Wednesday 18 March 2020

Cerita Cuti Sekolah


Assalammualaikum..

Disebabkan sekarang kat Malaysia tengah lockdown, makanya anak² dapat extra cuti sekolah..kakak pun tumpang happy..selain dapat lebih lama bersama keluarga, kerja kakak pun dapat diminimakan..🤭

Mujur la kakak memang suka duduk rumah..jadi, tak ada masalah sibuk nak me time ke..cuma kadang² tu kena keluar jugak la nak beli barang dapur..

Kakak baru je balik dari kampung masa pengumuman lockdown tu..alhamdulillah, kakak sempat jugak melawat mil kakak..sejak mil balik dari umrah 1 March aritu, baru last week kakak dapat melawat..tu pun kalau tak, tak dapat pergi masa awal cuti sekolah aritu sebab encik bos suruh pergi Khamis ni je sekalikan dengan kenduri kahwin kat area Kota Tinggi ni jugak..

Mujur kakak berkeras nak pergi last week tu jugak..kalau tak, mil pun kakak tak dapat jumpa, kenduri pun kakak tak dapat pergi..tu pun kakak kirim siap² kat kakak pengantin..nanges tau kakak kalau jadi pengantin tu 😭

Masa kat kampung, sempat kami empat beranak bergotong royong menebas pokok keliling rumah..Encik Bos pulak siap tebang dahan pokok mangga depan rumah sebab menghalang penglihatan..jenuh jugak nak bersihkan ranting² dan daun mangga tu..alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun cuaca panas lit lit 😓


Sepanjang 3 hari kat kampung, masa hari terakhir tu rezeki kami la bila ada jiran buat kenduri kahwin..dapat pulak berkat dari bapa pengantin sendiri datang hantar ke rumah mil..

Lepas tu datang pulak idea nak makan pakai dulang..berselera kakak anak beranak makan walaupun dapat lauk ayam je..syukur alhamdulillah sangat..sedap nasi berianinya..puas jugak makan..kat dalam pic ni nasinya banyak ya dek non..tu pun ada lagi semangkuk tak berusik..moga dimurahkan rezeki pada yang memberi..

Ok la, kakak nak tgk movie pulak..almaklomla asetero bagi free movie channel 🤭..dapat la kakak anak beranak menikmati movie sepanjang cuti ni..besok kakak nak buat operas kemas stor pulak..adehhhh..



No comments: