Friday 25 January 2013

Tutorial: Kacang Pool


Assalammualaikum..

Hamboi..dah macam filem kat Astro pulak kan siap ada marathon resepi lagi..haha..hari ni aku tengah ada mood..Shifa pun tengah lena..so, gunakanlah masa berharga ni..yang ni pulak menu terakhir aku iaitu menu minum petang..Kacang Pool namanya..tak tau la kenapa dipanggil Kacang Pool..mungkin sebab guna kacang Foul..disebabkan lidah Johor Riau ni, tu yang bunyinya Pool..haha..ni andaian aku je..

Kalau rasa2 nak makan Kacang Pool ni, korang boleh singgah di Restoran Haji kat Larkin Bomba..Pak Haji ni memang pengasasnya..nak rasa lebih pure, pergi lah ke restorannya tu..tapi, kalau rasa teringin nak makan dan duduk pun jauh dari Johor ni, meh la cuba resepi mudah dari aku..resepinya aku ada adjust sikit je tapi rasanya tetap sama..


Bahan-bahannya:-

1/2 tin kacang Foul Medammas

400g daging kisar 

2 biji bawang besar (kisar)

3 biji bawang putih (kisar)

1 inci halia (kisar)

1 sudu rempah kari daging 

1 sdt ketumbar, jintan putih & jintan manis (sangai & kisar)  

Garam secukup rasa                 





Bagi yang tak pernah tengok kacang Foul, inilah kacangnya..kacang parang benonya..kat sini aku cari kat Mydin..kat Titah dengan Giant pun tak ada..guna 1/2 tin je..kalau nak buat 800g daging kisar boleh la guna 1 tin..


Bahan kisar..nak tumbuk pun boleh..


Sangai dulu bahan2 ni ya..lepas tu kisar halus..


Aku guna daging kisar ni..


Rempah kari daging..guna 1 sudu besar je ya..jangan guna satu bungkus..ada kena lempar dengan suami korang kang..haha..gurau je ehk..


Lenyek jangan sampai hancur..biar ada berbiji-biji sikit..baru best bila nak makan nanti..


Tumis bahan kisar tadi sampai naik bau..sampai berasap kuali aku kan..jangan korang ingat aku bela saka pulak ehk..hahaha..


Bila dah naik bau, masukkan rempah kari daging tadi..


Kacau hingga sebati dan harum..


Masukkan daging kisar..masak hingga terbit minyak..


Masukkan jintan dan ketumbar yang dikisar tadi..


Masukkan kacang foul tadi dan sedikit air..sebab tak nak dia kering sangat..


Hasilnya selepas dimasak..


Hias dan biasanya Kacang Pool ni dimakan dengan telur mata, lada hijau hiris, bawang dipotong dadu dan limau nipis..lepas tu makan dengan roti bakar..


Aku guna roti segera ni..tinggal bakar je..ok, selamat mencuba!




No comments: