Sunday 4 December 2016

Destinasi Wajib Musim Cuti


Assalammualaikum..

Sebenarnya tak rancang pun..sekadar cadangan masa berbual kosong dengan adik ipar..tapi dengan harapan menjadi realiti la..hahaha..sementara kami berada di kampung Encik Boss, ada baiknya kami luangkan masa bercuti di pantai yang ada kat area Kota Tinggi ni..

Kami tak tetapkan pantai mana kami nak pergi..sebab kat Kota Tinggi ni memang banyak pantai² menarik..akhirnya Encik Boss dan aku ambil keputusan pergi ke Teluk Ramunia Beach Resort. Tempat kami selalu lepak² dulu..kira entry throwback la ni..sebab semalam kejadiannya ni..😆

Oh ya, kami pergi 4 sekeluarga..iaitu keluarga belah ipar² aku..memang seronok..pagi² kami sediakan mi goreng, ayam masak kari, sayur kacang, nuget, sosej dan kentang goreng..biras aku pulak bawa sayur nangka, mi goreng dan ikan pekasam..hurmmm..memang rambang mata nk makan yang mana dulu 😅..

Sampai je kami sewa 1 chalet betul² berhadapan dengan pantai untuk kitorang berehat dan bilas serta mandi. Suasana kat sini memang best ditambah pulak dengan cuaca yang baik..nak ikutkan, sekarang ni musim hujan..boleh dikatakan hari² hujan kat sini..tapi, tidak pada hari itu..

Kami suka pergi ke sini sebab pantainya berteluk..berteluk ok, bukan bertelor 😆😆😆..jadi, kita² je la yang berjimba kat situ..disebabkan semalam pantai surut sedikit, air pun tak berapa clear so tak boleh la nak snorkeling walaupun peralatan dah bawa siap²..

Lepas Maghrib, barulah kitorang beransur pulang..masing² tak mengadu letih termasuk Mr Pilot aku ahahaha..tapi hari ni baru terasa letihnya..kaki aku semalam terpijak batu kat pantai tu pun semakin terasa bisanya..terdengkot-dengkot aku berjalan..ok la tu je nak cerita..babai..









Friday 2 December 2016

Bajet Sekolah 2017


Assalammualaikum..

Entry hari ni memang banyak throwback..hehehe..almaklum la, busy adalah nama kedua aku..kikiki..padahal dah cuti sekolah, masih juga busy..takpe la akanku berusaha jgk menaip untuk siapkan entry ni..sebabnya, takut aku sendiri pun malas nak baca blog sendiri..hahaha..

Hari tu aku ada cerita pasal present kan..alhamdulillah, tahun ni anak² buat mama dia senyum lebar..diorang sangat cemerlang tahun ni..kalau Shifa dapat no 1, Anna pun begitu juga tapi untuk sekolah agama..alhamdulillah sangat²..Sekolah kebangsaan pula Anna dapat anugerah cemerlang dalam subjek Pemahaman..

Anna request jam jarum..ingin sangat dia nak pakai jam jarum..nasib baik dia tak mintak jam finding..ahahaha..ok nakkk, akan diusahakan..aku dah recce dah jam yg sesuai..tinggal belum beli je..tak boleh beli awal², nak beli time nak naik sekolah nanti..

Cerita pasal nak naik sekolah, aku belum lagi prepare apa²..bajet budak berdua tu je dekat RM2k..pulaknya tahun depan dua² sekolah Anna dilantik sebagai pengawas sekolah..tahun lepas Anna dilantik sebagai pengawas sekolah kebangsaan sahaja..uniform dulu baju kurung warna biru muda, tudung warna yg sama dan kain warna biru tua..tahun ni lain pulak..kena pakai kemeja, skirt labuh, neck tie, tudung dan vest pulak..bajet untuk dua pasang RM250.

Baju sekolah agama bajet dalam RM150 je sebab baju kurung je kan..tu bajet sahaja uolls..macam baju pengawas sekolah kebangsaan tu sekolah dah tetapkan baju jenama Felcon..boleh gitu? Ahahaha..apa² la kan..Janji nak sekolah..tapi kesian pulak pada yg tak berkemampuan..

Yuran dan buku sekolah bajet dalam RM288 untuk dua² sekolah Anna..Shifa dalam RM900 sebab dah bayar deposit sebelum ni..begitulah ceritanya..tu baru dua je anak..kalau yg ada lapan tu, harap maklum je la..sekian..

Wednesday 16 November 2016

Mengeteh


Assalammualaikum..

Masa aku update entry ni aku tengah mengeteh..haha..tu pun nak cerita..aktiviti yang makin kerap kitorang buat..kadang² bukan sebab nak makan pun..saja nak hangout, update benda² yang berlaku kat rumah..masa tu lah kitorang akan berbual macam kawan..

Selalunya anak² akan ikut sama..tapi, memandangkan Anna dah tidur, Shifa je la yang ikut sama..kalau hari biasa memang tak lah..tapi disebabkan dah tak belajar, boleh dimaafkan..yang paling aku tak tahan mulut dia becok sepanjang berada kat mamak ni..aisyyy..

Mamak kat sini memang dah kenal sangat dengan kitorang..sampai dah tau kitorang nak order apa..satu je la mamak ni, servis cepat, air tak lokek..walaupun kau pergi 1000 kali macam tu jugak rasa dia..tak pernah berubah..

Kalau ada yang terkurang pun diorang akan cepat² pastikan order kita rasanya seperti yang kita inginkan..itu lah kelebihan mereka..walaupun kita tegur diorang macam² dia tetap senyum kat kita..macam tu la servis yang betul..

Ada juga restoran lain mempunyai layanan yang baik..itu aku tak nafikan..aku ni jenis simple..kalau makanan kat situ tak best, aku akan pergi juga..mungkin hari tu je tak best..mana tau hari lain best kan..memang tak memilih sangat..

Ok la, dah nak balik ni..nanti aku cerita lagi..time ni la Shifa nak tekucil kan..bye..





Present Untuk Anak-Anak


Assammualaikum..

Pagi² dah hujan..alhamdulillah..2 minggu terakhir ni Shifa kena sekolah pagi..dah nak tutup sekolah dah rupanya..tahun depan dah masuk tadika 6 tahun. Anna pulak masuk darjah 3..masing² masih excited nak ke sekolah..asyik merungut je sebab dah tak belajar.

Anna pun dah start pulang buku teks..buku teks untuk darjah 3 pun dah dapat..bagus jgk kan, sebelum cuti sekolah dah boleh prepare sampul buku..Bab yang paling mak² lemah sekali tu..huhu..tapi, kalau dah settled, mak² la paling gumbira..

Sebelum periksa aritu, anak² sibuk nak present kalau dapat no 1..aku pun setuju je la sbb tak berapa konfiden walaupun memang berharap diorang akan berjaya..macam Shifa, kat rumah asyik main je..bila habis exam bila tanya ok ke tak, dia kata ok jek walaupun aku nampak dia macam nak sedapkan hati aku..hehe..

Masa ambil report card, aku gelak besar depan Cikgu..Cikgu Shifa pun pelik..aku kata aku tak sangka Shifa boleh dapat no 1..lepas tu aku gelak lagi..bila Cikgu cerita tentang karekter Shifa macam mana kat sekolah, baru aku percaya..sebab kat rumah dia suka main² tu yg tak berapa nak konfiden..

Itu Shifa..Anna pulak tak dapat no 1..dia dapat no 13..hurmm..jauh sangat tu..tapi aku masih bangga dengan pencapaian dia sebab dia memang betul² dah berusaha bersungguh-sungguh..Straight A's tapi no 13..ok la tu..budak² sekarang memang fight..aku taknak paksa lebih²..janji dia boleh score dan faham apa yang dia belajar kat sekolah..

Aku dan hubby memang dah rancang dan pilih present untuk diorang..cuma belum berkesempatan nak beli..Shifa dah banyak kali tuntut present dia..hahaha..siap dia usha sendiri kat kedai, kedai mana yang ada jual, kedai mana yg still bukak malam²..hahaha..walaupun Anna tak dapat no 1, kami tetap belikan jugak atas usaha dan kegigihan dia dalam pelajaran..

Alhamdulillah..tahun ni anak² sudah pun berusaha bersungguh-sungguh dan membanggakan kami..kami doakan semoga anak² sentiasa meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran..jangan tinggal solat, jangan melawan, dan jangan malas..sebab semua tu kunci kejayaan..






Lama Tak Blogging


Assalammualaikum..

Lamanya tak blogging..rindunya nak berceloteh tapi asyik sibuk memanjang..maaflah kalau tak terbalas komen² tu..kalau senang nanti akan ku reply ya..maklumlah, sejak lappy dah rosak ni, terpaksalah update pakai hand phone..aduhhh..lecehnya..dah la jarinya dah montok² kena pulak keypadnya comel²..typo memanjang..hehehe..

Sebenarnya banyak cerita nak update, tapi disebabkan pelupa, semuanya hilang macam tu je..tapi tak apalah..akan diusahakan jgk kalau dah ingat nanti..itu pun kalau rajin lah..he he..sejak anak² dah sekolah penyakit malas update memang menjadi jadi..kadang² WhatsApp pun aku malas nak layan dah melainkan yg pm..

Fb pun dah jarang update..kalau update pun aku tepek picture lauk..tak pun picture budak² tu..bukan apa, aku ni jenis malas nak mengadap hp 24/7...kalau aku jawab komen pun lepas beberapa jam..nak like posting orang pun jarang..maaflah, bukan sombong..tapi aku memang jarang berfb..sampai ada yg merajuk pun ada..maaf ya..

Entry ni kira salam pengenalan la sebab lama x update..hahaha..boleh gitu? Boleh je la..lagipun tak famous..kikiki..zaman sekarang ni memang tak boleh puaskan hati semua orang..sebab aku sendiri pun kadang² dengan anak sendiri pun tak puas hati..Ada je yang tak kena..hahahadoi...

Ok lah..nak cerita tu dulu..kan dah kata aku busy..baru nak bersenang lenang anak aku dah meraung..ok la, aku out dulu..bye