Thursday 31 January 2013

Advanced Celebrating Birthday


Assalammualaikum..

Senyum sampai ke telinga..hahaha..ni sebenarnya cerita malam minggu lepas..Encik Hubby lambat balik dari kerja..so, masa dia sampai rumah tu aku berseloroh la cakap yang aku nak belanja barang basah kat pasar borong Pandan..tapi Encik Hubby buat dunno jek..yelah, aku pun tak paksa sebab hari pun dah lewat..belanja esok je lah..

Tapi, sebelum aku nak kunci pintu rumah aku pesan kat Encik Hubby suruh belikan roti Gardenia sebab pagi  esoknya aku nak buat puding roti coklat chip..tapi Encik Hubby suruh aku siap2 tidurkan anak2 sebab nak juga pergi pasar borong..aku pun tidurkan budak berdua ni..yelah, dah jauh malam leceh kang kalau diaorang sibuk nak tidur time aku nak beli ikan..

Anna, letak kepala kat bantal je terus hanyut..Shifa pulak, puas dah tidurkan dia tapi tetap tak nak lelap sampai aku pulak yang nak terlelap..akhirnya dalam pukul 11.20 malam barulah dia berjaya lelapkan mata..aku pun apa lagi, siap2 dan terus berangkat berdua je dengan Encik Hubby..wah, dah macam berdating dah..lama dah tak dating..hehehe..

Lepas beli semua keperluan, Encik Hubby pun ajak jalan2 Pandan Uptown..serius tak pernah aku pergi situ weh..yelah, selalunya pergi pasar, dah siap terus je balik..hehe..tapi, disebabkan anak2 tak ikut, makanya kami pun ambil masa yang terluang tu jalan2 kat situ..tak ada apa pun yang kami beli, cuma tengok2 je..kalau bawa anak2 pun, aku rasa memang tak sesuai sebab diorang akan terdedah dengan macam2 ragam manusia..yelah, kalau dah pukul 1.00 pagi, tau2 lah macam mana ragamnya..

Kat Uptown kami tak beli apa2 pun..cuma jalan2 tengok apa yang ada..rasa macam pergi Chatchuchak Market kat Thailand nun..kira ni versi Chatchuchak Pandan Uptown la..hahaha..macam2 yang kami jumpa, tapi mood membeli tak ada..lastly, kami singgah kat satu restoran..aku pun lupa nama restoran ni..tapi kat depan restoran ni ada stall jual hotdog..asalnya nak makan kerang rebus, tapi dah habis..


Ini untuk aku..chicken chop..penat aku nak habiskan..hehehe..


Yang ni Encik Hubby punya..Lamb chop..dia kata daging kambing ni memang 'kambeng!'..ahahaha..kalau sesiapa yang pakai gigi palsu tu dinasihatkan jangan makan..liat sungguh! Ahaha..tapi aku enjoy dan anggap benda ni semua sebagai advanced celebrating birthday untuk aku..





Monday 28 January 2013

Happy Birthday To Me!


Assalammualaikum..

Today is my birthday! Hahaha..tak ada nak celebrate apa pun..Encik Hubby pun terlupa nak wish agaknya..tapi kawan2 kat FB ada juga yang wish birthday aku hari ni..terima kasih sangat2 ya..makin lama, aku rasa seram pulak bila makin hari makin bertambah pulak umur aku..hahaha..

Hari ni tak ada benda yang special pun yang aku masak..semua biasa2 je..cuma aku rasa macam nak prepare something untuk jiran aku yang bakal terima menantu weekend ni..jiran aku ni memang sangat baik dengan keluarga kami..rajin bagi lauk dan masa keluarga kami kehilangan ayah tercinta, jiran aku ni lah yang paling sibuk uruskan semua perkara..

Dari urusan jenazah di hospital hinggalah menyediakan juadah untuk tetamu yang datang melawat, jiran aku ni lah yang banyak membantu tanpa inginkan balasan..bukan itu saja, masa arwah tengah sakit dia lah yang selalu datang, urutkan kaki arwah dan hantar makanan kesukaan arwah..memang jasanya aku kenang sampai bila2..sekarang ni pun dia selalu jengah kami, tanya sihat ke tak, ok ke tak..

Jiran aku ni dah macam pakcik aku dah..dah macam keluarga sendiri..anak2 dan isterinya pun baik dengan kami..sebenarnya, isterinya tu makcik pada classmate aku dulu..tak sangka pulak diorang layan kami baik macam ni..sebab tu bila anak perempuan dia nak kahwin, aku nak prepare something special untuk keluarga ini..

By the way, aku nak ucapkan selamat ulangtahun untuk diri aku sendiri..hahaha..boleh gitu? Moga apa juga yang aku lakukan akan mendapat keberkatan dariNya...Amin..



Sunday 27 January 2013

Tutorial:Sotong Paprik


Assalammualaikum..

Hari minggu macam ni, tiba2 rasa blur je nak masak apa..sebab, biasanya bila semua cuti selera nak makan ni macam2 pulak tapi kerajinan dah tahap weak pulak sebab rasa diri pun bercuti sama..hehehe..hari ni aku buat ikan tenggiri masak kari, petola goreng dan telur masin..tapi, hari ni aku nak share resepi Sotong Paprik yang simple..aku buat baru2 ni tapi tak sempat nak update..jom semak resepi dulu..


Bahan-bahannya..


1kg sotong putih

2 biji bawang besar

3 biji bawang putih (diketuk)

8-10 biji cili padi (diketuk)

1 batang serai (dititik)

1 inci halia (dihiris)

3 tbs sos cili, tomato & tiram

Kacang buncis (ikut suka)

Curly flower (ikut suka)

4 helai daun limau purut

Traffic capsicum




Tumis semua bahan tumisan sehingga naik bau..


Masukkan kacang buncis dan curly flower..kemudian masukkan ketiga-tiga sos tadi..


Masukkan capsicum dan gaul sebati..


Bila sayur dah sedikit empuk baru masukkan sotong..masak sehingga betul2 sotong tu masak..tak perlu lama2 masak sotong sebab sotong tu akan liat..sebelum angkat masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa..


Dah masak, siap untuk dihidang..selamat mencuba!




Friday 25 January 2013

Tutorial: Kacang Pool


Assalammualaikum..

Hamboi..dah macam filem kat Astro pulak kan siap ada marathon resepi lagi..haha..hari ni aku tengah ada mood..Shifa pun tengah lena..so, gunakanlah masa berharga ni..yang ni pulak menu terakhir aku iaitu menu minum petang..Kacang Pool namanya..tak tau la kenapa dipanggil Kacang Pool..mungkin sebab guna kacang Foul..disebabkan lidah Johor Riau ni, tu yang bunyinya Pool..haha..ni andaian aku je..

Kalau rasa2 nak makan Kacang Pool ni, korang boleh singgah di Restoran Haji kat Larkin Bomba..Pak Haji ni memang pengasasnya..nak rasa lebih pure, pergi lah ke restorannya tu..tapi, kalau rasa teringin nak makan dan duduk pun jauh dari Johor ni, meh la cuba resepi mudah dari aku..resepinya aku ada adjust sikit je tapi rasanya tetap sama..


Bahan-bahannya:-

1/2 tin kacang Foul Medammas

400g daging kisar 

2 biji bawang besar (kisar)

3 biji bawang putih (kisar)

1 inci halia (kisar)

1 sudu rempah kari daging 

1 sdt ketumbar, jintan putih & jintan manis (sangai & kisar)  

Garam secukup rasa                 





Bagi yang tak pernah tengok kacang Foul, inilah kacangnya..kacang parang benonya..kat sini aku cari kat Mydin..kat Titah dengan Giant pun tak ada..guna 1/2 tin je..kalau nak buat 800g daging kisar boleh la guna 1 tin..


Bahan kisar..nak tumbuk pun boleh..


Sangai dulu bahan2 ni ya..lepas tu kisar halus..


Aku guna daging kisar ni..


Rempah kari daging..guna 1 sudu besar je ya..jangan guna satu bungkus..ada kena lempar dengan suami korang kang..haha..gurau je ehk..


Lenyek jangan sampai hancur..biar ada berbiji-biji sikit..baru best bila nak makan nanti..


Tumis bahan kisar tadi sampai naik bau..sampai berasap kuali aku kan..jangan korang ingat aku bela saka pulak ehk..hahaha..


Bila dah naik bau, masukkan rempah kari daging tadi..


Kacau hingga sebati dan harum..


Masukkan daging kisar..masak hingga terbit minyak..


Masukkan jintan dan ketumbar yang dikisar tadi..


Masukkan kacang foul tadi dan sedikit air..sebab tak nak dia kering sangat..


Hasilnya selepas dimasak..


Hias dan biasanya Kacang Pool ni dimakan dengan telur mata, lada hijau hiris, bawang dipotong dadu dan limau nipis..lepas tu makan dengan roti bakar..


Aku guna roti segera ni..tinggal bakar je..ok, selamat mencuba!




Tutorial: Steam Siakap


Assalammualaikum..

Ni lauk tengah hari pulak..aku masak steam siakap..sebab dah selalu sangat masak 3 rasa kan..so aku tukar resepi..memandangkan aku nak perabis capsicum, tu yang sibuk memadankan lauk tu..tau2 la, capsicum ni bukan pakai banyak pun..tu yang aku bahankan..ok, meh tengok resepi..


Antara bahan2 yang aku gunakan..


1 ekor ikan siakap

2 biji tomato (potong 6)

1 1/2 biji bawang besar (dimayang kasar)

3 biji bawang putih (diketuk)

8-10 biji cili padi (aku hiris, nak ketuk pun boleh)

1 inci halia (dimayang halus)

1 batang serai (dititik)

Sedikit traffic capsicum (hiris memanjang)

6-5 biji limau nipis (diambil airnya)

Sedikit garam

Minyak untuk menumis



Macam ni hasilnya..


Perahan limau nipis..nak guna lemon pun boleh..


Sedikit capsicum dah cukup..


Tumis semua bahan tumisan hingga naik bau..bukan naik hantu..huhu..


Masukkan 2 cawan air..biar dia berkuah..oh ya, aku tak guna kukus pun. Just guna kuali besar berpenutup..


Masukkan air perahan limau nipis..kacau lagi..


Masukkan ikan siakap..disebabkan ikan aku ni besar, aku guna kuali besar..panjang ikan ni paras siku aku tau..


Balikkan ikan tadi biar masak sekata..lepas tu masukkan tomato dan sedikit garam..dah masak boleh hidangkan..


Dah siap! Oh ya, pinggan hidang aku ni tak cukup melengkung, so ada balance kuah tu aku masuk kat dalam mangkuk..hiaskan dengan daun ketumbar..


Closed up sikit..selamat mencuba!


P/s: tutup kuali semasa proses memasak ikan tadi..







Totorial:Bruschetta


Assalammualaikum..

Lama tak ada entry masak2 kan..hehe..aku ni kadang2 selalu juga masak yang special2 tapi tak sempat nak capture..tapi, semalam adalah hari yang paling rajin aku capture..sebabnya, aku pun tak tahu kenapa aku terlebih rajin pulak..lepas tu masak macam2..maklumlah, Encik Hubby tak bekerja semalam sempena Maulidul Rasul..Encik Hubby kompelin, ni baru sehari je dia cuti..kalau seminggu entah macam mana pulak menu aku kan..hehe..

Pagi2 aku buatkan breakfast sebelum Encik Hubby ke masjid..so, tak adalah yang berat2..just Bruschetta yang simple dan lazat..wah! Puji diri sendiri pulak kan..hehe..tapi, yang buatkan Bruschetta itu sedap sebab bahan2nya..yang penting Encik Hubby suka dan anak2 pun makan..ok lah, malas nak bebel panjang, meh semak resepi..


6 keping roti..kalau nak buat lebih pun boleh..aku guna roti gardenia je..kalau korang nak guna French Loaf lagi sedap..


Ni bahan2 intinya..aku guna..


1 biji tomato (potong dadu)

1 biji bawang besar (potong dadu)

1 biji bawang putih (cincang)

2 batang sosej (potong bulat2)

Traffic capsicum (potong dadu)-agak2

1 sudu besar minyak masak

Sedikit black peper

Sedikit daun ketumbar (cincang)

Sedikit garam

*Gaul semua bahan hingga sebati*



Susun kat atas roti dan tambahkan sos Thousand Island..aku tambah cheese mayonis sekali baru ada umph! Kalau tak ada pun tak apa..sebelum tu sila panaskan oven siap2..


Lepas tu cover dengan mozarela cheese..tapi, disebabkan mozarela aku tak ada stok, makanya aku ganti dengan cheesedale..potong macam kat gambar di atas..yang ni gambar lama, sebab tu tak nampak sos Thousand Island..lepas tu bakar hingga cheese tu cair..


Hasilnya..Roti tu nampak je macam tu..tapi rangup tau..kalau rasa nak makan dengan sos pun ok..selamat mencuba..



Wednesday 23 January 2013

Aku Dan Hobi Baru


Assalamualaikum..

Baru sempat nak update..tadi punyalah berkobar-kobar nak mengarang, sampai masa idea hilang macam tu je..adeh la..mana nak mula pun aku tak tahu..hehehe..kehidupan aku macam biasa je..tak ada yang berubah pun cuma agak sibuk sejak Anna dah sekolah ni..hari2 kena siapkan bekal..hari ni aku tak masak apa2 untuk bekal dia..aku bawakkan kek coklat moist yang semalam aku buat, habis cerita..air Encik Hubby dah tentukan, mesti air Ribena tak pun air masak..air2 lain tak di qualified..mintak ampun..huhu..

Malam tadi kami ke Mydin..beli grocery sikit dan dapat upah long kaftan dari Encik Hubby..suka sangat2..barang2 yang kami beli cuma topup mana yang tak cukup je..sampai kat rumah, baru aku teringat yang aku lupa beli daun limau purut..adeh la, macam mana nak buat sotong paprik? Sudahnya aku masak sambal tumis, ikan goreng dengan taugeh masak lemak campur tauhu..hmmm..very the mengundang okeh..hahaha..

Bila dah jadi suri rumah ni..menonton tv adalah hobi tegar..kahkahkah! Habis dah Adam dan Hawa, layan Sehangat Asmara pulak..lepas tu layan Setia Hujung Nyawa..Tapi, banyak2 karya novel yang diadaptasi ke filem atau drama, aku lebih suka karya Sehangat Asmara..masa aku baca novel ni dulu, aku dah dok berangan, kan best kalau di filemkan atau di dramakan..dan sekarang, termakbul sudah..

Kalau nak cerita pasal novel, aku lebih suka karya Aisha Sofea dan Fauziah Ashari sebab cerita diorang lebih realistik..tak ada fantasi, banyak yang realiti dan sering berlaku dalam masyarakat kita..tapi, dulu aku pernah baca novel karya Zuraidah Othman..first time aku rasa baca novel ni enjoy..hahaha..aku lupa dah tajuk novel dia sebab dia suka combine cerita dalam satu novel..hehe..kalau sekarang ni aku nak baca novel, rasanya mimpilah..hahaha..


Thursday 17 January 2013

Terasa?


Assalammualaikum..

Terasa terpanggil nak tulis satu lagi entry..hehehe..sapo la tu yang panggil? Ni nak cerita pasal kawan kolej aku dulu..bukan nak cerita pasal dia ehk, tapi nak cerita pasal dilema dan apa yang dia hadapai sekarang ni..bila difikir-fikir, ada betul juga kenyataan dia tu..''bertindak mengikut logika dan bukan emosi''..aku sokong sangat2..

Kadang2 apa yang kita luahkan terlalu mengikut emosi..tak kira siapa, aku pun kadang2 ter emo jugak..ngaku ehk, bukan tak ngaku langsung..hehehe..tapi, semua tu aku jadikan pengajaran..tak ada yang betul kalau tak bermula dengan kesilapan..macam jugak tak ada yang pandai terus jadi pandai..tak mustahil orang bodoh jadi pandai..sebabnya? -dia belajar..

Belajarlah dari kesilapan, bukan mengulangi kesilapan..tapi, mengulang kesilapan tu yang selalu kita dengar..apa pun, aku sekadar mengingatkan diri sendiri..tiada manusia yang tak pernah buat silap..kadang2 aku terasa juga dengan statement2 orang..bila aku terasa, itu bermakna ada kebenarannya..tak perlu lah nak melenting sebab itu dah memang logik..

Cuma kat sini, jika terasa pun, tak perlu lah kita berbalas serangan..buat serangan peribadi dsb..ini menambah lagi kekusutan..ini dipanggil bertindak mengikut emosi..memang betul kadang2 kita geram..tapi, bila kita berbalik kepada bertindak mengikut logika atau rasional, kita akan kembali kepada kebenaran..cuma kita kena kawal setiap tindakan..



Sejak Dah Sekolah..


Assalammualaikum..

Sekarang ni masa untuk aku berblog adalah sangat terhad..masa aku online pun dari pukul 12 tengah hari hingga 3 lebih atau pukul 4.00..itu pun sebab waktu tidur Shifa..kalau tak, memang tak berkesempatan lah..Shifa memang tak boleh tgk aku ngadap lappy..nanti macam2 kerenah dia keluar..sudahnya dia yang dok mengadap lappy layan Upin & Ipin..redha je lah..huhu..

Aktiviti harian berjalan macam biasa..sibuk pada belah pagi dan rehat pada waktu tengah hari..lepas Anna balik dari sekolah, baru keadaan huru hara balik..macam tu pulak rutin sekarang ni..pagi, aku sibuk mengemas, membasuh, memasak dan siapkan bekalan untuk Anna ke sekolah..bawak bekal pun balik rumah still nak cari nasi..sejak dah sekolah, makin bertambah-tambah pulak selera dia..

Lepas Anna balik sekolah, dia akan makan atau mandi dulu..lepas tu mengaji..lepas mengaji kalau dia tak mengantuk, dia akan siapkan homework..apa yang aku perhatikan, Anna ni jenis disiplin..dia akan dulukan apa yang perlu didahulukan..kalau tak buat, hati dia tak keruan..mula lah dia kelam kabut dan ada kalannya dia akan merengek sebab nak siapkan homework..

Kadang2 geram jugak sebab dia akan dengar cakap teacher je..kalau aku tegur cara dia mewarna, dia tak pernah nak ikut..esoknya aku tengok cara mewarnanya dah improved..teacher suruh buat cantik2 katanya..cett! Lepas tu dia kata teacher puji dia sebab dia cantik mewarna. Kadang2 aku tengok dia ni sukakan cabaran dan inginkan pencapaian yang baik..apa yang dia buat dia nakkan 'star'..hahaha..

Dan apa yang aku perhatikan, sejak dah bersekolah ni aku asyik nak kena dengar cakap dia je..kalau aku aku tegur, ada je alasan dan jawapannya..kadang2 hangin jugak..sabar tak sabar hinggap juga 'ketam' aku kat badan dia..hahaha..garang tak aku..kadang2 Encik Hubby tegur jugak sikap aku yang satu tu..tapi, anak2 aku memang tak takut dengan aku..mungkin sebab dah hari2 mengadap muka aku..lain lah Encik Hubby, diorang jumpa 2 hari sekali..tu pun malam je..hehe..





Wednesday 16 January 2013

Extreme Couponing


Assalammualaikum..

Apa khabar semua? Terima kasih sebab sudi singgah kat blog aku yang merapu ni..hehehe..dari hari ke hari sentiasa ada yang berkunjung walaupun tak meninggalkan jejak..itu tak penting..sebab aku menulis pun bukan untuk menaikkan rating atau apa..sebab ''the words are all I have'' itu sangat relevan dengan diri aku..

Ok, hari ni aku tak nak cerita pasal rating..aku nak cerita pasal rancangan Extreme Couponing kat TLC..lama dah aku nak tengok rancangan ni tapi ada je halangan..semalam, akhirnya aku dapat tengok rancangan ni..memang teruja yang amat sangat! 

Bayangkan nilai barangan tu bernilai $857.79 boleh sampai $13.88. Tiba2 manager dia beritahu diorang dapat potongan tax lagi kerana  menggunakan kupon..nilai terakhir yang perlu dia bayar $4.84..kagum tak? Dan2 jugak aku rasa aku nak buat macam diorang. Memang teruja bila nilai semua barang yang banyak tu boleh jadi rendah macam tu sekali..siap diorang tak bawak duit banyak sebab diorang memang nak target achieved.

Bagi aku berbelanja guna kupon macam ni perlu ada kesabaran, rajin dan tak mudah putus asa tapi kita dapat kepuasan tahap maksimum..kupon ni biasanya ada potongan pada barang2 tertentu, tapi bila kita kumpul, kita boleh beli secara borong barang yang sama..nak buat apa beli banyak2? Ok, selain dijadikan stock, apa salahnya kita dermakan pada badan2 kebajikan yang memerlukan..itu lebih baik kan..

Di negara2 maju pun diorang guna kupon..aku ni pun kadang2 jarang guna kupon sebab tak ada planning bab2 berbelanja..kadang2 terlupa bawa kupon bila sampai Tesco..walaupun potongan tak banyak, kalau difikir2 kupon2 tu masih ada manfaatnya..jom kawan2 kita mula berkupon..sebelum tu layan video ni kejap ya..


Moga korang pun teruja..:)



Monday 14 January 2013

Lisa Loeb





You say I only hear what I want to. 
You say I talk so all the time so. 
And I thought what I felt was simple, 
and I thought that I don't belong, 
and now that I am leaving, 
now I know that I did something wrong 'cause I missed you.
Yeah yeah, I missed you. 


And you say I only hear what I want to: 
I don't listen hard, 
don't pay attention to the distance that you're running 
to anyone, anywhere, 
I don't understand if you really care, 
I'm only hearing negative: no, no, no. 


So I turned the radio on, I turned the radio up, 
and this woman was singing my song: 
lover's in love, and the other's run away, 
lover is crying 'cause the other won't stay. 


Some of us hover when we weep for the other who was 
dying since the day they were born. 
Well, well, this is not that; 
I think that I'm throwing, but I'm thrown. 
And I thought I'd live forever, but now I'm not so sure. 
You try to tell me that I'm clever, 
but that won't take me anyhow, or anywhere with you. 


You said that I was naive, 
and I thought that I was strong. 
I thought, "hey, I can leave, I can leave." 
Oh, but now I know that I was wrong, 'cause I missed you. 
Yeah, I miss you. 
You said, "I caught you 'cause I want you and one day I'll let you go." 
You try to give away a keeper, or keep me 'cause you know you're just 
scared to lose. 
And you say, "Stay." 
And you say I only hear what I want to

P/s: lagu yang sentiasa di hati :)



Thursday 10 January 2013

Sekadar Memerhati


Assalammualaikum..

Sejak kebelakangan ini aku rasa macam dah tak best je join satu group ni kat FB..mula2 memang best la sebab ramai member2 lama bertemu kat situ..tapi disebabkan berlainan fahaman, group tu dah jadi tempat berbalah..tempat orang memaki hamun dan tempat orang kutuk mengutuk..bila dah jadi macam tu, apa yang ingin dirapatkan menjadi renggang..aku rasa macam dah tak relevan group tu ditubuhkan..

Pihak admin ada juga memberi garis panduan, tapi biasalah..bila ada yang merasa diri mereka old timer garis panduan itu pun jadi bahan gelak dan sindiran..hampa juga bila kenalan kita dahulu bersikap sebegitu..semua kerana mereka tak suka kerajaan..aku tak berpihak pada sesiapa..aku tak kata aku memang 100% sokong kerajaan ataupun pembangkang..cuma aku suka bersikap realistik..

Sekarang ni semakin ramai yang berani bersuara..hingga lupa berbahasa hingga hilang hormat..lupa pada kata2 dan dengan siapa mereka berbicara..cuba kita duduk dan berfikir sebentar..berfikir hingga ke akar umbinya..di mana asal kita dan kembali kita kepada qada' dan qadar Allah..percayalah, apa yang berlaku semuanya telah diatur olehNya..

Sekarang ni ramai yang hanya suka menuding jari..tanpa berselindung mereka mengutuk orang lain semata-mata kerana benci dengan cara mereka..tahukah mereka bahawa rezeki itu ditentukan oleh Allah? Bagaimana pun nasib mereka, semuanya ditentukan oleh Allah apa lagi balasan dari kesilapan kita..tak perlu lah kita menghukum orang lain sedangkan kita sendiri tak mahu orang lain menghukum kita..

Nasib baiklah negara kita ni ada sistem beraja..kalau tak ada, entah dengan siapa lagi mereka nak hormat kalau semuanya mereka pukul rata..itu pun masih ada yang berani menunjukkan kedegilannya..memang benar kita perlu takut dengan Allah sahaja, tapi kita perlu hormat orang lain jika kita ingin orang hormat kat kita..bukan mahu dilayan lebih2 tapi cukuplah sekadar orang menyenangi kita dan respek dengan apa yang kita lakukan..macam rancangan 3R tu..haa, baru ada kelas..

Berbalik pada cerita aku tadi, aku rasa aku dah tak relevan masuk group tu..memang aku jarang komen atau letak status kat situ. Tapi aku tak berapa suka baca komen2 mereka..semakin banyak aku baca, semakin terserlah apa yang ada dalam hati mereka..bak kata pepatah, semakin banyak kita kompelin, semakin banyak pekung kita yang orang akan tahu..

Semoga apa yang aku tulis ni tak menyinggung mana2 pihak..aku sekadar memerhati dan sedikit pun tak berniat nak menjatuhkan sesiapa. Cuma aku agak kesal dengan sikap mereka..semoga Allah melambutkan hati mereka..selesaikan masalah mereka tanpa menyinggung mana2 pihak..





Wednesday 9 January 2013

Ada Yang Tak Puas Hati Lagi?


Assalammualaikum..

Hari ni masak yang simple2 je..sambal udang, sup sayur dengan goreng pedal dan hati ayam je..pedal dan hati ayam tu stok kenduri hari tu..so tak tau nak buat apa, aku goreng je guna tepung serbaguna..bekal Anna aku cuma gorengkan sosej je..dalam kelam kabut tu sampai terlupa nak bekalkan Anna air..mesti dia tercari-cari time rehat nanti..terpaksa lah aku hantar bekal air ke sekolah..

Hari ni rasa terpanggil pulak nak luahkan rasa hati yang terbuku lama ni..cewah..siap dibukukan tu yang tak menahan..tak puas hati tajuk ceritanya..hehehe..ni kisah dah berzaman dah..kalau dibukukan pun entah yang ke berapa kali ulang cetak dah..manusia kalau ada perasaan tak puas hati dan dendam memang susah nak rawat..

Sebab dendam juga boleh buat orang hilang nilai kemanusiaan..tak kira lah situasi aku macam mana pun tetap degil dengan pendiriannya..minta aku dijauhkan dengan sifat2 sebegitu..tinggi mana ego aku, kerana nilai2 kemanusiaan, aku akan merendahkan ego aku serendah-rendahnya. Itulah kejayaan paling besar yang pernah aku lalui, merendahkan ego walaupun sukar. Bila kita berjaya lakukan, kita akan merasa lega tak terhingga.

Kenapa ada sifat ego dalam diri aku? Ego itu signal sahaja..signal menunjukkan aku tak suka dengan sesuatu perkara yang dilakukan terhadap aku. Tapi, ego aku tak adalah sampai berpatah arang sampai tak mahu tegur dengan orang yang khianati aku sampai mati pun..yang tu bukan aku..pernah jugak member aku tanya aku, "ko memang ngam dengan dia ehk?" hahaha..gelak aku..berbual sahaja tak semestinya "ngam". Cuba tukar sikit istilah tu..

Harapan aku, kalau ada perkara yang tak puas hati kat aku tu sila lah rujuk kat aku..kalau tak diberitahu, macam mana aku nak tahu? Kadang2 manusia ni kalau tak puas hati dengan seseorang, tak ada sebab pun boleh jadi sebab..kadang2 aku pun tak faham..sejujurnya, aku tak kisah pun kalau ada yang tak puas hati dengan aku tapi aku cuma nak tahu sebabnya je..





Tuesday 8 January 2013

I Love Vendulka




"Blackbird"

Blackbird singing in the dead of night
Take these broken wings and learn to fly
All your life
You were only waiting for this moment to arise.

Blackbird singing in the dead of night
Take these sunken eyes and learn to see
All your life
You were only waiting for this moment to be free.

Blackbird fly Blackbird fly
Into the light of the dark black night.

Blackbird fly Blackbird fly
Into the light of the dark black night.

Blackbird singing in the dead of night
Take these broken wings and learn to fly
All your life
You were only waiting for this moment to arise
You were only waiting for this moment to arise
You were only waiting for this moment to arise.





Anna Dah Sekolah


Assalammualaikum..

Sepatutnya 1st day sekolah tu aku dah update, tapi atas  sebab2 tertentu baru ni aku sempat nak update..hahaha..busy lah lately ni lebih2 lagi aku dah jadi suri rumah semula. Banyak masa untuk anak2 tapi tiada masa untuk diri sendiri hehehe..

Ok, 1st day sekolah tu kami suami isteri hantar Anna ke sekolah..dalam kesibukan menguruskan majlis kenduri arwah, sempat lagi kami curi masa hantar Anna ke sekolah..curi masa tak berdosa ehk..huhu..yelah, 1st day sekolah kan..nak juga aku hantar dia dan tengok keadaan dia macam mana..

Alhamdulillah Anna ok sepanjang 1/2 jam aku menunggu tu..lepas teacher hantar murid2 masuk ke kelas masing2, aku pun balik..siap2 aku pesan Anna supaya balik nanti naik van, kami tak jemput..dia ok je dan sempat tunjuk 'peace' masa aku nak balik..hehehe..memang dia suka nak ke sekolah..


Ni masa sebelum ke sekolah..sempat lagi nak pose..aku pilih sekolah ni sebab sekolah ni lebih menerapkan ilmu agama..moga Anna menjadi anak yang solehah kelak..Amin..waktu persekolahan bermula pada pukul 11.50 pagi dan berakhir pada pukul 3.40 petang. 

Setiap kali balik sekolah, mulut dia becok cerita apa yang dia buat kat sekolah..aku pun seronok dengar cerita dari dia..tapi, semalam dia mula suruh aku bawakan bekal untuk dia..ahaha..anak2 aku kan pemakan orangnya..mana puas makan kat sekolah je..so, aku bawakan karipap..balik sekolah aku tengok bekas bekalan dia..licin! Bila aku tanya dia makan dengan siapa? Dia kata dia makan sorang je..bertuah punya anak..huhuhu..lepas tu aku pesan, lain kali kongsi dengan kawan..huhuhu..




Friday 4 January 2013

Perginya Ayah Tercinta


Assalammualaikum..

Lama tak update kan..ada sebab lama aku tak update blog..aku sangat2 sibuk waktu tu kerana menguruskan pemergian arwah bapa yang kembali ke rahmatullah pada 31/12/12 tepat jam 8.35 malam di Hospital Kulai. Pemergiannya memang sudah sampai masanya dan kami redha dengan ketentuanNya..meninggalkan kami sewaktu umurnya 85 tahun memang banyak memberi kenangan yang tak mungkin kami lupakan.

Pada petang 30 Disember tu aku seperti biasa ada di rumah..memang sejak arwah sakit aku memang tak kemana-mana sebab aku sangat risau dengan kondisinya yang semakin uzur. Tapi malam tu aku risau sebab arwah langsung tak jamah sedikit pun makanan..sepanjang hari tu arwah hanya tidur..disebabkan risau, aku dan mak kejutkan arwah..tapi arwah tidak menunjukkan respon. Aku dan mak pun dudukkan arwah dengan harapan arwah akan sedar dari tidur. Tapi tetap tiada respon..air yang mak aku suapkan pun hanya meleleh keluar..aku kejutkannya lagi tapi langsung tiada respon.

Aku rasa tak sedap hati. Aku sms kakak2 dan abang2 aku. Aku call adik arwah yang tinggal kat Kluang..tak lama tu kakak2 dan abang2 aku pun sampai..dalam pukul 8.30 pakcik aku pun sampai dengan sepupu aku. Bila keadaan arwah pun semakin membimbangkan kami pun call ambulans dan hantar ke hospital..abang aku nombor 3 yang tunggu kat hospital. Semalaman tu aku memang tak tidur sebab risau dengan keadaan arwah..adik beradik aku semua over nite kat rumah aku.

Esoknya pada 31 Disember, kami sama2 melawat arwah..ramai juga saudara mara yang datang waktu tu..arwah hanya tidur dan sesekali menggerakkan tangannya..arwah diberi bantuan pernafasan serta dimasukkan air kerana keadaannya yang sangat lemah..sesekali kami akan suapkan air susu yang diberi oleh pihak hospital. Sehingga tamat waktu melawat, kondisi arwah tidak berubah..entah kenapa memang berat nak balik. Tapi kami balik juga sebab mak yang menunggu arwah.

Sampai di rumah, aku kemas apa yang patut sementara kakak2 dan abang aku pulang ke rumah masing2 sebab anak2 diorang dah nak naik sekolah, nak buat persiapan terakhir. Tinggal aku 3 beranak sebab Encik Hubby kerja. Dalam pukul 9 malam kakak ipar aku call tapi dia dah tak boleh cakap, dia cuma menangis. Dalam hati aku, aku dah tau apa yang ingin dikhabarkan..lepas tu abang aku yang khabarkan berita sedih ini..lepas diberitahu, aku redha. Aku langsung tak menangis malah aku terus call Encik Hubby.

Lepas aku call Encik Hubby, aku mula gabra. Sebab aku tak tahu nak call siapa dulu. Akhirnya aku call Cik Dayat (jiran aku) dulu. Lepas tu aku call pakcik aku dan makcik aku. Orang terakhir yang aku call adalah jiran lama aku Maman..masa mula2 aku call dia, aku ok..tapi bila dia tanya aku kenapa, tiba2 aku sebak..waktu tu aku mula rasa sedih tapi aku kuatkan semangat.

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Sebelum semua adik beradik dan mak aku balik dari hospital, semuanya dah siap..khemah dah pasang, jiran2 (lelaki) dah ramai di perkarangan rumah, yang perempuan pun datang membantu aku menguruskan apa yang patut dalam masa sejam sahaja walaupun dalam keadaan hujan lebat..sampaikan mak aku pun terkejut masa dia sampai kat rumah sebab perkarangan rumah aku dah dipenuhi dengan jiran2 yang datang melawat dan persiapan menyambut jenazah..

Sehingga pukul 1 pagi pun masih ada yang datang dan sedekahkah Surah Yassin..memang aku terharu sangat2..sampai sekarang pun masih ada yang datang melawat..terima kasih sangat2 kepada jiran2, saudara-mara, sahabat handai yang hadir memberi ucapan takziah dan memberi penghormatan terakhir sehingga ke pusara..moga kalian juga dilindungi olehNya...