anak kecik ni memang tak boleh lama2 duduk menganyam ketupat. Nanti mulalah anak2 aku jeles..memang tak boleh tengok aku buat kerja..ahaha..kalau kat rumah mertua, bab2 masak ni memang aku tak buat..hehe..sebab dah ramai kan tukang masak..ahaha..menantu siapa la tu?

Kat rumah mertua biasanya aku bab kemas2 je lah..karang kalau aku masak tak kena dengan tekak diorang, siapa pulak nak habiskan..ekekeke..acah je..tapi anak2 aku kalau kat kampung memang liat nak suruh makan..diorang asyik dok bermain je dengan sepupu2 diorang..lepas tu berpeluh2, mintak mandi..memang suka kan tambah kerja Mama dia ni..huhuhu..

Disebabkan hari ni adalah weekend makanya aku malas nak letak entry banyak2..aku nak layan Adam & Hawa episod 29-32..huhuhu..sila lah layan gambar2 yang aku masak tadi di bawah..malas dah nakmletak caption..huhuhu..






Tata..





Friday 19 October 2012

Lapar Dan Lapar


Time2 macam ni lapar aku dah tahap cipan okeh..serius aku lapar tak hengat! Nasib baik berjiran dengan kedai makan. Kalau tak memang menangesss..wahaha..disebabkan tadi aku cuma makan nasi dengan sup kincam dan sah2 la x pedas makanya aku mahukan yang pedas2. Dalam kepala dah tau menu apa..sebenarnya dah siap makan pun..ahaha..


Aku order nasi goreng kerabu yang maha pedas..pedas sampai boleh hilang deria okeh..lepas tu side dish aku order telur dadar dengan teh tarik..pergh..memang heaven lah..nampak je nasi tu macam tak bercili..cuba selak, huiyooo ada kebun cili dalam pinggan..ahahaha..


Sambil makan aku tengok kat Google Image makanan Korea..adeh la..menangis tujuh keturunan neh..nampak macam sedap je kan..ni terapi minda jugak ni..huhu..study sikit makanan Korea ni..mana tau panjang umur aku sampai gak travel ke sana..huhu..bestnya..

Mesti korang tertanya-tanya kan, aku ni asyik dok sibuk cerita pasal Korea jek..hahaha..ini disebabkan oleh sorang member aku baru je pulang dari Korea dan upload pic2 kat sana kat blog..wuhuhu..menangis aku sampai termimpi-mimpi..ahaha..tu baru tengok picture je..belum pergi lagi..hahaha..

Sekarang Air AsiaX ada penerbangan sehala..tu yang member aku pergi sana dengan sorang member dia..haih la, kenapa tak bawak aku sekali..agagaga..lepas tu bos aku pulak bawak gambar dia masa cuti kat Korea..caitt! Memang saja je kan..ahaha..dush dush..




Cara Aku Jaga Kulit Muka


Ehehehemm..cewah, bagi tips pulak ehk..kali ni aku nak share macam mana aku jaga kulit muka aku..dulu masa umur belasan tahun aku main belasah je..ekeke..aku pakai sabun Lux warna putih..memang bagus pada aku waktu tu sebab bajet pun ciput. Jerawat cepat kering tapi kulit muka aku pun akan kering. Bila kulit kita kering, maknanya kita kekurangan mineral..muehehe..yeye-o je aku cerita..huhu..


Cehhh..bajet licin je kulit muka..huhu..


Lepas tu bila aku dah kerja, aku mula bertukar kepada pencuci muka jenama Neutrogena Pore Refining Cleanser. Sebab aku rasa pore aku sangat serius masa tu..memang best guna pencuci muka ni..dia ada biji2 supaya dapat menghakis kotoran kat pore kita tu..bila pore tersumbat, tu yang datangnya jerawat.. -Google Image-



Bila dah buget pore aku dah ok, aku tukar pada Neutrogena Deep Clean pulak..lebih murah berbanding pencuci muka tadi..kulit muka aku rasa bertambah ok dan jerawat memang jarang sangat membiak..huhu..teksturnya sangat lembut masa apply kat muka. Kulit muka pun bersih.. -Google Image-


Lepas tu aku bertukar pada jenama Loreal pulak sebab aku rasa kulit muka aku ni akan berbelang apabila memakai tudung.. -Google Image-



Kadang2 aku guna jenis Hydrafresh ni..biasanya bila musim panas lah..sebab bila kita guna pencuci muka ni muka kita akan rasa fresh sangat..berangin je.. -Google Image-


Dan sekarang aku guna pencuci muka Garnier je memandangkan kulit muka aku dah ok. Ok juga pencuci muka ni selain bersihkan kulit muka ia juga menyegarkan..kulit aku jenis kering dan Aqua Defense ni sangat sesuai..harganya pun berpatutan..pek yang besar tak sampai RM10 pun..jimat kan..tapi bergantung juga dengan jenis kulit korang..macam aku tak ada masalah sangat masih boleh guna produk yang ada kat pasaran..Alhamdulillah.. -Google Image-


Kalau keluar rumah jangan lupa pakai moisturizer dan sunblock. Aku guna Loreal UV Protect SPF50. Selain jadi moisturizer, ia juga berfungsi sebagai sunblock dan bedak asas. Tak perlu foundation lagi. Dah 13 tahun aku guna dan hasilnya memang ok. Oh ya, semakin tinggi SPF yang ada kat sunblock, semakin berkesan ianya pada kulit muka. Tapi, biasanya kulit muka kita akan mengeluarkan minyak. Mineral akan berkurangan dan membuatkan kulit akan kering.


Lepas tu boleh la terus guna bedak. Aku guna Silkygirl je sebab memang sesuai dengan kulit muka. Dulu aku guna jenama Maybeline, tapi disebabkan warna bedak yang aku nak selalu habis, makanya aku guna jenama ni je..murah pun murah..aku guna yang Natural02 tak silap..huhu..


Lepas seharian bermake-up, jangan lupa bersihkan muka dengan make-up remover. Aku suka guna jenis cleansing milk macam ni sebab terasa lembut je kat kulit..huhu..ok lah, penat dah aku membebel..nasihat aku sebelum guna apa2 produk, korang kena tahu jenis kulit korang dulu dan tanya pada mereka yang pakar..tak pun korang google je..hehehe..








Salam Jumaat


Assalammualaikum..

Salam Jumaat uolls..kejap je kan dah Jumaat..rasanya baru je aku busy, esok dah aku menempuh busy  semula..busy yang tak ada kesudahan..bilalah Encik Hubby nak bawa kami bercuti duduk kat hotel dan aku tak payah masak..ekeke (terus gelak kepit). Masa tu aku nak duduk relax je layan anak2..wuhuhu..

Biasanya kalau hari Jumaat, aku masak lebih sikit sebab biasanya kakak & abang aku akan datang dan biasanya akan makan sekali..walaupun kadang2 diorang dah makan siap2 kat rumah, bila aku masak mesti diorang nak mentong lagi. Mentong ni bahasa Jawa yang maksudnya makan berulang..ahaha..malam nanti tinggal hangat lauk je..


Mula2 masak kari ayam dulu. Ayam aku suka masak kari sebab lepas tumis, masuk ayam, kentang dan santan terus tinggal sampai ayam empuk..sambil tu aku boleh buat kerja lain..


Sambil tu, kat tungku dapur sebelah aku goreng ikan dan aku masak tumis asam je..ikan kembung batu ni memang aku suka masak macam ni..selain tu kalau buat pais ikan pun mabeless..huhu..lama dah tak makan pais ikan..nanti kalau aku ada masa, aku buat tutorial dia sekali ok..hiks!


Sayur pulak aku masak sup kincam..ni memang favorite aku ni..korang tau kincam tu apa? 


Inilah bentuk kincam sebelum di masak..percaya tak, kat belakang rumah mak mertua aku ada tanam..wahaha..-Google Image


Sangat kecewa aku tau bila daun sup dan daun bawang aku banyak yang dah kuning2..maknanya dah tak fresh lagi..padahal aku dah bungkus dengan kertas suratkhabar tau..sob sob..aku ambil yang masih ok dan boleh digunakan je..sayang weh..


Dapat ni je..aku potong siap2 masuk kat dalam bekas..sikit je kan..selalunya penuh satu bekas. Aku suka potong2 macam ni lepas tu simpan sebab kat rumah aku kan ramai budak2, makanya rajin lah aku masak sup. Tak kuasa, asal nak masak sup je nak kena potong..wahaha..


Tadaaa...aku kalau dah nampak sup kincam ni lauk lain dah tak pandang dah..senduk nasi dalam mangkuk, ceduk kuah banyak2 dan makan tanpa pedulikan orang lain..kahkahkah...lama weh tak masak lauk kincam ni..windu..huhuhu..





Thursday 18 October 2012

Throw Tantrum


Assalammualaikum..

Baca tajuk entry macam aku pulak yang throw tantrum kan..ahaha..tekdenya..aku ok je..cuma nak cerita lah pasal cerita sekeliling aku..salah orang lah kalau aku nak melenting ke hapa kalau tak alih2 orang nak mengamuk sakan kat aku..benda pertama aku tanya sebab apa dulu..ahaha..

Bekerja mengadap customer selama 13 tahun membuatkan tahap ignorance aku tinggi..boleh imagine tak kalau aku kena marah, aku fikir yang aku sedang shopping, beli kasut, beli handbag, beli dress yang cantik2 lepas tu orang lain bayarkan..ahaha..heaven! Tak payah nak judge dah orang tu macam mana walaupun kita kena maki..and what happen next? Mereka akan slow down sebab kita unresponsive..wahaha..kena guna psycho gak..jangan ikut perasaan..nanti boleh bodoh sebab hari2 kena marah..agaga..

Customers always right! Walaupun mereka pertikai barangan kita, biasanya ia juga berpunca dari kelemahan diorang jugak..awat ang pasang tv masa petir? Memang dah sah2 tv tu kena petir..awak cuai..memang la..dan insurans tak cover disebabkan kelalaian..tapi tak boleh cakap macam tu depan customer..layankan diorang ni..anggap diorang pandai, kita je yang bodoh..lepas tu bila time dah ok, kita bagi tau lah kenapa boleh jadi macam tu..

Ok, back to business, apa yang penting dalam pekerjaan aku, aku mesti siapkan on time..tak boleh delay. Kalau bos nak dalam 5 minit lagi aku kena siapkan dalan 3 minit..tu masa aku kerja dengan bos lama la..kan aku cerita haritu yang dia memang garang. Aku kena sentiasa alert dengan kehendak dia dalam bekerja. Bila dia berdiri depan aku sambil susun kertas, so aku kena hulur stapler. Bila dia berdiri sebelah fail, so aku kena tahu fail apa yang dia inginkan..alert tak aku..huhu..

Masa dengan bos aku ni, pernah dia marah dan aku cuma diam je. Kadang2 menyakitkan hati juga. Tapi bila fikir2 balik kalau dah aku buat silap, so aku terima. Kalau tak kena marah aku tak tahu kat mana silapnya. Tapi kalau nak marah tak tentu pasal, i cannot brain this..wuhuhu..sabar je lah..buat mata kebil2..ahaha..cumil!

Cuma aku sangat menyampah bila orang suka mengamuk tak tentu pasal..sampai kadang2 aku tak nak tolak ansur dah..tapi aku kan unresponsive type..benda2 macam tu ok lagi..dah biasa..ahaha..nak kecik hati pun alahai..kalau hati besar pun tak muat..agaga..sabo je la layan aku ni ehk..aku cuma nak kongsi cerita kalau ianya boleh diguna pakai..tak salah kan..





Encik Hubby Oh Encik Hubby


Erkhh..takde gambar pulak nak tepek..huhu..Encik Hubby ni pemalu orangnya..tak suka publishkan diri..wuhuhu..benonya aku tadi tak ada mood nak mengarang..tapi tiba2 bila ada yang mintak aku cerita pasal macam mana aku boleh kenal dengan Encik Hubbyku yang chubby, idea pun datang..tapi nak mula macam mana tu yang aku tak reti..congak2 dulu tarikhnya bila..adeh la..memory aku dah penuh..terus low dan jammed.

Rasanya dalam tahun 2005 atau 2004 macam tu la kitorang kenal. Kenal pun pasal chatting. Chatting melalui cupid SMS..wahaha..siapa kata kenal masa chatting tak boleh ke jinjang pelamin? Buktinya aku la..ahaha..sebelum tu memang ramai yang aku chat. Tapi tak ada sorang pun yang berkenan..bila aku kata aku dari JB semua taknak sebab diorang nun jauh kat utara..tak thrill betul diaorang ni ehkk..huhuhu..

Akhirnya aku berkenalan dengan Encik Hubby A.K.A Joe..ahaha..gelak aku nama Joe kunun..lepas beberapa kali chatting akhirnya dia mintak hp no aku..aku pun bagi la..malam tu dia call aku dalam pukul 12.00 macam tu..pendiam orangnya dan aku je yang banyak bercakap..ahaha..dan lepas tu dia still tak boring call aku..2 hari sekali dia mesti call..kalau call mesti lama sampai 2 jam..boleh menanah telinga aku dibuatnya..ahaha..yang tak best aku je la yang asyik membebel..kahkahkah..

Entah macam mana selepas beberapa minggu kami decided untuk berjumpa..aku pun berlagak berani walaupun kecut jugak nak jumpa. Mana taknya, aku kena pergi Kota Tinggi dan bukan dia datang ke Kulai. Tak gentleman langsungkan..ahaha..tapi disebabkan dia selalu on call makanya aku terpaksa beralah. Dalam firasat aku dia ni sangat jujur orangnya sebab dia jenis yang humble. Tak pernah selindung walaupun kadang2 agak memalukan..ahaha..

Masa tu aku naik bas ke Kota Tinggi. Dia janji nak ambik aku kat bus stand dengan lori ok..aku pun tunggu dan tiba2 ada satu lori pecah reban berhenti depan aku..aku diam je la..takkan aku nak redah bukak pintu lori tu..kalau salah..malunya aku..huhu..lepas tu pintu terbuka..haha..dia suruh aku masuk..expression pertama aku masa tu..mak aih, panjangnya rambut dia..kulit dia pun masa tu hitam melengut lepas tu pakai baju kaler oren kau...wah! Meriah!

Aku dibawa ke Tanjung Balau..betul la, mamat ni memang pemalu..so, sedikit sebanyak aku rasa selamat. Tak ada aktiviti apa pun kat situ. kami jumpa sekejap je lepas tu dia ada on call. Dia hantar aku semula kat bus stand. Masa aku kat dalam bas dia call aku dan macam biasa akulah yang paling peramah.ahaha..selepas hari tu, kami hanya jumpa kat Kota Tinggi je..lepas beberapa bulan je baru kami hangout kat JB..tengok wayang, makan2..aktiviti yang tak pernah dia buat dengan budak perempuan..huhu..

Pernah sekali dia bawa jumpa dengan mak dia..hehe..dupdap jgk aku dibuatnya..pulak tu Along dia interview aku macam2..hahaha..akhirnya dia declare aku jadi girlfriend dia..aku terima sebab dia jujur orangnya, bertanggungjawab, suka buat aku gelak. Aku kenal dia masa dia tak ada apa2 ok..tak ada kereta, tak ada hadiah yang best2 dan tak selalu jumpa..sabar tak huhu..

Selepas setahun dia ajak aku bertunang..wah! Terkejutnya aku..huhu..boleh tak dia lamar aku kat dalam teksi?

''Bulan depan gua nak suruh mak gua datang rumah lu untuk pinang lu.''

Wohohoho..mana tak terkejut kan..kecut2 aku malu dengan brader teksi tu tau! Express sungguh..aku ingat lama lagi aku nak kawen..hahaha..lepas tu kami pun bertunang. Lepas setahun lebih kami pun bernikah..perjalanan perhubungan kami sebelum kahwin sangat simple. Semuanya seperti diatur dengan sempurna. Kalau mula2 seperti kami tidak ada apa2 persediaan, Alhamdulillah..segala-galanya dipermudahkan..

Kami honeymoon kat Langkawi..merasa jugak aku honeymoon sebab memang tak terfikir dan tak terlintas pun bila Encik Hubby kata lepas majlis kenduri kahwin, kami akan pergi honeymoon..huhu..walaupun masa sebelum kahwin Encik Hubby tak pernah manjakan aku dengan hadiah, tapi masa beli barang hantaran dia belikan aku barang yang branded2..dia kata dia teringin nak belikan tapi tak tahu bila dan yang nyata, inilah masanya..

Berkat sifat aku yang tak meminta-minta..cewahhh(bajet perasan), Encik Hubby berbesar hati hadiahkan honeymoon ke Langkawi untuk kami..enjoy dan seronok sekali masa tu..InsyaAllah lepas ni dia nak bawa kami dengan anak2 pulak. Nak imbas memori masa honeymoon..wakaka..aku takut tak terimbas bila bawa anak2..moga Allah memanjangkan rezeki kat Abang ye..lepas tu boleh kita pergi Korea..ahahahaha..tak habis2 kan aku ni..huhu..







Wednesday 17 October 2012

Nasi Goreng Special?


Sekarang ni kat luar tengah hujan yang sangat lebat..sejuk je dan perut aku mulalah minta diisi..hehehe..tapi sebenarnya, sebelum hujan turun lagi aku dah siap2 beli makanan..takut bila dah hujan nanti, aku terus tak dapat beli makanan..huhu..kang aku terlebih emo sebab perut dah lapar..ahaha..ada ke macam tu?

Tadi aku beli nasi goreng special di Rest D' Corener..entah kenapa hari ni terasa nak makan nasi goreng pulak. Sampai je office, cepat2 aku buka bungkusan nasi tu..huhu..tak menyabo betul aku ni ehk..dan2 nak makan..ahaha..aku peduli apa, perut dah lapar sangat sebab hari ni aku terus brunch sebelum pergi kerja. Aku masuk awal hari ni sebab nak mop lantai dengan cuci toilet..ahahaha..


Tadaaa....lepas tu aku konfius kejap..nasi goreng ni nasi goreng berkicap tapi ada ayam masak merah..huhu..lapar punya pasal, aku bedal je la..ehhh..sedap pulak nasi ni..laju2 aku makan..alih2 je dah habis..alih2 la konon..ahaha..


Berbaloi jugak aku order nasi goreng special ni..pernah sekali aku order spaghetti kat sini..alamakkk..maaf cakap, aku serius tak boleh telan..rasanya pelik sangat..tapi kali ni aku main order je..Alhamdulillah, sedap dan licin aku bedal..wahaha..



Mood Pening Kepala


Assalammualaikum..

Hurm..tak tau nak letak tajuk apa..tapi yang penting hari ni kepala aku pening berdenyut-denyut. Mungkin sebab flu aku yang heavy..dah makan ubat pun still macam tu..ubat mengantuk, yang tak mengantuk, sama je..entah berapa kali aku asyik dok 'membuang' hasil kat tandas..ahaha..lega sekejap, lepas tu dia meleleh lagi..adeh..

Urusan rumahtangga tetap berjalan macam biasa..tak adanya aku dok baring layan kepala..cuma aku masak yang simple2 je la..ikan selar papan masak kicap, ayam goreng dengan sayur pak choy je..malas aku nak snap..sebabnya, kamera masih kat bilik atas..malas aku nak ambik..bila aku dah siap masak nak duduk2 baru Anna meng'offer' kan diri..ceh..malas lah..

Tak suruh pun memang dia pergi ambik kamera tu..haih..terlebih rajin pulak..ok lah, biar aku ambik gambar diorang tengah bersuka ria kat luar..kalau Anna dan Asyraf ni diorang memang pandai dan suka kalau kita tangkap gambar dia..Kalau Shifa, asal aku nak snap je dia datang kat aku..ahaha..


Tengok, dia sibuk lari nak datang kat aku..yang budak berdua tu dah standby bagi pose daring..haih..aku tak ajar pun pose macam tu ehk..


Tengok tu, sibuk jugak dia nak buat kerja lain..


Huawa..nak jugak kamera kat tangan aku..


Dia ni kalau bermain sangat ganas. Meja dengan kerusi tu pun dia boleh angkat..meja tu dia boleh terbalikkan sambil bawak pushcar buat meja tu macam jambatan..adeh..


Nak mulakan operasi la tu..


Yang ini time nak ambik gambar bukan main baik lagi..cuba kalau main lain..kerjanya bercakaran saje..

Ok lah..penat dah bebel..gambar lain banyak aku upload kat FB jek..nanti jumpa kat entry lain..ada banyak benda nak cerita, tapi kena susun ayat dulu..huhu..