Sunday 28 June 2020

Sambung Mendeko


Bismillahirrahmanirrahim..

Hari Ahad kalau kat Johor ni walaupun sektor awam bekerja, kakak masih rasa hari ni macam hari cuti jugak..lebih² lagi sekarang budak sekolah cuti sekolah..nampak berbelit pulak bahasa kakak hari ni πŸ€ͺ..

Ya doh bak kata budak² sekarang πŸ˜…..kadang² tu sampai lupa hari ni hari apa..kalau time sekolah tu rasa macam lama je nak sampai hari Khamis..sekarang, ehkkk..dah hari Jumaat wehhh 😯

Semalam kakak terjah IKEA lagi..tak sudah² kan 🀭..sebelum tu kakak singgah Aeon dulu sebab Anna anak kakak yang sulong tu kirim novel..perghhhh..susah giler nak cari novel untuk budak 12 tahun ni kan..banyak sangat lambakan novel cinta sampai penuh rak kat kedai buku tu..kalau buku motivasi boleh dikira dengan jari..

Lepas dah dapat satu, kakak pun deras pergi ke Kaison..nama je Kaison tu betul² kat tingkat 2 betul² atas kedai buku Popular..disebabkan pkpp, escalator kat depan Popular tu ditutup..terpaksa la menapak memusing jauh sikit..

Kat Kaison aku cari quotes frame..harga dia baru RM18.90..Anna kirim note book dengan pen kat situ..harga dia dalam RM6.90 untuk note book dan RM1.90 untuk pen..bosan dia kat rumah..dia macam aku jugak suka menulis dan membaca..

Shifa pulak tak kirim apa²..dia ni lebih suka bab² seni..suka melukis..satu lagi dia suka menjahit..bagi la dia jarum, kain dan benang..walaupun entah apa² yang dia jahit, tapi dia tekun..pagi petang siang malam dia dok menjahit πŸ˜…

Kat rumah diorang ada je tengok tv..tapi sebelum Zohor kakak dah suruh tutup tv sampai la ke petang lepas Asar baru boleh buka tv lagi..selebih waktu yang ada tu diorang buat la activities yang diorang minat..yang penting jangan bising..homework, pagi dah kena buat..dah siap homework, kakak la tukang send kat cikgu πŸ˜…

Lepas tu kakak terus ke IKEA..walaupun tak beratur berejam, tapi semalam orang memang ramai giler..ramai dah gaji kot..parking pun sampai ground floor penuh..tapi masih ada parking la..

Sebab memang dah plan nak beli 5 barang je, jadinya tak berlama la kakak kat situ walaupun terlebih satu barang yang memang tak ada dalam list 🀭..itu biasaaaaa πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Siap je kakak deras pulak ke pasar borong..sempat beli durian 3 bijik selain barang² basah..lepas tu kakak ke TJ Mart..biasa kalau ke sini kakak suka beli bawang, kentang, sayur dan telur..tak sah kalau tak singgah..sesudah je beli apa yang dihajati, ehkkkk ada lagi barang lupa nak beli..kakak singgah ke Mr DIY..cari barang² untuk projek Sains Shifa..


Thoodiaaa..akhirnya ada jugak benda yang menempel kat dinding..frame aritu masih belum ada photonya..makanya masih gak digantung sih 🀭..lagi beberapa peratus siap la tu..

Shelf tu kakak beli kat IKEA RM9.90 je..bracket dia tu kalau tak kakak nak beli model lain tapi dah habis..harga dia baru RM2.50 kalau ada..padahal last two weeks ada je melambak..yang ada model ni aje..

Pic ehsan ikeaapps 

Harga SANDSHULT ni RM7.50pcs bukan sepasang ya..tu yang terlebih bajet tu 🀦‍♀️..

Bunga tu sebenarnya tak ada dalam listed pun 🀭..saja gatal nak beli..sebab pernah terpandang kat YouTube pasal ada sorang student ni deko dorm dia camtu..

Pic ehsan ikeaapps 

Bunga ni namanya FEJKA..sebenarnya ada lebih dari satu jenis model dia FEJKA..yang ni harga dia RM24.90..kira mahal bagi kakak..

Pic ehsan ikeaapps 

Pasu tu kena beli asing..
PAPAJA ni harganya RM6.90..ok la ikut tema diorang..

Pic ehsan ikeaapps 

Benda ni pun kakak beli..sebab nak cukupkan ruang yang ada balance aritu..kakak suka la benda² macam ni..senang nak sorting..

Ok, itu je update untuk kali ni..kalau ada penambahan deko kakak update lagi..

Sekian..

Wednesday 24 June 2020

Deko Kecil Kecilan Namanya 🀭


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..pagi ni hujan..sejuk je rasa walaupun hati kadang² anashhh je dengan perangai masing-masing..tak tau la kenapa..padahal selalunya kakak relax je dengan perangai tak semenggah orang πŸ˜‚..faktor umur kot 🀭

Aritu kakak dah janji nak update pasal deko kan..hari ni baru kakak ada mood nak karang..sebenarnya dah progress sebelum pkp lagi..masa tu baru nak diclutter dan sorting barang yang nak guna ke tak..akhirnya banyak yg kena buang..

Benda boleh buang kenapa nak simpan 🀭..bukan guna pun..menyempitkan ruang lagi ada..tapi ada juga yang simpan..tapi ke store la jawabnya..


Bila pkpp, deras kakak pergi cari barang untuk deko..kakak beli cermin, jam, quilt cover, frame, artificial flower, basket insert dengan chest drawer..semuanya beli di ikea..senang nak matchy matchy..

Barang yang kakak beli pun harga mampu milik..paling mahal pun KULLEN chest 5 drawer RM349..berbaloi la, kalau kat luar ni harga dia pun dah RM600++..dah cari kat online ada je yang murah tapi takut tak semenggah bila baca feedbacknya..ni pun ngam² tinggal satu set..fuhh

Pic ehsan ikeaapps 

Pic ehsan ikeaapps 

Cermin ENUDDEN tu harganya RM79..mula² nak beli model NISSEDAL tapi harganya dah RM99 pulak..photo frame VΓ„XBO pulak harganya baru RM29.90..mula² nak cari frame besar tapi harganya semua RM30 ke atas..yang ni boleh masukkan gambar² kenangan..gitchew 🀭..masalahnya belum cuci gambonya pulak 🀦‍♀️

Pic ehsan ikeaapps

Ni contoh framenya..tak payah nak ketuk dinding banyak sangat..kakak paling fail bab drilling ni..


Pic ehsan ikeaapps

Bunga ni pilihan Shifa..dia suruh kakak beli bunga orked, tapi tak ada stock..ok la ni, dia pun puas hati..harga RM12.90..seminggu jugak dia decide dengan kakak dia nak letak apa kat atas chest drawer dia tu..

Pic ehsan ikeaapps

Jam ni pun berbaloi beli..wall clock STOMMA ni harga dia baru RM6.90..padahal dah ada jam dinding dah..tapi, sebab alang² murah, beli la satu..

 Pic ehsan ikeaapps 

Quilt cover TRΓ„DKRASSULA ni harga bergantung pada saiz..saiz queen ni harga dia RM49.90..


Disebabkan single size cuma ada satu pillowcase, kakak decided beli queen size..model quilt cover yang ni cuma ada 2 pillowcases, so lebihan quilt cover tu kakak potong jadikan single size..selebihnya tu la kakak buat 2 lagi pillowcases..bijak tak 🀭

Pic ehsan ikeaapps

Ni namanya basket insert..nama dalam surat beranak dia ANTONIUS..tujuannya untuk letak barang² yang mengemit tu kelihatan kemas kat dalam drawer..harganya cuma RM4.90



Macam ni la kekdahnya..kena anak² kakak memang patut ada benda ni dalam drawer..ni pun dah habis kemas kat mata dia πŸ™„



Nasib baik la encik suami ni jenis yang sangat teliti..dia selak service manual dua tiga kali je dia dah tau macam mana nak pasang..dia susun siap² kepingan papan tu dengan skru..kalau kakak la, 2 jam pun belum tentu siap πŸ˜…

Sekejapan dah berdiri teguh πŸ₯°

Malam tu jugak kakak mendeko bilik..anak² pun tak sabar tengok hasilnya walaupun masa tu quilt cover belum pasang sebab belum di adjust lagi..


Inilah hasil mendeko yang tak seberapa..langsir tu kakak beli kat Kaison harga dalam RM39.90 tak silap..lupa dah..


Bilik ni memanjang, susah nak cari angle..jadi la kan..frame tu kakak nak letak kat bawah jam tu kot..entah la tgk la kesesuaian..tak pun nak letak shelving unit kat situ..sebab nampak kosong sangat kan..

Baru la nampak bilik tu luas sikit..sejak bilik tu dah dideko, memang payah nak masuk bilik tu kalau dah berkunci..bukan apa, anak² kakak sibuk bertiktok kat dalam tu πŸ˜…

Kat ikea tu ada je barang boleh dibeli ikut kemampuan..kita kena kretif la kan..kakak kenot brain la ada yang kata apa aje la yang ada kat ikea tu..takde apa yang aku berkenan..ok deknon, kalau jenis yang tak pernah pegang penyapu tu baik toksah pergi..kalau takde yang berkenan pun toksah kau sound kat orang yang pergi sana..kalau tak ada perkara nak cakap lebih baik diam 🀐

Ok la, kakak rasa inilah entry yang paling panjang dan banyak picture..gigih kot kakak hapdet guna handphone je..jenuh nak menunggu picture tu loading..dengan kakak sekali loading 🀣

Kakak juga IKEA tak sponsor ya..harap maklum 🀭..ni entry deco suka suki je namanya..saja nak simpan kat sini..kang kalau hapdet kat fb, dikata ajet² je πŸ˜…..mendeko ni kena banyak sabar..kadang² ada benda tak boleh buat dalam satu masa..ikut kemampuan..

Sekian..






Sunday 21 June 2020

Kisah Baru Nak Beraya

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Hari ni baru ada mood nak menaip..sekarang ni kena tunggu mood, kalau tak memang tak ada entri la blog ajet² kakak ni 🀭..kalau ada masa pun tapi tak ada mood pun tak jadi juga..

Hari ni dah masuk raya ke berapa pun kakak lupa 🀦‍♀️..minggu lepas baru kakak balik kampung rumah mil..dapat la dua hari duduk kat sana..kebetulan adik mil datang dan rezeki kakak la dapat jumpa..

Sebenarnya kemarin dan semalam sepatutnya kakak dan family belah suami kakak bercuti di pusat peranginan..suami kakak sibuk ajak pergi tapi kakak menolak ya..

Bukan apa, kakak baru je jumpa mil kakak..pastu niatnya memang nak pergi melawat makcik & pakcik kakak kat Kluang..diorang dah sampai rumah kakak, apa salahnya kalau kakak dulukan mereka yg dah berkunjung ke rumah kakak kan..cuti² tu dah biasa pergi..

Lagipun tengah musim hujan ni kan..nak bercuti tempat macam tu macam tak kena je walaupun harga tengah murah..lebih² lagi kes wabak masih ada lagi..buat penat je lockdown aritu kan..nak kena apply cuti, nak kena cari duit lagi sebab plannya tiba² je..pulak tu tgh bulan..so solutionnya kena pilih yang penting dulu..

Suami kakak tak boleh kata apa la sebab sebelum ni kakak suruh cuti pasal ada hal penting pun dia tak nak kan..kalau dia nak jugak pergi trip kali ni memang something wrong la..

Anak² pun tak kisah kalau tak pergi..diorang pun kurang selesa bila 'terpaksa' berada di sesuatu tempat..budak² pun faham kot situasi diorang macam mana..aku je yang selalu paksa diorang..bila fikir² balik kenapa la aku mesti paksa diorang untuk nampak yang mereka terima dan selesa πŸ™„..

Maka, semalam kami bergerak menuju ke Kluang melawat makcik dan pakcik kami..mula² pergi rumah makcik dulu..kami dihidangkan dengan nasi ayam yang sangat marvelous πŸ₯°..siap bertambah tambah lagi..senak perut kakak dibuatnya..lepas tu makan durian dari belakang rumah..lagi la kakak happy..

Anak² sepupu pun gembira bila kami datang..seronok diorang bercerita walaupun kitorang memang jarang berjumpa..setahun sekali kot..begitu la kan bila orang ikhlas terima kedatangan kita..kita pun terharu dan rasa dihargai..bukannya bila kita datang, awak terperuk kat dalam bilik..kau fikir apa yang tetamu expect?

Lepas tu kami pergi ke rumah pakcik pulak..kami lega bila kami dihidangkan dengan keropok lekor, keropok biasa dan air cendol..tak la rasa berat sangat kan..hidangan minum petang je..tu pun dah kenyang gila..

Lepas dah tersadai buat kali kedua, tiba² pakcik kakak kata "meh makan nasi"..muka kakak jadi macam ni 😳😳😳..matilanakkkkk!!! Nak tak nak lepas dipaksa habis jugak lauk sambal sotong, ikan cencaru sumbat, telur dadar dan sayur lemak kami makan..dalam kereta masing² mengantuk kekenyangan πŸ˜‚..

Sampai rumah kakak mandi terus tertidur sampai subuh 🀣..pagi² badan pun rasa segar dan bertenaga..tu yang rasa bersemangat nak menaip entry kali ni..aura positive ni memang lain macam kan..kalah aura ke-19 🀭

Ok la..kalau ada masa nanti kakak nak update sambungan entry mendeko kakak hari tu..sebab mungkin agak panjang, tu yang nak buat entry tu hari yang lain..dada...

Sekiannn..





Tuesday 26 May 2020

Raya Cov19 2020


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, diam tak diam hari ni dah raya ke3..tak sempat nak update masa Ramadan aritu πŸ˜…..nak kata busy sangat tak jugak..cuma banyak masa tengok online homework anak²..lepas tu sambil tunggu waktu solat, lepak² jap sambil tengok YouTube 😜

Kakak suka tengok moving vlog dengan cleaning house vlog..vlog² macam tu memang bagi kakak motivasi..sebab tu bila dah dekat nak raya kakak gembira je nak mengemas..sebab dah tau dah tips² macam mana nak enjoy membersih dan mengemas dalam masa yang sama..

Selain itu, kakak suka tengok vlog yg review tentang high profile cases..tak tau la kenapa πŸ˜…..nak describe karang kata kakak ajet² pulak 🀣..bukan nak fikir negative..tapi memang sedor diri πŸ˜‚..

Berbalik cerita pasal raya, sebenarnya tahun ni beraya kat belah kampung hubby..tapi, disebabkan covid19, kakak and hubby decided beraya kat Kulai saja..kebetulan raya tahun ni hubby kena oncall..so, duduk rumah je la diam²..

Ada je yg balik kampung..tapi kakak tak nak ambil risiko..biar la kata kakak ni paranoid ke hapa..korang fikir, kat rumah kakak ada mak kakak yg ada penyakit lepas tu balik kampung pun mak mentua pun ada penyakit..tak bermakna tak berkunjung tu tak beraya..raya ni kita yang buat dia..tak perlu la nak jadikan isu..

Mak kakak pun tak kasi anak² dia tido kat rumah..nak datang boleh, tapi raya pertama je la..tu pun kau duduk kat kerusi luar tu dulu..dah lama sikit baru la boleh masuk πŸ˜‚..boleh je kann..kita buat dia..tahun ni je macam tu..bersabar je sikit lagi..

Raya masa covid19 ni kalau perati betul² bagi kakak la..banyak hikmahnya buat kakak..kalau time raya tahun² sudah, kakak memang tak cukup rehat..tak kering tangan..asik la terperap kat dapur..balik kampung pun macam tu..

Boleh je kalau kakak tak nak buat..tapi, sanggup ke tengok orang tua terbongkok bongkok duduk kat dapur? Nak ke kita jadi macam orang lain tak nak kotorkan tangan masa raya? Jawapannya memang tak la kan..orang lain nak buat, dia punya pasal..kakak, is a big no!

Cakap banyak pun tak guna..kita dah habis ikhlas buat benda tu semua takut orang kata kita mengungkit pulak..manusia ni kalau salah sendiri memang tak nampak dek non..sebab dia bila bercakap tak included sekali dengan cermin 🀣..

Sebelum raya hari tu kononnya bercita-cita la kata tahun ni tak raya, so tak payah buat kuih raya..ok, hubby kakak pegang janji tu..alih² kakak kata jom pergi cari bahan buat kuih raya..hubby kakak redho aje..diam² dia perli jugak..tapi, diikutkan jugak pergi kedai bakery..

Sampai sana, aduhaiiii..panjang giler beratur..sudahnya tak jadi beli bahan kuih..tak jadi juga la kakak buat biskut raya tahun ni. Nak sedih pun tak lalu dah..tapiiii..dalam pada tak buat biskut raya, hampir 10 balang jugak koleksi biskut raya tahun ni 🀣..ada yang beli, ada yang kakak² and kakak ipar bagi..alhamdulillah..rezeki sebab sabar la tu 🀭

Itu cerita pasal biskut raya..baju raya pulak, awal² kakak dah tempah 2 pasang sorang..cuma baju kasual je beli masa sebelum raya hari tu..maka, seharian jugak la kakak mencari..ya, seharian..setengah hari beratur, setengah hari lagi memilih dan membeli. Sebelum pergi kakak masak dulu siap²..balik sebelum berbuka tinggal panaskan je..nasib baik sempat.

Time nak raya la kakak banyak beli baju sebab jarang beli 🀭..jam tu la beli baju raya, jam tu la beli baju tidur, jam tu la beli baju basahan..anak² kat rumah memang tertunggu tunggu la kakak balik πŸ˜‚..yang penting pilihan kakak memang diorang berkenan..ke, jenis diorg tak kisah πŸ˜‚..tak pun redho jek 🀣🀣🀣

Yang penting raya tahun ni kakak cukup rehat..boleh bergambar masa raya..boleh layan mesej²..boleh menikmati juadah dengan tenang..tak ada asik nak keluar masuk layan budak datang beraya πŸ˜‚..bukan kakak tak suka budak² datang beraya..tapi, kadang tu datang time kita dok sidai jemuran, time kita tgh masak..time kita ramai tetamu pun selamba dia aje..time nak masuk waktu maghrib pun ada..

Begitu la kisah kakak..cerita ni kisah kakak je ehk..jangan la terasa di hati..andai ada yang terguris, mintak ampon mintak mahap ya πŸ™

Selamat hari raya maaf zahir & batin..πŸ’•πŸ’•


Friday 20 March 2020

Sesi Mengurungkan Diri


Bismillahirrahmanirrahim..


Hajatnya memang nak lepak² kat dalam bilik je..tapi, tak sampai 5 minit kepala dah pening..kakak ni bukan kaki memerap kat bilik la gamaknya..lebih² lagi dah biasa, asal bangkit je terus kemas katil, sapu lantai πŸ€—

Tapi kali ni kes lain..kes nak guling² atas katil pastu rasa menyesal sebab kena kemas balik πŸ˜‚..dah tu pulak, anak² kejap² datang memekak 😟..padahal dah bagi task masing²..akhirnya dengan diorang, dengan tasknya sekali penuh atas katil..kakak pasghah je dek non πŸ™„.

Ada baiknya juga dapat berkurung kat rumah..boleh jugak kakak update blog kan..Encik bos kena kerja..jadi xde la kami berkurung bersama sama dan bercinta 🀭..kerja sektor perkhidmatan macam dia x boleh la nak cuti..ada kang x dapat kome² mandi wajib arini 🀣..

Habis kuih² frozen jiran² kakak borong..selagi ada yang menjual, selagi tu kakak support..tiber!!! 😝..tapi memang betul jugak..itu la hasil pendapatan diorang bila x dapat keluar bekerja..

Malam ni xtau camne kakak nak pergi pasar borong sebab nak beli barang basah untuk seminggu..tak pun sampai lockdown ni selesai..bukan kakak nak buat panic buying..tapi sebab kakak xnak kerap sangat keluar.. jimat tau duit kakak minggu ni..sebab belanja secara berhemat..paham² la kan 🀭

Shortlist la barang² penting je..sebab xmau jadi macam selalu madang terlupa je..memang la beli mcm biasa, kalau boleh jangan sampai terlupa benda penting yg kena beli tu..cara ni boleh menghalang kekerapan korang keluar rumah..kalau hari biasa korang lupa then keluar pergi kedai doploh kali sehari pun orang x kisah..

Orang kita ni dia punya tahap ungkal tu, bukan semua ya, sangatlah annoying..agaknya nak tunggu kena tembak dengan senapang gajah baru ada akal πŸ™„..sedih la korang ni..malu tau kat negara luar..ikut je la arahan..anak korang kalau x dengar arahan mau hijau muka korang kan 🀒.

Lagi satu yang buat kakak super annoyed bila kat socmed acah² kaitkan dengan politic..adoi..sudah² la..x faham la diorang ni..nak tunjuk terlalu prihatin, nak tunjuk diri tu bijak tapi sebenarnya kau bias..kau sebenarnya lebih menambah masalah daripada kau dapat selesaikannya..

Ini bukan masanya ok nak salahkan mana² pihak..teruskan lockdown diri tu..kalau boleh orang camni lockdown sekali internet dia..biar dia boleh tahan kemarahan dia yg ajet² tu kat socmed..

Ok la, kakak nak angkat kain jemuran..ajer jadi keropok agaknya πŸ˜†..

Wednesday 18 March 2020

Cerita Cuti Sekolah


Assalammualaikum..

Disebabkan sekarang kat Malaysia tengah lockdown, makanya anak² dapat extra cuti sekolah..kakak pun tumpang happy..selain dapat lebih lama bersama keluarga, kerja kakak pun dapat diminimakan..🀭

Mujur la kakak memang suka duduk rumah..jadi, tak ada masalah sibuk nak me time ke..cuma kadang² tu kena keluar jugak la nak beli barang dapur..

Kakak baru je balik dari kampung masa pengumuman lockdown tu..alhamdulillah, kakak sempat jugak melawat mil kakak..sejak mil balik dari umrah 1 March aritu, baru last week kakak dapat melawat..tu pun kalau tak, tak dapat pergi masa awal cuti sekolah aritu sebab encik bos suruh pergi Khamis ni je sekalikan dengan kenduri kahwin kat area Kota Tinggi ni jugak..

Mujur kakak berkeras nak pergi last week tu jugak..kalau tak, mil pun kakak tak dapat jumpa, kenduri pun kakak tak dapat pergi..tu pun kakak kirim siap² kat kakak pengantin..nanges tau kakak kalau jadi pengantin tu 😭

Masa kat kampung, sempat kami empat beranak bergotong royong menebas pokok keliling rumah..Encik Bos pulak siap tebang dahan pokok mangga depan rumah sebab menghalang penglihatan..jenuh jugak nak bersihkan ranting² dan daun mangga tu..alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun cuaca panas lit lit πŸ˜“


Sepanjang 3 hari kat kampung, masa hari terakhir tu rezeki kami la bila ada jiran buat kenduri kahwin..dapat pulak berkat dari bapa pengantin sendiri datang hantar ke rumah mil..

Lepas tu datang pulak idea nak makan pakai dulang..berselera kakak anak beranak makan walaupun dapat lauk ayam je..syukur alhamdulillah sangat..sedap nasi berianinya..puas jugak makan..kat dalam pic ni nasinya banyak ya dek non..tu pun ada lagi semangkuk tak berusik..moga dimurahkan rezeki pada yang memberi..

Ok la, kakak nak tgk movie pulak..almaklomla asetero bagi free movie channel 🀭..dapat la kakak anak beranak menikmati movie sepanjang cuti ni..besok kakak nak buat operas kemas stor pulak..adehhhh..



Monday 24 February 2020

Makeover



Lama gila wehh..dekat setahun tak update..hidup lagi rupanya  blog ni..bersawang! Nasib baik tak penat nak kemas 🀭

Sambil taip, sambil teringat betapa struggle life kakak dua tiga  minggu ni bila cerita bab bersawang dan berkemas..

Kakak plan dah lama..tapi asyik la tertangguh je..ada je halangan..sebenarnya kakak memang lama dah plan nak kemas bilik bawah tu..tapi disebabkan bilik tu memang mencabar untuk dikemas, tu yang tertangguh..

Maklumlah, bilik tu kecik..Sejak 13 tahun kami pindah baru ni la kakak buat make over kat bilik ni disebabkan bilik tu dah macam store kedua selain store yang ada..

Macam² ada kat bilik tu..carpet la, baju² tak pakai la, periuk belanga la even tangga pun duduk kat situ..pening kepala kakak nak mula kat mana..

Langkah pertama, kakak buang baju tak pakai dulu..5 plastic bag hitam jugak la..hurm..masa keluarkan barang tak pakai, hampir penuh jugak la satu rumah..stressed kejap.

Lepas tu, kakak buang almari yg dah tak berapa nak kukuh..yang ni satu hal jugak..kakak kena cari almari baru mengikut bajet kakak..alhamdulillah..kakak dapat 2 almari baru dengan harga yang berpatutan..

Nak tema putih kengkonon..takkan nak tukar katil baru jugak sebab katil tu masih elok..kakak spray je deknon..kakak spray kepala katil je..tu pun dah 2 tin πŸ™„

Bilik kakak cat kaler dark cream kaedahnya sebab tak tau nak describe camana nama kaler dia tu..frame tingkap kakak cat kaler dark brown..berseri sikit..nampaklah ada tingkap..kalau tak memang tak pernah cat pun..tu pun cat balance gate tahun lepas..

Curtain rod kakak beli kat IKEA je sebab murah..selama ni sejak curtain rod dah patah, tak pernah berganti..jadinya memang tak berlangsir la..tu pun belum pasang sebab langsir tak beli lagi..puas dah cari kat Kaison tapi tak ada yang berkenan..Cari kat lazada pun banyak dari negara sinun..so..sedang mencari lagi..

Maknanya bilik tu cuma siap  80% je..belum sepenuhnya..tunggu kakak siapkan rack kat store dulu baru barang² yg kat atas almari tu clear..sekarang ni pun shelf rack tu dah ada..tinggal nak cari masa yang sesuai je nak pasang and selongkar..Hazab jugak tu..adehhh..

Kakak cadang nak simpan barang masuk kat dalam organize box tu je than labeling..selebihnya buang je la..Kan tadi cakap nak minimize je kan..nak cari barang pun senang..

Sebenarnya kemas bilik kecik ni lagi mencabar dari bilik besar..lebih² lagi kalau banyak barang..tapi, bila kita dapat selesaikannya, itulah kepuasan yang paling maksimum..

Ok la..lenkali sambung..tu pun kalau ingat 😜