Wednesday 24 October 2018

Kakak Confused


Bismillahirahmanirrahim..

Lama tak update kan..sebabnya macam biasa la, kakak busy..ni memang betul² busy..hampir setiap minggu kakak ada majlis yg kakak kena attend..tu pun ada wedding yang kakak tak dapat pergi jugak..maaf sesangat la kat kawan kakak tu..sebab majlisnya diberitahu pun last minute dan kakak sudah ada invitation lain..

Pulak tu tempatnya jauh² juga..kalau la kakak ada helicopter sendiri, memang kakak pergi 😂..next time kakak cuba ya memenuhi semua undangan..dan untuk akhir tahun ni pun kakak ada tugas penting jugak..wedding anak jiran kakak..lama dah dia perlu khidmat kakak dan yang pasti memang itu dah jadi satu kewajipan..tu belum kenduri kat kampung November nanti..

Untuk 2019 setakat ni ada 2 event besar yang buat kakak jadi busy..March nanti wedding niece kakak dan August pulak wedding anak cousin kakak pulak kat KL..doakan kakak sihat ya..bukan apa, kakak tak sedap hati kalau datang tapi tak dapat tolong apa²..sebab kakak bukan jenis pergi majlis sambil selfie je 😜..

Hari ni sebenarnya bukan nak cerita pasal kebizian kakak..kakak nak cerita pasal keconfusesan kakak dengan satu group WhatsApp ni..confuse sebab sesuka hati add, sesuka hati remove pastu sesuka hati nak suruh kakak jadi admin dan bermacam sesuka hati dia la..

Kakak rasa dah 3-4 kali la dia buat group WhatsApp pastu delete pastu buat lagi pastu buat sampai 2 group tapi add orang yang sama..motif sebab nak asingkan info..kakak pun pening kepala nak layan..kuat membahan, tapi tak boleh kena bahan..apa cer tu?..nak kata ocd, kakak pun ocd jugak tapi tak emo sampai macam tu sekali..

Kali ni kakak rasa tak ada lagi group yang dia add kakak..bagus la..kakak pun rasa sangat annoying kat dalam group tu..komen salah tak komen pun salah..jadi CCTV lagi la..semuanya serba tak kena..kakak hari² kena bahan dengan dia pun still relax je..tak ada la nak pm bagai kan..kakak, kalau orang suka membahan kakak bahan dia balik..tapi masalahnya dia sendiri tak boleh dibahan..🙇

Tapi, pagi ni dia betul² marah..kakak tau dia marah kakak..puncanya sebab malam tadi kakak suruh dia tak payah send video² yg tikam orang sampai mati tu..buatnya yang tengok pitam kan naye kat orang..siap dia kata dah la suruh jadi admin tak nak. Lepas tu nak komplen²..appreciate pun tak..hurmmm la..kakak tak pernah kata kakak tak appreciate info yg dia bagi selama ni..tapi bila kita tegur sikit dah nak melenting..lagipun video yg kakak tegur tu pun tak ada kena mengena langsung dengan objektif penubuhan group WhatsApp tu..

Sebelum ni pernah jugak dia remove semua friendlist..lepas tu ada sorang tu pm kakak tanya kenapa dia tu..kakak jawab entah la..kejap lagi dia create group baru la tu..lepas tu memang betul pun dia create group baru..sampai 2 group pulak tu..objektif dia sama je..kusut la! Baru kakak sedar yang dia ni attention seeker rupanya..kalau boleh kalau dia senyap nak kena pm tanya elok²..what the heck!

Kita dah habis faham life dia macam mana tapi dia tak fikir pulak macam mana life orang berkeluarga ni..maybe diorang sempat baca tapi tak sempat reply pun atas sebab kerja..kakak faham dia lonely..sebolehnya kakak dah buat yang terbaik untuk hilangkan rasa lonely dia tu..tapi alih² cakap tak menang tangan nak layan banyak group..so, what's the point kau nak marah² kan..ke kau ni terlalu paranoid.. pathetic!

Lepas ni kalau dia nak add kakak, kakak left je terus..malas la nak layan orang macam ni..kuat membahan tapi tak boleh kena bahan..lepas tu tak reti hormat status orang..lagi nak kita hormat dia..pergi la kau ngadap dinding sorang² sana! Kakak pun kalau tak ada kawan macam ni pun tak apa..bukan nak cakap besar la, tapi itu la hakikatnya..

Buat kawan kakak tu kalau dia terbaca tulisan kakak ni kakak doakan supaya dia berubah..beli cermin besar satu kat rumah..lepas tu cermin diri sendiri..muhasabah diri kenapa dia jadi macam tu..jangan tahu nak kecam orang je..tahu sabar tu ada had..tapi had tu bukan khas untuk kau saja..kalau kakak jumpa kau pun kakak steady lagi. Sepanjang hidup kakak, baru ni kakak jumpa mamat kaki sentap paling tap tap tap macam kau!

Adios!


Monday 10 September 2018

Tenang Tenang


Bismillahirrahmanirrahim..

Cak🙈!
Haha..kalau bukan macam biskut, bukan kakak namanya..Punya la banyak hari dalam 8 bulan ni, kakak baru hapdet 7 kali jek😂..pemalas kan..kakak ni nama je housewife sepenuh masa, tapi banyak tugas hakiki plus jadi nurse sekali..

Mak kakak tak sihat, maka kakak la yg menguruskan dia..jaga makan, hantar pi spital, klinik dan tempat² yg dia rasa nak pergi..kakak tak boleh kata kakak kena korbankan kehidupan kakak, sebab ini pun memang dah sebahagian dari kegidupan kakak jugak..

Mak kakak diagnosed masalah buah pinggang dan ghout..dua penyakit yg susah nak kawal makannya..sakit A kena makan ni tapi sakit B tak boleh pulak..so, kakak kena cari solution macam mana nak sediakan makanan until mak kakak..macam senang kan..tapiiii..paham² la..tak reti nak describe..kang kena kecam🙊🙉

Cerita pasal kena kecam, kakak teringat pulak kisah yg friendlist shared kat fb..ceritanya lebih kurang dgn kakak dulu..cuma orangnya tak perlu la kita sebut..kita just highlight sikap negative dia yang tak perlu kita contohi..

Kakak suka katogerikan sebagai 'toxic'..sebab dia tak pernah menilai sekali pun kebaikan kita..yang dia tahu, apa pun yang kita buat, cerita itu akan jadi bahan umpatan di belakang kita..semua cerita tu akan jadi jelik yang membuak buak..yg dengar pun jadi percaya..sebab apa, sebab mulut dia manis macam gula..

Satu perkara, dia pandai susun ayat..cerita yang baik² je..sampaikan kakak pun tak percaya dia boleh buat macam tu..bila kakak beli beg, kasut, baju baru memang tak pernah langsung dia puji..cuma yang kakak perasan, mood dia akan hilang..muka pun dah hilang seri..tapi, bila dia kata dia nak pinjam baju or beg sekian sekian..kakak curious😂..

Setelah sekian lama, baru la ada yang beritahu kisahnya selama ni..rupanya selama ni dia suka burukkan kakak..hati dia sakit kalau tengok kakak bahagia..

Pernah dulu kakak putus tunang..tiba² dia caring sangat..jarang dia bad mood..sepanjang kakak single, dia ok je..tup² kakak nak bertunang lagi, dia macam jauh hati pulak..

Tak lama lepas tu kakak dengar dia pun nak bertunang tapi bunyinya macam terdesak sangat..kakak happy je..mungkin sebelum ni dia xde boyfriend tu yg asik mood swing je..

Lepas beberapa tahun baru la kakak tau kenapa la dia happy sangat kakak single..dia tak suka kakak happy..kalau boleh hidup kakak sentiasa dirundung malang je baru la dia akan happy..

Selama ni penyimpan rahsia ni tak pernah cerita dengan kakak sebab tak mahu kami bergaduh..macam tu jugak dengan kakak..toxic ni selalu mengadu domba kat kakak pasal si penyimpan rahsia ni..kakak pun tak nak jadi penyampai takut bergaduh..tapi, dia langsung tak pernah fikir tu semua..bertahun tahun kami pendam akhirnya kami tahu macam mana perangainya..

Masa kakak putus tunang rupa rupanya dia call and pergi jaja cerita kakak kat ex kakak macam²..dia kutuk gambar majlis pertunangan kakak, dia kutuk tunang kakak la..lepas tu marah² kat belakang kakak sebab tak jadikan dia pengapit kakak..aduhai, kau rasa nak ke kakak jadikan dia pengapit kakak lepas apa yang dia dah buat?

Tak cukup dengan tu, dia jugak selalu sangat ambik tahu hal kakak sampaikan dia tanya kat kawan kakak 'dia pakai kereta apa sekarang?" dengan nada sinis..cemburunya membuak buak tengok kakak bahagia..selama ni kakak cuma buat benda yang kakak suka tapi kenapa perlu sakit hati? 

Jangan tanya kenapa kakak tak pernah add dia kat fb..kalau betul dia kawan kakak, kenapa dia tak pernah add kakak tapi dia add orang yg tak kenal dia..tu pun sebab kawan kakak tanya kakak "kau kenal tak minah ni?" so, the point is, kau memang sakit hati dan akan selalu sakit hati kat aku kan..

Di ambang 40 ni tenang tenang saja lah..buang rasa sakit hati tu..yang terok kena kakak, tapi kakak dah lama move on..kakak doakan kau berubah..kakak pun pendosa juga..sama² la berubah..hidup pun tak lama..syarat mati bukan tua! Cuma kakak nak kau tahu kakak dah lama maafkan kau!

Kakak pun tak ramai kawan..kalau boleh kawan yang tinggal ni biarlah yang sama² mendoakan kebahagiaan each other..biarlah dari mereka yang bukan suka syak wasangka, bukan juga judgmental. Mungkin kakak bukan jenis mudah difahami..tapi, kalau betul² faham, mungkin ramai nak kawan dengan kakak..😂

Sekian..


Monday 25 June 2018

Cerita Raya Pulak


Bismillahirrahmannirrahim

Penatnya lahai nak update..haha..rasa macam tak ada ruang nak update dah..tapi tulah, kita merancang tapi Allah yg tentukan..mcm ni la, rasa tak ada ruang, tapi dah rezeki, masa tu ada lebih dan berpihak pada hakak..😍

Aritu dah janji nak update kan😜..sambil tengok world cup siaran ulangan, sambil tu hakak ingat balik kisah raya tempoh hari..maaf la kalau tulisan hakak tak best nak baca..sorry tau tau tau😂

Hakak kan baru je weekend lepas start beraya..Jumaat malam Sabtu tu hajatnya nak raya rumah Kak Long dgn Kak Ngah, tapi disebabkan Kak Ngah aku belum balik kerja lagi, aku bawak Mak beraya kat rumah Kak Long je..tu pun sekejap sebab Encik Bos ajak aku terus pergi rumah sahabat dia kat Batu Pahat malam tu jugak..

Kami gerak dalam pukul 10pm..dekat pukul 12pm kami baru sampai..kami lewat sikit sebab kenderaan banyak giler..slow moving..lepas jumpa, kami gerak semula balik Kulai.. 1.50am kami sampai..tak dan nak tengok world cup sebab esok pagi dah nak gerak pergi beraya ke Kluang..

Esoknya dalam pukul 9.30am kami gerak 2 kereta ke Kluang..mula² kami pergi ke Felda Kahang Timur kat rumah makcik aku..lepak sampai pukul 4 camtu la..lepas tu gerak ke Taman Bersatu rumah pakcik aku pulak..

Lepas beraya kat rumah pakcik, sepupu aku pulak datang, ajak pula ke rumah dia..nasib baik dekat, jalan kaki je..first time pergi rumah dia sebenarnya..alhamdulillah, isterinya peramah..kalau bercerita bunyinya macam kelakar je..bercerita sambil ketawa😂..

Hampir Maghrib kami gerak balik..Maghrib pun singgah rnr je..kami sampai Kulai dalam pukul 9.30..rushing kejap pergi belanja barang basah..tu pun diorang dah nak berkemas..

Sebelum balik kami singgah mamak..aku order sup daging yang marvelous! Memang aku suka sup mamak kat satu kedai ni..kalau rasa nak demam atau badan rasa penat giler, memang aku order sup daging @ kambing kat sini..

Pukul 11pm baru sampai rumah..aku panaskan bubur lambuk yg sahabat Encik Bos kirim semalamnya..mandi² lepas tu kutip baju kotor..malam tu jugak aku pergi dobi..hampir pukul 2am baru siap..paham² la, kalau kain kotor untuk 3 hari camne..

Sampai rumah terus je meloncat atas katil tak sador²😂..esoknya anak² dah start sekolah..malamnya pulak ada marhaban..fuhhhh..begitulah seterusnya sampai akhir minggu ni..

Tu je nak cerita..kalau nak cerita banyak, memang tak dan la..sebab aku nak menaip ni pun teraba-raba..malas nak capai spek😎..


Sekian..


Thursday 21 June 2018

Kisah Raya


Bismillahhirahmannirrahim..

Dah raya keenam diam tak diam kan..baru la hari ni boleh bernafas sikit..lebih² lagi sejak arwah bapak meninggal..nak pergi mana² kena fikir pasal mak..nak pergi balik kampung suami pun tak boleh lama²..mesti fikir pasal mak..bukan aku merungut, cuma jangan tanya kenapa aku selalu melupakan keseronokan beraya sejak akhir² ni..

Orang lain raya pertama dah berbaju cantik..aku masih lagi kat ceruk dapur siapkan juadah untuk tetamu..lepas selesai siapkan juadah, aku lari kejap balik Kulai jumpa mak..sebab raya pertama even lewat mana pun aku nak tengok wajah Mak..sekejap pun jadi lah..lepas tu aku lari semula ke rumah mentua..raya ke3 aku balik semula ke Kulai..

Kami balik petang raya ke3..singgah Aeon Tebrau City dulu tunaikan hajat anak²..merungut juga diorang sebab raya tak kemana mana..hari² tanya baju raya bila nak pakai? Allah..sedihnya aku. Nasib baik baju kurung memang aku suruh pakai raya pertama..xde la aku rasa bersalah sangat..

Sampai Kulai dah lewat malam jugak sebab singgah makan dulu..lepas sampai rumah aku bergegas pulak ke dobi setelkan baju kotor yg menggunung😓. Dekat pukul 2am baru setel..Encik bos ajak ngeteh sambil tengok world cup sebelum balik..OK, akak ok je..hilang juga rasa penat tadi..

Esoknya, bermulalah episode menyiapkan juadah untuk tetamu yg bertandang..disebabkan Mak aku ni anak sulong, makanya ramai la yg berkunjung melawat Mak..anak saudara, adik beradik, ipar duai, memang umah aku la tempatnya diorang datang dulu..sebab tu awal² syawal memang aku busy giler..rumah mentua pun macam tu juga..

Aku ni bukan la jenis balik rumah mentua macam tetamu..tak lama, sekejap pun aku ambil masa tidur barang 2-3 hari..walaupun aku sekadar tolong apa yg patut je. Aku ni pun tak reti nak buat kerja time ramai orang..kalau kat dapur dah ada yang memasak, aku lebih suka buat kerja lain contohnya mengemas ke, menyapu sampah ke..tapi, tak pernah pulak aku duduk menyembang jek..bersembang pun bila kerja dah setel..

Tadi, baru la aku sempatkan diri beraya rumah Abang aku..itu pun sekejap sebab Encik Bos balik kerja dah pukul 9.30pm..sampai je terus pergi..rumah Kak long & Kak ngah je belum berkesempatan pergi lagi..masing² dah kerja and ada komitmen lain tu yang susah sikit pergi waktu² terdekat ni..

Weekend ni baru la kami beraya ke rumah pakcik & makcik aku kat Kluang..kalau berkesempatan, baru la kami beraya ke Segamat..kalau ikutkan, hampir seluruh Johor kena tawaf..in shaa Allah akan diusahakan..memang itu la rutin kami tiap² tahun..kadang² sampai tak sempat dah habis raya baru berkesempatan..

Mujur la kawasan kejiranan kami tiap² tahun ada marhaban..kalau tak jenuh juga nak habiskan raya dari rumah ke rumah..bila ada marhaban, kira kami raya sekali la..itu pun hampir seminggu lebih nak habiskan semua rumah..penat tu memang penat tapi seronok..alhamdulillah, kami dapat jiran² yang baik² belaka..jiran² yang saling hormat menghormati, faham memahami..

Kalau ada yang yang sebaliknya pun kami buat pekakkan telinga je..malas nak layan..anggap je satu dugaan..so far xde lagi yang nak ajak gaduh..paling kuat pun buat kita geram je bila dia bakar sampah time kita jemur kain😭..nanges whoo..

Ok la, mata pun dah layu..kalau aku senang aku sambung lagi update ya..tapi aku tak janji😂..kalau aku busy memang bersawang la jawabnya blog aku ni..

Sekian..




Thursday 31 May 2018

Cerita Kedai Kopi


Bismillahirrahmanirrahim..

Lewat sikit update kali ni..yelah daripada berbulan tak update kan..Ni pun kat mamak layan en bos ngeteh..mula² memang malas nak keluar sebab aku dah siap kunci gate😓 Tapi, demi tak nak menghampakannya, ikutkan juga la..kononnya tadi malas nak keluar, roti telur bawang licin aku bedal😂

Kalau kat mamak ni, macam² cerita kita boleh dengar..maklum la, cerita kedai kopi..tiada hakim tiada saksi..haaaa akak dah ternyanyi pulak..ok, sis boleh terima..sis cuba ok😂

Sis tak kisah diorang nak cerita apa pun..semua pendapat masing²..nak² bab politik..memang itu la bab paling rancak orang nak bersembang..

Kalau kat newsfeed tu memang tiap² minit ada saja cerita politik masakini..aku tak amik port pun..lagi aku schroll ada..bukan apa, politik ni isu sensitif..kau sokong mana pun biar kau saja yang tahu..tak perlu canang hari²..

Tak bermakna aku tak mengikuti langsung perkembangan politik ni..cuma, dengan cara aku la..tak ghairah nak tekan butang share, tak mudah komen even aku setuju atau tak puas hati, tak memberi sokongan atau solidarity mana² tokoh² pilitik di media sosial..semua itu tak perlu bagi aku..

Masing² ada hak masing²..aku cuma cerita pasal cara aku..tu je..bukan apa, cerita pasal politik ni semuanya betul walau kau di pihak mana pun..end up, politik tetap politik..bak kata pepatah, kalau kau nak rasa kau hebat dan betul, kau cerita pasal politik saja..

Dari situ, aku mula rasa perkara tu tak perlu untuk aku letak di newsfeed..sebab politik ni fahaman kita tak semua sama..kalau sama dah tentu aman dunia ni..kalau boleh elak, elak lah..tahan sikit jari tu dari meletakkan status politik kat facebook..kita tahu kamu sokong mana..tak perlu dah nak jadi penganalisis tak bertauliah..kadang² annoying juga even aku pun sokong parti yang sama..

Kadang² pasal benda ni boleh jadi gaduh..sudah² la..kita tak banyak masa lagi..jangan kerana politik kita bermasam muka..jangan pasal ni juga kita berpecah belah..cukup la..berhenti membuat provokasi.. 

Sekian..



Tuesday 29 May 2018

Persiapan Raya


Bismillahhirrahmanirrahim

Alhamdulillah..13 hari dah kita berpuasa..sis baru hari ni start puasa iolls😭..tolak tambah bahagi darab, hari ni la baru betul² sis boleh berpuasa..

Sepanjang tak puasa, sis tak ada selera pun nak makan..makan ubat pun just makan sekeping roti..tu pun rasa macam nak terkeluar balik..kadang² rasa macam berpuasa..

Cuma dua tiga hari ni je selera datang balik..tu pun lepas hari² dok telan teh o panas..sebab tu je yang boleh telan sepanjang tak sihat hari tu..

Mujur la persiapan raya dah buat sikit²..seminggu sebelum puasa, en bos dah suruh cari baju anak²..bukan apa, dia tahu aku mesti lepak giler kalau shopping baju anak²..

Cerewetnya aku satu hal..sebab bukan satu tempat je aku kena redah..karang cari baju kat Aeon, cari seluar kat Jpo, cari baju kurung kat Angsana..bukan la aku ni complicated sangat..cumanya harga, kualiti, praktikal itulah yang menjadi keutamaan aku..

Cuma tinggal sikit je lagi belum settle..baju kurung aku dengan Anna je tak jumpa lagi..tak tau la kat planet mana pulak yg ada jual 😂..semalam ada juga recce baju kurung Anna..tapi dia tak berkenan..

Rasanya aku cuma beli jubah je kot..sebab bagi aku senang nak bergerak..sebelum puasa ada juga aku beli sehelai..cuma kali ni aku nak tambah sehelai je lagi..

Baju basahan anak² pun aku tak cari lagi..biasanya time nak raya memang aku beli sekali baju tidur dan basahan..anak² memang serba baru la time raya ni..sebab aku memang jarang beli baju anak² dah berbanding masa diorang kecik² dulu..bukan apa, anak² ni ada satu habit pakai baju ulang²...

Banyak mana pun baju kat almari, baju yang selalu dia pakai tu je la dia dok ulang pakai..pantang kering..baju jalan tu pulak, kalau aku tak paksa suruh pakai baju sekian², memang berbuih la mulut..bercinta je tau..padahal aku nak diorang nampak lawa bukan selekeh..aduhai..

Bukan la bermakna aku beli baju basahan tu setahun sekali..Ada jugak la hari² biasa aku beli kalau dah bosan sangat tengok diorang asyik pakai baju yang sama..bila dah besar² ni diorang lagi suka pakai seluar track dengan t shirt je..jadi tak pening kepala nak fikir..

Ok..itu je nak cerita..nak fikir kat mana pulak nak beli kuih raya tahun ni😁..tu pun menjadi satu kepeningan kepala jugak tu😓..

Sekian..




Sunday 20 May 2018

Pengalaman Berpuasa



Bismillahirrahmanirrahim..

Apa khabar? Diam tak diam dah 4 Ramadan..sis sedih uolls sebab sampai sekarang belum berkesempatan lagi berpuasa😭..selain faktor semula jadi seorang wanita, faktor kesihatan juga menjadi antara sebabnya..

Hari pertama Ramadan, Encik suami kena demam panas..Kira serious jugak la, tapi dia gagahkan juga berpuasa. Esoknya sis pulak yg kena demam panas uolls sampai la sekarang ni tapi dah getting better..

Bukan tu saja, sis pun mengalami semput yang serious..rasa macam nak putus je nyawa..apa pun sis redho je..yelah, selama ni tak pernah lagi demam atau semput pada bulan puasa..cuma sis perlu istiqomah nak ganti puasa nanti😭..

Bukan tak pernah pun kan..dulu masa pregnant selalu je pergi drive thru😜..kebetulan kedua² pregnancy sis baru trimester pertama..sis tak mabuk tapi selalu saja rasa lapar dan tak tahan haus..tapi kalau larat sis puasa macam biasa..

Ingat lagi sis teringin sangat nak makan nasi beriani..punya la berselera..tiba² sis rasa nak muntah..makanya habis semua isi perut keluar semula..dan² tu la tak nak makan lagi..tapi masa pregnant la..macam tu jugak dengan air jagung..lepas minum terus muntah..

Time pregnant la rasa nak makan macam² time puasa😂..hari biasa tak ada pun..sekarang ni kalau tengok mana² drive thru mesti aku tersengih-sengih..punya la nekad kan time puasa sanggup order burger😂..

Nakal² aku time sekolah pun tak pernah buat peel macam ni tau😆..apa pun, itulah namanya pengalaman..sebenarnya banyak lagi pengalaman berpuasa, tapi banyak juga yg aku dah lupa..lebih² lagi aku masih belum move on Chelsea menang pagi tadi⚽💪😂

Tapi aku salute la kat anak² aku sebab seawal 5 tahun dah puasa penuh berbanding aku dulu..darjah 3 kot baru puasa penuh..😃

Ok la, itu antara pengalaman aku berpuasa..kalau aku ingat lagi aku update ehk😜

Sekian..


Wednesday 16 May 2018

Esok Puasa


Bismillahirrahmanirrahim 

Tidak terlewat rasanya untuk aku ucapkan salam Ramadan.. moga Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik dan paling bermakna buat kita..kosongkan hati dari perkara yg mungkar dan penuhkan jiwa dengan segala kebaikan..aminn..

Selamat hari guru juga kepada warga pendidik..maaf kerana terlewat memberi ucapan..sebab keadaan yg tak mengizinkan..maklum la mak² memang bz semedang😂..

Cerita pasal hari guru, teringat pulak kisah anak sulong aku, Anna..masa aku wrapping hadiah untuk Cikgu dia, tiba² dia teragak agak nak bercerita..

Dia tunjuk kesan lebam pada bibir atasnya..aku tanya kenapa? Dia kata rakan sekelas (lelaki) dia lempar pencil box padanya..aku cuba berlagak selamba dan mengatakan mungkin ada sesuatu yg membuatkan rakan sekelasnya berbuat begitu..dia kata, dia cuma memberi arahan supaya rakannya itu keluar cepat dari kelas..

Aku tanya lagi samada dia sudah maklumkan pada guru..dia jawab tidak, kerana tiada guru yg dia jumpa selepas itu..aku diam dan anggap perkara itu sudah selesai..lagipun rakannya itu sudah pun memohon maaf..

Malam tadi, selesai solat tarawih, abang aku datang dan menegur kesan lebam itu..Anna terangkan kembali kejadian tersebut. Ada nada kesal selepas abang aku mendengar cerita tadi..seperti tidak puas hati..selalunya abang aku bersikap acuh tak acuh saja..

Bukan itu saja, masa di sekolah agama, ada seorang rakan sekelasnya mengejek-ejeknya..itu pun Shifa yg datang mengadu..apa la nasib kau anak..rupa rupanya asyik kena buli sahaja walaupun dia menjadi penolong ketua darjah..tiba² aku rasa sedih..apa yg aku boleh buat selain mengingatkan anak aku supaya jangan dilayan dengan ejekan itu..

Zaman kanak² memang itu la perkara yg mereka lalui..ejek mengejek, berbalas ejekan walau tiada sebab mereka ingin mengejek sama sendiri sebab mereka masih budak dan belum matang..kita yg dewasa inilah yg perlu beritahu do's and don't..

Ok, kakak dah boleh tidur dengan tenang 😄..lauk sahur pun dah siap, nasi pun dah masak..esok pagi tinggal panaskan je..jangan sampai lauk sahur jadi lauk berbuka sudah😂..

Ehhhh..jangan lupa baca niat puasa tau..

Sekian..

Tuesday 15 May 2018

Ujian


Bismillahirahmanirrahim..

Lama betul tak update..sampai ingat² lupa password😂..aku sihat² saja..tak ada apa yg menarik untuk ditulis tapi lebih kepada apa yg pernah aku alami sepanjang aku tak berblog..

Selama aku berdiam diri, macam² perkara berlaku di depan mata..betapa kuasa Allah itu mengatasi segala-galanya..janji Allah itu pasti!

Ya, memang susah nak move on even kata² di mulut sekadar nak sedapkan hati..tapi aku cuba juga walaupun sering berlaku provokasi dan sarcasm bertalu talu di media sosial..aku paksa gagah dan berlagak ok..akhirnya alah bisa tegal biasa..

Ingat ya, adik kakak, abang² yg ghairah bersosial di media sosial di luar sana..masa kita tak lama..dosa pahala ditimbang tara, takut pahala yg kita dambakan, neraca condong pada dosa yg tak terduga..

Benda ni betul² berlaku..aku tak mahu mengaibkan..aku sendiri tak pernah kongsi apa², aku juga tak ada dendam kesumat yang tersemat..cuma aku nak ingatkan, jangan sekali kali melakukannya..sebab balasan Allah itu pasti.

Di zaman fitnah akhir zaman ini, jangan terlalu mudah menekan butang share ya kawan² ..jangan mudah berkongsi quotes yang nyata ditujukan kepada orang lain dengan apa niat sekalipun..

Aku menulis bukan sebab iman aku sudah penuh di dada..cuma aku mahu berpesan pesan supaya kita sama² tidak menerima kifarah di atas kesilapan kita..moga aib kita sama² terpelihara.

Begini, sebelum ni aku mengalami satu situasi di mana seseorang telah membuat serangan peribadi melalui media sosial pada aku dan kawan aku..

Puncanya bila aku dan kawan aku tidak berpuas hati dengan layanannya..tapi aku cuba untuk move on dengan hanya berdiam diri..malangnya kami sering menerima serangan peribadi melalui media sosial bertalu talu sehinggalah baru² ini dia melalui fasa paling mengaibkan..

Kami selalu menganggap apa yg dikongsi dan ditulisnya sebelum ini tiada kena mangena dengan kami..tapi, siapa la kami untuk berlagak tiada apa² kalau orang di sekeliling kami tahu ianya ditujukan kepada siapa..

Kuasa Allah dan kuasa dari doa orang yang teraniaya itu tiada hijab! Siapa sangka aib orang yang kita buka di media sosial walau hanya diketahui rakan² Allah balas dengan membukanya kepada sesiapa di seluruh Malaysia dan tidak mustahil ke pelusuk dunia..

Bila mengetahui berita itu aku tergamam..tak rasa nak menangis, tak juga rasa gembira yg cuma ada rasa insaf..insaf kerana aku mula terfikir, apa sangat aib kami yg dia buka hanya rakan media sosialnya saja yg tahu berbanding dengan dirinya yg aibnya terbuka luas ke serata negeri di Malaysia..

Aku harap dia berubah dan menurunkan walau sedikit egonya..apa yg aku baca, apa juga komen yg dia terima memang begitu lah dirinya sepanjang aku mengenali dirinya..

Sayangnya kalau tidak menerima teguran dengan hati yg terbuka..tidak menerima setiap kritikan sebagai pengajaran..berubahlah kawan walaupun bukan untuk orang lain..

Kawan², jadikanlah pengalaman aku ini sebagai ikhtibar..jangan sesekali menyakiti hati orang lain..pada kita ianya perkara kecil tetapi impaknya terlalu besar. Jauhi fitnah dan bersangka buruk..

Sekian..