Thursday 10 January 2013

Sekadar Memerhati


Assalammualaikum..

Sejak kebelakangan ini aku rasa macam dah tak best je join satu group ni kat FB..mula2 memang best la sebab ramai member2 lama bertemu kat situ..tapi disebabkan berlainan fahaman, group tu dah jadi tempat berbalah..tempat orang memaki hamun dan tempat orang kutuk mengutuk..bila dah jadi macam tu, apa yang ingin dirapatkan menjadi renggang..aku rasa macam dah tak relevan group tu ditubuhkan..

Pihak admin ada juga memberi garis panduan, tapi biasalah..bila ada yang merasa diri mereka old timer garis panduan itu pun jadi bahan gelak dan sindiran..hampa juga bila kenalan kita dahulu bersikap sebegitu..semua kerana mereka tak suka kerajaan..aku tak berpihak pada sesiapa..aku tak kata aku memang 100% sokong kerajaan ataupun pembangkang..cuma aku suka bersikap realistik..

Sekarang ni semakin ramai yang berani bersuara..hingga lupa berbahasa hingga hilang hormat..lupa pada kata2 dan dengan siapa mereka berbicara..cuba kita duduk dan berfikir sebentar..berfikir hingga ke akar umbinya..di mana asal kita dan kembali kita kepada qada' dan qadar Allah..percayalah, apa yang berlaku semuanya telah diatur olehNya..

Sekarang ni ramai yang hanya suka menuding jari..tanpa berselindung mereka mengutuk orang lain semata-mata kerana benci dengan cara mereka..tahukah mereka bahawa rezeki itu ditentukan oleh Allah? Bagaimana pun nasib mereka, semuanya ditentukan oleh Allah apa lagi balasan dari kesilapan kita..tak perlu lah kita menghukum orang lain sedangkan kita sendiri tak mahu orang lain menghukum kita..

Nasib baiklah negara kita ni ada sistem beraja..kalau tak ada, entah dengan siapa lagi mereka nak hormat kalau semuanya mereka pukul rata..itu pun masih ada yang berani menunjukkan kedegilannya..memang benar kita perlu takut dengan Allah sahaja, tapi kita perlu hormat orang lain jika kita ingin orang hormat kat kita..bukan mahu dilayan lebih2 tapi cukuplah sekadar orang menyenangi kita dan respek dengan apa yang kita lakukan..macam rancangan 3R tu..haa, baru ada kelas..

Berbalik pada cerita aku tadi, aku rasa aku dah tak relevan masuk group tu..memang aku jarang komen atau letak status kat situ. Tapi aku tak berapa suka baca komen2 mereka..semakin banyak aku baca, semakin terserlah apa yang ada dalam hati mereka..bak kata pepatah, semakin banyak kita kompelin, semakin banyak pekung kita yang orang akan tahu..

Semoga apa yang aku tulis ni tak menyinggung mana2 pihak..aku sekadar memerhati dan sedikit pun tak berniat nak menjatuhkan sesiapa. Cuma aku agak kesal dengan sikap mereka..semoga Allah melambutkan hati mereka..selesaikan masalah mereka tanpa menyinggung mana2 pihak..





No comments: