Wednesday 26 June 2013

Al-Kisah Budak Taqris


Assalammualaikum..

Apa khabar semua? Alhamdulillah, aku sihat2 je cuma sakit tekak dan selsema sikit..kira sihat lah jugak sebab masih boleh bangun dan uruskan hal2 rumahtangga lagi..bukan tu je, aku kan dah jadi baby sitter budak Taqris tu..huhu..makin hari jaga dia, aku makin ok dan Taqris pun dah boleh sesuaikan diri..kadang2 sampai tak nak balik pun ada..hehe..

Bagi aku kehadiran Taqris tu tidaklah membebankan sebab dia memang manja dengan aku..dengan mak aku pun dia tak nak ok..hehe..bonda Taqris pun selalu cerita bila dia kat rumah asyik panggil aku je..hehehe..kadang2 bila dia demam, bonda Taqris mesti risau dan call aku dari tempat kerja..tak sudah dengan bondanya, ayahnya pulak call tanya aku samada aku ok ke tak jaga Taqris..

Mula2 aku ingat diorang ni memang jenis caring..kejap2 call tanya anak dia..rupa2nya, kalau time Taqris demam, Taqris selalunya meragam..tak nak tidur..tapi, yang herannya, bila dengan aku, time demam lah paling senang nak jaga dia..huhu..sebab dia banyak tidur..kira bangga jugalah kan aku boleh jaga dengan baik..yelah, anak orang weh..buatnya jadi apa2, hah! Masuk Metro muka depan kang..ahaha..

Semalam, kat kepala Taqris ada bisul..humang aihhh..besar weh..kesian aku tengok..dia pun macam tak selesa je dan badan dia pun panas..bayangkan, kita ada jerawat seciput kat kepala tu pun kadang2 sakit kepala ni kan pulak dak kecik tu tumbuh bisul kat kepala..huhu..tapi masa hantar pagi tu bonda dia kata satu malam Taqris tak tidur..lepas tu aku tidurkan dan dia pun tidur..mungkin semalaman dia tak tidur kot..

Pukul 11.30 pagi ayah dia datang bawa krim..dia suruh aku sapu kat bisul Taqris dan selebihnya dia suruh aku sapu dan urut sikit kat belakang telinga, tulang rusuk hingga tulang punggung..tiba2..aku panik! Kulit Taqris berubah berwarna merah macam udang kena panggang! Adoiyai..camne ni? Entah macam mana, seperti mengetahui kerunsingan aku, ayah Taqris pun call tanya macam mana keadaan Taqris..aku pun cakaplah kulit dia dah macam kena panggang..nasib baiklah ayah dia ok..

Lepas beberapa jam, kulit Taqris ok balik dan badan dia pun dah tak panas..Taqris pun lincah seperti biasa..lega aku..tapi bisul dia nampak macam lebih besar daripada tadi..rasa macam dah nak meletop je..pagi tadi, bonda dia kata bisul tu ayah dia dah pecahkan..banyak nanah keluar dan suhu badan Taqris mula turun dan dia boleh bermain seperti biasa..alhamdulillah..kesian aku tengok..aku dah anggap Taqris tu macam anak aku sendiri..

Entah kenapa aku selalu rindukan dia kalau dia tak datang..maklumlah, bonda dia sekali cuti kadang2 sampai seminggu..kalau kerja malam, dia tak hantar..maka rindulah aku pada Taqris..rindu dengan keletah dia yang suka berjoget..banyak perkataan yang dia keluarkan bermula dari rumah aku..tu yang aku rasa bangga sangat..hehe..ni bukan bangga yang bermegah-megah tu ehk..huhu..

Ok lah, esok sampai Selasa Taqris tak datang..maknanya 6 hari aku tak jumpa..hukhuk..apa boleh buat, sayang2 pun anak orang kan..hehe..nasib baiklah aku ada buah hati pengarang jantung aku sendiri..tak adalah sunyi sangat..



Sunday 23 June 2013

@Salahuddin Bakery


Assalammualaikum..

Hari minggu macam ni dengan tahap udara yang tak sihat disebabkan jerebu, kami tak plan kemana-mana pun..selesai pergi majlis kenduri kahwin, tergerak pulak hati nak makan roti Benggali..pergh..kalau dapat roti paun dia makan panas2..heaven! Tapi, disebabkan aku pergi majlis kenduri kahwin tu lepas Zohor, makanya  lepas ke majlislah baru kami gerak ke JB..


Biasanya aku beli roti Benggali ni dekat Salahuddin Bakery..kedai ni memang kedai paling lama bertapak di Johor Bahru..bayangkan, zaman moyang aku pun kedai ni dah ada..arwah moyang aku dulu memang tinggal kat Johor Bahru, kedai ni lah yang selalu beliau pergi..arwah memang suka roti hinggakan keturunannya sampai sekarang pun memang 'hantu' roti termasukklah anak aku kan..beli lah roti apa pun, mesti tak cukup..kat rumah roti Gardenia saiz besar tu dua buku satu hari pun rasa tak cukup..hehe..nak tau kedai ni terletak kat mana, sila baca signboard..huhu..


Pergi pun dah petang..ni je lah yang tinggal..yang tengah2 ni namanya roti butter..kedai ni beroperasi bermula pukul 8.30 pagi setiap hari..biasanya akan tutup bila habis jualan mereka..walaupun kedai ni masih menggunakan cara lama, tapi roti mereka tetap digemari ramai dari dulu sampai sekarang..pelanggan2 mereka juga bukan terdiri daripada warga Johor Bahru sahaja malah, orang2 Singapura juga selalu akan singgah membeli roti di sini..tak kurang juga pengunjung dari pelusuk negara pasti akan singgah ke kedai ini jika mereka datang ke Johor Bahru..


Yang ni puff sardin..memang best makan panas2..tapi yang aku dapat tu dah sejuk..tapi tak apa, balik rumah terus aku panaskan dalam microwave..huhu..


Yang ni biskut suji..harus beli kalau datang ke sini..memang sedap..


Yang petak2 tu roti kok..Anak2 memang suka..harus borong..huhu..yang bungkus plastik tu pun roti kok juga tapi yang tak ada gula..


Ni acuan roti yang diorang gunakan..rare weh..tak jumpa lagi dah sekarang ni..kalau ada pun dah diupgradekan..


Ni lah 'oven' yang diorang gunakan dikenali sebagai 'sabak'..buat pizza ala2 Jamie oliver ni..hehehe..


Antara gambar2 dan keratan2 akhbar mengenai kedai mereka..kedai ni dibuka pada tahun 1932 mengikut apa yang tertulis di plak..


Ini kot pengasas kedai ni..


Yang ni model iklan roti tak berbayar..huhu..


Hah..yang ni bos kecik..dia saja yang boleh duduk kat situ..hahaha..oklah, kalau korang rasa nak makan roti Benggali ni singgahlah..jangan singgah malam ya..harap maklum..huhu..




Saturday 15 June 2013

Akukah Yang Bodoh Sombong?


Assalammualaikum..

Setiap kali nak update blog, ada je benda yang nak kena buat. Maklumlah, dah jadi surirumah sepenuh masa ni, semua benda nak kena ambil tahu, maksud aku bab2 tugas kat rumah la..hehe..kalau hal orang lain pun sibuk nak ambil tahu, tu memang kepala otak aku dah tak betul..kehkeh..

Sekarang ni pun aku jarang online..online facebook pun guna handphone..sebab bila aku guna lappy, terasa macam lambat dah..hahaha..semua benda nak buat cepat..kalau yang meleceh ni rasanya dah tak sesuai..sebab bab2 meleceh melanguk ni memang tak serasi dengan aku..hahaha..

Oklah..merapu dah aku ni..sebenarnya aku tak ada cerita sangat nak diceritakan..ada masa ni baru lah aku senang mengadap lappy..pertama sekali aku nak cerita tentang tahap kesihatan aku..Encik Hubby memang nak sangat bawa aku pergi klinik, tapi disebabkan kesibukannya, terpaksa la ditangguhkan sampai aku dah tak sakit dah..ekekeke..memang kan..

Hari ni kononnya  Encik Hubby nak bawa aku pergi klinik. Kebetulan dia ambik cuti sebab lepas ni dia nak outstation kat Kota Bharu dalam seminggu. Nak uruskan apa yang patut, yang penting lauk pauk dan barang dapur kena cukup. Yang lain2 tu tolak tepi dulu. Lagipun aku memang dah tak ada hati nak shopping sejak busy duduk rumah..hahaha..

Tapi, aku rasa aku dah makin ok..so tak perlu lagi ke klinik..tapi, Encik Hubby dah tinggalkan duit kalau2 sakit aku datang balik..harap2 tak sakit lah kan..duit tu boleh simpan..ngeh2..Anna selalu kompelin, ''mama ni ada duit, tapi papa yang selalu bayar..kita nak beli eskrem lagu pun tak kasi..kita tak suka eskrem loceng.'' Tengok tu..kemain demand anak dara aku tu kan..eskrem murah tak mahu..padahal kalau pergi Tesco, Mydin atau Giant papa dia mesti belikan aiskrim..tak ada siapa yang habiskan, dia jugak yang tukang licinkan..

Oklah..kelaut dah aku ni..padahal aku nak cerita sikit pasal business online..haha..pada aku memang bagus buat bisnes online ni selagi apa yang kita bisneskan itu tidak mendatangkan mudarat..tapi, ada segelintirnya tu aku rasa macam memaksa..aku tak kata semua lah, cuma segelintirnya saja..tak salah nak berniaga, tapi tak perlu nak naik status sindir kat fb sebab kita tak beli barang diorang..

Aku rasa macam tak best dah..pernah dulu aku PM satu akaun fb yang bisnes online ni..saja tanya2..tanya tak salah kan..dulu pun dia yang add aku..disebabkan dia buat bisnes yang boleh menarik minat aku, makanya aku pun approve la..tapi, tak sangka pulak bila aku PM dia, aku kompem kena beli barang dia..dah la aku rasa tertipu dengan produk dia yang cekik darah tu..padahal alasan yang aku beri pun sekadar tanya dan tak lebih dari itu..

Tup2..status dia naik dan kata dia penat layan customer yang suka tanya je tapi tak beli..walaupun dia tak maksudkan aku, tapi sebagai orang yang pernah bertanya, dah tentu aku terasa..bukan aku je, mungkin ramai lagi yang akan terasa..walaupun benda ni tak berkudis pun buat aku, sekurang-kurangnya sebagai orang bisnes, dia tak perlu buat kenyataan angkuh seperti itu..

Baru2 ni pun adalah seorang kenalan ni buat bisnes online..sebenarnya aku pun tak berapa kenal sangat minah ni. Aku kenal pun melalui kawan aku..dia bisnes macam2 produk kecantikan dan kesihatan melalui online ni..sebelum ni banyak juga lah dia upload gambar2 produk yang dia jual tu tapi, aku belum berminat lagi nak membeli. Tiba2 satu hari tu dia PM aku dan dia ada suruh aku beli bedak yang tengah famous sekarang ni..

Bukan aku tak nak support dia, tapi aku dah biasa pakai bedak yang aku pakai sekarang dan dah serasi pun..lagipun bedak yang aku pakai sekarang ni jauh lebih murah dan telah lama berada di pasaran..itu bermakna, produk tu telah diyakini..memang aku tak berani mencuba produk sembrono jek takut efek pada kulit muka aku karang..dah la muka tak lawa, kang makin tak lawa sebab nak lawa..memang cantik kat muka orang, tapi belum tentu cantik kat muka kita..aku bersyukur kulit muka aku sihat dan rasanya dah ok dah tu..mungkin akan berubah atas faktor umur..redha je lah kan..

Tiba2 dia up status kata ada yang bodoh sombong tak nak beli produk dia..ehem2..kalau sombong tu memang ya, tapi kalau bodoh tu taklah kan..sombong sebab mempertahankan hak kita tu lebih baik daripada sombong tak tentu hala..aku pun ada hak juga untuk menolak kan..tapi tak perlulah nak bisnes dengan cara macam ni..ramai lagi yang buat bisnes online..tapi adat berniaga, pasti ada pasang surutnya..kalau macam ni lah caranya, aku rasa bisnes dia takkan lama..

Kepada yang bisnes online aku harap korang sukses dan jadikan pengalaman aku satu iktibar..sebagai seorang peniaga, kita perlu juga mendengar masalah dan keperluan pelanggan..aku pernah bekerja dalam bidang perniagaan selama 13 tahun dan masak dah dengan kerenah pelanggan, tapi semua itu bukan halangan untuk kita maju dalam perniagaan..









Monday 10 June 2013

Cerita Shifa & Kesibukan Bermula


Assalammualaikum..

Bermulalah episod kebizian aku bila sekolah dah buka semula..dah macam runner weh aku dibuatnya..semua kena buat on time..tak boleh nak skip dah kerja2 aku neh..nasib baik Taqris cuti dan aku start jaga Khamis ni..kira boleh handle dengan jayanya lah..huhu..kalau tak memang kelam kelibut lah dibuatnya, cuma kali ni aku handle dengan bergaya..kahakahakah..

Dalam aku menguruskan hari2 aku dengan bergaya, aku rasa macam tak best je dengan tahap kesihatan aku..period aku datang hampir 2 minggu. Pinggang aku pun sakit setiap kali aku bangun tidur dan hari ni perut aku sakit stok guling2..memang tak selesa lah..dalam pada aku sakit perut, tekak aku macam nak makan satay..

Kadang2 aku saje je usik mak aku, aku kata aku pregnant..hehe..mak aku tak sanggup..bukan tak sanggup sebab dia kena jaga, tapi tak sanggup tengok aku kena handle anak2 aku yang memang macam2 kerenah..fyi, diorang ni macam2 kerenah bila diorang dengan aku jek..bila aku takde, pandai diorang bawak diri..

Shifa ni pulak sejak dah petah bercakap macam2 yang dia cakap. Bila dah pandai cakap macam2, maka macam2 jugak lah permintaan dia..bila aku kata A, dia kata B..bila aku marah, Anna pulak jadi pembela dia..siap pakat nak 'puk' aku tu yang tak menahan..bila aku beli buku latihan untuk Anna, aku pun kena belikan sekali untuk dia..tak boleh lain, mesti nak sama..

Cerita pasal buku, satu hari tu Shifa duduk kat sebelah aku..dia bukak buku bergambar dan tunjuk kat aku..sambil dia tunjuk, dia tanya tu gambar apa..ok, mula2 dia tunjuk gambar gajah, ok..aku jawablah gajah..lepas tu gambar kuda, aku jawablah kuda..akhir sekali gambar nenek dan berpandukan pada ejaan 'nenek' kat situ, aku pun jawablah nenek..boleh dia kata "bukanlah mama, tu gambar kartun!" aku macam em..rasa nak cubit jek mulut dia..ekekeke..

Shifa ni kalau nak layan dia kena layan macam orang dewasa sebab sekali dia bercakap memang macam orang dewasa..kena dia diam, dia diam jek tak banyak cakap..satu lagi tabiat dia, kalau tengok tv cerita yang dia suka, dia akan duduk kat kerusi kegemaran dia..janganlah ko duduk kat situ, ada dia haruk kang..lepas tu bila dah dapat duduk, memang tekunlah dia mengadap tv..tak bergerak langsung sambil mulut ternganga..hehehe..

Oklah..macam biasa cerita aku ni kalau aku rasa aku nak berhenti, aku berhenti sebab masa aku ni sangat limited edition..huhu..lainkali aku cerita lagi yek..huhu..tata..






Saturday 8 June 2013

Kami Di Sini Lagi!


Assalammualaikum..

Hehe..seperti yang telah dijanjikan, aku pun mengupdate percutian singkat aku kat Tanjung Sepang ni lagi..celebrate 6th anniversary kami katanya..ahaha..kira ok lah percutian kali ni sebab kami dah plan awal2..seronok memang seronok sebab chalet yang kami sewa betul2 depan laut..memang best la, ditambah pulak kami bbq sekali dan bermalam kat sini..

Kami pergi dalam 4 kereta..macam2 plan yang kitorang buat..bertolak dalam pukul 10.00 pagi dan sampai ke destinasi dalam pukul 1.00 petang..tu pun tolak singgah stesen minyak dan pitstop jap nak mengeteh..sampai2 je, kami makan2 dulu bekalan yang kami bawa dari rumah..aku masak sambal udang, asam pedas ikan kaci, brokoli goreng dan meatball soup..huhu..makan lah kami beramai-ramai sambil menghirup udara Laut China Selatan..best tak best lah kan..


Encik Hubby setting joran dulu..sebenarnya yang membuatkan hati dia berbunga-bunga nak kesini sebab hobi dia yang satu ni lah..macam lah aku tak tahu kan..ekekeke..


Macam biasa, anak dara aku yang ni memang pakar bab2 posing ni..huhu..naik menanah telinga woo dengan telatah budak ni..hari2 dok mengira hari, bila nak ke sini..tapi yang penting kita enjoy!


Budak tenit ni masih belum ada keberanian nak mandi laut..bawak dekat tepi pantai pun mata dok pejam2..seram la konon..


Walla! Cantik kan tempat ni..ni waktu pagi dalam pukul 7.00 macam tu..


Model kaftan in the making..kahkahkah..


Nak jugak..tak dapat kek, lukis sendiri pun jadilah..ahaha..


Cewah..posing dibalik ibuku..huhu..ni trick je, benonya nak cover diri yang montel..akakaka..


Kakak, kakak ipar dan mak aku..yang comel sebelah mak aku tu akak sedara aku..kahakahakah..


Ko tengok, betapa comelnya aku menyelit kat situ..hahaha..ni lah ahli2 yang terlibat..huhu..


Memori2 inilah yang membuatkan kami nak datang lagi..panjang umur In Shaa Allah kami datang lagi..buiii..