Monday 25 March 2013

Bersiaran Di Kampung


Assalammualaikum..

Ehem2..bersiaran lah aku kat kampung..hahaha..memang saja aku angkut lappy balik kampung Encik Hubby..memang tak pernah, ni baru first time..selalunya memang malas nak bawak..tapi disebabkan tak ada aktiviti sangat kat kampung, makanya aku pun bawak cik lappy ni sekali daripada aku asyik dok mengkadaq tidur jek..huhu..

Anak2 pun kalau kat kampung ni memang independent..buat hal diorang jek berbanding kat rumah sendiri..kalau kat rumah, asyik bergaduh jek..kat sini, mungkin rumah ni besar, jadi diorang bebas dan puas berlari..tu yang bestnya kalau balik kampung ni..hehehe..

Bagi aku, aktiviti rutin yang selalu aku buat ialah mengemas dan menyapu..dah jadi darah daging dah..hahaha..yelah, anak aku yang buat sepah kan..takkan aku nak tengok jek..kalau bab masak2 ni aku serahkan kat tuan rumah sebab takut selera aku tak sama dengan selera orang kat rumah ni..kalau aku, belasah jek..janji aku dapat makan..kalau tak dapat, aku buat mogok lapar..kahkahkah..gurau jek..

Buat masa ni aku nak cerita tu dulu..nanti kalau aku ada cerita menarik aku kongsi2 kan lah ya..tata!



Saturday 23 March 2013

Lama Menyepi..


Assalammualaikum..

Lama sungguh aku menyepi kan..tak habis2 dengan aku punya lemau nak mengarang ni..kalau ada ubat lemau memang aku dah siap2 beli..asal lemau jek aku makan..ahaha..ada ke? Kalau vitamin tu memang melambak lah kan jual kat farmasi..ubat lemau mengarang ni yang payah..idea ada tapi malas nak mengarang..hehe..

Banyak perkara yang aku lalui selama aku tak berblogging ni..tapi semuanya dah kelaut..hahaha..aktiviti yang aku buat pun rutin biasa2 je..lepas subuh terus aku kutip baju kotor untuk dicuci..lepas tu sapu lantai dan mop lantai..dalam pukul 7.00 biasanya settled kerja..breakfast samada aku masak sendiri ataupun aku beli je ..kadang2 aku dengan jiran2 main badminton..dalam pukul 8.30 kitorang stop..aku settlekan budak2 pulak..

Dalam pukul 9.00 aku dah start memasak..siap pun dalam pukul 10.30 dan time siap2 kan Anna untuk ke sekolah..siapkan bekal dia..minah ni hari2 nak bawak bekal..siap hari2 request dia nak bawak apa ke sekolah..biasanya yang ringan2 je la..nugget, sosej, sandwich atau kuih..tapi entah kenapa, last day sekolah Jumaat tu dia request kuey teow goreng pulak..dah la kelas pagi hari Jumaat tu..nak tak nak, malam2 aku siap2kan bahan..

Pukul 12 adalah waktu rehat aku..lepas siap bagi Shifa dan Asyraf makan, tidurkan diorang pulak..time tu la aku layan facebook ke, solat ke, makan ke..tak pun aku iron baju sekolah Anna dan Sheera kalau baju sekolah dia semua dah dicuci..nampak je anak aku ni 2 orang je kan..tapi tanggungjawab aku dah macam anak 4..sebab  Asyraf dan Sheera(anak abang) jadi tanggungjawab aku..walaupun Sheera cuma transit je kat rumah aku, tapi kalau nak ke sekolah Agama aku yang uruskan..

Memang huru hara keadaan rumah aku ni..tapi time pukul 12 sampai pukul 4 adalah waktu rehat aku..tu pun kena duduk sebelah buaian Shifa..dia ni kalau tidur memang tak nyenyak..kejap2 dia bergerak..terpaksalah aku tunggu kat sebelah dia..Asyraf pulak kalau tidur kejap je dah bangun..kalau dia bangun, biasanya dia berguling-guling je dulu sebab tak ada kawan..hehe..

Dalam pukul 4 budak2 sekolah balik dan Shifa pun bangun..masa ni lah masa yang paling struggle untuk aku..mana nak layan kerenah Shifa yang suka ganggu orang mengaji, Asyraf yang suka buat onar, Anna yang nak mandi, nak makan, nak buat homework..semua didatangkan dengan pakej..nasib baik Sheera ni dah darjah 3..dah pandai buat sendiri..memang huru-hara lah..

Pukul 5.30 petang keadaan lega sikit sebab ada cerita Upin Ipin..penyelamat aku untuk 15 minit..lepas tu huru hara semula..tapi tak berapa serius la sebab budak2 mengaji dah beransur semuanya..pukul 6 layan mak aku tengok sinetron Bayu Cinta Luna pulak..sinetron yang buat aku menyampah dengan jalan cerita dia..hehe..

Lepas tu mandikan budak2..Maghrib pulak sekali lagi waktu struggle aku..gilir2 dengan mak aku untuk solat Maghrib..lepas tu bagi budak2 makan..pukul 8.00 malam baru lah abang aku datang jemput anak2 dia..baru lah tenang sikit..pukul 10.00 je tahap mengantuk aku dah tahap kritikal..tak menyempat, letak je kepala kat bantal terus je belayar..tau2 dah subuh..hehehe..

Itulah rutin aku hari2..yang ajaibnya, aku tak pernah rasa bosan malah aku semakin bersemangat..aku dah tak kisah kalau orang kata aku ketinggalan zaman ke hapa..yang penting aku puas dengan kerja2 yang aku buat..nak kata aku tak keluar, tiap2 minggu pun kami keluar jalan2..nak kata tak kerja tak dapat pegang duit, alhamdulillah..tiap2 minggu Encik Hubby topup duit belanja sampaikan tak luak kalau nak dibandingkan aku keluar bekerja..




Tuesday 5 March 2013

Aduhai..


Assalammualaikum..




Lemah dah rasa nak update..kemalasan menjadi-jadi lately ni..nape entah..nak kata busy sangat tak jugak..nak kata tak ada cerita pun tak jugak..cuma rasa lemau je nak update blog..hehe..bila free je online, tapi FB pun tak layan sangat..layan blog2 orang lain pun tak..tak tau lah kenapa lemaunya yang amat..sampaikan ada sekali tu mood nak memasak memang sangat2 tak ada..tapi, ku gagahkan jugak..siap 4-5 jenis lauk ngalahkan aku time rajin..ahaha..



Nak kata aku sedap tidur siang, tak jugak sebab aku ni memang jarang tidur siang..kalau tak ada kerja pun memang aku jarang tidur siang melainkan aku demam atau sakit jek..paling tak pun aku layan tv..tu pun channel AFC atau TLC la..tu je channel yang buat aku segar bugar..hahaha..


Sebab bila aku tidur siang, nanti aku akan pening macam nak muntah..tak tahu la kenapa boleh jadi macam tu..haha.tidur malam tak ada pulak nak pening2..hahaha..tu je lah aku nak cerita..doakan aku rajin ehk..tak suka malas2 ni..hehehe..