Thursday 4 July 2013

Cerita Pasal Anna


Assalammualaikum..

Entry ni dibuat dalam keadaan boring yang amat sebab terpaksa guna lappy lagi satu yang memang tak friendly dengan aku..hehehe..tak best langsung! Tapi tak apa, teruskan jugak menaip sebab ada masa terluang ni..lappy yang selalu aku guna tu charger dia rosak..dah order, tapi tak ada stok buat masa ni..charger lappy ni tak sama pulak sebab lain company..hehehe..

Ok lah, lama tak cerita pasal anak dara aku yang sorang ni..sejak dah sekolah ni aku pun semakin sibuk padahal banyak jugak benda nak cerita pasal keletah Anna ni..ada yang buat aku geram, buat aku marah dan tak kurang jugak buat aku ketawa..harapan aku agar Anna jadi anak yang baik, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat..In shaa Allah..Amin..

Ni kisah semalam, sekolah Anna ada buat summer camp..sepatutnya aktiviti ni dibuat pada minggu lepas..tapi, disebabkan masalah jerebu, aktiviti ni ditunda pada hari semalam..bukan  main bad mood dia masa teacher dia bagi tahu summer camp tu dibatalkan last week..mana taknya, seminggu dok canang nak pergi summer camp..hahaha..


Semua benda dia nak bawak..baju siap bawak 2 pasang..jajan dia lagi..sampaikan Encik hubby sindir suruh bawak bantal sekali..ahaha..malam tu tak boleh tidur katanya..excited sangat la tu..padahal dia siap cakap dengan aku, teacher pesan suruh tidur awal..hehehe..


Masa ni pagi..asyik la membebel bila van nak sampai..besar dah kan anak dara aku yang sorang ni..saiz baju sekolah dia je saiz XXXL..tak tau lah tahun depan ni muat lagi tak saiz tu..huhu..cari kasut sekolah dia pun susah weh..semua pattern tak sesuai dengan dia..semua penjual kasut kata kaki dia ni panjang, tapi kurus..kalau beli kasut besar, mesti kasut tu lebar dan akan tercabut bila dipakai..bila beli kecik, tak muat pulak sebab kaki dia panjang..


Balik je tak sempat masuk dah pot pet pot pet bercerita pasal summer camp..hehe..siap bawak belon sebijik! Alhamdulillah..semuanya selamat..risau jugak aku kalau jadi apa2 kat dia..yelah, bukan tak percaya pada teacher..tapi student kan ramai, takut tak terkawal..lebih2 lagi budak2 tadika ni..haru biru, huru hara..hahaha..

Sabtu ni ada parent's day..kena pergi sekolah Anna, nak tahu perkembangan dia..sebenarnya teacher dia ada beri tahu tarikh2 lain yang boleh kami datang..tapi Sabtu ni baru kami sempat..tak sabar pulak aku nak tahu apa kata teacher Anna nanti..hehe..

Petang tadi jiran aku ada datang jumpa aku nak tanya macam mana perkembangan Anna kat sekolah sebab anak dia pun sekolah tempat yang sama dengan Anna..dia kompelin, sebab anak dia masih tak pandai lagi membaca..bukan dia je kompelin, ada jugak 2-3 orang member yang tanya soalan yang sama..

Bukan nak kata anak aku pandai..tapi, kadang2 pikap diorang ni bergantung pada tahap cepat atau lambatnya pemahaman dia..bukan diorang tak pandai..cumanya, belum masa lagi minda diorang cepat tangkap apa yang diorang belajar..budak2 ni berbeza..ada yang cepat, ada yang lambat..tapi tak semestinya tak pandai..ibu2 kena bersabar sedikit..

Aku tengok Anna ni dia bukan jenis cepat tangkap apa yang dia belajar..tapi dia jenis yang bersungguh-sungguh nak pandai..dia rajin ulangkaji dan takut tak pandai..baca Iqraq misalnya..sekarang ni dia dah Iqraq 5 dan dia tahu bacaan tu dah semakin susah..aku perhatikan, setiap kali ada ayat2 yang susah tu dia akan study dan tanya aku sebelum masuk tidur sebab esok pagi dia nak beralih halaman lain..dia akan risau kalau dia tak dapat 'beralih' halaman seterusnya..dia start baca Igraq pun since awal tahun ni.

Buku suku kata kat sekolah pun dia dah habis baca dan teacher ada juga bagi beberapa buku cerita untuk latihan membaca..aku pun kadang2 belikan dia buku cerita dan buku suku kata untuk dia buat latihan..aku tengok dia rajin juga membaca walaupun selalu je diganggu oleh adik tersayangnya..hehehe..baca pun merangkak-rangkak lagi, tapi tak apa, janji dia rajin nak belajar..

Satu je masalah Anna ni..kalau bab menulis, memang dia lambat..kadang2 sampai menangis dia dibuatnya..dia tak boleh kalau salah tulis, aku suruh dia padam dan buat sampai betul..mewarna pun ikut suka hati dia..memang tak berseni langsung..suka hati dia nak muka orang warna biru..hahaha..cuma sekarang ni ada improve jugak la dari segi kekemasan..

Hafazan pun setakat ni dia tak ada masalah..cuma kadang2 tu sebutan dia je tak betul..Alhamdulillah sangat2 la aku hantar kat Darul Ilmu ni..tak sangka jugak aku bila Anna dah boleh solat sendiri..surah Yaasin pun hampir 20 ayat yang dia hafaz..ibu mana yang tak suka anak dia pandai..cuma harapan aku, biarlah ianya berterusan..macam mana aku tak berputus asa berusaha menyokongnya, begitu juga dengan Anna..doa aku agar anak2 aku terang hatinya dalam menimba ilmu..moga anak2 mama berjaya di dunia dan akhirat..Amin..