Friday 25 January 2013

Totorial:Bruschetta


Assalammualaikum..

Lama tak ada entry masak2 kan..hehe..aku ni kadang2 selalu juga masak yang special2 tapi tak sempat nak capture..tapi, semalam adalah hari yang paling rajin aku capture..sebabnya, aku pun tak tahu kenapa aku terlebih rajin pulak..lepas tu masak macam2..maklumlah, Encik Hubby tak bekerja semalam sempena Maulidul Rasul..Encik Hubby kompelin, ni baru sehari je dia cuti..kalau seminggu entah macam mana pulak menu aku kan..hehe..

Pagi2 aku buatkan breakfast sebelum Encik Hubby ke masjid..so, tak adalah yang berat2..just Bruschetta yang simple dan lazat..wah! Puji diri sendiri pulak kan..hehe..tapi, yang buatkan Bruschetta itu sedap sebab bahan2nya..yang penting Encik Hubby suka dan anak2 pun makan..ok lah, malas nak bebel panjang, meh semak resepi..


6 keping roti..kalau nak buat lebih pun boleh..aku guna roti gardenia je..kalau korang nak guna French Loaf lagi sedap..


Ni bahan2 intinya..aku guna..


1 biji tomato (potong dadu)

1 biji bawang besar (potong dadu)

1 biji bawang putih (cincang)

2 batang sosej (potong bulat2)

Traffic capsicum (potong dadu)-agak2

1 sudu besar minyak masak

Sedikit black peper

Sedikit daun ketumbar (cincang)

Sedikit garam

*Gaul semua bahan hingga sebati*



Susun kat atas roti dan tambahkan sos Thousand Island..aku tambah cheese mayonis sekali baru ada umph! Kalau tak ada pun tak apa..sebelum tu sila panaskan oven siap2..


Lepas tu cover dengan mozarela cheese..tapi, disebabkan mozarela aku tak ada stok, makanya aku ganti dengan cheesedale..potong macam kat gambar di atas..yang ni gambar lama, sebab tu tak nampak sos Thousand Island..lepas tu bakar hingga cheese tu cair..


Hasilnya..Roti tu nampak je macam tu..tapi rangup tau..kalau rasa nak makan dengan sos pun ok..selamat mencuba..



No comments: