Sunday 12 May 2019

Relax Je

Bismillahirrahmanirrahim

Lama tak update..dekat 5 bulan tak menaip kat blog..maklum la tugas hakiki aku memang banyak nak diuruskan..sejak ada mild ocd ni memang tak reti duduk diam..tambah lagi ada baby nak diasuh..

Sejak ada baby comel tu kakak memang tak ada masa nak melayan socmed..serius! sampai hang HP kakak tau..dah tu tak reti² nak format balik 😂..kena remove pun kakak tak hirau dah..kalau fikir sangat karang mental distortion kakak dibuatnya..

Sejak dah 4 series ni dengan sendirinya kakak jadi terlalu minimalis..tak suka semak² fikirkan masalah sangat..bukan lari dari masalah walaupun memang lari dari masalah..lari dari masalah in a good way bagi kakak la..orang lain kakak tak tau.

Kalau kakak rasa baca status di fb boleh mengganggu emosi kakak. kakak rela tak buka fb..punya la tak nak semakkan fikiran..bila sesuatu perkara tu boleh buat kakak sakit hati, kakak ignore je..kakak alih perhatian dengan perkara yang kakak suka..online shopping ke..bila duit dah habis, stop la bukak apps yang berkaitan shopping online ni..kakak cari pulak alternative lain untuk hiburkan hati kakak..

Kakak perlu buat macam tu..pernah kakak terlalu fikirkan masalah..akhirnya berat badan kakak turun..tahap kesihatan pun terganggu..wajah pun hilang seri..terlalu paranoid mungkin..lama² kakak terfikir untuk lebih positif..Apa pun masalah yg datang kena tenang dulu..fikirkan yang masalah tu bukan masalah kita..tapi bila dah betul² bersedia, selesaikan..

Kakak sebenarnya kat mamak ni..melayan tekak nak makan cheese nan dengan ayam tandhoori..memang best sebab tak lokek cheese..rasa macam makan pizza extra cheese pulak..padahal dah kenyang makan masa waktu berbuka tadi 😂

Next time la kakak sambung ya..dah nak gerak balik dah ni..terfikir pulak kakak lupa nak iron baju sekolah anak 😂

Sekian..

Wednesday 23 January 2019

Azam Dan Tahun Baru


Bismillahirahmanirrahim..

Selamat tahun baru! Rasanya belum terlalu lewat kot 🙊..lama giler tak hapdet kan..bukan apa, kakak macam biasa la bz..sampai la ni masih tak habis lagi sampul buku anak² 😂

Start dari anak² exam akhir tahun lepas, kakak memang bz giler la..hekeleh..kau duduk rumah bz giler apanya? Senang la cakap kan..tapi kakak dan family serta jiran kakak yg terdekat je yang tahu..malas nak tulis, nanti panjang sangat 😆

Lepas je result exam keluar hati kakak terus berbunga-bunga..alhamdulillah..masing² dapat result yang baik..Shifa masih kekalkan momentum, Anna pulak buat comeback selepas dia merosot masa exam akhir tahun 2017..merosot pun sebab masa tu dia demam..

Tiada kegembiraan selain melihat anak² bersungguh-sungguh berusaha inginkan keputusan yang terbaik..Mak kakak siap belanja kami makan untuk meraikan cucu-cucunya tu..

Tak lama tu cuti sekolah..kakak mula bz..sebolehnya nak setelkan awal hal² sekolah..mula² Cari baju sekolah..disebabkan tumbesaran anak kakak berkembang dengan jayanya tiap tahun, tak hairan la tiap² tahun kena beli baju baru 😕

Awal tahun anak² kakak mesti pakai baju macam baju pinjam sebab labuh dan besar 😂..akhir tahun pun macam baju pinjam jugak tapi jadi singkat dan senteng 😟..Anna kasut sekolah dia sekarang pun kakak muat..saiz 8 😛..Shifa pulak saiz 2..dah macam safety boot kakak tengok 😂

Cari baju sekolah pun mencabar juga bagi kakak..walaupun kakak buat persiapan awal, tapi ada juga baju yang tak ada saiz especially saiz untuk Anna la..kami terpaksa menunggu lama untuk dapatkan baju saiz Anna..kalau baju putih tak ada masalah..baju pengawas dia la yang buat persiapan sekolah tergendala..

Ada masa je kakak jahit lencana dengan name tag..adjust tudung diorang siap²..lepas tu settlekan bayaran buku pulak..sampul buku yang dah dapat dulu..untuk 2 orang anak je kakak perlukan 7 gulung sampul buku plastik..

Lagi seminggu nak naik sekolah, kakak dah siap iron semua baju kecuali baju pengawas tak beli lagi sebab tak ada saiz kan.. alat tulis pun kakak dah sediakan siap²..beg sekolah, anak² pakai beg lama je sebab masih elok..kakak dah suruh Anna cuci dulu..

Tiba² kakak diserang demam kuat..tapi kakak gagahkan jugak melakukan tugas² hakiki..demi anak² nak mulakan persekolahan ni kan, kakak perlu kuat..lepas makan ubat alhadulillah kakak ok..masih sempat bawa anak² pergi mandi manda kat pool..

Seingat kakak, hari Sabtu terakhir 2018 tu kakak demam kuat lagi..hubby ajak pergi klinik..suhu badan naik 40.7°c..doktor pesan, kalau tak kebah kena pergi hospital lepas 3 hari ambil darah..

Kakak tak mampu telan apa²..memang lemah sangat..Isnin tu kakak pergi Klinik Kesihatan ambil darah..kakak positif denggi 😭..tapi doktor sempat tanya, nak duduk wad atau nak balik? Mengenangkan kakak belum beli lagi baju pengawas untuk Anna, kakak kata kakak nak balik..

Lepas tu kakak balik..dalam keadaan lemah tu sempat singgah IOI Mall sebab nak beli baju pengawas..esoknya dah naik sekolah oit..kalau tak pergi, Anna nak pakai baju apa? Berpapah jugak la nak jalan dari parking ke kedainya tu..

Tu pun kain tak cukup satu..hurmm tak apa la, nanti dah sihat kita cari lagi..nasib baik Anna memang jenis tak kisah..dari dulu memang dia camtu..sampai rumah sempat lagi kakak iron baju yang baru beli tu..tak kisah bercuci..tak sanggup nak oit..

Lepas tu kakak berehat..bisanya badan aku hanya Allah je yang tahu..sendi² memang lemah sangat²..nak makan pun tak lalu..lalu makan ubat je..pun demam makin menjadi jadi..seram sejuk and so on..kakak mampu teguk air banyak²..

Esoknya 1/1/2019 memang betul² awal tahun kakak kena pergi ambil darah lagi..kakak dah rasa lemah sangat²..hubby kakak pun dah dapat rasakan yang kakak kena admit..dia kemas barang yang perlu dibawa..kakak mampu tengok je waktu tu..

Lepas je amik darah dan dapat resultnya doktor pun tak berlengah lagi..kakak hampir tenat! Ambulance bawa kakak terus ke hospital..sampai di emergency room kakak dimasukkan air 1 botol..lebih 4 jam kakak kat dalam tu..Allah je yang tahu perasaan kakak macam mana..

Dengan badan yang panas, kakak tak boleh bergerak dari katil, macam² rasa ada selama lebih 4 jam tu..rasa macam nak cepat² masuk wad..lepas habis masuk air sebotol, kakak diusung ke wad..lega sikit la sebab kakak tak selesa dengan suasana kat emergency room tu..

Sekali lagi kakak dimasukkan air lagi..sampai kat wad, doktor berikan sedikit ulasan mengenai sakit kakak ni..katanya hati kakak sudah dijangkiti kuman..sekiranya serious, kakak kena transfer ke GH..kakak terus down..tapi kakak yakinkan diri yang kakak tak apa²..kakak dipantau..

Kakak ikut semua nasihat doktor..kakak minum air banyak².. alhamdulillah, esoknya selepas 4 botol air masuk dalam badan, doktor kata ada perkembangan positif..kakak semakin ok dan tiub ditanggalkan..

Hari² kena ambil darah..dari kakak takut kena injection, terus jadi redha..keluarga kakak dan jiran terdekat banyak bagi kekutan untuk kakak terus bersemangat untuk cepat sembuh..

Alhamdulillah sangat² sepanjang kakak kat hospital, mak kakak diberikan kesihatan yang baik..kakak duduk kat wad, kepala tak ingat lain..macam mana mak kakak, macam mana urusan sekolah anak²..seminggu hubby kakak ambil cuti, appreciate sangat..ni la sindrom mak² kan..lebih² lagi selalunya semua hal rumah dan keluarga kakak uruskan..

Banyak hikmahnya..antaranya sebelum ni hubby kakak tak pernah uruskan hal sekolah, kali ni dia uruskan walaupun hampir setiap minit asik call tanya camna nak buat 😂..Mak kakak pun dah tak pening kat mana nak cari garam, kat mana letak rempah, kat mana aku letak barang 😂..anak² pun behave je..

Selepas 5 hari baru discharge..rasa nak meloncat je bila doktor kata boleh balik petang tu sebab pagi tu doktor tak bagi balik lagi sebab kakak period 😏..lepas masuk ubat, period kakak terhenti dan sebab tu kakak boleh balik 😄..sebelum² ni result darah kakak ok je cuma kakak asal malam je start demam..tu yg tak boleh balik..

Hampir 2 minggu lepas kakak discharge kakak tak lalu nak makan..badan kakak pun still lemah 2 minggu tu..sekarang ni baru ok..FYI, kakak dijangkiti denggi bukan sebab rumah kakak kotor..tapi sebab kakak selalu sapu laman awal pagi..2-3 jiran kakak yg kena denggi..masing² jenis macam kakak, suka menyapu daun kering depan rumah 😂

Lepas ni kakak kena hati²..kalau demam panas, terus pergi jumpa doktor..jangan berlengah lagi..sebab denggi ni pembunuh senyap juga..kakak pun hampir² dijangkiti hampir ke organ hati..bersyukur kepada Allah kerana beri peluang kat kakak untuk terus bernafas 😍..

Sekian..