Monday 15 December 2014

Anna Dah Nak Darjah Satu



                                                                   Assalammualaikum..  


          Kalau orang lain busy bercuti di musim cuti sekolah, aku pulak busy kat rumah..aku tak kemana mana pun memandangkan Encik Hubby busy dengan kerjanya..aku cuma sempat balik kampung lawat mentua saja..itu pun dah kira ok..haha..bosan tak korang kalau jadi aku??? Huhuhu.. Aku nak bosan sangat pun tak jugak sebab ada aktiviti dengan jiran2 aku..selain aktif bersukan pada waktu pagi, kami juga kadang2 keluar bersama..eceh..ayat macam aku ada skandal pulak..hahaha..geng mak2 sahaja ok..jangan salah faham..hehe..

          Diam tak diam, Anna dah nak naik darjah satu..aku yang terlebih excited okeh..belum tutup sekolah aku dah sibuk buat persiapan..macam aku pulak yang nak sekolah..tuan punya badan selamba je macam tak ada feel nak sekolah.. Mana taknya, aku sibuk pilihkan baju sekolah untuk dia, dianya hilang entah kemana..kemain susah aku nak cari baju sekolah untuk dia..alhamdulilah..semua dah selesai..

          Mencari baju dan peralatan sekolah bukanlah pengalaman pertama aku..dulu, masa anak saudara aku nak naik sekolah, aku belikan diorang peralatan sekolah..tak tau kenapa..walaupun aku ni strict dengan diorang, tapi bab2 belanja diorang memang paling aku gemar.. Cerita pasal peralatan sekolah, aku sediakan 4 pasang baju untuk Anna..dua pasang kasut dan dua buah beg sekolah..kenapa aku beli 4 pasang? Kalau boleh aku nak beli 5 pasang terus..haha..sebab aku lebih suka iron baju sekali harung..disebabkan takut kena bebel, so aku decide beli 4 pasang..

          Sebelum aku beli, aku survey dengan kawan2 aku dulu..Tanya diorang jenama apa yang bagus..aku beli 2 pasang baju jenama Suria..kainnya licin dan cantik..lepas tu aku beli sepasang baju jenama Unggul..aku beli jenama Unggul ni sebab aku suka kain cotton dan jahitannya sangat kemas..harga pun tak mahal..akhir sekali aku beli sepasang lagi baju jenama Canggih..tu pun aku terjebak sebab masa tu aku temankan kak long aku beli baju sekolah untuk anak dia..

          Saiz baju sekolah jenama Suria dan Unggul untuk Anna adalah saiz 30 manakala baju Canggih bersaiz 13 untuk baju dan saiz 22 untuk Kain..kasut pula saiz 35..dah macam saiz budak darjah 5 pulak..aisyyy... Tudung pun aku beli 4 pasang..tapi aku lupa jenama apa..aku beli tudung Lycra selapis tu..tau2 la..bdk2 tahap satu ni masa pergi je kemas..sampai rumah tudung dah huru hara.. Ok la. panjang aku menaip ni..hehe..tata




Monday 17 November 2014

Bila Pepatah..

                                                               Assalammualaikum..


          Tak bestnya update guna smartphone..serabut je tengok..haha..apa pun janji dapat update..tajuk entry pun macam tak habis..hehe..Ada cerita di sebaliknya tu..apa yang berlaku hari2 yang kadang2 kita langsung tak perasan..bukan lah niat nak menukar pepatah sedia ada, tapi cuma memberi nafas baru seiring peredaran zaman..hehe..mula la aku merepek kan..

          Selalu kita dengar pepatah "buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali." Kalau kita faham maksudnya, perkara seperti ini memang sering berlaku..berpada-padalah dalam membuat kebaikan..zaman sekarang ni kita buat baik pun orang tak suka, apa lagi buat jahat..kalau satu kejahatan yang kita buat daripada 9 kebaikan yang kita buat, orang cuma ingat satu kejahatan kita sampai bila2..kabaikan kita orang tak ingat langsung..tapi itu pepatah dulu..

          Pepatah sekarang, "buat baik berpada-pada, buat silap jangan sekali." Nampak x? Zaman sekarang jangan kata kita buat jahat..kita buat silap pun orang dah benci..tak dapat pulaukan, sindir pun jadi.. Pada aku, dalam apa2 perhubungan kita tak perlu ego, tak perlu meletakkan syarat..apa yang selalu kita elak, perkara seperti itu yang selalu mendekat..kelmarin, Encik Hubby tiba2 berpesan.."dalam persahabatan jangan sebut2 perkara lepas." Aku terdiam..lama aku fikir maksudnya..

          Kata-katanya bermaksud, bila kita berkawan dan akrab, jangan ada perbuatan kita yang membuatkan kita tiba2 renggang..bila dah renggang, apa yang baik dan manis bagi kita dulu semuanya berubah jadi buruk..kita mula ungkit keburukannya sahaja..berbanding masa berkawan..semua baik2 belaka..

          Cakap siang pandang2..walaupun aku berjiwa kental, aku tahu dan faham bila ada yang tak suka kita..bila ada yang sindir kita..tapi, sebagai seorang yang berjiwa kental juga, memang tidak sekali-kali aku melayan kerenah mereka..walaupun berkali-kali dan berulang-ulang mereka menyebut perkara yang sama..sebab aku bukan orang yang suka cari gaduh..aku diam!

          Tak mengapa lah..aku anggap mereka tak kenal aku..mereka tahu sedikit keburukan tentang aku..sebab kebaikan kita bukanlah sesuatu yang perlu kita heboh..cuma apa yang aku harap, berhentilah menyindir aku..aku tahu aku tak bagus macam mereka..tapi berilah aku peluang dan ruang perbaiki diri bukan menghukum aku dengan sindiran..




Tuesday 4 November 2014

Lama Tak Blogging Dan Bff Baru

         Assalammualaikum..


             Lamanya tak blogging kan..adehlah, busy sikit la..lepastu mamas nak bukak lappy sejak dah ada smartphone ni..semua aktiviti update guna smartphone..so, ni pun aku update guna smartphone..berapa banyak guna ayat smartphone daaaa...haha..

            Ok la, aku update serba sedikit la ehk..sekarang ni aku banyak aktiviti..tiap2 pagi aku berjalan keliling playground depan rumah aku ni untuk jaga kesihatan..lepas tu aku sambung main badminton..itulah aktiviti rutin aku sekarang ni..

            Sejak tu la aku rapat dengan jiran aku ni..Hasrina namanya..mula2 Anna la yang selalu bermain kat playground dengan anak dia, Darin..lepas tu bila Darin asyik melekat kat rumah aku, makanya kak Hasrina ni pun rajin la datang rumah aku untuk pickup anak dia..hehe..

            Yang membuat kami rapat bila kami ni ada banyak persamaan..huhu..selama 7 tahun aku tinggal kat perumahan ni, baru ni aku betul2 rapat dengan dia..yelah..dulu aku kerja, dan dia pun tak selalu tinggal kat sini..Sekarang ni, baru dia betul2 menetap kat sini, so bermulalah persahabatan kami..ececehhh.. Nanti2 la aku cerita ehk, panjang beno kalau nak cerita..so, aku cerita serba sedikit dulu lah ya..hehe..tata..




Tuesday 22 April 2014

Inilah Kehidupan Yang Aku Cari


Assalammualaikum..

As usual, i'm always busy..macam lappy pun dah tak relevan dengan aku sekarang..hahaha..tapi sayang la dengan blog aku yang satu ni..kadang2 rindu sangat nak mengarang..inilah penangan blog merapu aku..walaupun merapu, dah macam kedai serbeneka, tapi ada juga tarikan untuk aku mengarang..

Memang..lately ni memang aku busy dengan urusan rumahtangga..kehidupan aku sekarang ni memang nampak tidak indah..tiada percutian tahunan bersama keluarga atau percutian setiap kali cuti sekolah..tapi aku tak kisah, sebab memang ini kehidupan yang aku pilih..anak2 pun tak kisah sebab kami pun tak pernah memanjakan mereka dengan kehidupan seperti itu..

Bukan kami tak berusaha, tapi buat masa ini perkara itu bukan sesuatu yang penting..tapi tidak bermakna kami tidak meluangkan masa bersama anak2..bukan tidak inginkannya, mungkin masa itu belum tiba..sebab ada perkara yang lebih penting dari itu yang kami perlu hadapi dahulu..

Kami juga masih memiliki kenderaan yang sama kerana kenderaan itu masih elok dan tidak pernah meragam sepanjang kami berkahwin..tidak juga memerlukan kos yang banyak untuk menyelenggarakannya..mungkin ia tidak canggih, tapi sangat berbaloi! Andai kata kami nak tukar kenderaan lain pun, mungkin disebabkan penambahan ahli keluarga..hehehe..

Bila kita berkahwin dengan pasangan kita, sedikit sebanyak kita memiliki sifatnya juga..Encik Hubby memang humble orangnya..walaupun kadang2 berbeza pendapat..hahaha..tapi banyak hal kami bincang bersama..banyak juga sifatnya menjadikan aku terbiasa..bila fikir2 balik, memang banyak kebaikannya..

Bila aku tersilap, Encik Hubby selalu menegur walaupun adakalanya melalui sindiran..walaupun dia tidaklah alim tak bermakna kita tak perlu dengar nasihatnya..sebagai seorang isteri, tolong buang ego bila berhadapan dengan suami..walupun di pejabat kita adalah bos, bila di rumah suami lah bos kita..

Hampir setiap hari aku belajar benda baru dalam melayari bahtera perkahwinan..aku dah tak peduli cakap2 yang tak enak didengar tentang aku..biar orang lihat kehidupan aku terkebelakang..biar orang lihat aku seperti tiada kejayaan, tiada kemewahan, tiada memiliki apa yang orang lain miliki..sebab itu semua bukan sesuatu yang perlu kita tontonkan..




Sunday 16 March 2014

Bila Encik Hubby Outstation

  Assalammualaikum.. 

           Apa khabar semua? Harapnya sihat walafiat lah ya..jaga makan, jaga tidur dan jaga kesihatan..tu memang penting sangat2..sekarang ni kita tak rasa akibatnya..bila dah berumur baru kita menyesal bila penyakit mula datang..

 Lama tak update kan..macam biasa la, aku busy macam biasa..Encik Hubby kalau outstation, memang semua perkara aku kena buat.. Lepas dia keluar outstation 2 minggu, 3 hari je dia kat rumah..lepas tu outstation lagi 4 hari katanya..emmm, tetiba dia kata kerja tak siap terpaksa extend 2 minggu lagi..sabar je la.. 

 Bila perkara yg tak diduga macam ni berlaku, maknanya banyak perkara la aku kena buat..dari urusan anak2 hingga la urusan Encik Hubby sebelum ni kena buat sekali..hehehe..bila dah busy sangat kadang2 nak makan pun dah tak lalu..peliknya, kurus tak jugak..ahahaha.. 

 Tapi yang peningnya bila Encik Hubby tak ada bila nak kena jawab soalan anak2 yang tak henti2 tanya bila papa dia nak balik..time tu la anak2 dok mintak tu mintak ni..mintak benda2 yang tak pasti aku boleh adakan even anak2 bukanlah sifatnya seperti ini..protes gaknya.. 

 Ni bukan aku nak merungut ya..saja je nak cerita..hahaha..aku ok jek..setakat ni tak ada masalah besar lagi..cuma aku DOA banyak2 supaya diberikan kesihatan yang baik..oh ya hari ni Encik Hubby balik katanya..nak masak apa ehk??? Huhuhu..

 #pray4MH370

Saturday 22 February 2014

Dah Setahun Lebih



Assalammualaikum..

Apa khabar? Harap sihat hendaknya ya..Alhamdulillah, aku sihat wal'afiat setelah bertarung dengan selsema dan batuk yang sangat heavy lately ni..sebenarnya sebelum ni aku batuk dan selsema jugak, lepas tu ok dah..lepas dua minggu aku ok, batuk dan selsema aku datang balik dan lebik teruk dari yang sebelum ni..tak ada rahsia apa2..cuma makan ubat macam biasa..hehe..

Diam tak diam dah setahun lebih jugak aku jadi housewife..setakat ni semuanya ok..tak ada apa2 yang tak best sebab masa aku banyak terisi dengan kerja2 rumah dan anak2..sebenarnya, dari zaman sekolah lagi aku memang suka buat kerja2 rumah ni..maklumlah, mak aku dulu pun bekerja..aku dah biasa buat benda2 tu semua..

Mak aku dulu memang cerewet bab2 kebersihan dan kekemasan rumah..sebelum dia membebel, adalah lebih baik aku halang bebelannya tu dengan melakukan benda2 yang mak aku suka..haha..masa zaman sekolah dulu, kalau aku nak ke mana2 pun make sure aku kena siap mengemas rumah..

Sekarang ni ditambah pula dengan Taqris, masa aku memang betul2 terisi..mula2 memang kelam kabut dan penat sikit..dah lama2 aku jadi terbiasa..bila Taqris tak ada, aku jadi boring, kadang2 letih sebab tak tahu nak buat apa dah..hahaha..paling tak pun aku tidur je la..petang, kalau aku tak ada apa2 nak buat, aku ajak anak2 ke playground..

Percaya atau tak, dulu aku memang tak banyak masa berbual dengan jiran2..paling tak pun kami bertegur sapa sahaja..kenal pun jiran2 terdekat sahaja..sekarang baru lah aku dapat kenal jiran2 yang lain..tu pun terasa macam aku baru pindah kat perumahan ni..hehe..kesian kan..diorang pun selalu perhatikan aku..nak tanya pun tak berkesempatan..

Sampaikan diorang lebih kenal anak aku Anna dari aku sendiri..bila berbual, ada yang tak kenal aku siapa..bila aku cerita, baru diorang kata ''ohh..ni mama Anna ya..'' hehe..gelak je bila aku ingat balik..setakat ni, walaupun ramai dah jiran2 yang aku kenal, tapi tak lah sampai aku duduk bertangga berborak tak hengat donia..biasanya aku borak pun pasal anak2 dan apa yang berlaku kat perumahan jek..tak lebih dari tu..

Bila dah duduk rumah ni, ada sahaja jiran2 yang promote jual tu jual ni..masa aku kerja dulu, kalau ada apa2 yang diorang jual, aku main beli je..sekarang ni, dah bijak sikit, aku beli yang penting2 jek..ekeke..boleh dikatakan macam2 produk ada jual kat perumahan aku ni..tudung Fareeda la, tudung Aidijuma la, kain ela, kek cheese leleh la, baju, seluar, Avon, Tupperware, supplement, jamu, alat tulis pun kadang2 ada..duit je la..tapi, macam aku cakap tadi, aku beli benda2 yang penting jek..huhu..

Oh ya, post aku yang lepas aku ada cerita pasal kawan aku kan..bukan cerita apa pun..ianya sebenarnya tak melibatkan aku 100%..cuma diorang jadikan aku orang tengah nak selesaikan masalah diorang..jangan ingat aku ni bergaduh dengan diorang ya..sekarang masalah tak setel lagi sebab pihak yang lagi satu dah mintak maaf, tapi yang lagi satu macam tak nak layan je..apa2 pun aku doakan yang terbaik buat diorang..bukan apa, hari2 jumpa..tak syok la kalau nak bermasam muka je..hehehe..





Saturday 15 February 2014

Setiap Orang Pernah Buat Silap


Assalammualaikum..

Lately ni memang aku busy semedang..memang betul2 tak sempat nak melayan lappy..sempat layan facebook pun kat handphone je..tu pun sempat update je..lepas tu memang tak sempat apa2 dah..nak mereply pun tunggu 2-3 jam..haha..maaf la ya, aku betul2 tak sempat..

Sepanjang kebizian aku ni macam2 perkara berlaku..macam2 kisah berlaku dengan kawan2 yang kira rapat jugak la sekarang dengan aku..sebenarnya benda ni dah lama merebak, tapi aku malas nak campur sangat sebab semua pun kawan aku jugak..

 Itulah kan..kita ni kena sentiasa bersihkan hati kita..kalau hati kita ni sering berprasangka, ia melibatkan rohani kita juga..aku cerita pun bukan sebab aku rasa aku saja yang betul..tapi perkara macam ni banyak menyedarkan aku, banyak mengajar aku erti persahabatan, realiti kehidupan dan bagaimana nak mengatasi masalah macam ni..

Aku pun bukan tak pernah buat silap malah sampai sekarang pun aku sedang perbaikinya..bila ada suara2 yang masih nak ungkit, bagi aku biarkan mereka sehingga mereka puas..aku doakan suatu hari nanti mereka juga akan sedar, bukan mudah orang nak maafkan kita dengan seikhlas hati..

Sekarang ni manusia menghukum sesama mereka lebih zalim dari Penciptanya..kalau dengan Pencipta, kita masih boleh memohon ampun dengan sepenuh hati kita bila kita buat silap..tapi dengan manusia..walau dengan seikhlas hati pun belum tentu kemaafan kita boleh diterima dengan ikhlas dan hati terbuka..

Doa, doa, doa..itulah perkara yang penting untuk tetapkan hati kita..mereka yang menjadi tetamu syurga itu bukan hanya kerana menjaga solatnya semata..tapi ketetapan dan kebersihan hati juga menjadi keutamaan..adik2, kakak2, makcik2..aku bukan bercerita kosong..aku tak mahu apa yang diceritakan tentang wanita yang lebih ramai 'di sana' itu bukanlah wanita dikalangan kita..

Berbalik cerita aku tadi, aku tak nak berprasangka buruk pada sesiapa..kalau ada yang bercerita tentang keburukan kita, itu tidak bermakna kita boleh bercerita tentang keburukannya pula..dosa tetap dosa..bukan senang nak pelihara hati..jika kita boleh pelihara melalui perkataan belum tentu kita boleh pelihara melalui hati..apapun hati kena bersihkan dahulu..

''Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata'' ~surah Al-Ahzab ayat 58.




Thursday 30 January 2014

Lama Tak Blogging


Assalammualaikum..

Lamanya tak blogging kan..terima kasih pada yang tertunggu-tunggu update aku yang merapu ni..hehe..sebab2 aku jarang blogging adalah disebabkan masalah biasa..line tenet aku yang lembab..kadang2 bila line ok, aku pulak yang tak ada mood nak mengarang..kadang2 bila dah karang satu2 cerita aku tak publish pulak..yalah..kadang2 bila hati ni tak keruan, macam2 kita nak luah..tapi, bila baca balik, aku takut ada yang fikir aku ni jenis yang gud2..bukan susah nak buat orang benci kat kita even tak pernah pun bersemuka..baca blog aku ni pun rasa macam nak muntah gaknya..hahaha..

Ok la..aku tau ramai yang silent reader kat sana..aku pun silent reader jugak..muehehe..bulan ni memang aku agak busy jugak la..mula2 anak2 aku demam berulang-ulang..tu yang Anna tak pernah2 ponteng sekolah, terpaksa ponteng sehari..nasib baik masa dia demam teruk tu memang time cuti dan ditambah pulak dengan cuti umum Maulidur Rasul dan demam ulangannya sampai cuti gantian Thaipusam..risau jugak aku sampai aku terpaksa hantar pergi hospital..terima kasih banyak2 kat kawan2 yang banyak bagi semangat kat aku waktu tu..yelah..dua2 anak aku demam panas berulang..siapa yang tak risau..

Kalau ada yang kata aku terover sampai nak update kat FB tu biaq pi la..bukan senang nak puaskan hati semua orang..nak buruk sangka kat orang pun lagi tak elok..dosa! Berbalik dengan cerita tadi, lepas anak2 dah sihat, aku banyak bagi tumpuan kat anak2..Taqris aku jaga macam biasa..lepas tu Encik Hubby pulak macam biasa outstation ke Kelantan..esok in shaaAllah baru balik..masalah aku, kalau anak2 dah lama sangat tak jumpa papa diorang, masing2 buat perangai..

Lately ni entah kenapa aku asyik benar mengemas rumah..mengemas mengalahkan esok nak raya weh! Habis aku punggah barang2 yang aku rasa tak pakai aku kumpul dan buang..aku rasa orang angkat sampah aku pun merungut sebab banyak betul barang yang diorang kena angkut..hehehe..mahap ye pakcik SWM..sejak aku pindah aku tak pernah jenguk lagi barang2 yang aku susun kat dalam almari..main susun jek sampai tak muat..bila cek balik, banyak betul barang yang tak pakai..lengang almari aku sekarang..hahaha..

Firstly aku kemas bilik aku..memang dah lama aku nak alih perabut kat bilik aku tu..tapi, disebabkan ruang yang terhad, hasrat terpaksa ku pendam sehinggalah hari Isnin hari tu aku mengemas macam nak terbalik rumah aku kerjakan..macam aku pulak sambut CNY..hehehe..dah tak ada kotak2 isi barang2 kat atas almari dah..semua aku dah buang..alat2 solek aku yang dah expired pun aku buang sekali..kain baju dalam almari pun aku susun semula..pendek kata, apa yang ada dalam bilik aku tu cuma ada barang yang aku betul2 perlu jek..

Aku ingatkan aku cuma nak kemas bilik aku jek..bilik mak aku pun aku kemas sekali..hahaha..bila mak aku tengok aku dah terlebih rajin, dia pun suruh aku kemas kabinet dapur sekali..tak cukup dengan tu, memang satu rumah la aku sakan mengemas..aku ni time rajin macam ni jangan dihalang..sebab kalau aku dah tak buat tu semua, memang makan masa la nak kemas macam ni balik..hehehe..

Last two days birthday aku..wehehehe..terima kasih banyak2 la siapa2 yang wished aku ya..memang challenging la nak mereply..Alhamdulillah, end up dapat jugak aku mereply semua wishes dengan menggunakan handphone E63 yang banyak berjasa..dengan line tenet yang lembab, dekat tengah malam juga la aku selesai mereply..tahun ni first time sambut birthday tanpa Encik Hubby..tapi, birthday present sempat dia bagi awal sebelum dia ke Kelantan..

Sejak dah jadi suri rumah sepenuh masa ni macam2 pulak present yang Encik Hubby bagi..mula2 bagi smart phone, lepas tu dia belikan handbag..bukan satu, tapi dua..hahaha..handbag aku dah buruk katanya..bukan tu saja, dia siap belikan aku 2 pasang baju..memang dia dah berhajat dah nak bagi semua tu cuma masa je yang tak sesuai..sebab Encik Hubby bukan selalu pun manjakan aku macam ni..aku pun bukan jenis yang meminta-minta..pernah kan aku plan nak beli handbag..memang aku dah kumpul duit siap2 dan tak sangka aku pun dapat present handbag..dan duit tu aku simpan lagi..hehehe..

Ok la ya, penat dah menaip..korang pun penat nak baca kisah merapu aku ni..hehehe..aku doakan korang sentiasa sihat dan gembira disamping yang tersayang..sayang korang ketat2..tata..



Saturday 4 January 2014

Kisahnya..


Assalammualaikum..

Macam dah tak best nak blogging sekarang..sebab aku merajuk..merajuk dengan line tenet kat rumah aku ni..haha..dah hari ke empat dah tukar kelander baru, baru ni aku sempat nak update..azam aku? Hari2 aku tanam azam..azam yang lebih baik dari yang terdahulu..tipulah kalau kata awal tahun aku tak tanam apa2 azam..macam orang lain, azam aku mestilah nak yang terbaik..

Asal Januari je aku rasa seram sejuk..huhu..tak tahu lah kenapa..selagi tarikh tak melangkau ke 'angkanya' selagi tu la aku rasa nervous semacam..dari dulu memang macam tu..aku pun tak tau kenapa..Alhamdulillah, yang penting aku masih lagi melihat dunia di tahun 2014..sampai bila? Wallahu a'lam..hanya Allah sahaja yang tahu..

Seperti biasa, aku mahu tingkatkan kualiti ibadah, mahu sebanyaknya memohon maaf kepada sesiapa pun, mahu sempurnakan auratku, pendek kata aku mahu sempunakan segalanya..bila umur semakin meningkat, bumi pun semakin tua, semakin takut aku pada Allah..tiada siapa yang dapat menolong selain ibadah yang kita lakukan..sedangkan kita rasa seram berada di tanah perkuburan berseorangan, apa lagi kita hadapinya di alam barzakh?

Ok la, awal persekolahan hari tu macam biasa la, hantar Annasophea pergi sekolah..jiran2 aku ramai yang ingat Anna dah naik darjah 1..belum lagi..tahun depan baru cukup umur..huhu..maklum la, maknya dulu kahwin lambat..hehe..ada anak kawan yang sebaya umur dengan aku dah lepas SPM pun ada..hebat tak???
Yang dah tutup kilang pun ada..aku ni pun kilang tinggal 1 produk je lagi..hahaha..memang dah tertulis anak aku tak ramai..Alhamdulillah, yang dua orang ni pun dah murah rezeki aku..

First day baru kami datang sekolah bayar baki yuran sekolah sebab Encik Hubby sibuk outstation..masa tu jugak aku beli uniform sekolah Anna lagi..uniform lama boleh pakai lagi cuma dah senteng..hehe..sekalinya saiz baru yang Anna dapat ialah XXXXL..hahaha..tergelak aku depan kerani tu..kerani tu pun gelak sama..adeh la, aku pun muat uniform dia..

Lepas tu Anna aku biarkan dia balik naik van sekolah..masa first time dia sekolah dulu pun aku tinggalkan dia jugak..aku tengok dia ok je, tu yang aku berani tinggalkan..pesan dia siap2..masa nak pergi pun dia dah sibuk nak naik van sekolah..aku kata kat dia, first day ni biarlah kami yang hantar..haha..lepas hantar Anna, kami ke sekolah Kebangsaan pulak..daftar darjah 1 untuk sesi 2015..Alhamdulillah..nasib baik tak kena bebel sebab rasanya kami lewat juga nak daftar..

Bila semuanya settled, barulah lega..harap2 Anna happy sekolah kat situ lagi..maunya tak happy..barang2 sekolah semuanya baru kecuali kasut..kasut dia elok lagi tu yang tak belikan..kalau beli pun mungkin pertengahan tahun nanti bila agak2 kasut dia dah sempit..hehe..barang2 sekolah Anna aku beli guna duit syiling yang aku kumpul..duit syiling tu semua sebenarnya Encik Hubby punya..daripada dia longgok kat atas meja, baik aku simpan dalam tabung..2 tahun menuai..sekali tuai dapat la dalam RM150-RM170..

Ringan juga beban Encik Hubby..yelah..bukan kami je yang dia kena tanggung..dia juga tanggung keluarga aku selain keluarga dia kat kampung..memang aku kagum dengan Encik Hubby ni..masa dia lepas sekolah, dapat kerja, terus dia bantu adik2 sekolah..untuk diri dia, dia tolak tepi walaupun dia masih ada abang2 dan kakak2..kira Encik Hubby ni memang harapan keluarga la waktu tu..tapi dia tak pernah merungut..aku tahu pun sebab mak mentua yang cerita..kalau nak dengar dari mulut dia memang tak la..

Sebab tu aku tak meminta-minta kecuali dia yang offer..Encik Hubby paling suka belikan apa yang aku mahu bila usaha aku untuk kebaikan anak2 berjaya..itu yang selalu aku perhatikan..anak dapat hadiah, aku pun dapat hadiah sekali..pernah juga bila kami pergi Aeon Mall, dia bagi duit suruh beli apa2 yang aku nak..aku cuma beli baju untuk anak2 je..dia tanya kenapa tak beli baju untuk aku, tak cukup ke duit tu? Kalau tak cukup, nanti dia tambah..duit tu lebih dari cukup..cuma aku rasa aku nak simpan baki duit tu..bila aku ingat2 balik insiden tu mula la aku rasa sedih..huhu..ter emo la pulak..

Di penghujung cerita kali ni baru aku terfikir, apa aku nak tenyeh tajuk entry kali ni? Hehehe..cerita asal dah kelaut..macam mana ni? Hehehe..belasah je la kan..