Sunday 16 March 2014

Bila Encik Hubby Outstation

  Assalammualaikum.. 

           Apa khabar semua? Harapnya sihat walafiat lah ya..jaga makan, jaga tidur dan jaga kesihatan..tu memang penting sangat2..sekarang ni kita tak rasa akibatnya..bila dah berumur baru kita menyesal bila penyakit mula datang..

 Lama tak update kan..macam biasa la, aku busy macam biasa..Encik Hubby kalau outstation, memang semua perkara aku kena buat.. Lepas dia keluar outstation 2 minggu, 3 hari je dia kat rumah..lepas tu outstation lagi 4 hari katanya..emmm, tetiba dia kata kerja tak siap terpaksa extend 2 minggu lagi..sabar je la.. 

 Bila perkara yg tak diduga macam ni berlaku, maknanya banyak perkara la aku kena buat..dari urusan anak2 hingga la urusan Encik Hubby sebelum ni kena buat sekali..hehehe..bila dah busy sangat kadang2 nak makan pun dah tak lalu..peliknya, kurus tak jugak..ahahaha.. 

 Tapi yang peningnya bila Encik Hubby tak ada bila nak kena jawab soalan anak2 yang tak henti2 tanya bila papa dia nak balik..time tu la anak2 dok mintak tu mintak ni..mintak benda2 yang tak pasti aku boleh adakan even anak2 bukanlah sifatnya seperti ini..protes gaknya.. 

 Ni bukan aku nak merungut ya..saja je nak cerita..hahaha..aku ok jek..setakat ni tak ada masalah besar lagi..cuma aku DOA banyak2 supaya diberikan kesihatan yang baik..oh ya hari ni Encik Hubby balik katanya..nak masak apa ehk??? Huhuhu..

 #pray4MH370