Friday 26 April 2013

Candice Glover "Lovesong"




Lately ni asyik dengar lagu ni je..kira the song of the week..hehe..




"Lovesong"

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am home again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am whole again


Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am young again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am fun again



However far away
I will always love you
However long I stay
I will always love you
Whatever words I say
I will always love you
I will always love you



Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am free again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am clean again



However far away
I will always love you
However long I stay
I will always love you
Whatever words I say
I will always love you
I will always love you




Wednesday 10 April 2013

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers


Assalammualaikum..

Korang, lama aku tak kongsi resepi kan..hurm..bukan tak nak kongsi, tapi aku kadang2 busy lepas tu ada kemarau kemalasan pulak..ekeke..ditambah pulak kamera aku tiba2 rosak..frust kejap sebab camera screen aku tu hang..entah macam mana, dok aku belek2, camera aku ok balik..Alhamdulillah..walaupun camera aku tu macam dah out dated, tapi aku sayang sangat..camera tu hadiah masa aku kahwin dulu..panjang umur dia..tapi, tuan yang beri aku camera ni dah 4 tahun pergi menghadap Ilahi..moga rohnya dicucuri rahmat..Amin..

Ok lah, tak nak cerita emo2..nanti aku sedih..huhu..hari ni aku terlebih rajin pulak..lepas masak untuk makan tengah hari, aku siap2 bahan untuk ayam panggang aku sekali..tekak ni tetiba je nak makan ayam Kenny Rogers, tu yang semangat nak buat..lagipun bahan semua yang mudah2..main campak2 je la..yang penting sedap..ececeh..ni bukan nak puji diri sendiri ehk..ni kena puji siapa yang empunya resepi..aku pun tak ingat siapa, sebab banyak yang aku oleh menjadi lebih mudah..aku kan suka derhaka dengan resepi..hehe..


Bahan2:-

1/2 ekor ayam
4 ulas bawang putih (grg dulu)
1 inci halia(tumbuk)
1 tbs black pepper(tumbuk)
1 tbs rosemery(tumbuk)-dlm botol
1 sudu kecil jintan kasar(tumbuk)
garam secukup rasa(tumbuk)
3 biji kentang(ptg ikut suka)
1 btg karot(ptg ikut suka)


cara2;


-grg bwng putih lepas tu tumbuk dgn bahan tumbuk tadi dengan minyak goreng bawang putih tu skali..
-lumur kat ayam dan masukkan dalam plastik & ikat..
-simpan dlm fridge dlm 1-2 jam
-masukkan dlm loyang, lumur kentang & karot tadi dan bakar..
-bakar dlm 1 jam or hingga masak & kekuningan..



Ni sebelum dibakar..


Yang ni selepas dibakar..


Yang ni selepas di hidang..


Selamat mencuba!





Sunday 7 April 2013

Bila Rasa Diri Serba Tahu part II


Assalammualaikum..

Cak! Main cak2 pulak kan..ada masa ni sempat lah berblogging..mood ada, cerita ada so go on! Hahaha..sesekali aku speaking berhabuk berdebu jugak kan..siapa kata aku tak pandai cakap orang puteh? Meh sini..aku habaq sepiking London ala Malaysia..Waris pun nyanyi sepiking ala Nogoghi boleh jek..yang penting orang paham..udah..hahahah..

Tapi tak mahu lah aku di cop macam orang serba tahu..aku pun banyak yang tak tahu jugak..aku ngaku banyak benda yang aku tak tahu..tapi, aku sentiasa belajar..lebih2 lagi kalau perkara tu mendatangkan kebaikan..kalau tak tahu, aku lebih suka cakap tak tahu..tak nak memandai-mandai..yang itu bukan sifat aku..yelah, aku ni sekadar suri rumah..hehe..lebih baik jadi diri sendiri ya dak?

Aku pun pernah buat silap dan berusaha memperbaiki kesilapan..jika kita tidak diterima oleh sesiapa pun, ingatlah dan wajib percaya Allah sentiasa berada disisi kita.. mohon lah pertolongan seandainya kita dalam kesusahan dan kesempitan..dan jangan lupa memohon dan memanjatkan doa walaupun kita perolehi kesenangan tanda syukurnya kita pada Allah SAW..

Tapi kadang2 bila kita duduk diam2 ada saja yang cuba cuit kita..berkata begitu begini kat kita seolah-olah nak curi perhatian kita yang dia serba serbi serba tahu..bagi aku, aku suka orang yang serba tahu jenis nampak apa yang dia buat..kira ada evidence la..bukan cakap2 kosong saja nak cucuk jarum tapi tak ada apa yang dia buat melainkan memperlekehkan usaha orang lain..

Lately ni aku suka dengar ceramah Ustaz Kazim Elias..memang terlalu banyak ilmu yang diturunkan..sangat sensitif dalam bab agama yang memang perlu ada dalam diri seorang ustaz..kata-katanya juga tidak kasar..melambangka ketokohannya dalam agama yang bersandarkan Al-Quran dan Hadith dan bukan dikuasai dengan emosi semata..bagi mereka yang kutuk Ustaz Kazim ni, aku rasa dia ada masalah mental..hahaha..

Manusia ni memang ada macam2 kerenah..macam aku jugak..bukan semuanya kerenah aku ni baik2 belaka dan bukan semua nakal2 ya..tapi, aku tak suka nak cari pasal kat orang..kalau orang suka cari pasal kat aku tu memang selalu..haha..tak tahu lah kenapa..tapi, bila aku fikir2 balik mungkin mereka2 ni tak suka sikap aku yang tak banyak cakap kot..kalau aku banyak cakap, mesti orang benci kan..hehehe..

Tapi, kalau yang memang betul2 kenal aku, aku rasa diorang tak ada masalah dengan aku kot..dengar dari cerita2 aku, mesti korang expected aku macam2 kan..mesti aku ni jenis macam gud2..nak dengar cakap aku je, cakap orang lain simpan kat pajak gantung..haha..salah tu..aku suka dengar pendapat orang lain..kalau aku ada pendapat sendiri, aku akan cakap..kalau ada yang tak puas hati, it's ok..

Tapi, adakalanya bila aku dengar pendapat orang yang hanya mahu menang, aku rasa lebih baik aku diam diri saja..stop! Dan jangan ada benda2 yang bersangkut paut kita hujahkan..sebaliknya, bila ada yang tak sudah2 nak hentam kita dan petik2 kita, yang tu aku tak boleh diam..walaupun aku berbicara, langsung aku tak petik nama sipolan..kalau dia masih nak hujah perkara tu lagi, itu maknanya dia tak pernah nak terima pendapat orang lain..tu je..

Sejak zaman sekolah, memang ada manusia macam ni..tapi aku diam je..cakap la apa dia nak cakap sampai ada yang fitnah aku bukan2 sebab sakit hati bila tengok aku berdiam diri..aku ni benonya, tak suka nak gaduh2..bila suara dah tinggi (walaupun bukan aku yang salah), mula la aku emo ngalahkan orang yang buat salah dengan kita..hehe..mulalah suara pun berubah dok teresak-esak..hahaha..itulah kelemahan aku..sebab tu aku tak suka gaduh2..

Alhamdulillah..disebabkan sikap berdiam diri aku, mereka2 yang buat salah tu tak adalah segan nak mintak maaf dengan aku..syukur sangat2..sorang demi sorang dah sedar kesilapan lalu..dan ada sorang tu dulu memang anti aku bagai nak rak, tapi sekarang kami ngam dan apa yang mengejutkan aku, seluruh keluarga, makcik dan pakcik dia baik dengan aku..Alhamdulillah..itulah kekuasaan Allah beri jika kita sabar dengan sesorang yang memusuhi kita..Allah gandakan pula orang yang baik2 di sekeliling kita..aku betul2 belajar dengan pengalaman ini..

Macam2 lah..sampai satu tahap ada yang fitnahkan aku sampai ramai yang percaya dengan cerita dan perkara yang tak pernah aku buat..sampai aku kehilangan kawan baik..akhirnya, kawan baik aku tu berbaik semula dengan aku..aku pun terima dengan hati terbuka walaupun aku tak pernah pun tanya dia kenapa dia tak tegur aku sebelum tu..sebab aku tak nak dia rasa bersalah, sebab dia kawan aku..

Banyak pengajaran yang aku terima..baik ke, buruk ke kawan kita tu jangan sekali-kali kita balas apa yang dah diorang lakukan kat kita..sebab, suatu hari nanti kita tak punya waktu nak minta maaf kat orang..masa tu menangis pun dah tak guna..sesuatu perkara yang buruk kita buat kat orang, pasti akan ada Kifarah yang menunggu..janji Allah itu pasti..

Panjang lebar entry aku ni ya..takut ada yang malas nak baca..hehe..tak apalah, aku menulis pun sebab aku suka..hehehe..entry ni pun memberi pengajaran buat aku..sebab aku bukanlah manusia yang sempurna, masih ada kekurangan yang perlu diperbetulkan..cuma, aku tak pernah berputus asa dalam persahabatan..buruk atau baik pun mereka, aku masih setia menganggap mereka kawan dengan harapan setiap persahabatan berakhir dengan happy ending..



Wednesday 3 April 2013

Baby Sitter In The House!


Assalammualaikum..

Cak! Dah macam biskut, kejap ada kejap tak ada..huhu..yelah, sekarang ni aku tengah busy sikit dengan tugas harian..ditambah pulak Encik Hubby tak ada dalam 2 minggu ni sebab dia pergi outstation kat Kota Bharu..kami dah biasa dah cuma aku je agak sibuk sikit..kebetulan juga aku jadi baby sitter kepada anak seorang nurse ni..

Mula2 memang aku berat sikit nak jaga anak orang ni..bukan sebab aku tak biasa dengan budak2, tapi memandangkan kehuru-haraan rumah aku buat aku macam tawar hati je..tapi nurse ni memang suka kalau aku jaga anak dia, sebab dia tengok anak aku ni macam 'listen' jek bila aku bawa keluar..bukan nurse ni jek yang rasa macam tu, jiran2 aku semua cakap benda yang sama..hakikatnya, hanya aku je yang tahu..huhu..

Aku setuju nak jaga pun sebab waktu kerja nurse ni yang relax..kalau pagi, dari pukul 7.00 pagi hingga pukul 2.00 petang, shift petang pulak dari pukul 2.00 petang hingga 9.00 malam..shift malam pulak dia akan hantar kat rumah mertua dia..baby dia tak ada lah banyak ragam..cuma tak boleh dengar bunyi kenderaan..kejap2 dia akan mencebik..dia ingat bunyi kereta bonda dia lah tu..huhu..

Nama baby ni Tarkishah Ali-Rahman, aku panggil Tarkish je..Tarkish ni kalau dengan aku dia so-so jek..tapi kalau dengan Anna, kemain suka dia..siap gelak2..senang sikit kerja aku kan..tak adalah dia asyik nak mengulit dengan aku jek..Shifa pulak macam tak kisah ada baby kat rumah walaupun beza setahun je baby ni dengan dia..dia buat hal dia je lah..

Ok lah..tu je yang aku nak cerita..yang menariknya, walaupun aku semakin sibuk, tapi aku rasa badan aku semakin segar dan ringan.bukan lah nak kata aku dah kurus, tapi semakin aku aktif aku semakin sihat dan bersemangat..doakan aku diberikan kesihatan yang baik ya..huhu..