Thursday 28 November 2013

Tak Tau Nak Cerita Apa Dah


Assalammualaikum..

Fuhhh..akhirnya dapat jugak aku mengupdate blog..dah beberapa minggu ni line tenet macam kura2..minggu ni pulak adalah tahap kura2 kepenatan..hehehe..nak bukak blog aku sendiri pun tak boleh, apalagi nak  layan youtube bagai..oh no! kata Shifa..hahaha..

Berita tak baiknya, aku terus blank tak tau nak tulis apa..hahaha..kehidupan seharian macam biasa je, tapi ada sedikit hectic la bila budak2 tak sekolah ni..tapi minggu ni macam relax sikit sebab anak2 abang aku tak ada..nenek diorang datang dalam seminggu ni..Taqris pun dua hari ni atok dia ambil memandangkan anak bongsunya pun tak sekolah dan sekali-sekala nak melepas rindu..

Bila budak2 tak ada, tinggal anak2 aku je la..tu je buat teman gaduh, buat teman peluk cium..kalau tak, aku kena bahagikan kasih sayang sama rata..hahaha..maklumlah ramai anak yang menumpang kasih..huhuhu..Taqris pun sekarang dah pandai sebut ''ayang mama'' pastu mintak cium..kiut!

Kadang2 bila bonda dia cuti, sibuk nak pergi 'rumah mama'..hahaha..dia suka duduk kat rumah aku sebab kat rumah aku kan ramai rakyat..bila dia balik rumah, tinggallah dia dengan bonda, ayah dengan kakak dia buat kawan gaduh..hahaha..tu pun parent dia dah penat..tau2lah, kerja kat emergency room..sibuk manjang!

Macam aku ni even duduk rumah, tapi memang jarang dapat rehat..ada je benda yang terbengkalai yang aku kena buat..sampaikan kadang2 ter miss untuk lunch..bila aku lewat makan, malam kadang2 aku lupa nak makan..kalau Encik Hubby balik, baru la aku makan..tu pun sebab Encik Hubby ada tolong ingatkan..ni dia tak ada seminggu dua ni, aku la kena ingat sendiri..

Kadang2 bukan sebab terlupa..aku ni ada satu habit, kalau aku masak sendiri, memang kurang berselera..bila aku suapkan anak2 aku makan, kadang2 aku suap kat mulut aku jugak..tu pun tak banyak..tu je la buat alas perut..lepas tu bila busy aku sampai, tu yang terlupa terus! Bulan ni dua kali gastrik aku datang..haaaa..tu makan dia!

Ok la, memang tak boleh fokus bila blogging, mata asyik dok tengok tv jek..siri fav aku sekarang ni The Inheritors..lately ni memang suka layan cerita Korea..tak tahu kenapa..bergantung juga dengan jalan ceritanya..hehe..ok, babai..



Tuesday 19 November 2013

Tutorial: Lasagna



Assalammualaikum..

Sebenarnya benda ni aku buat dah lama..dah dekat dua minggu dah..dah jadi bahan kumbahan pun..hehehe..banyak kisah disebalik bahan lasagna ni..bahan2 aku beli sikit2..tau2 la, modal beli barang je dah berapa hengget..boleh je nak suruh Encik Hubby belikan..tapi, biasa la, aku ni kan suka buat surprise..

Mula2 aku selit beli pasta lasagna masa kami beli groceries..Encik Hubby tak perasan pun..haha..hari yang lain, dengan taktik yang sama aku selit sos spaghetti pulak..Mozarella, Parmesan dengan daging kisar aku beli sendiri..Mozarella tu memang tengah offer, beli satu percuma satu..apa lagi, laju2 la aku beli..hehe..

Akhir sekali aku beli full cream milk..aku beli kotak kecik je..Cheddar aku tak beli sebab anak sedara aku ada tinggalkan stok Cheddar slice kat fridge..anak sedara aku ni memang rajin membeli, tapi makannya tidak..buat penuh fridge je..hehe..yang kenyangnya, kami la anak beranak..haha..

Ok la, resepi ni aku belajar dari blog member aku..dia ni memang suka memasak..selain tu dia dan familynya memang suka travel..bila dia balik dari travel, dia akan try resepi popular di setiap negara yang dia lawati..tapi resepi ni dah bertahun-tahun dia update..aku cuma baru buat 2-3 kali jek..hahaha..

Emm..maaf la ya sebab entry ni picture dia aku ambik pakai handphone jek..kamera aku rosak..huhu..so, gambarnya agak kurang memuaskan..memang aku ada photoshop sikit..tapi untuk mengekalkan warna dan hasil yang asal..biasa la handphone cikai..hehehe..jom tengok resepi..


Gunakan 2 sudu besar butter untuk menumis 1 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih yang dicincang..tumis hingga naik bau..


Masukkan 400g daging cincang..kacau hingga masak..


Kemudian masukkan 1 botol sos Prego 125ml kalau tak silap..botol kecik je..taburkan oregano dan black pepper sekali..


Masukkan 1 tin cendawan butang yang telah dipotong dadu..


Masukkan garam secukup rasa dan bila dah masak sekata, tutup api dan ketepikan..


Sementara itu siapkan sos putih pula..cairkan 2 sudu besar butter..masukkan 2 sudu besar tepung gandum..


Masukkan 250ml full cream milk atau lebih kalau korang rasa nak lebihkan sos putih ni..kacau hingga tepung tak berbintil..


Kemudian masukkan 2 keping cheddar slice..kacau hingga pekat, tambahkan sedikit garam dan tutup api..


Rendamkan pasta lasagna dalam air panas..aku guna pasta lasagna jenama San Remo..nak guna yang lain pun ok..


Susun pasta tadi kat dalam tray..aku ni tak ada mangkuk kaserol..kalau ada mesti korang punya lasagna lagi cun..


Kemudian, lapiskan dengan inti tadi..


Lapiskan dengan sos putih pula..lapisinya hingga menutup inti tadi..

\

Taburkan Parmesan..aku beli Parmesan dalam peket 100g..memang ngam2 untuk 1 tray aku ni..hehe..


Lepas tu taburkan parutan Mozarella..lagi banyak lagi sedap..


Ulang step tadi hingga habis inti..disudahi dengan parutan cheese..kemudian bakar di dalam oven sehingga cheese cair dan kekuningan..sebab tu aku celup pasta tadi dengan air panas supaya dapat mempercepatkan proses membakar..


Tadaaaa..dah siap..nyummm2..masih terasa terbau-bau haruman cheese dan intinya..selamat mencuba!






Wednesday 13 November 2013

Renovation Punya Cerita



Assalammualaikum..

Lamanya tak jengah blog..aku sibuk lately ni..selain tu aku memang tak ada kelapangan dan ketenangan disebabkan sebelah rumah aku tengah buat full renovation..memang kurang lah ketenangan sebab bunyi bising kesan dari renovation tu..tapi aku tak kisah sangat pun sebab tuan rumahnya selalu mintak maaf dengan kami sebab bunyi bising yang tak dapat dielakkan..

Habuk dan debu dah jadi mainan kami..hehe..itu lah..aku cakap aku tak kisah sangat sebab ada sebab2 yang tak boleh dielakkan..lagipun habuk dia tak ada lah mengganggu sangat, sebab semua kerja2 pembinaan memang dilakukan di rumah diorang..bukan aku tak suka kalau jiran2 aku nak renovate ke hapa..tapi, sekurang-kurangnya buatlah kat rumah sendiri..

Kenapa aku cakap macam tu? Haaa..inilah pengalaman aku..pernah la ada jiran renovate rumah dia..tapi, kerja potong memotong tile buat kat depan rumah aku..tau2lah debu tile ni macam mana..memang hari2 lah aku dok mengelap menyapu..debunya bukan kat depan rumah jek..debu2 sampai ke bilik tingkat atas..Shifa pun datanglah athmanya..

Lepas tu kerja2 renovationnya memakan masa yang agak lama..terpaksa lah aku tutup pintu dan tingkap..bukan sebab aku cemburu ke hapa..tak..tak terlintas pun..tapi, kain baju aku pun turut menjadi mangsa..ahahaha..ok, debu satu hal..baki tile2 yang telah dipotong pun diorang humban kat depan rumah aku..adeh la..

Selain tu, kerja2 bancuh simen pun dibuat bukan kat depan rumah dia..hadoi! Perkataan apakah yang paling sesuai yang aku perlu sebut??? Nak tegur, rasa macam benda tu remeh sebab jiran aku ni memang banyak pengaruhnya..silap2 kalau aku cakap nanti, ada yang bermasam muka..haaaaa..tu aku tak mahu..nak tak nak aku kena bersikap seperti biasa..karang, jiran2 lain pun tengok aku semacam..hahaha..

Aku ni dengan jiran2 biasa2 je..tidaklah kata aku ni tak campur orang..aku campur jugak tapi tak sampai lah duduk bertangga..sebab aku ni bukan jenis macam tu kot..lagipun banyak benda yang aku kena buat kat rumah..dalam erti kata lain, aku ni jenis jiran yang bercampur mengikut keperluan..boleh gitu? Hahaha..

Tapi, jiran sebelah rumah aku ni, kerja2 renovation diorang progress agak cepat even diorang buat full renovation..tak macam aku dulu..renovation je dekat dua bulan..lepas tu hasil kerjanya tak memuaskan..lain yang disuruh, lain yang diorang buat..hahaha..upah makin lama makin bertambah..mungkin aku tak rajin pantau sebab siang aku sibuk bekerja..kalau aku pantau pun malam..itu pun aku tak dapat jumpa kontraktornya..

Kalau bab duit, semua nak cepat tapi kerja tak siap2..sudahnya, ada jugak kerja2 yang kami buat sendiri..Lima tahun, baru aku rasa keadaan rumah aku sempurna..itu pun kami buat sikit2..termasuklah kerja2 fail yang diorang buat seperti bumbung porch yang bocor, wiring dan sebagainya..

Disebabkan kawasan perumahan aku ni bekas tapak tanaman pokok getah, makanya kami menghadapi masalah anai2 yang agak serius..kitchen kabinet aku mengalami kerosakan kecil disebabkan oleh anai2 tadi..Alhamdulillah, semuanya kami dapat atasi dengan segera..yelah..lagipun rumah kami ni kecik je..jadi, masalah yang datang tu pun kecik jugak..

Ramai juga yang kata rumah aku ni kecik..aku buat keputusan beli rumah ni sebab memang dari kecik aku duduk kat rumah kecik..selain kurang mentainance, ianya masih selesa untuk aku sekeluarga..bila aku tengok rancangan Before and After di Life Inspired serta merta ia memberi inspirasi kepada aku dan tiada salahnya tinggal di rumah yang kecil..

Bila kita sentiasa mensyukuri setiap apa yang kita miliki, in shaa Allah segalanya akan sentiasa cukup dan sempurna..dan bila kita mudah memiliki setiap yang kita inginkan tapi kurang bersyukur, maka kita tidak akan berasa cukup walaupun kita sudah ada segala-galanya..wallahu'alam..

Friday 1 November 2013

Maaf Aku Tak Ada WhatsApp


Assalammualaikum..

Emmm..sekarang ni memang banyak aplikasi pesanan ringkas kat handphone kategori smartphone..ramai jugak yang tanyakan aku pasal aku ni ada whatsApp tak..memang aku tak ada apa2 pun aplikasi pesanan ringkas samada whatsApp ke, Wechat ke dan yang sewaktu denganya..mungkin masih belum penting bagi aku agaknya..

Bukan aku tak ikuti perkembangan semasa..tapi aku memang tak ada smartphone nak download aplikasi macam tu..agaknya, kalau ada pun mesti kerja aku tak siap2 sebab melayan benda alah tu je..hehe..betul beb, tak tipu..macam jiran aku..satu hapa tak buat sebab melayan benda alah ni..semua benda dia nak tau, semua benda dia nak ada..haih, susah la macam tu..

Tapi, tak semua la kan yang macam tu..sebelum ni memang aku pernah guna smartphone..tapi, disebabkan rosak, aku malas dah nak guna lagi..nak beli baru pun nak guna duit jugak..dan aku ni bukannya kerja pun kalau nak beli handphone baru..bukan tak ada simpanan..tapi, aku lebih suka gunakan duit tu untuk tujuan yang lebih penting..

Nak minta Encik Hubby, rasa macam tak best pulak..ada benda yang lebih penting daripada nak membeli smartphone..lagipun bukan cara kami ikat perut semata-mata nak beli handphone baru..hahaha..memang dari dulu aku akan tukar handphone bila betul2 handphone aku dah rosak..cuma hari tu aku tak beli yang baru, aku guna handphone Encik Hubby yang lama..

Maaf la, siapa2 yang nak add aku tapi tak dapat..apa2 hal pm je..in shaa Allah aku reply..dulu masa aku tak ada facebook, ramai suruh aku buat akaun facebook..bila aku dah buat, baru aku tahu macam mana rasa bila ada facebook..up status, share, like dan upload pic..lama2 aku lagi suka jadi pemerhati sahaja sebab lama2 macam dah tak ada kepentingan pulak..hahaha..tulah, aku ni cepat bosan..

Sebab tu dari dulu sampai sekarang aku lebih suka blog..aku boleh explain apa sahaja tanpa perlu status yang tergantung dan penuh tanda tanya..aku boleh cerita dari A sampai Z sampai aku tak tahu nak cerita apa..bukan aku dah jauh hati dah kat kawan2..mungkin dah sampai masa aku nak slow dari facebook..tapi aku still setia dengan blog..mungkin facebook bukan medium sesuai untuk aku..tak mustahil juga aku akan tutup akaun facebook..