Saturday 13 October 2012

Sejarah Kerja Aku Part II


Hari tu aku dah janji nak sambung cerita pasal sejarah kerja aku kan..huhu..baru hari ni aku teringat nak tulis,,asyik lupa manjang..hehehe..ceritanya memang panjang dan aku ambil dan tulis yang penting2 je ok..bila idea mencurah, masa tak ada..bila ada masa, tak tahu mana nak mula..so, hari ni sebab hari Sabtu, makanya aku tak busy sangat..

Aku kerja kat office lama dah 13 tahun..lama tak? Huhu..lama kan..aku kerja kat situ dengan gaji aku hanya RM450.00 saja. Bila fikir2 tempat pun dekat dan masa tu aku masih bujang. Ada juga pendapatan aku sikit2 ambil tempahan manjahit baju kurung..aku setuju cari pengalaman kat situ. Bos aku masa tu sangat garang dan straight orangnya..nak berbual pun tak boleh..dah macam kat sekolah gamaknya..tapi lama kelamaan, aku semakin serasi kerja kat situ.

Memang kalau buat kerja tak betul, aku mesti kena marah dengan bos..tapi setakat ni bos tak adalah nak marah aku sesuka hati..marah bersebab. Dan kerana bekerja di bawahnya juga banyak aku pelajari tentang disiplin..ya, disiplinnya sangat ketat sehingga semua kerani2 kat situ sentiasa mendapat pujian dari pihat atasan..bangga tau, satu Malaysia tahu macam mana efisyennya kerja kami sampai office2 besar kat KL tu pun refer kami kalau ada kerja yang diorang tak faham..

Sebab itu aku tahan kerja kat situ..walaupun bos garang, tapi tiap2 tahun gaji aku naik dan diberi bunus dua kali setahun..memang best. Walaupun sampai sekarang aku tak memiliki kenderaan sendiri, berkat kerja kat situ aku boleh beli rumah walaupun tanpa buat pinjaman. Kahwin pun keluar duit sendiri, dan sekarang aku menanggung ibu bapa aku..Alhamdulillah, selagi kita bersyukur dengan rezeki yang sedikit, Allah sentiasa membuka ruang rezeki yang lain..

Lapan tahun aku bekerja di bawah bos pertama aku tu. Lepas tu dia dinaikkan pangkat dan diganti dengan bos yang kedua..walupun bos lama garang, tapi dia tak lokek. Dia suka beri kami hadiah..kerja dengan bos kedua ni memang sangat enjoy. Tak payah nak fikir bos marah ke tak..sebab dia sendiri belajar buat kerja dari kami..pendapatan aku pun semakin bertambah sebab dia naikkan komisen kami..Alhamdulillah..

Tapi, bos yang kedua ni tak lama khidmatnya sebab dia tak mencapai target jualan yang ditetapkan. Sebenarnya, masa dia mula2 jadi bos pihak atasan memang menetapkan target yang tinggi berbanding sebelum ni..sebab tu dia tak bertahan lama. Sedih aku sebab dia kena ganti dengan bos yang lain. Dah la dia ni baik, pemurah dan tak cerewet..alih2 kena tukar bos..

Lepas aku naik kerja selepas habis berpantang sebab melahirkan Shifa, bos dah tukar yang baru. Lebih muda dari aku. Semua cara kerja nak ikut cara dia. Bukan makin senang, tapi makin susah dan banyak kerja..itu aku tak kisah sebab dah memang kerja aku..tapi kalau kerja memang bukan dalam skop aku, itu dah kira melampau..memang dia tak ada marah2 tapi tekanan kerja dengan dia sangat tinggi...





No comments: