Tuesday 22 April 2014

Inilah Kehidupan Yang Aku Cari


Assalammualaikum..

As usual, i'm always busy..macam lappy pun dah tak relevan dengan aku sekarang..hahaha..tapi sayang la dengan blog aku yang satu ni..kadang2 rindu sangat nak mengarang..inilah penangan blog merapu aku..walaupun merapu, dah macam kedai serbeneka, tapi ada juga tarikan untuk aku mengarang..

Memang..lately ni memang aku busy dengan urusan rumahtangga..kehidupan aku sekarang ni memang nampak tidak indah..tiada percutian tahunan bersama keluarga atau percutian setiap kali cuti sekolah..tapi aku tak kisah, sebab memang ini kehidupan yang aku pilih..anak2 pun tak kisah sebab kami pun tak pernah memanjakan mereka dengan kehidupan seperti itu..

Bukan kami tak berusaha, tapi buat masa ini perkara itu bukan sesuatu yang penting..tapi tidak bermakna kami tidak meluangkan masa bersama anak2..bukan tidak inginkannya, mungkin masa itu belum tiba..sebab ada perkara yang lebih penting dari itu yang kami perlu hadapi dahulu..

Kami juga masih memiliki kenderaan yang sama kerana kenderaan itu masih elok dan tidak pernah meragam sepanjang kami berkahwin..tidak juga memerlukan kos yang banyak untuk menyelenggarakannya..mungkin ia tidak canggih, tapi sangat berbaloi! Andai kata kami nak tukar kenderaan lain pun, mungkin disebabkan penambahan ahli keluarga..hehehe..

Bila kita berkahwin dengan pasangan kita, sedikit sebanyak kita memiliki sifatnya juga..Encik Hubby memang humble orangnya..walaupun kadang2 berbeza pendapat..hahaha..tapi banyak hal kami bincang bersama..banyak juga sifatnya menjadikan aku terbiasa..bila fikir2 balik, memang banyak kebaikannya..

Bila aku tersilap, Encik Hubby selalu menegur walaupun adakalanya melalui sindiran..walaupun dia tidaklah alim tak bermakna kita tak perlu dengar nasihatnya..sebagai seorang isteri, tolong buang ego bila berhadapan dengan suami..walupun di pejabat kita adalah bos, bila di rumah suami lah bos kita..

Hampir setiap hari aku belajar benda baru dalam melayari bahtera perkahwinan..aku dah tak peduli cakap2 yang tak enak didengar tentang aku..biar orang lihat kehidupan aku terkebelakang..biar orang lihat aku seperti tiada kejayaan, tiada kemewahan, tiada memiliki apa yang orang lain miliki..sebab itu semua bukan sesuatu yang perlu kita tontonkan..