Wednesday 10 April 2013

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers


Assalammualaikum..

Korang, lama aku tak kongsi resepi kan..hurm..bukan tak nak kongsi, tapi aku kadang2 busy lepas tu ada kemarau kemalasan pulak..ekeke..ditambah pulak kamera aku tiba2 rosak..frust kejap sebab camera screen aku tu hang..entah macam mana, dok aku belek2, camera aku ok balik..Alhamdulillah..walaupun camera aku tu macam dah out dated, tapi aku sayang sangat..camera tu hadiah masa aku kahwin dulu..panjang umur dia..tapi, tuan yang beri aku camera ni dah 4 tahun pergi menghadap Ilahi..moga rohnya dicucuri rahmat..Amin..

Ok lah, tak nak cerita emo2..nanti aku sedih..huhu..hari ni aku terlebih rajin pulak..lepas masak untuk makan tengah hari, aku siap2 bahan untuk ayam panggang aku sekali..tekak ni tetiba je nak makan ayam Kenny Rogers, tu yang semangat nak buat..lagipun bahan semua yang mudah2..main campak2 je la..yang penting sedap..ececeh..ni bukan nak puji diri sendiri ehk..ni kena puji siapa yang empunya resepi..aku pun tak ingat siapa, sebab banyak yang aku oleh menjadi lebih mudah..aku kan suka derhaka dengan resepi..hehe..


Bahan2:-

1/2 ekor ayam
4 ulas bawang putih (grg dulu)
1 inci halia(tumbuk)
1 tbs black pepper(tumbuk)
1 tbs rosemery(tumbuk)-dlm botol
1 sudu kecil jintan kasar(tumbuk)
garam secukup rasa(tumbuk)
3 biji kentang(ptg ikut suka)
1 btg karot(ptg ikut suka)


cara2;


-grg bwng putih lepas tu tumbuk dgn bahan tumbuk tadi dengan minyak goreng bawang putih tu skali..
-lumur kat ayam dan masukkan dalam plastik & ikat..
-simpan dlm fridge dlm 1-2 jam
-masukkan dlm loyang, lumur kentang & karot tadi dan bakar..
-bakar dlm 1 jam or hingga masak & kekuningan..



Ni sebelum dibakar..


Yang ni selepas dibakar..


Yang ni selepas di hidang..


Selamat mencuba!





No comments: