Friday 15 February 2013

Dah Macam Darurat


Assalammualaikum..

Susah juga kalau duduk kat bandar time2 cuti CNY ni..memang susah nak dapat stok ikan..kalau ayam tu ok lagi lah..sampaikan minggu ni memang aku tak sempat beli barang dapur..kalau ada pun aku beli frozen food kat Tesco..tu je lah yang aku sempat sebab lauk cukup2 sepanjang ketiadaan aku hari tu..apa lagi, macam2 la bahan yang aku olah..

Semalam aku buat sambal telur dan sayur kobis masak bening..hari ni disebabkan hanya ada stok ayam goreng Ayamas, tu yang aku olah resepi..selalunya ayam goreng Ayamas ni aku goreng buat snek je..tapi kalau aku setakat goreng je, kompem memang tak boleh jadi lauk..sekejap je habis diratah budak2 kat umah ni..hehe..


Aku guna ayam goreng jenis ni..dinasihatkan, kurangkan sedikit garam sebab ayam ni pun bagi aku dah cukup masin..


Inilah hasilnya..ada juga yang PM aku macam mana resepinya..hehehe..alahai..mudah je..tapi tak apa, meh semak resepi mudah ni ya..


Bahan-bahannya:-


1 paket ayam goreng Ayamas 

20 biji cili kering (nak lebih pun boleh)

5 biji bawang merah

3 biji bawang putih

1 cm halia

1 batang serai dititik (aku tak guna sebab tak ada stok)

3 sudu besar sos tomato

Sedikit air

Sedikit garam (kurangkan sedikit)



Cara-caranya:-


1) kisar semua bahan yang perlu dikisar kecuali serai..

2) tumis bahan kisar hingga pecah minyak..

3) masukkan sos tomato

4) masukkan air, biarkan berkuah sedikit..

5) tambahkan sedikit garam

6) masukkan ayam yang telah digoreng..jangan lama2 sekadar sebatikan saja..

7) siap dihidang..



Selamat mencuba!





No comments: