Friday 25 January 2013

Tutorial: Steam Siakap


Assalammualaikum..

Ni lauk tengah hari pulak..aku masak steam siakap..sebab dah selalu sangat masak 3 rasa kan..so aku tukar resepi..memandangkan aku nak perabis capsicum, tu yang sibuk memadankan lauk tu..tau2 la, capsicum ni bukan pakai banyak pun..tu yang aku bahankan..ok, meh tengok resepi..


Antara bahan2 yang aku gunakan..


1 ekor ikan siakap

2 biji tomato (potong 6)

1 1/2 biji bawang besar (dimayang kasar)

3 biji bawang putih (diketuk)

8-10 biji cili padi (aku hiris, nak ketuk pun boleh)

1 inci halia (dimayang halus)

1 batang serai (dititik)

Sedikit traffic capsicum (hiris memanjang)

6-5 biji limau nipis (diambil airnya)

Sedikit garam

Minyak untuk menumis



Macam ni hasilnya..


Perahan limau nipis..nak guna lemon pun boleh..


Sedikit capsicum dah cukup..


Tumis semua bahan tumisan hingga naik bau..bukan naik hantu..huhu..


Masukkan 2 cawan air..biar dia berkuah..oh ya, aku tak guna kukus pun. Just guna kuali besar berpenutup..


Masukkan air perahan limau nipis..kacau lagi..


Masukkan ikan siakap..disebabkan ikan aku ni besar, aku guna kuali besar..panjang ikan ni paras siku aku tau..


Balikkan ikan tadi biar masak sekata..lepas tu masukkan tomato dan sedikit garam..dah masak boleh hidangkan..


Dah siap! Oh ya, pinggan hidang aku ni tak cukup melengkung, so ada balance kuah tu aku masuk kat dalam mangkuk..hiaskan dengan daun ketumbar..


Closed up sikit..selamat mencuba!


P/s: tutup kuali semasa proses memasak ikan tadi..







No comments: