Sunday 23 June 2013

@Salahuddin Bakery


Assalammualaikum..

Hari minggu macam ni dengan tahap udara yang tak sihat disebabkan jerebu, kami tak plan kemana-mana pun..selesai pergi majlis kenduri kahwin, tergerak pulak hati nak makan roti Benggali..pergh..kalau dapat roti paun dia makan panas2..heaven! Tapi, disebabkan aku pergi majlis kenduri kahwin tu lepas Zohor, makanya  lepas ke majlislah baru kami gerak ke JB..


Biasanya aku beli roti Benggali ni dekat Salahuddin Bakery..kedai ni memang kedai paling lama bertapak di Johor Bahru..bayangkan, zaman moyang aku pun kedai ni dah ada..arwah moyang aku dulu memang tinggal kat Johor Bahru, kedai ni lah yang selalu beliau pergi..arwah memang suka roti hinggakan keturunannya sampai sekarang pun memang 'hantu' roti termasukklah anak aku kan..beli lah roti apa pun, mesti tak cukup..kat rumah roti Gardenia saiz besar tu dua buku satu hari pun rasa tak cukup..hehe..nak tau kedai ni terletak kat mana, sila baca signboard..huhu..


Pergi pun dah petang..ni je lah yang tinggal..yang tengah2 ni namanya roti butter..kedai ni beroperasi bermula pukul 8.30 pagi setiap hari..biasanya akan tutup bila habis jualan mereka..walaupun kedai ni masih menggunakan cara lama, tapi roti mereka tetap digemari ramai dari dulu sampai sekarang..pelanggan2 mereka juga bukan terdiri daripada warga Johor Bahru sahaja malah, orang2 Singapura juga selalu akan singgah membeli roti di sini..tak kurang juga pengunjung dari pelusuk negara pasti akan singgah ke kedai ini jika mereka datang ke Johor Bahru..


Yang ni puff sardin..memang best makan panas2..tapi yang aku dapat tu dah sejuk..tapi tak apa, balik rumah terus aku panaskan dalam microwave..huhu..


Yang ni biskut suji..harus beli kalau datang ke sini..memang sedap..


Yang petak2 tu roti kok..Anak2 memang suka..harus borong..huhu..yang bungkus plastik tu pun roti kok juga tapi yang tak ada gula..


Ni acuan roti yang diorang gunakan..rare weh..tak jumpa lagi dah sekarang ni..kalau ada pun dah diupgradekan..


Ni lah 'oven' yang diorang gunakan dikenali sebagai 'sabak'..buat pizza ala2 Jamie oliver ni..hehehe..


Antara gambar2 dan keratan2 akhbar mengenai kedai mereka..kedai ni dibuka pada tahun 1932 mengikut apa yang tertulis di plak..


Ini kot pengasas kedai ni..


Yang ni model iklan roti tak berbayar..huhu..


Hah..yang ni bos kecik..dia saja yang boleh duduk kat situ..hahaha..oklah, kalau korang rasa nak makan roti Benggali ni singgahlah..jangan singgah malam ya..harap maklum..huhu..




No comments: