Monday 25 February 2013

Pan Mee In The House


Assalammualaikum..

Kemain bersemangat aku hari ni kan..padahal Monday Blues, tapi semangat seorang wanita, isteri, ibu dan anak membuak-buak..tapi, benonya semangat nak makan tu yang paling utama..ahaha..memang dah lama aku nak makan Pan Mee..tapi disebabkan ramai umat kat rumah aku ni tak makan sayur pucuk manis, makanya aku pun buat ngam2 untuk aku sorang..pakai periuk kecik je..

Pan Mee ni adalah Chinese food..1st time aku makan ni berbelas tahun dulu..tu pun ada sorang member aku kenalkan dan mak dia memang selalu buat Pan Mee ni..masa aku pregnant dua2 anak aku ni, benda alah ni lah yang memang aku teringin sangat..alhamdulillah, dapat..tu pun mak member aku yang buatkan..tapi, kali ni jangan ingat aku pregnant pulak ya..yang ni memang aku buat sendiri kredit daripada resipi yang mak member aku bagi..

Kalau asyik dok teringin je cari mak member aku ni nak jadi apa pulak kan..mana nak layan aku, mana nak layan anak dia..ahaha..solution, aku mintak sendiri resipinya..mudah je, tak susah mana pun..tapi, hasilnya memang kena dengan tekak aku..akakaka..tekak orang suka makan ni benonya sama je dak? Ahahaha..jom tengok resipi ni..tapi aku tak buat tutrial, sebab banyak benda nak buat pagi2 ni..


Inilah rupa Pan Mee tu..aku makan dengan sambal kicap..tekak orang melayu katakan..yang warna putih lebar2 tu Pan Mee nya..dibuat daripada tepung..


Bahan-bahan sup:-


Segenggam sayur pucuk manis

100g ayam dipotong dadu

10 biji fishball (belah 3)

10 ekor ikan bilis (ditumbuk)

1 biji bawang besar (ditumbuk)

1 biji bawang putih (ditumbuk)

1 cm halia (ditumbuk)

Garam secukup rasa

Air



Bahan tepung:-


5 sudu besar tepung gandum

sedikit air

1 sudu kecil minyak masak

secubit garam



Cara-caranya:-


1) tumis semua bahan tumbuk..

2) masukkan ayam

3) masukkan air, masak hingga mendidih

4) dah mendidih, masukkan fishball, sayur pucuk manis dan garam secukup rasa..siap.



Cara buat tepung:-


1) campurkan tepung dengan air, garam dan sedikit minyak tadi dan uli..

2) cubit sedikit dan lenyek sehingga leper seperti dalam gambar di atas..

3) masak seketika di dalam sup tadi dan hidang 

4) hias dengan bawang goreng..



P/s: masukkan tepung apabila ingin dimakan sahaja..kalau nak simpan sup, tak payah masak tepung tu sebab takut kembang..


Selamat Mencuba!







Wednesday 20 February 2013

Mood Lemau


Assalammualaikum..

Lately ni mood aku adalah di dalam keadaan lemau..mungkin disebabkan keletihan melampau..hahaha..Alhamdulillah, aku sihat2 je..mungkin aku letih uruskan majlis kenduri arwah Sabtu lepas..semua urusan majlis aku urus sendiri dan dibantu oleh adik beradik yang lain..penat memang penat, tapi aku puas sebab segalanya berjalan dengan lancar..

Menu kenduri hari tu ialah ayam masak merah, kari daging dan sambal goreng..disebabkan kami jarang buat kenduri sejak pindah kat perumahan ni, makanya jiran2 baru ni dapat menikmati specialty kami..tak sangka juga kari daging dan bubur kacang aku jadi buah mulut orang..haha..masing2 mintak aku tolong masakkan bubur kacang untuk majlis Tahlil diorang nanti..

Bukan tu saja, kopi kaw yang aku buat pun licin..sedap katanya..bukan aku nak puji aku buat sedap..tapi, diorang belum pernah menikmati kopi timbang tu yang memang paling sedap bagi aku..hehehe..kadang2 apa sahaja yang membuatkan makanan atau minuman itu sedap kerana kualiti bahan2 itu sendiri..yang lain2 tu mungkin dari kandungan bahan2 ataupun kerana kita memang memiliki kelebihan menjadikan air tangan kita itu sedap..

Rezeki kami hari tu pun agak murah..ramai jiran2 sedekahkan kami kuih muih..ada lebih kurang 12 jenis kesemuanya..syukur sangat2..macam2 jenis kuih ada..agak ramai juga jemaah yang hadir walaupun kami panggil kumpulan Yaasin lelaki..majlis bermula lepas Maghrib..selesai bacaan dan jamuan untuk kumpulan Yaasin, kami panggil jiran2 wanita pulak menikmati hidangan..

Yang kelakarnya, ada juga yang mintak tolong aku masakkan untuk jamuan mereka nanti..maklumlah, kat kawasan perumahan aku ni kebanyakkannya ibu2 muda..jadi, apa yang aku masak tu memang citarasa dari air tangan ibu2 mereka..hehe..ok lah, jauh dah aku menyimpang ni..kalau tulis panjang2 kang takut ada yang termuntah..ahahaha..







Friday 15 February 2013

Dah Macam Darurat


Assalammualaikum..

Susah juga kalau duduk kat bandar time2 cuti CNY ni..memang susah nak dapat stok ikan..kalau ayam tu ok lagi lah..sampaikan minggu ni memang aku tak sempat beli barang dapur..kalau ada pun aku beli frozen food kat Tesco..tu je lah yang aku sempat sebab lauk cukup2 sepanjang ketiadaan aku hari tu..apa lagi, macam2 la bahan yang aku olah..

Semalam aku buat sambal telur dan sayur kobis masak bening..hari ni disebabkan hanya ada stok ayam goreng Ayamas, tu yang aku olah resepi..selalunya ayam goreng Ayamas ni aku goreng buat snek je..tapi kalau aku setakat goreng je, kompem memang tak boleh jadi lauk..sekejap je habis diratah budak2 kat umah ni..hehe..


Aku guna ayam goreng jenis ni..dinasihatkan, kurangkan sedikit garam sebab ayam ni pun bagi aku dah cukup masin..


Inilah hasilnya..ada juga yang PM aku macam mana resepinya..hehehe..alahai..mudah je..tapi tak apa, meh semak resepi mudah ni ya..


Bahan-bahannya:-


1 paket ayam goreng Ayamas 

20 biji cili kering (nak lebih pun boleh)

5 biji bawang merah

3 biji bawang putih

1 cm halia

1 batang serai dititik (aku tak guna sebab tak ada stok)

3 sudu besar sos tomato

Sedikit air

Sedikit garam (kurangkan sedikit)



Cara-caranya:-


1) kisar semua bahan yang perlu dikisar kecuali serai..

2) tumis bahan kisar hingga pecah minyak..

3) masukkan sos tomato

4) masukkan air, biarkan berkuah sedikit..

5) tambahkan sedikit garam

6) masukkan ayam yang telah digoreng..jangan lama2 sekadar sebatikan saja..

7) siap dihidang..



Selamat mencuba!





Balik Kampung


Assalammualaikum..

Cuti Chinese New Year, cuti jugak blog aku ni..hehehe..tak ada masa nak layan lappy..lagipun lama beno aku tak balik kampung, macam kampung aku kat utara nun..hahaha..tapi jarang aku balik kampung ni bersebab..sebabnya, aku baru je kehilangan bapa tercinta dan mak aku perlukan teman..aku balik kampung ni pun aku suruh kakak aku temankan..walaupun mak aku tak kisah, tapi aku tak nak mak aku tak ada kawan..

Ok lah, aku balik kampung ni pun aku yang rancang sorang2..haha..aku plan tanpa pengetahuan Encik Hubby..aku kemas semua barang2, alih2 tiba masa je aku baru cakap Kat Encik Hubby kitorang semua nak balik kampung..hahaha..terkejut jugak Encik Hubby, tapi sebenarnya dia suka jugak..mana tak suka, kalau kita yang nak balik kampung dia..lagipun rindu dah kat orang2 kampung..

Kami balik hari Ahad..lepas semua kerja2 dah settle, baru kami gerak ke Kota Tinggi..itu pun dalam pukul 3 kami gerak..lagipun ada majlis kenduri kahwin kat area taman perumahan aku ni..tu yang lewat sikit balik kampung..sebelum tu kami singgah Mydin dulu..beli apa yang patut. Selesai urusan kat Mydin kami terus je balik kampung..tak ada singgah mana2 lagi dah sebab banyak kedai yang tutup..

Masa malam minggu tu kami sempat singgah Tesco..saja je nak tengok macam mana kemeriahan kat Tesco..2 minggu sebelum CNY, Tesco memang tutup pukul 1.00 pagi..so, kami sempat juga berlegar-legar kat situ..berlegar-legar pun, sempat lagi sambar 2 pasang baju untuk Shifa dan Encik Hubby belikan aku non-stick pan lagi..haha..Encik Hubby memang dah kemaruk belikan aku non-stick pan..tapi kali ni ada less sampaikan aku pun terkejut tengok harga dia dari harga RM119 less sampai RM29.90..tapi bukan brand Tefal la..Encik Hubby nekad je beli..kalau tak ok pun at least harganya tak mahal..tutup mata jek..ekeke..

So far, pan tu memang ok..tak melekat pun..kalau tau, aku mintak pan yang kecik sikit sekali..hahaha..tapi, yang ada ni pun dah syukur..balik dari Tesco kami tengok pesta bunga api..dah macam perang bunga api dah..sana sini ada percikan bunga api..sampaikan kami berhenti kat tepi jalan semata-mata nak tengok bunga api..bukan kami je, ramai jugak yang berhenti kat tepi jalan tengok panorama bunga api..hehehe..

Ok, dah melalut cerita lain pulak..ahaha..kepulangan aku kat kampung memang sangat2 dialukan..maklumlah, lama dah tak balik..seperti biasa, kami borak2 update cerita..hehe..cerita pasal Anna yang dah bersekolah, cerita pasal telatah Shifa dan tak lupa juga cerita pasal pemergian arwah bapak..memang seronok bila dapat berkumpul..

Esoknya pulak, mak mertua aku hantar nenek Encik Hubby balik kampung kat Batu Pahat..kami laki bini dengan anak2 je yang tak ikut sebab diorang pergi satu kereta jek..disebabkan tak ada sesiapa kat rumah, Encik Hubby bawa kami jalan2 kat tepi pantai Tanjung Balau..ingatkan nak juga ke pantai Batu Layar..tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan, kami pergi satu tempat je..


Adik beradik yang sentiasa bercakaran..


Budak yang susah nak snap gambar dia..


Gelap sungguh langit kat belakang tu..tunggu nak gugur ke bumi jek..hehe..


Aksi gedik dari Anna..


Shifa yang memang tak lekang dari makanan..hehe..


Masa nak balik pun still dengan jajan..makan sorang je pulak tu..macam ni lah dia..jangan terkejut la kalau siapa2 pernah terserempak dengan Shifa ni yang memang sentiasa comot..sebab dia memang suka mengunyah..hehehe..


Tengok tu..dah mengantuk pun masih nak makan lagi..masa ni sebelum balik kami singgah KFC..memang kena sabar layan kerenah budak kecik ni..masa ni pun dia makan fries tu guna mulut dia macam kambing makan rumput..hahaha..imagine lah macam mana dia makan..ok lah, aku bercuti kat kampung dari hari Ahad hingga Rabu..memang best sangat2..sempat adik ipar mintak aku buatkan kek coklat moist..hehehe



Thursday 7 February 2013

Picisan?


Assalammualaikum..

Terasa macam nak tulis sesuatu tapi macam malas..tapi rasa nak luah sesuatu, macam tersekat-sekat..apa pun senang aku taip je..hahaha..itu dah memang tugas blogger picisan macam aku..picisan? Ya, aku sentiasa rasa diri aku ni tak berapa penting di mata orang lain..sentiasa mahu orang lain berada di hadapan..tidak juga mahu dikenali tapi hakikatnya ramai yang mengenali tanpa aku perkenalkan diri..

Aku bukanlah Anzalna 'Kulai' bak kata seorang sahabat..hehe..tak seksi, tak lawa, tak pandai, tak memiliki pakej yang boleh dibanggakan..tapi aku suka macam ni..seakan tidak mahu menonjol tetapi tetap menonjol..menonjol dimata orang yang rasakan aku ni menonjol..haha..terbelit nak fikir maksud ayat kan..tapi, itulah perkara yang sering berlaku..

Sejak zaman sekolah lagi aku tak menonjol..kalau bergerak secara berkumpulan pun aku selalu berada di kelompok paling belakang tak pun paling tepi, tak pun kat celah2 kawan2 aku..tapi, bila aku keluar town, aku suka pergi sorang2 dengan cara aku..peliknya bila terserempak dengan lelaki dewasa kat luar, orang akan tanya ''kau ni adik sipolan kan?'' Oh ya, aku dikenali kerana aku adik pada abang aku..ramai yang kenal, tapi peliknya abang aku takde lah famous..

Aku jadi malu dengan perhatian..tapi, aku lengkapkan diri aku dengan pengetahuan..pengetahuan am khususnya supaya aku tak diperbodohkan walaupun aku kelihatan naif je depan orang..lama2 aku dah tak kisah dah..bila ramai sahabat2 abang aku mula respect..maksud aku, mereka tak menegur dengan cara mengusik atau mengorat, aku pun selesa..

Kadang2 orang perempuan ni bila orang lelaki tegur je, mula rasa mereka2 ni nak mengorat..kan2..tapi aku ni jenis selamba..bila orang lelaki tegur, aku tanya dia balik..cakap dengan dia nak apa..biasanya tak ada apa2 yang berlaku..kalau kita jual mahal sangat pun, kita juga yang bengang sudahnya sebab budak2 lelaki ni kadang2 nak perhatian je..

Sampai sekarang pun aku rasa aku ni sekadar manusia picisan..tak perlu dilayan lebih2 dan sentiasa menganggap diri ni biasa2 sahaja..kadang2 dengan suami sendiri pun aku tak nak perhatian yang melebih dan  tak berangan pun aku dilayan macam tu..cuma kadang2 tu Encik Hubby yang mahukan aku seperti dihargai olehnya..Alhamdulillah, walaupun perhatian diberikan lebih pada anak2, sesekali Encik Hubby pun bagi perhatian jugak kat aku walaupun aku tak minta..

Dalam kehidupan ni jangan terlalu mengharap..ikhlaskan diri dahulu, In Shaa Allah kita akan terima segala manfaatnya tanpa kita sangka..aku lebih sukakan surprise yang begitu..kalau kita terlalu berharap, kita akan kecewa bila kita tak dapat apa yang kita harapkan..so, cara ini je yang boleh buat aku senang..tapi, jangan lupa menghargai apa yang kita perolehi..

Bila kita sentiasa dapat apa yang kita mahu, kita akan kurang menghagai sebab benda tu memang kompem je dapat..tapi, bila kita tidak mengharapkan apa2 tetapi dengan izinNya kita perolehi, percayalah feelnya tak sama macam apa yang aku sebut mula2 tadi..korang akan rasa sangat hebat!

Sorry la kalau rasa entry ni sangat annoying..macam aku ni gud2..tapi aku nak kongsi apa yang aku rasa, apa yang pernah aku alami dan apa yang pernah aku hadapi..semuanya telah mematangkan aku..aku cuma nak menghargai apa yang aku pernah perolehi..dan melupakan semua yang pahit2..sebab semua tu aku anggap sebagai pengajaran..terima kasih kepada sesiapa yang senang dengan kehadiran aku..



Tuesday 5 February 2013

Perkara Yang Sering Berlaku


Assalammualaikum..

Tajuk entry macam cikgu2 pulak ehk..hehe..tapi, entry ni memang sering berlaku kat aku..korang pun mesti akan mengalami perkara yang sama..sebenarnya nak cerita tentang cara berbelanja..kadang2 aku ni kalau pergi sorang, boleh jugak control apa yang perlu dibeli..tapi, bila keluar dengan Encik Hubby selaku menteri kewangan, entah apa2 lah yang dibeli..lebih2 lagi bila dia offer nak apa lagi..ekeke..

Kisahnya berlaku Sabtu lepas..Encik Hubby suruh siap2 nak pergi beli diapers Shifa kat Tesco, ada offer katanya..ok la, aku pun siap2 dan bawa Anna je sebab Shifa tidur sebab keletihan..makanya, kami pergi bertiga..Shifa aku tinggalkan dengan mak aku sebab kakak dan abang aku semua datang..masa tu kan ada majlis kenduri kahwin jiran aku..

Masa mula2 sampai Tesco, Encik Hubby capai diapers dulu..aku cuma tengok2 je sebab, sejak dah tak bekerja ni nafsu membeli memang tak ada dah..tunggu Encik Hubby je la meng offer..hahaha..kalau dah menteri kewangan yang berbelanja, aku tukang tengok je lah..kalau belek2 kejap lagi Encik Hubby akan kata, ''kalau nak, ambik je la''..tapi aku ni jenis yang tak sampai hati..ekeke..

Tu lah, kadang2 bila aku cerita je, Encik Hubby mesti bajet aku nak benda tu, padahal aku cuma cerita je..lepas dah tahu perangai dia macam tu, tu yang kadang2 aku buat dunno je time shopping..tapi, kadang2 mulut ni terlepas cakap jugak..bila aku cakap aku tak nak, alih2 dah ada kat trolley..haih la..bila dia dah belikan, mulalah aku rasa serba salah..


Inilah yang sering berlaku..puncanya nak beli diapers jek. Kuali yang hujung nun, hadiah birthday aku katanya..Encik Hubby kata, aku kan suka masak2..ekeke..terima kasih ya bang walaupun birthday saya dah  beberapa hari yang lepas..disebabkan pergi hari Sabtu, tu yang tak ada plastik..cuma terpaksa beli 1 plastik nak isi baju bajan anak2 takut tercicir..

Itu je lah nak cerita..sebab sekarang ni aku tengah ada masa. Anna sekolah, Shifa pulak anak sedara aku 'kidnap' ikut dia pergi meeting..kemain lagi dia melambai aku masa nak pergi..seronok sangat lah tu..anak sedara aku pulak memang suka layan dia, Shifa pulak memang suka dilayan..itulah jadinya..kadang2 kesian jugak tengok anak sedara aku tu. Balik kerja terus layan dia..hehehe..




Monday 4 February 2013

Trip Pertama Anna Di Sekolah


Assalammualaikum..

Sebenarnya ini cerita hari Jumaat lepas..tak sempat nak publish sebab sibuk membaking kek untuk jiran yang buat majlis perkahwinan anak perempuannya..so, aku pun menyibuk sekali la tolong2 apa yang patut sebab jiran aku ni Pakcik Hidayat, adalah orang yang paling banyak berjasa dengan keluarga kami. Masa bapak aku meninggal, seluruh ahli keluarga dia datang membantu. Dari urusan kat hospital, bilik mayat sampai majlis kenduri arwah Pakcik Hidayat ni lah yang paling sibuk. Isteri dia pun tolong masakkan menu untuk tetamu yang datang melawat..memang kami terhutang budi dengan keluarga ini..

Ok lah, next entry aku ceritakan macam mana kami sekeluarga boleh rapat ya..kali ni aku nak cerita kisah anak dara sulung aku ni ha..sejak dah sekolah, inilah kali pertama dia pergi trip sekolah..sukanya bukan kepalang..2 hari sebelum pergi trip, teacher dia ada bagi surat kebenaran ke trip..Oh ya, ni trip ke Masjid Senai Airport. Kat surat tu ada sebut pasal apa yang perlu dibawa dan perlu sertakan RM2 untuk tambang dan RM1 untuk tabung masjid..aku pun excited jugak la dengan program ni..

Sampai rumah je Anna terus bagi aku surat tu tapi disebabkan Encik Hubby perlu tahu hal ni makanya aku pun cakap kat Anna tunggu Papa dia balik dulu..sepanjang tunggu Papa dia balik, dia memang tak senang duduk..asyik dok tanya surat tu je..haih la..lepas Papa dia balik, kami nak ke Titah dulu sebab nak barang sikit sedekah kat jiran aku sempena majlis perkahwinan anak dia tu..Anna dah tak senang duduk. Sampai kat rumah dia dah mula nak melalak sebab Papa dia belum tandatangan lagi..dari surat tu elok, sampai dah renyuk dibuatnya sebab dia bawa sekali pergi Titah..hehe..akhirnya, nak puaskan hati dia, Encik Hubby pun sign la borang tu..senyum sampai ke telinga!

Aku tak tahu lah..Anna ni jenis yang macam mana? Pernah satu hari tu ada homework dia yang perlu tandatangan parent..aku dah sign dah..tapi mungkin aku tak sign kat depan dia, tengah2 malam tu alih2 aku dengar dia melalak..aku tanya kenapa? Dia kata aku tak sign lagi homework dia..haha..lepas tu aku kata aku dah sign dah..dah, pergi sambung tidur..buat terperanjat aku je tau! Kalau buat homework pun macam tu. Kalau boleh, balik sekolah terus je buat homework! Memang tak menyabar..haha..


Semangat! Pagi2 buta dah nak tunggu van sekolah..


Makanan yang dibekalkan pihak sekolah..makaroni bakar..sanggup tak makan bawak balik rumah sebab nak tunjuk kat aku..hehe..


Memang favorite Anna pun..anak2 memang suka pasta..


Petang tu aku buat pasta Aglio Olio..Anna kata makaroni tu sikit sangat, tu yang return buat yang lain..hahaha..