Wednesday 16 January 2013

Extreme Couponing


Assalammualaikum..

Apa khabar semua? Terima kasih sebab sudi singgah kat blog aku yang merapu ni..hehehe..dari hari ke hari sentiasa ada yang berkunjung walaupun tak meninggalkan jejak..itu tak penting..sebab aku menulis pun bukan untuk menaikkan rating atau apa..sebab ''the words are all I have'' itu sangat relevan dengan diri aku..

Ok, hari ni aku tak nak cerita pasal rating..aku nak cerita pasal rancangan Extreme Couponing kat TLC..lama dah aku nak tengok rancangan ni tapi ada je halangan..semalam, akhirnya aku dapat tengok rancangan ni..memang teruja yang amat sangat! 

Bayangkan nilai barangan tu bernilai $857.79 boleh sampai $13.88. Tiba2 manager dia beritahu diorang dapat potongan tax lagi kerana  menggunakan kupon..nilai terakhir yang perlu dia bayar $4.84..kagum tak? Dan2 jugak aku rasa aku nak buat macam diorang. Memang teruja bila nilai semua barang yang banyak tu boleh jadi rendah macam tu sekali..siap diorang tak bawak duit banyak sebab diorang memang nak target achieved.

Bagi aku berbelanja guna kupon macam ni perlu ada kesabaran, rajin dan tak mudah putus asa tapi kita dapat kepuasan tahap maksimum..kupon ni biasanya ada potongan pada barang2 tertentu, tapi bila kita kumpul, kita boleh beli secara borong barang yang sama..nak buat apa beli banyak2? Ok, selain dijadikan stock, apa salahnya kita dermakan pada badan2 kebajikan yang memerlukan..itu lebih baik kan..

Di negara2 maju pun diorang guna kupon..aku ni pun kadang2 jarang guna kupon sebab tak ada planning bab2 berbelanja..kadang2 terlupa bawa kupon bila sampai Tesco..walaupun potongan tak banyak, kalau difikir2 kupon2 tu masih ada manfaatnya..jom kawan2 kita mula berkupon..sebelum tu layan video ni kejap ya..


Moga korang pun teruja..:)



No comments: