Tuesday 24 December 2013

Tutorial: Baked Cheezy Macaroni


Assalammualaikum..

Hehehe..jangan terkejut tengok aku masih berjaga..aku tak boleh tidur..lepas aku siapkan bahan untuk masak esok, aku sambung mengadap tv..tengok rancangan Romantika: Hattan..bila tengok Romantika ni aku gelak sendiri sebab macam ada persamaan antara aku dengan Encik Hubby..brutal, kata anak sedara aku..haha..

Sebenarnya boleh je aku nak siapkan bahan untuk masak tu esok..tapi, disebabkan esok pagi turn lori sampah datang, aku siapkan je malam tadi..maklumlah, aku tak suka sampah penuh dalam bin kat dalam rumah..kalau boleh nak kosong..siap2 aku bungkus dan buang sekali kat luar..habis cerita!

Haha..kelaut dah..motif mengupdate belum sampai lagi..membebel je dulu aku ni..ehehe..ok la, aku sebenarnya nak kongsikan resepi Baked Cheezy Macaroni..haaaaa..sampai pun..huhu..lama dah aku buat resepi ni..tapi, disebabkan line tenet aku macam kura2, tu yang tak dapat nak update..hahaha..ok, kita tengok resepi dulu ya..




Aku guna brand San Remo..aku guna sebungkus..rebus dan toskan..


Butter untuk menumis, Cheddar aku guna cheese slice je..mozarella pun aku guna sekali..kalau nak letak parmesan pun ok..


Aku guna botol kecil je full cream milk ni..


Daging kisar..kali ni aku beli daging kisar kat pasar je..huhu..murah!


Sos Prego..aku guna yang traditional..


1 biji bawang Holland & 3 ulas bawang putih..sila cincang ya..


Tumis bawang yang dicincang hingga naik bau..resepi ni macam buat inti lasagna jugak..


Masukkan daging cincang..tumis hingga masak..


Masukkan sos Prego, black pepper, oregano & garam secukup rasa..


1 sudu sos cili (optional)


Dah siap..


Masukkan inti tadi ke dalam bekas makaroni yang telah ditos..


Lepas tu gaul..aku buat banyak, 2 bekas..kalau korang nak buat sikit, korang kurangkan separuh bahan dari resepi ni..


Isikan dalam bekas..padat2 kan ya..


Sementara tu buat sos putih..panaskan butter, 2 sb tepung gandum, dan fresh cream milk..


2 keping cheddar slice..dah cair sila tutup api..


Tuang ke atas makaroni tadi..


Parutkan mozarella..ehem2 mangkuk caserol 9'' ni baru je beli..tak mahal, RM10 je kat Giant..sumpah!


Mangkuk yang ni pun beli kat Giant..tapi tak ingat harganya sebab dah lama beli..


Bakar sehingga keperang-perangan dan cheese tu cair..dah siap..

Selamat mencuba!



Sunday 22 December 2013

Hurmmm...


Assalammualaikum..

Lamanya tak blogging..rindu nak menulis walaupun bakat menulis terpendam aku ni tak sehebat mana..adakalanya aku je yang faham maksud tersirat..hehe..tak apalah, janji aku faham..sedikit sebanyak kita kena ada sifat pentingkan diri sendiri..bukan semua perkara, cukuplah kita pentingkan hak peribadi kita..

Bukan apa, kadang2 tulisan kita ni disalah erti..aku tulis lain dan orang akan fikir lain..macam juga dekat Facebook..kadang2 kita suka sesuatu quotes dan kita up kat status sekadar kita menyukainya..malangnya ramai yang terasa dan fikir kita nak meroyan kat Facebook..kadang2 nak mengelak untuk memprovokasi tapi masih juga ada yang rasa kita provok..

Ok lah, aku sedar memang ada yang suka up status provokasi ni..bagi aku, aku memang elak dan kalau boleh aku nak up benda2 yang elok saja..sebab aku ni bukan jenis yang suka cari gaduh..tak apalah kalau aku update sesuatu yang orang rasa poyo..aku tak nak update status macam tunjuk pandai atau apa walaupun kadang2 aku selalu upload picture2 makanan yang aku masak..sumpah! Apa yang aku upload tu bukan sebab aku nak tunjuk pandai, tapi sekadar berkongsi makanan yang aku rasa semua orang boleh buat..

Percayalah..sebab setiap kali aku upload gambar makanan, ada yang mintak resepi melalui PM..yang jenis tak reti masak langsung pun dah rajin ke dapur..Alhamdulillah..kadang2 korang tengok status aku tak banyak komen..tak komen langsung pun ada..haha..cuba tengok kat aku punya PM..tak menang tangan dibuatnya..biasanya yang PM aku ni regular friendlister..kadang2 diorang PM bukan nak resepi pun, saja nak usik2 aku..hahaha..

Kadang2 aku pun PM jugak diorang..tak pun siapa2 yang ada resepi2 hebat memang laju2 aku PM..hahaha..aku pun bukan jenis yang memilih..tak kisah la kalau kau tu lebih muda dari aku ke, lebih hebat dari aku ke..kalau aku nak resepi buat apa nak fikir tu semua? Rendahkanlah sedikit ego kita sebab nak kekwat pun tak ke mana..rugi je!

Tu pun ada juga macam tak puas hati..aku tau kalau orang tak suka dengan aku..aku tau kalau orang cerita pasal aku kat belakang aku..sebab aku dapat rasa..bukan aku kata aku hebat atau boleh baca hati orang..tapi, sebab aku boleh baca hati aku sendiri..sebab tu aku tak nak ikutkan sangat kata hati..apa pun biar aku simpan dalam hati..hahaha..suspen tak?

Tapi itulah hakikatnya..kadang2 kita dah layan habis baik pun orang tetap pandang serong kat kita..aku bukanlah jenis yang suka memuji tapi kutuk kat belakang..itu munafik! Aku pun tak suka tunjuk pandai even kadang2 aku lebih tahu darinya..aku pun tak pernah tunjukkan bahawa semua yang aku buat tu betul..aku pun tak pernah kompelin itu, kompelin ini..tapi, tolonglah..jangan layan aku macam orang salah..

Aku sedar aku siapa..walaupun aku tak popular kat Facebook, tapi aku masih popular di hadapan anak2, di hadapan sahabat2 yang tau sikap aku macam mana, adik beradik aku, mak aku..itu dah cukup untuk aku..tapi tolonglah jangan jadikan Facebook medan untuk tunjuk kehebatan kamu untuk menindas orang lain..jangan jadikan Facebook sebagai medium untuk sampai menyampai benda yang belum pasti..nampak sangat kebodohohan..tapi, tolonglah..simpan sikit kebodohan tu sebelum orang lain tahu..



Thursday 28 November 2013

Tak Tau Nak Cerita Apa Dah


Assalammualaikum..

Fuhhh..akhirnya dapat jugak aku mengupdate blog..dah beberapa minggu ni line tenet macam kura2..minggu ni pulak adalah tahap kura2 kepenatan..hehehe..nak bukak blog aku sendiri pun tak boleh, apalagi nak  layan youtube bagai..oh no! kata Shifa..hahaha..

Berita tak baiknya, aku terus blank tak tau nak tulis apa..hahaha..kehidupan seharian macam biasa je, tapi ada sedikit hectic la bila budak2 tak sekolah ni..tapi minggu ni macam relax sikit sebab anak2 abang aku tak ada..nenek diorang datang dalam seminggu ni..Taqris pun dua hari ni atok dia ambil memandangkan anak bongsunya pun tak sekolah dan sekali-sekala nak melepas rindu..

Bila budak2 tak ada, tinggal anak2 aku je la..tu je buat teman gaduh, buat teman peluk cium..kalau tak, aku kena bahagikan kasih sayang sama rata..hahaha..maklumlah ramai anak yang menumpang kasih..huhuhu..Taqris pun sekarang dah pandai sebut ''ayang mama'' pastu mintak cium..kiut!

Kadang2 bila bonda dia cuti, sibuk nak pergi 'rumah mama'..hahaha..dia suka duduk kat rumah aku sebab kat rumah aku kan ramai rakyat..bila dia balik rumah, tinggallah dia dengan bonda, ayah dengan kakak dia buat kawan gaduh..hahaha..tu pun parent dia dah penat..tau2lah, kerja kat emergency room..sibuk manjang!

Macam aku ni even duduk rumah, tapi memang jarang dapat rehat..ada je benda yang terbengkalai yang aku kena buat..sampaikan kadang2 ter miss untuk lunch..bila aku lewat makan, malam kadang2 aku lupa nak makan..kalau Encik Hubby balik, baru la aku makan..tu pun sebab Encik Hubby ada tolong ingatkan..ni dia tak ada seminggu dua ni, aku la kena ingat sendiri..

Kadang2 bukan sebab terlupa..aku ni ada satu habit, kalau aku masak sendiri, memang kurang berselera..bila aku suapkan anak2 aku makan, kadang2 aku suap kat mulut aku jugak..tu pun tak banyak..tu je la buat alas perut..lepas tu bila busy aku sampai, tu yang terlupa terus! Bulan ni dua kali gastrik aku datang..haaaa..tu makan dia!

Ok la, memang tak boleh fokus bila blogging, mata asyik dok tengok tv jek..siri fav aku sekarang ni The Inheritors..lately ni memang suka layan cerita Korea..tak tahu kenapa..bergantung juga dengan jalan ceritanya..hehe..ok, babai..



Tuesday 19 November 2013

Tutorial: Lasagna



Assalammualaikum..

Sebenarnya benda ni aku buat dah lama..dah dekat dua minggu dah..dah jadi bahan kumbahan pun..hehehe..banyak kisah disebalik bahan lasagna ni..bahan2 aku beli sikit2..tau2 la, modal beli barang je dah berapa hengget..boleh je nak suruh Encik Hubby belikan..tapi, biasa la, aku ni kan suka buat surprise..

Mula2 aku selit beli pasta lasagna masa kami beli groceries..Encik Hubby tak perasan pun..haha..hari yang lain, dengan taktik yang sama aku selit sos spaghetti pulak..Mozarella, Parmesan dengan daging kisar aku beli sendiri..Mozarella tu memang tengah offer, beli satu percuma satu..apa lagi, laju2 la aku beli..hehe..

Akhir sekali aku beli full cream milk..aku beli kotak kecik je..Cheddar aku tak beli sebab anak sedara aku ada tinggalkan stok Cheddar slice kat fridge..anak sedara aku ni memang rajin membeli, tapi makannya tidak..buat penuh fridge je..hehe..yang kenyangnya, kami la anak beranak..haha..

Ok la, resepi ni aku belajar dari blog member aku..dia ni memang suka memasak..selain tu dia dan familynya memang suka travel..bila dia balik dari travel, dia akan try resepi popular di setiap negara yang dia lawati..tapi resepi ni dah bertahun-tahun dia update..aku cuma baru buat 2-3 kali jek..hahaha..

Emm..maaf la ya sebab entry ni picture dia aku ambik pakai handphone jek..kamera aku rosak..huhu..so, gambarnya agak kurang memuaskan..memang aku ada photoshop sikit..tapi untuk mengekalkan warna dan hasil yang asal..biasa la handphone cikai..hehehe..jom tengok resepi..


Gunakan 2 sudu besar butter untuk menumis 1 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih yang dicincang..tumis hingga naik bau..


Masukkan 400g daging cincang..kacau hingga masak..


Kemudian masukkan 1 botol sos Prego 125ml kalau tak silap..botol kecik je..taburkan oregano dan black pepper sekali..


Masukkan 1 tin cendawan butang yang telah dipotong dadu..


Masukkan garam secukup rasa dan bila dah masak sekata, tutup api dan ketepikan..


Sementara itu siapkan sos putih pula..cairkan 2 sudu besar butter..masukkan 2 sudu besar tepung gandum..


Masukkan 250ml full cream milk atau lebih kalau korang rasa nak lebihkan sos putih ni..kacau hingga tepung tak berbintil..


Kemudian masukkan 2 keping cheddar slice..kacau hingga pekat, tambahkan sedikit garam dan tutup api..


Rendamkan pasta lasagna dalam air panas..aku guna pasta lasagna jenama San Remo..nak guna yang lain pun ok..


Susun pasta tadi kat dalam tray..aku ni tak ada mangkuk kaserol..kalau ada mesti korang punya lasagna lagi cun..


Kemudian, lapiskan dengan inti tadi..


Lapiskan dengan sos putih pula..lapisinya hingga menutup inti tadi..

\

Taburkan Parmesan..aku beli Parmesan dalam peket 100g..memang ngam2 untuk 1 tray aku ni..hehe..


Lepas tu taburkan parutan Mozarella..lagi banyak lagi sedap..


Ulang step tadi hingga habis inti..disudahi dengan parutan cheese..kemudian bakar di dalam oven sehingga cheese cair dan kekuningan..sebab tu aku celup pasta tadi dengan air panas supaya dapat mempercepatkan proses membakar..


Tadaaaa..dah siap..nyummm2..masih terasa terbau-bau haruman cheese dan intinya..selamat mencuba!






Wednesday 13 November 2013

Renovation Punya Cerita



Assalammualaikum..

Lamanya tak jengah blog..aku sibuk lately ni..selain tu aku memang tak ada kelapangan dan ketenangan disebabkan sebelah rumah aku tengah buat full renovation..memang kurang lah ketenangan sebab bunyi bising kesan dari renovation tu..tapi aku tak kisah sangat pun sebab tuan rumahnya selalu mintak maaf dengan kami sebab bunyi bising yang tak dapat dielakkan..

Habuk dan debu dah jadi mainan kami..hehe..itu lah..aku cakap aku tak kisah sangat sebab ada sebab2 yang tak boleh dielakkan..lagipun habuk dia tak ada lah mengganggu sangat, sebab semua kerja2 pembinaan memang dilakukan di rumah diorang..bukan aku tak suka kalau jiran2 aku nak renovate ke hapa..tapi, sekurang-kurangnya buatlah kat rumah sendiri..

Kenapa aku cakap macam tu? Haaa..inilah pengalaman aku..pernah la ada jiran renovate rumah dia..tapi, kerja potong memotong tile buat kat depan rumah aku..tau2lah debu tile ni macam mana..memang hari2 lah aku dok mengelap menyapu..debunya bukan kat depan rumah jek..debu2 sampai ke bilik tingkat atas..Shifa pun datanglah athmanya..

Lepas tu kerja2 renovationnya memakan masa yang agak lama..terpaksa lah aku tutup pintu dan tingkap..bukan sebab aku cemburu ke hapa..tak..tak terlintas pun..tapi, kain baju aku pun turut menjadi mangsa..ahahaha..ok, debu satu hal..baki tile2 yang telah dipotong pun diorang humban kat depan rumah aku..adeh la..

Selain tu, kerja2 bancuh simen pun dibuat bukan kat depan rumah dia..hadoi! Perkataan apakah yang paling sesuai yang aku perlu sebut??? Nak tegur, rasa macam benda tu remeh sebab jiran aku ni memang banyak pengaruhnya..silap2 kalau aku cakap nanti, ada yang bermasam muka..haaaaa..tu aku tak mahu..nak tak nak aku kena bersikap seperti biasa..karang, jiran2 lain pun tengok aku semacam..hahaha..

Aku ni dengan jiran2 biasa2 je..tidaklah kata aku ni tak campur orang..aku campur jugak tapi tak sampai lah duduk bertangga..sebab aku ni bukan jenis macam tu kot..lagipun banyak benda yang aku kena buat kat rumah..dalam erti kata lain, aku ni jenis jiran yang bercampur mengikut keperluan..boleh gitu? Hahaha..

Tapi, jiran sebelah rumah aku ni, kerja2 renovation diorang progress agak cepat even diorang buat full renovation..tak macam aku dulu..renovation je dekat dua bulan..lepas tu hasil kerjanya tak memuaskan..lain yang disuruh, lain yang diorang buat..hahaha..upah makin lama makin bertambah..mungkin aku tak rajin pantau sebab siang aku sibuk bekerja..kalau aku pantau pun malam..itu pun aku tak dapat jumpa kontraktornya..

Kalau bab duit, semua nak cepat tapi kerja tak siap2..sudahnya, ada jugak kerja2 yang kami buat sendiri..Lima tahun, baru aku rasa keadaan rumah aku sempurna..itu pun kami buat sikit2..termasuklah kerja2 fail yang diorang buat seperti bumbung porch yang bocor, wiring dan sebagainya..

Disebabkan kawasan perumahan aku ni bekas tapak tanaman pokok getah, makanya kami menghadapi masalah anai2 yang agak serius..kitchen kabinet aku mengalami kerosakan kecil disebabkan oleh anai2 tadi..Alhamdulillah, semuanya kami dapat atasi dengan segera..yelah..lagipun rumah kami ni kecik je..jadi, masalah yang datang tu pun kecik jugak..

Ramai juga yang kata rumah aku ni kecik..aku buat keputusan beli rumah ni sebab memang dari kecik aku duduk kat rumah kecik..selain kurang mentainance, ianya masih selesa untuk aku sekeluarga..bila aku tengok rancangan Before and After di Life Inspired serta merta ia memberi inspirasi kepada aku dan tiada salahnya tinggal di rumah yang kecil..

Bila kita sentiasa mensyukuri setiap apa yang kita miliki, in shaa Allah segalanya akan sentiasa cukup dan sempurna..dan bila kita mudah memiliki setiap yang kita inginkan tapi kurang bersyukur, maka kita tidak akan berasa cukup walaupun kita sudah ada segala-galanya..wallahu'alam..

Friday 1 November 2013

Maaf Aku Tak Ada WhatsApp


Assalammualaikum..

Emmm..sekarang ni memang banyak aplikasi pesanan ringkas kat handphone kategori smartphone..ramai jugak yang tanyakan aku pasal aku ni ada whatsApp tak..memang aku tak ada apa2 pun aplikasi pesanan ringkas samada whatsApp ke, Wechat ke dan yang sewaktu denganya..mungkin masih belum penting bagi aku agaknya..

Bukan aku tak ikuti perkembangan semasa..tapi aku memang tak ada smartphone nak download aplikasi macam tu..agaknya, kalau ada pun mesti kerja aku tak siap2 sebab melayan benda alah tu je..hehe..betul beb, tak tipu..macam jiran aku..satu hapa tak buat sebab melayan benda alah ni..semua benda dia nak tau, semua benda dia nak ada..haih, susah la macam tu..

Tapi, tak semua la kan yang macam tu..sebelum ni memang aku pernah guna smartphone..tapi, disebabkan rosak, aku malas dah nak guna lagi..nak beli baru pun nak guna duit jugak..dan aku ni bukannya kerja pun kalau nak beli handphone baru..bukan tak ada simpanan..tapi, aku lebih suka gunakan duit tu untuk tujuan yang lebih penting..

Nak minta Encik Hubby, rasa macam tak best pulak..ada benda yang lebih penting daripada nak membeli smartphone..lagipun bukan cara kami ikat perut semata-mata nak beli handphone baru..hahaha..memang dari dulu aku akan tukar handphone bila betul2 handphone aku dah rosak..cuma hari tu aku tak beli yang baru, aku guna handphone Encik Hubby yang lama..

Maaf la, siapa2 yang nak add aku tapi tak dapat..apa2 hal pm je..in shaa Allah aku reply..dulu masa aku tak ada facebook, ramai suruh aku buat akaun facebook..bila aku dah buat, baru aku tahu macam mana rasa bila ada facebook..up status, share, like dan upload pic..lama2 aku lagi suka jadi pemerhati sahaja sebab lama2 macam dah tak ada kepentingan pulak..hahaha..tulah, aku ni cepat bosan..

Sebab tu dari dulu sampai sekarang aku lebih suka blog..aku boleh explain apa sahaja tanpa perlu status yang tergantung dan penuh tanda tanya..aku boleh cerita dari A sampai Z sampai aku tak tahu nak cerita apa..bukan aku dah jauh hati dah kat kawan2..mungkin dah sampai masa aku nak slow dari facebook..tapi aku still setia dengan blog..mungkin facebook bukan medium sesuai untuk aku..tak mustahil juga aku akan tutup akaun facebook..





Thursday 31 October 2013

Minggu Yang Tak Berapa Ada Mood


Assalammualaikum..

Dah beberapa hari dah aku tak berapa ada mood nak blog..nak kata busy sangat pun tak jugak tapi malasnya mengalahkan apa..tengok tv pun tak pernah habis ceritanya..tapi aku selalu la blogwalking..sebab aku suka baca blog orang..haha..

FB pun aku baca status orang..kadang2 nak juga aku komen, tapi bila aku rasa komen aku tu nanti tak dialu-alukan, lebih baik aku jadi silent reader je..tak merajuk ya, jangan salah faham..sebab aku ni kadang2 nak komen pun ikut mood line tenet sebab aku suka pakai handphone je..

Serius aku cakap, bila aku komen, mesti keluar sampai 4-5 komen yang sama..lepas tu nak delete semua komen tu makan masa..lama2 aku aku naik menyampah pulak nak mengomen..tu yang kadang2 rasa nak tercarut jek..hahaha..tapi, tak sempat sebab kesabaran masih ada lagi..geram kat hanphone nak maki hamun dapat apa?

Tapi dah dekat seminggu ni aku memang tak ada selera nak makan..tekak tak rasa apa2..yang aku rasa cuma loya dan pening kepala bila aku masak..tak tau kenapa..tapi jangan ingan aku pregnant pulak..haha..lastly aku telan bubur ayam McD jek..tu pun tak berapa nak jalan..hari ni Encik Hubby belikan aku air Tropicana Twister perisa oren..mana tau selera aku datang balik..

Sepanjang aku tak ada selera nak makan ni, memang aku tak teringin langsung nak makan apa2 yang best..Encik hubby pelawa makan kat luar pun aku tak nak..besar betul dugaan yang Allah bagi kat aku sebab selama ni tolak batu dengan kayu je..semua aku bedal..hahaha..

Malam semalam, perut aku memulas-mulas..dihidrasi melampau juga la..nasib baik 3 kali je aku keluar masuk toilet..lepas tu dah ok balik..peliknya, aku tak makan apa2 pun..mungkin ini sebahagian toksin yang keluar dari badan..nak sedapkan hati..ekekeke..

Tengok la esok, ok ke tak..doakan aku berselera balik ya..sebab sepanjang aku tak ada selera ni, aku tak rasa pun badan aku dah kurus..hehehe..bukan apa, aku takut kesihatan aku terjejas sebab badan nak pakai lama..anak2 kecik2 lagi pulak tu..huhuhu..



Thursday 24 October 2013

Penjagaan Diri Anak-Anak


Assalammualaikum..

Hari ni nak cerita pasal penjagaan diri anak2 aku..hehe..anak2 pun ada penjagaan diri jugak kan..ok lah aku cerita serba sedikit tentang barang2 jagaan diorang ni..masa aku kecik2 dulu tak ada benda ni semua..pakai sabun buku je dah setel..hahaha..tu dulu kan..mak aku tak mampu lagi..


Ni dia shampoo dan mandian yang selalu anak aku gunakan..kalau beli shampoo jenis lain mesti aku tak puas hati sebab mudah kusut..tapi yang ni tak kusut pun..bila rambut dah kering, rambut diorang nampak berkilat dan melengkung ke dalam..kira cantik la..kalau tak rambut anak aku mesti tak cantik..nampak freezy macam iklan Dove tu..haha..

Yang ni shampoo haruman bergamot..memang wangi baunya..dia ada 2 jenis haruman..yang satu lagi aku tak ingat apa harumannya..botolnya warna hijau..yang sebelah dia tu mandian haruman strawberry..harum sangat2..selain haruman strawberry, ada haruman oren, pun harum baunya..


Gambar ehsan google

Yang ni pek lama..sekarang botol dia warna hijau tapi pek macam yang kat atas sekali tu..mula2 aku tak tau pun dia dah tukar pek..jenuh jugak mencari..akhirnya aku belek2 kat Tesco, bila aku test baunya, memang sah inilah shampoo yang selama ni aku cari..

Boleh didapati di butik Anakku dan di Tesco dengan harga RM9.90 sahaja..cuba la!




Monday 21 October 2013

Rahsia Kecergasan


Assalammualaikum..

Apa khabar bloggers? Sihat2 belaka la hendaknya ya..alhamdulillah, aku sihat2 saja..bila permulaan entry begini, bukan aku bajet ramai follower pun..hahaha..tapi aku tau, ramai yang layan blog merapu aku ni..aku menulis pun sekadar suka2..adatlah, bila kita publish, sikit sebanyak ada juga yang tersinggah blog aku ni kan..banyak2 terima kasih ya, sebab sudi baca blog aku yang poyo ni..hehehe..

Keadaan kesihatan pun bertambah baik walaupun kadang2 aku ni ada masalah piyed yang lambat berhenti..disebabkan aku dah dua kali bersalin sizer, kadang2 terasa pedih2 kat area sizer tu..dulu tak rasa macam ni pun..sekarang, nak bersin kena berada di posisi yang betul even umur Shifa pun dah 2 tahun lebih..kalau tak, aku akan merasa sangat sakit kat bahagian tu..terasa macam nak terburai perut..

Kalau rasa nak bersin, aku kena baring mengiring then bersin la dengan style kepit..hehehe..dah macam baru lepas bersalin pulak kan..tapi tu lah dugaanku..sob sob..bagus jugak kan, baru sopan sikit kalau bersin..kalau tak, bukan senonoh pun aku bersin..hahaha..main bersin sesuka hati jek..tapi kat rumah la..kalau kat public aku buat perangai tak senonoh tu memang tak la..haha..cover..psz..psz..gitewww bunyiknya..kihkihkih..

Ok, sebelum ni pun aku ada masalah kesihatan lain..biasa la, bila umur dah meningkat ni macam2 penyakit datang..lebih2 lagi aku ni memang banyak kerja yang guna tenaga dan tulang empat kerat..masa keje dulu lagi la..kat tempat kerja lain, kat rumah lain..terkejar-kejar macam pelesit..tapi masa tu rasa diri ni muda lagi, masih kuat, lupa yang suatu masa aku pun akan lemah..

Masalah utama aku adalah sakit kaki..mak aihhhh..kalau datang sakitnya nak jalan lama pun sakit, nak berdiri lama pun sakit, nak solat pun kadang2 sakit time duduk antara dua sujud..masa mula2 time solat je kaki aku tak sakit..lama2 aku bangun dari duduk kat kerusi pun kaki aku sakit..opismate aku dulu sakit kaki siap kena inject kat tumit..hadoiii! Bayangkan jarum panjang 2 inci! Agaknya, itulah efek aku kerja kat situ..mana taknya, banyak kena berjalan dari duduk..

Tapi, sejak aku minum minuman kesihatan yang Encik Hubby perkenalkan, masalah sakit kaki aku dah berkurang..badan terasa ringan, kadang2 bajet dah kurus pun ya jugak..hahaha..betul, aku tak tipu..Encik Hubby pun dah nampak susut..mak mentua yang dulunya terbongkok sebab menahan sakit pinggang yang kronik pun dah boleh berjalan tegak..mak aku pun, aku dah boleh ajak pergi shopping..dah tak sakit dah lututnya..


Inilah airnya..mulanya Encik Hubby beli untuk kegunaan diri dia yang kerja berat dan travel jauh..bila dia rasa badan pun ringan, dia pun suggest kat aku..mula2 pun aku minum untuk menambah tenaga sebab aku bergerak dan bekerja (even dok rumah pun) start pukul 5.30am-12.00pm/1.00am..tu pun kadang2 sampai pukul 2.00am sebab aku ralit siapkan bahan untuk breakfast esoknya..yang buat terbabas, bila aku prepare breakfast dengan lunch terus..haha..esoknya aku terus boleh masak untuk lunch sebab aku kan baby sitter..kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan..hehehe..

Tapi tak selalu lah..aku kena manage masa betul2..tak boleh skip masa..kalau ada yang terluang sikit pun aku kena advance kerja yang seterusnya..end up baru aku dapat reward iaitu dapat rest awal..kalau tak, semua tertangguh..dan itu menyebabkan kerja aku sampai bila2 pun tak habis walau hakikatnya memang tak pernah selesai pun..tapi, yang penting semuanya rapi..

Oh ya, air ni banyak khasiatnya..nanti lah aku cerita pasal air ni ya, sebab brochure takde pada aku sekarang..berisipadu 500ml berharga RM3.80 sahaja sebotol..air ni baru sahaja launch dan masih belum luas lagi permintaannya..Encik Hubby pun sejak minum air ni dah jadi wakil penjual, tu pun masih baru lagi..tapi, Encik Hubby berniaga bukan harapkan keuntungan, cuma mahu membantu mereka2 yang memerlukan..harga pun berpatutan..setakat telan air je memang aku ok jek..jangan suruh aku telan macam2, memang tak le..hehe..





Wednesday 16 October 2013

Jangan Bersedih


Assalammualaikum..

Bersedih? Setiap dari kita pasti pernah bersedih kan..hidup mesti diteruskan..walaupun kita bersedih, tak bermakna kita akan terus bersedih..kerana kesedihan tu satu permulaan untuk kita sedar dan perlu berusaha untuk keluar dari zon kesedihan..

Selalunya kita sedih sebab kita gagal..gagal dalam kehidupan seharian, gagal dalam mengejar cita2, gagal dalam bercinta..percayalah..semua kegagalan itu satu permulaan untuk kita meneruskan kehidupan..disebalik kegagalan, di situ ada jalan kejayaan jika kita sentiasa berusaha mencarinya.. 

Bila kita sentiasa berfikiran positif, kejayaan pasti menunggu..pokoknya kita kena banyak bersabar selain berusaha dan berdoa..usaha tanpa doa tak akan jadi juga..begitulah sebaliknya..tadi aku layan Youtube, lama betul aku tak layan lagu..yelah, manalah aku sempat nak layan kan..ni pun sebab anak2 dah tidur..hehe..

Cari punya cari clip, aku terjumpa clip video ni..


Ini adalah antara contoh terbaik bagaimana mereka berusaha untuk berjaya..lihatlah bagaimana Yuna sekarang..walaupun dia tak berjaya mengasah bakatnya dalam OIAM, tapi dia berusaha mencari jalan lain demi mengejar cita2nya..

Mereka yang telah berjaya pasti pernah melalui kegagalan..lihatlah samada artis2, usahawan2 di barat..orang2 ternama seperti mereka dalam golongan A-list semuanya mempunyai sejarah kegagalan masing2..sebab itu, bila kita gagal, jangan terlalu bersedih..aku pun pernah juga gagal..nak kata sekarang berjaya sangat pun tak juga..tapi aku cuba memperbaiki diri..sebab disebalik kelebihan, pasti ada kekurangan..


P/S: cute la Yuna masa tu..hehe..



Cerita Aidiladha


Assalammualaikum..

Apa khabar? Aku sihat jek..masih belum terlambat aku nak ucapkan Salam Aidiladha kepada yang rajin membaca blog yang tak berapa nak best ni..hehehe..aku sambut Aidiladha kat rumah mentua tahun ni..makanya, aku kena siapkan lauk pauk raya sebelum aku balik kampung..

13.10.13-Aku pergi beli barang basah kat TJ Mart dengan mak aku..masa ni Encik Hubby masih kat Kota Bharu..kali ni aku cadang nak beli ayam 2 ekor jek..selalunya beli sampai 4-5 ekor, dah macam nak raya puasa pulak..bila aku fikir2 balik, untuk tidak berlakunya pembaziran, aku beli 2 ekor ayam jek..beli besar sikit..daging 1 1/2kg, udang 1/2kg untuk kuah lodeh dan beli sayur macam biasa..Sampai kat rumah, aku siap bersihkan dan potong sekali sebab itu je masa yang aku ada..

14.10.13-Aku ingatkan Taqris ada, rupanya bonda dia cuti 2 hari..ok, alhamdulillah..dipermudahkan..siap2 masak untuk tengah hari aku masak asam pedas ikan parang, kentang goreng kicap dan pak choi goreng..setel je masak, aku siapkan bahan utntuk masak lauk raya..sementara tu mak aku uruskan ketupat..

Encik Hubby kata dia sampai petang, aku cepat2 la masak..tapi sampai aku siap masak pun dia tak muncul2..adeh..aku risau..tak lama tu dia call kata dia sampai lepas Maghrib..aku lega..aku siap masak sebelum pukul 7.00 malam..Encik Hubby sampai, aku siapkan makan malam dulu dan sementara tu aku kemas semua barang yang nak dibawa..

Hajat hati memang aku nak puasa, tapi disebabkan aku piyed..tu yang terbantut niatnya..sedih weh..sampai kampung dalam pukul 10 lebih..sampai2 je ipar duai aku buat bbq..apa lagi, ambil pinggan terus ceduk makanan..hahaha..huduh betul perangai..ekeke..seronok bila dapat berkumpul..badan yang tadi mulanya penat terus lega..

15.10.13-Aidiladha sudah tiba..siapkan anak2, berkumpul dan makan2 bersama keluarga..lepas tu tengok jiran sebelah buat ibadah qurban..anak2 tak ikut sebab busy bermain dengan sepupu2 diorang..aku pergi dengan kakak ipar dan anak saudara aku jek..Encik Hubby pulak sibuk melapah daging qurban..alhamdulillah, kami dapat banyak daging qurban yang disedekahkan..moga rezeki mereka berlipat kali ganda..amin..





Friday 11 October 2013

Rewind Zaman Dulu


Assalammualaikum..

Hari ni adalah hari busy aku..hahaha..tetiba je nak busy kan..ini kerana Encik Hubby dengan tetiba kena pergi outstation lagi..haih la, ingatkan dah nak dekat raya haji ni tak payah la nak kena travel jauh sebab kerja..rupanya ada jugak..takpe lah, demi mencari rezeki untuk keluarga kan..

Dulu, masa first time Encik Hubby kena outstation, aku rasa macam tak best jugak..baru kahwin dah kena tinggal..hahaha..tapi sebenarnya tak terasa sangat pun sebab masa bertunang dan berkawan pun kami memang jarang jumpa..dua minggu sekali pun payah..kadang2 berbulan jugak la..

Alhamdulillah..kuat betul jodoh kami kan..hehe..mula2 macam tak percaya yang kami ni ada jodoh..kenal pun kat chat room..jumpa pun main nekad jek..haaa..bab yang nekad tu adik2 kat luar sana jangan ikut ya..kakak ni memang jenis gamble..selamba rock jek tapi ramai lelaki yang gerun..hahaha..

Kita sebagai kaum yang lemah jangan tunjukkan diri kita ni lemah..jangan tunjuk kuat sangat nanti orang dengki..hehe..jangan tunjuk apa2, tapi kena tanamkan sifat berani dan kuat semangat..jangan mudah terpedaya dengan lelaki yang kita tidak kenali..

Bukan tak boleh percaya, tapi di awal perkenalan biarlah kita jual mahal..jangan sesekali kita bagi pinjam duit walaupun kita dah bertunang sebab bertunang bukanlah tiket untuk kita percayakan pasangan kita 100%..sebab duit ni memang ibu segala punca keretakan..bukan semua, tapi rata2 cerita yang aku dengar memang begitu..kalau kita boleh elak, seeloknya kita elakkan..

Tapi tak bermakna bila kita ni lokek nak bagi pinjam, kita pulak dok kikis duit diorang..tak elok tu..karang korang tak dapat kahwin baru tahu..ahahaha..walaupun kita kena bertolak ansur, sebolehnya janganlah melibatkan wang yang banyak..setakat dua hengget pun nak berkira, aku tak tahu lah spesis macam ni ada ke tak..ahaha..

Masa aku bertunang dulu, aku suka belikan sesuatu..aku pernah belikan handphone masa birthday Encik Hubby walaupun tak mahal..hehehe..belikan baju, pouch bag, emmm..apa lagi? Aku pun tak ingat dah..tapi yang biasa2 la..tak ada la yang mahal sangat..cuma barang hantaran je aku beli yang mahal sikit..mahal sikit je..hehehe..

Itu je la kenangan masa sebelum aku kahwin yang aku ingat..sebab tak banyak kenangan pun sebab jarang jumpa kan..tu yang dah terbiasa kalau sekarang ni pun jarang berjumpa..bila dah ada anak, memang mulanya kelam kabut sikit, tapi bila kita dapat sesuaikannya, in shaa Allah ia akan jadi mudah..satu je, bila kita serabut dengan kehidupan dan dugaannya cubalah cari penyelesaiannya..setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian..in shaa Allah..





Monday 7 October 2013

Misi Mencari Handbag Baru


Assalammualaikum..

Hurmm..lama dah menyimpan ni..dok pikir apa yang nak dibeli untuk dilekatkan..aku ni jenis yang suka bila dapat duit kerana sesuatu, kadang2 aku beli sesuatu untuk kenangan..fikir punya fikir, baru aku terfikir yang aku ni lama benar tak membeli handbag..last aku beli 2 tahun lepas..dah hancur dah handbag aku tu walau masihku usung kesana kemari..hehe..

Tapi, lately ni aku dah tak usung handbag tu dah..sebab memang dah nazak sangat dah..ahaha..lain masa aku kerja dulu..handbag masih elok, aku dah beli yang baru..sampai tak muat almari dah..bila sekarang dah tak kerja, kuasa membeli dah tak ada dah sebab bukannya aku hari2 keluar..bila tengok balik handbag lama yang jarang aku pakai tu pun dah rosak..cuma ada 3 biji handbag je yang masih elok..tu pun handbag hantaran kahwin dulu..hehe..nasib baik still in lagi..tapi aku sayang nak lenjan..

Kalau orang tanya jenis handbag pilihan aku, aku rasa aku lebih suka pakai tote bag je memandangkan anak aku kecik lagi, senang aku nak isi segala mak nenek tanpa menjinjing 2-3 barang kan..ahaha..opkos tote bag yang besar la..tapi, aku perlu juga handbag yang simple untuk sesuaikan majlis..maknanya aku kena beli 2 handbag..hahaha..

Kalau boleh handbag aku tu tak mahu la yang dari jauh dah nampak label..hehe..corak monochrome pun aku kurang gemar sebab boleh menampakkan jenama handbag yang aku pakai..sebenarnya bukanlah jenama menjadi keutamaan..yang penting ianya benar2 praktikal..paling best kalau ada yang hadiahkan..ahahaha..

Setiap orang mesti ada handbag impian even sampai sudah pun kita tak mampu..hahaha..aku pun macam tu jugak..tapi, kalau ada patern yang menyerupainya pun aku suka jugak..janji murah tapi tampak mahal..ahahaha..ada ke? Hehehe..



Tuesday 1 October 2013

Berbaloikah?


Assalammualikum..

Kalau aku kayaaaa...hahaha..hari2 dok dengar lagu tu kan lately ni..hehe..nak gelak pun ada bila dengar lagu tu..bait2 lagu tu merujuk kata2 cliche sebelum kaya..ahaha..betul tak? Kalau tak betul takkan ada pepatah ''besar periuk, besar juga keraknya''. Macam2 kita nak buat sebelum kita kaya..tapi bila dah kaya, macam2 benda kita nak buat dengan duit tu..itu bagi yang lupa diri lah ya..kalau orang yang masih tahu dan bijak menggunakan kekayaan yang ada, in shaa Allah segalanya akan menjadi apa yang kita harapkan sebelum ini..

Tapi aku pernah baca artikel mengenai seorang pengasas produk kecantikan ni..memang aku salute lah..dalam artikel tu dia ceritakan mengenai cara dia membelanjakan keuntungan yang dia perolehi..bayangkan seorang jutawan yang waktu itu memiliki RM100j dalam akaun hanya memandu Myvy sahaja..dan sekarang, pastinya amaun akaunnya bertambah, dia hanya menukar kereta Myvynya kepada kereta Toyota Prius..

Usahawan beginilah yang kita mahukan..masih merendah diri walaupun sudah bergelar jutawan..kadang2 tu, ada yang baru dapat kerja best sikit dah berangan nak pakai kereta itu kereta ini..bukan aku nak kondem minat orang terhadap kemampuan mereka sebab aku tak berada dalam lingkungan mereka..tapi, rasanya aku pun kena melatih dan belajar menjadi lebih sederhana..

Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal tudung yang berada di pasaran..adeh la..melambak-lambak macam goreng pisang panas..dari yang semurah-murah harganya hingga yang semahal-mahalnya..tapi aku ni kategori pemakai tudung yang kalau boleh murah dan cantik..ehehe..kadang2 nak juga beli tudung yang mahal sikit tapi setakat RM50 tu ok lagi la..tapi kalau dah harga sampai beratus-ratus tu memang tak masuk akal..lebih2 lagi tudung tu macam tak ikut syariat seperti jarang, singkat dan sebagainya..

Tu lah kan..kadang2 kita ni tahu cakap jek sebab kita tak mampu lagi..kalau beduit, harga dah tak penting dah..tapi make sure anak2 aku aku dulukan..ada juga kenalan aku ni pakai tudung mahal tu..bagi aku tak salah kalau dia mampu..tapi, kalau anak2 pun macam tak semenggah bajunya, lebih baik aku gunakan duit beli tudung mahal tu dengan baju2 anak2 aku..bukan sehelai dua, berhelai-helai aku tengok..dah macam fever je aku tengok sebab berlumba-lumba nak pakai tudung macam tu..

Rasanya, kalau tak ada tudung macam tu memang tak sah..ada juga kawan aku offer beli tudung tu dengan dia..tapi aku tolak secara baik..bukan aku tak boleh beli..tapi, aku rasa macam tak berbaloi..lagipun aku bukan type yg pakai tudung macam tu..maaf la kalau ada yang terasa..tapi kalau tanya aku la, memang tak berbaloi bagi aku dan mungkin kalau aku beli, lepas tu aku akan menyesal berhari-hari..hahaha..





Monday 30 September 2013

Surprise! Surprise!


Assalammualaikum..

Surprise! Hahaha..terkejut juga lah sebab tiba2 je Encik Hubby balik..hehe..ingatkan lama lagi dia outstation..tiba2 muncul..Shifa yang mulanya demam pun baik terus..kesian anak dara aku yang sorang tu..demam rindu rupanya..sebenarnya Encik Hubby balik Jumaat hari tu..disebabkan dia balik, tak sempat2 aku nak update blog..hahaha..

Ngengada sungguh kan..tapi Encik Hubby balik kejap je..lepas tu dia kena pergi lagi, tapi tak tahu bila..Jumaat tu pun dia balik dah petang..Sabtu dia cuti dan Ahad tu dia kena kerja semula..disebabkan hari Sabtu tu je masa yang kami ada, maka kami ambil keputusan mencari destinasi untuk memanfaatkan masa yang ada..

So, aku yang decide pergi zoo je..hehehe..tempat tu je lah yang buat anak2 aku happy sebenarnya..kalau pergi shopping ni serius diorang memang tak berkenan..asal masuk shopping kompleks je anak2 aku mesti buat hal..baru masuk shopping kompleks je dah huru hara..nak makan la, nak tu la, nak ni la..haih..tanda protes je tu..


Suka betul Shifa dengan burung..excited sungguh!


Terharu sungguh tengok kawan tu kan..tunggu siapa la tu..huhu..


Yang ni memang tengah frust kot..ehehehe..


Rilek kejap..sebenarnya tak la penat mana..aku kesiankan mak, takut dia penat..air dan anak2 aku memang tak boleh dipisahkan..haha..


Lepas tu kami singgah ke ZZ Sup Tulang kat Jalan Petrie..kat situ aku order Mee Rebus Tulang yang sangat mabeles..anak2 dengan mak aku order nasi ayam dan Encik Hubby order mee rebus sahaja..

Balik rumah terus lepak..rehat2 kejap lepas tu busy buat kuih buah Melaka..lepas buat kuih, baru aku masak untuk makan malam..masak simple2 je..sambal tumis, ikan tamban goreng dan lemak labu..sambil2 aku taip blog ni tiba2 aku ada idea..tapi, nantilah aku cerita sebab benda ni baru dalam perancangan..hehe..




Saturday 28 September 2013

Hmmm..


Assalammualaikum..

Lama dah aku fikir benda ni..tapi aku pendam jek..bukan aku sengaja nak buat keputusan macam ni..bukan juga sebab terpaksa, tapi sebab aku yang putuskan untuk buat keputusan ni..ya aku tahu aku belajar tak tinggi mana..dulu aku ada kerja best, tapi aku berhenti..sebab memang aku dah fikir semasak-masaknya..

Bila orang dok cakap kenapa, aku tak pernah cakap in detail..kadang2 jawapan aku macam tak ada..macam aku saja suka2..bila aku di offer kerja selepas aku berhenti kerja kat tempat lama tu, aku terus terima sebabnya adalah satu..aku nak jaga orang tua aku..

Lepas kerja baru aku dah tamat kontrak, itu sebagai pembuka jalan sebenarnya..aku kena jaga orang tua aku..sebelum arwah bapak meninggal, sebenarnya aku tak pernah tidur lena..dari zaman anak dara lagi..bila orang dok pertikai kenapa aku masih di Kulai, aku tak kecik hati sikit pun..sebab mereka tak tahu pun..

Bukan aku tak pernah dapat offer kerja kat KL..bukan tak ada peluang kerja yang membolehkan aku mencari pengalaman luar dari Johor..sebab aku masih ada tanggungjawab aku kat sini..memang betul aku ada adik beradik yang lain..diorang pun ada tanggungjawab diorang dan sampai masa aku kahwin, aku pun ada tanggungjawab juga..

Sekarang aku masih ada tanggungjawab untuk jaga mak aku..ada juga yang cakap, aku muda lagi kenapa berhenti kerja pulak..kadang2 nak juga aku balas..tapi aku tak tahu nak cakap macam mana..tak tahu macam mana nak explain untuk mereka takkan tanya lagi..

Masa aku kahwin dulu pun aku buat kecil-kecilan jek..pada aku kalau boleh aku tak nak bersanding, cuma inginkan persalinan yang boleh dijadikan kenangan..urusan perkahwinan aku, semua aku buat sendiri..tak ada sesiapa yang sponsor pun..kalau sesiapa yang datang majlis aku tu mesti ada yang pelik, aku anak bongsu, tapi majlis macam tak semenggah..

Sebab apa? Sebab aku pun bukan orang senang..orang tua aku pun dah bersara dan tak ada duit pencen yang diorang terima tiap2 bulan..pilihan apa yang aku ada? Tak ada pilihan, selain aku kena usaha sendiri..Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan..bersanding juga aku sebab nak tunaikan keinginan mak aku..tapi, sampai sekarang mak aku tak tahu tiap2 malam aku menangis menjelang hari perkahwinan aku sebab semua benda aku urus sendiri..

Pasal duit, memang aku usaha sendiri selain wang hantaran yang aku terima..itu pun macam2 dugaan juga lah..tengah aku sibuk uruskan beli barang2 kahwin, ada juga kawan yang nak pinjam duit..ada tak ada, aku pinjamkan juga sebab aku tak sampai hati sebab dia betul2 ada masalah..aku pejamkan mata pinjamkan dia duit walaupun aku betul2 memang nak guna duit..

Tapi Alhamdulillah, semua kesempitan aku hadapi semua dipermudahkan selepas majlis perkahwinan..semua perbelanjaan perkahwinan dapat aku setelkan..apa yang aku tahu, aku ni ada 'instinct'..bila aku rasa sesuatu keputusan yang aku buat tu betul, in shaa Allah ianya betul..sebab tu bila masalah datang, kalau aku tak rasa nervous, maknanya tak ada apa yang perlu aku risaukan..macam juga keputusan berhenti kerja dulu..

Sekarang ni aku still nak duduk rumah sebab mak aku tak berapa sihat..aku takut dia collapse masa aku tak ada..kalau aku pergi mana2 memang aku bawak mak aku sekali..kalau balik kampung, make sure ada yang tolong jagakan mak aku..itu pun tidur aku memang tak pernah lena..jiran2 aku je la yang tahu macam mana aku kat rumah..

Satu perkara bila kita menghadapi kesempitan hidup, jangan sekali-kali kita give up..banyakkan doa dalam solat..sebab bila aku ada masalah, aku jarang fikirkan masalah..aku fikirkan benda lain je..percayalah, jika kita sabar, Allah gantikan kesenangan suatu hari nanti..sebab janji Allah itu pasti..jangan menyesal kerana kita tidak senang macam orang lain..sekurang-kurangnya kita senang dengan apa yang kita lakukan..masih dapat makan sedap2 walaupun masak sendiri..









Wednesday 25 September 2013

Bila Ketiadaan Hubby Kat Rumah


Assalammualaikum..

After a few days tak hujan, hari ni pagi2 lagi dah hujan lebat..alhamdulillah..macam best je kan kalau dapat tidur..tapi, bila fikir balik, banyak lagi benda yang aku nak buat walaupun aku dah siap mengemas dan cuci kain..aku belum masak lagi..hehe..apa lagi, aku pun siapkan lauk tengah hari..masak yang simple2 jek..singgang selar kuning, kobis goreng dengan sambal belacan..

Start minggu ni bonda Taqris kerja divided..maknanya, tak ada lagi aku cuti panjang..hahaha..Sabtu dengan Ahad je aku cuti..pukul 7.00 pagi dia hantar dan dalam pukul 6.30 petang baru dia jemput..itu pun kalau jalan tak jem sebab bonda Taqris study kat Hospital Kempas..

Setahun juga dia study sebab staff nurse macam dia ni sampai satu tahap memang kena attend course..lepas ni mungkin dia akan jadi Sister..sebelum ni bonda Taqris terima Anugerah Khidmat Cemerlang, memang cepat la dia naik pangkat..alhamdulillah..bonda Taqris yang aku kenal, dia memang seorang yang baik..jenis tak kisah pun even anak aku selalu buli anak dia..hahaha..

Sepatutnya hari ni aku nak masak pulut kuning sikit..hehehe..sebab aku memang dah berhajat nak masak pulut kuning sempena Anna naik Al-Quran hari ni..tapi, stok pulut habis pulak..nak beli kat van sayur, dia pun kehabisan stok jugak..macam ni la, bila Encik Hubby outstation, transport pun dia tak tinggalkan..

Memang selalu pun macam tu..aku kat rumah kena pandai2 la bajet..biasanya, sebelum Encik Hubby outstation dia akan bawa kami pergi shopping barang dapur..semuanya kena extra..walaupun kadang2 aku rasa macam membazir, tapi sampai suatu masa benda tu kita perlukan jugak..

Dari rumah memang aku listing siap2 barang yang nak dibeli..segala mak nenek aku kena tulis walaupun nampak macam remeh..karang bila kita perlukan masa tu tak ada..biasanya Encik Hubby akan beli sekali frozen food untuk kudapan..aku tak kisah pun kalau tak ada..tapi Encik Hubby ni jenis kesian kalau anak bini dia asyik makan benda yang sama je..masalahnya, fridge aku ni karang tak muat nak isi, barang basah lagi..hehehe..

Duit untuk kecemasan pun Encik Hubby sediakan..pandai2 la nak guna..mana tau kot2 anak2 demam ke..pernah juga aku tiga beranak demam..pergi klinik, cukup2 duit kecemasan tu je..nasib baik ada juga aku income..selalunya, time Encik Hubby tak ada, time tu la nak guna duit..kang sekolah Anna ada jual buku la, jual cd la, macam2..

Susu dengan diapers pun beli extra sebab Encik Hubby selagi tak beli extra memang tak senang dia nak pergi outstation..hahaha..dari dulu lagi, kalau bab susu ni kadang2 sampai aku kena tulis tarikh sebab belum habis setin, Encik Hubby dah beli lagi..lama2 bertin-tin stok susu kat store..tambah lagi sekarang ni Anna dah kurang minum susu..sampai aku kata dah2 la beli susu Anna ni..takut expired jek..

Hari ni Shifa pulak demam..disebabkan ada pengalaman atasi demam sewaktu ketiadaan ketua keluarga, makanya stok ubat-ubatan pun kena ada..sebenarnya, pengalaman juga boleh membuatkan kerja kita jadi mudah..itu pun kalau kita betul2 bersedia dan tak panik..hehehe..

Tak ada perkara yang kita buat tak pernah gagal..sebenarnya kegagalan itu satu permulaan untuk kita berjaya..pernah kawan aku cakap, ''kau kena bodoh dulu baru datangnya pandai''..kedengaran macam sangat kasar, tapi itulah hakikatnya..maksudnya bila kita membuat kesilapan, kita akan memperbaikinya sehingga kita benar2 mahir dalam sesuatu perkara itu..practice makes perfect!




Tuesday 24 September 2013

Kenal Dulu Baru Tahu


Assalammualaikum..

Beberapa hari yang lepas aku dok ralit baca status2 kat fb..kadang2 aku ni jarang baca semua status friend list sebab aku biasa online pakai phone cikai..hahaha..tapi, disebabkan handphone tu sangat praktikal buat aku dan jimat kredit, makanya aku online pakai handphone tu je la..disebalik kebaikan, ada juga kekurangannya..aku akan menghadapi masalah bila tengok status2 yang terdahulu..lambat! Sebab tu aku cuma baca status2 baru dan yang terdahulu tu aku memang terlepas pandang..

''Kadangkala orang sombong bukan terlihat disebalik rupanya..
Adakalanya ia terlihat di sebalik hatinya''

Lebih kurang begitulah isi kandungannya..aku fikir2 ada juga kebenarannya dan memang selalu jugak la berlaku depan mata..dan aku nak tambah sikit, ''kebaikan dan seseorang juga bukan terletak pada rupanya, adakalanya ia juga terletak pada hatinya''..faham tak? Buat2 faham je lah..hahaha..

Ayat pertama tu memang selalu terjadi pada aku..orang anggap aku ni sombong sebab muka aku nampak garang..hahaha..boleh? Aku tak kisah dan aku tak salahkan diorang sebab dah memang rupa aku macam ni dan diorang tak tahu aku ni jenis yang macam mana..yang penting hati.. tapi, adakalanya raut wajah nampak sangat manis dan tanpa kita duga orangnya sangatlah sombong dan bongkak..ha, yang ni aku pernah jumpa..

Kesimpulannya, jangan menilai orang jika kita tak kenal hati budinya..kadang2 kita tak kenal pun orang tu ataupun kita kenal tapi kita jarang jumpa tapi kita dah menilai dengan persepsi yang buruk..bila orang cerita pasal sipulan, kita mudah percaya dan tak fikir panjang..mungkin apa yang mereka lihat bermaksud sebaliknya..wallahu a'lam..