Friday 4 January 2013

Perginya Ayah Tercinta


Assalammualaikum..

Lama tak update kan..ada sebab lama aku tak update blog..aku sangat2 sibuk waktu tu kerana menguruskan pemergian arwah bapa yang kembali ke rahmatullah pada 31/12/12 tepat jam 8.35 malam di Hospital Kulai. Pemergiannya memang sudah sampai masanya dan kami redha dengan ketentuanNya..meninggalkan kami sewaktu umurnya 85 tahun memang banyak memberi kenangan yang tak mungkin kami lupakan.

Pada petang 30 Disember tu aku seperti biasa ada di rumah..memang sejak arwah sakit aku memang tak kemana-mana sebab aku sangat risau dengan kondisinya yang semakin uzur. Tapi malam tu aku risau sebab arwah langsung tak jamah sedikit pun makanan..sepanjang hari tu arwah hanya tidur..disebabkan risau, aku dan mak kejutkan arwah..tapi arwah tidak menunjukkan respon. Aku dan mak pun dudukkan arwah dengan harapan arwah akan sedar dari tidur. Tapi tetap tiada respon..air yang mak aku suapkan pun hanya meleleh keluar..aku kejutkannya lagi tapi langsung tiada respon.

Aku rasa tak sedap hati. Aku sms kakak2 dan abang2 aku. Aku call adik arwah yang tinggal kat Kluang..tak lama tu kakak2 dan abang2 aku pun sampai..dalam pukul 8.30 pakcik aku pun sampai dengan sepupu aku. Bila keadaan arwah pun semakin membimbangkan kami pun call ambulans dan hantar ke hospital..abang aku nombor 3 yang tunggu kat hospital. Semalaman tu aku memang tak tidur sebab risau dengan keadaan arwah..adik beradik aku semua over nite kat rumah aku.

Esoknya pada 31 Disember, kami sama2 melawat arwah..ramai juga saudara mara yang datang waktu tu..arwah hanya tidur dan sesekali menggerakkan tangannya..arwah diberi bantuan pernafasan serta dimasukkan air kerana keadaannya yang sangat lemah..sesekali kami akan suapkan air susu yang diberi oleh pihak hospital. Sehingga tamat waktu melawat, kondisi arwah tidak berubah..entah kenapa memang berat nak balik. Tapi kami balik juga sebab mak yang menunggu arwah.

Sampai di rumah, aku kemas apa yang patut sementara kakak2 dan abang aku pulang ke rumah masing2 sebab anak2 diorang dah nak naik sekolah, nak buat persiapan terakhir. Tinggal aku 3 beranak sebab Encik Hubby kerja. Dalam pukul 9 malam kakak ipar aku call tapi dia dah tak boleh cakap, dia cuma menangis. Dalam hati aku, aku dah tau apa yang ingin dikhabarkan..lepas tu abang aku yang khabarkan berita sedih ini..lepas diberitahu, aku redha. Aku langsung tak menangis malah aku terus call Encik Hubby.

Lepas aku call Encik Hubby, aku mula gabra. Sebab aku tak tahu nak call siapa dulu. Akhirnya aku call Cik Dayat (jiran aku) dulu. Lepas tu aku call pakcik aku dan makcik aku. Orang terakhir yang aku call adalah jiran lama aku Maman..masa mula2 aku call dia, aku ok..tapi bila dia tanya aku kenapa, tiba2 aku sebak..waktu tu aku mula rasa sedih tapi aku kuatkan semangat.

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Sebelum semua adik beradik dan mak aku balik dari hospital, semuanya dah siap..khemah dah pasang, jiran2 (lelaki) dah ramai di perkarangan rumah, yang perempuan pun datang membantu aku menguruskan apa yang patut dalam masa sejam sahaja walaupun dalam keadaan hujan lebat..sampaikan mak aku pun terkejut masa dia sampai kat rumah sebab perkarangan rumah aku dah dipenuhi dengan jiran2 yang datang melawat dan persiapan menyambut jenazah..

Sehingga pukul 1 pagi pun masih ada yang datang dan sedekahkah Surah Yassin..memang aku terharu sangat2..sampai sekarang pun masih ada yang datang melawat..terima kasih sangat2 kepada jiran2, saudara-mara, sahabat handai yang hadir memberi ucapan takziah dan memberi penghormatan terakhir sehingga ke pusara..moga kalian juga dilindungi olehNya...



No comments: