Monday 25 June 2018

Cerita Raya Pulak


Bismillahirrahmannirrahim

Penatnya lahai nak update..haha..rasa macam tak ada ruang nak update dah..tapi tulah, kita merancang tapi Allah yg tentukan..mcm ni la, rasa tak ada ruang, tapi dah rezeki, masa tu ada lebih dan berpihak pada hakak..😍

Aritu dah janji nak update kan😜..sambil tengok world cup siaran ulangan, sambil tu hakak ingat balik kisah raya tempoh hari..maaf la kalau tulisan hakak tak best nak baca..sorry tau tau tau😂

Hakak kan baru je weekend lepas start beraya..Jumaat malam Sabtu tu hajatnya nak raya rumah Kak Long dgn Kak Ngah, tapi disebabkan Kak Ngah aku belum balik kerja lagi, aku bawak Mak beraya kat rumah Kak Long je..tu pun sekejap sebab Encik Bos ajak aku terus pergi rumah sahabat dia kat Batu Pahat malam tu jugak..

Kami gerak dalam pukul 10pm..dekat pukul 12pm kami baru sampai..kami lewat sikit sebab kenderaan banyak giler..slow moving..lepas jumpa, kami gerak semula balik Kulai.. 1.50am kami sampai..tak dan nak tengok world cup sebab esok pagi dah nak gerak pergi beraya ke Kluang..

Esoknya dalam pukul 9.30am kami gerak 2 kereta ke Kluang..mula² kami pergi ke Felda Kahang Timur kat rumah makcik aku..lepak sampai pukul 4 camtu la..lepas tu gerak ke Taman Bersatu rumah pakcik aku pulak..

Lepas beraya kat rumah pakcik, sepupu aku pulak datang, ajak pula ke rumah dia..nasib baik dekat, jalan kaki je..first time pergi rumah dia sebenarnya..alhamdulillah, isterinya peramah..kalau bercerita bunyinya macam kelakar je..bercerita sambil ketawa😂..

Hampir Maghrib kami gerak balik..Maghrib pun singgah rnr je..kami sampai Kulai dalam pukul 9.30..rushing kejap pergi belanja barang basah..tu pun diorang dah nak berkemas..

Sebelum balik kami singgah mamak..aku order sup daging yang marvelous! Memang aku suka sup mamak kat satu kedai ni..kalau rasa nak demam atau badan rasa penat giler, memang aku order sup daging @ kambing kat sini..

Pukul 11pm baru sampai rumah..aku panaskan bubur lambuk yg sahabat Encik Bos kirim semalamnya..mandi² lepas tu kutip baju kotor..malam tu jugak aku pergi dobi..hampir pukul 2am baru siap..paham² la, kalau kain kotor untuk 3 hari camne..

Sampai rumah terus je meloncat atas katil tak sador²😂..esoknya anak² dah start sekolah..malamnya pulak ada marhaban..fuhhhh..begitulah seterusnya sampai akhir minggu ni..

Tu je nak cerita..kalau nak cerita banyak, memang tak dan la..sebab aku nak menaip ni pun teraba-raba..malas nak capai spek😎..


Sekian..


Thursday 21 June 2018

Kisah Raya


Bismillahhirahmannirrahim..

Dah raya keenam diam tak diam kan..baru la hari ni boleh bernafas sikit..lebih² lagi sejak arwah bapak meninggal..nak pergi mana² kena fikir pasal mak..nak pergi balik kampung suami pun tak boleh lama²..mesti fikir pasal mak..bukan aku merungut, cuma jangan tanya kenapa aku selalu melupakan keseronokan beraya sejak akhir² ni..

Orang lain raya pertama dah berbaju cantik..aku masih lagi kat ceruk dapur siapkan juadah untuk tetamu..lepas selesai siapkan juadah, aku lari kejap balik Kulai jumpa mak..sebab raya pertama even lewat mana pun aku nak tengok wajah Mak..sekejap pun jadi lah..lepas tu aku lari semula ke rumah mentua..raya ke3 aku balik semula ke Kulai..

Kami balik petang raya ke3..singgah Aeon Tebrau City dulu tunaikan hajat anak²..merungut juga diorang sebab raya tak kemana mana..hari² tanya baju raya bila nak pakai? Allah..sedihnya aku. Nasib baik baju kurung memang aku suruh pakai raya pertama..xde la aku rasa bersalah sangat..

Sampai Kulai dah lewat malam jugak sebab singgah makan dulu..lepas sampai rumah aku bergegas pulak ke dobi setelkan baju kotor yg menggunung😓. Dekat pukul 2am baru setel..Encik bos ajak ngeteh sambil tengok world cup sebelum balik..OK, akak ok je..hilang juga rasa penat tadi..

Esoknya, bermulalah episode menyiapkan juadah untuk tetamu yg bertandang..disebabkan Mak aku ni anak sulong, makanya ramai la yg berkunjung melawat Mak..anak saudara, adik beradik, ipar duai, memang umah aku la tempatnya diorang datang dulu..sebab tu awal² syawal memang aku busy giler..rumah mentua pun macam tu juga..

Aku ni bukan la jenis balik rumah mentua macam tetamu..tak lama, sekejap pun aku ambil masa tidur barang 2-3 hari..walaupun aku sekadar tolong apa yg patut je. Aku ni pun tak reti nak buat kerja time ramai orang..kalau kat dapur dah ada yang memasak, aku lebih suka buat kerja lain contohnya mengemas ke, menyapu sampah ke..tapi, tak pernah pulak aku duduk menyembang jek..bersembang pun bila kerja dah setel..

Tadi, baru la aku sempatkan diri beraya rumah Abang aku..itu pun sekejap sebab Encik Bos balik kerja dah pukul 9.30pm..sampai je terus pergi..rumah Kak long & Kak ngah je belum berkesempatan pergi lagi..masing² dah kerja and ada komitmen lain tu yang susah sikit pergi waktu² terdekat ni..

Weekend ni baru la kami beraya ke rumah pakcik & makcik aku kat Kluang..kalau berkesempatan, baru la kami beraya ke Segamat..kalau ikutkan, hampir seluruh Johor kena tawaf..in shaa Allah akan diusahakan..memang itu la rutin kami tiap² tahun..kadang² sampai tak sempat dah habis raya baru berkesempatan..

Mujur la kawasan kejiranan kami tiap² tahun ada marhaban..kalau tak jenuh juga nak habiskan raya dari rumah ke rumah..bila ada marhaban, kira kami raya sekali la..itu pun hampir seminggu lebih nak habiskan semua rumah..penat tu memang penat tapi seronok..alhamdulillah, kami dapat jiran² yang baik² belaka..jiran² yang saling hormat menghormati, faham memahami..

Kalau ada yang yang sebaliknya pun kami buat pekakkan telinga je..malas nak layan..anggap je satu dugaan..so far xde lagi yang nak ajak gaduh..paling kuat pun buat kita geram je bila dia bakar sampah time kita jemur kain😭..nanges whoo..

Ok la, mata pun dah layu..kalau aku senang aku sambung lagi update ya..tapi aku tak janji😂..kalau aku busy memang bersawang la jawabnya blog aku ni..

Sekian..