Wednesday 9 January 2013

Ada Yang Tak Puas Hati Lagi?


Assalammualaikum..

Hari ni masak yang simple2 je..sambal udang, sup sayur dengan goreng pedal dan hati ayam je..pedal dan hati ayam tu stok kenduri hari tu..so tak tau nak buat apa, aku goreng je guna tepung serbaguna..bekal Anna aku cuma gorengkan sosej je..dalam kelam kabut tu sampai terlupa nak bekalkan Anna air..mesti dia tercari-cari time rehat nanti..terpaksa lah aku hantar bekal air ke sekolah..

Hari ni rasa terpanggil pulak nak luahkan rasa hati yang terbuku lama ni..cewah..siap dibukukan tu yang tak menahan..tak puas hati tajuk ceritanya..hehehe..ni kisah dah berzaman dah..kalau dibukukan pun entah yang ke berapa kali ulang cetak dah..manusia kalau ada perasaan tak puas hati dan dendam memang susah nak rawat..

Sebab dendam juga boleh buat orang hilang nilai kemanusiaan..tak kira lah situasi aku macam mana pun tetap degil dengan pendiriannya..minta aku dijauhkan dengan sifat2 sebegitu..tinggi mana ego aku, kerana nilai2 kemanusiaan, aku akan merendahkan ego aku serendah-rendahnya. Itulah kejayaan paling besar yang pernah aku lalui, merendahkan ego walaupun sukar. Bila kita berjaya lakukan, kita akan merasa lega tak terhingga.

Kenapa ada sifat ego dalam diri aku? Ego itu signal sahaja..signal menunjukkan aku tak suka dengan sesuatu perkara yang dilakukan terhadap aku. Tapi, ego aku tak adalah sampai berpatah arang sampai tak mahu tegur dengan orang yang khianati aku sampai mati pun..yang tu bukan aku..pernah jugak member aku tanya aku, "ko memang ngam dengan dia ehk?" hahaha..gelak aku..berbual sahaja tak semestinya "ngam". Cuba tukar sikit istilah tu..

Harapan aku, kalau ada perkara yang tak puas hati kat aku tu sila lah rujuk kat aku..kalau tak diberitahu, macam mana aku nak tahu? Kadang2 manusia ni kalau tak puas hati dengan seseorang, tak ada sebab pun boleh jadi sebab..kadang2 aku pun tak faham..sejujurnya, aku tak kisah pun kalau ada yang tak puas hati dengan aku tapi aku cuma nak tahu sebabnya je..





No comments: