Wednesday 20 February 2013

Mood Lemau


Assalammualaikum..

Lately ni mood aku adalah di dalam keadaan lemau..mungkin disebabkan keletihan melampau..hahaha..Alhamdulillah, aku sihat2 je..mungkin aku letih uruskan majlis kenduri arwah Sabtu lepas..semua urusan majlis aku urus sendiri dan dibantu oleh adik beradik yang lain..penat memang penat, tapi aku puas sebab segalanya berjalan dengan lancar..

Menu kenduri hari tu ialah ayam masak merah, kari daging dan sambal goreng..disebabkan kami jarang buat kenduri sejak pindah kat perumahan ni, makanya jiran2 baru ni dapat menikmati specialty kami..tak sangka juga kari daging dan bubur kacang aku jadi buah mulut orang..haha..masing2 mintak aku tolong masakkan bubur kacang untuk majlis Tahlil diorang nanti..

Bukan tu saja, kopi kaw yang aku buat pun licin..sedap katanya..bukan aku nak puji aku buat sedap..tapi, diorang belum pernah menikmati kopi timbang tu yang memang paling sedap bagi aku..hehehe..kadang2 apa sahaja yang membuatkan makanan atau minuman itu sedap kerana kualiti bahan2 itu sendiri..yang lain2 tu mungkin dari kandungan bahan2 ataupun kerana kita memang memiliki kelebihan menjadikan air tangan kita itu sedap..

Rezeki kami hari tu pun agak murah..ramai jiran2 sedekahkan kami kuih muih..ada lebih kurang 12 jenis kesemuanya..syukur sangat2..macam2 jenis kuih ada..agak ramai juga jemaah yang hadir walaupun kami panggil kumpulan Yaasin lelaki..majlis bermula lepas Maghrib..selesai bacaan dan jamuan untuk kumpulan Yaasin, kami panggil jiran2 wanita pulak menikmati hidangan..

Yang kelakarnya, ada juga yang mintak tolong aku masakkan untuk jamuan mereka nanti..maklumlah, kat kawasan perumahan aku ni kebanyakkannya ibu2 muda..jadi, apa yang aku masak tu memang citarasa dari air tangan ibu2 mereka..hehe..ok lah, jauh dah aku menyimpang ni..kalau tulis panjang2 kang takut ada yang termuntah..ahahaha..







No comments: