Saturday 15 June 2013

Akukah Yang Bodoh Sombong?


Assalammualaikum..

Setiap kali nak update blog, ada je benda yang nak kena buat. Maklumlah, dah jadi surirumah sepenuh masa ni, semua benda nak kena ambil tahu, maksud aku bab2 tugas kat rumah la..hehe..kalau hal orang lain pun sibuk nak ambil tahu, tu memang kepala otak aku dah tak betul..kehkeh..

Sekarang ni pun aku jarang online..online facebook pun guna handphone..sebab bila aku guna lappy, terasa macam lambat dah..hahaha..semua benda nak buat cepat..kalau yang meleceh ni rasanya dah tak sesuai..sebab bab2 meleceh melanguk ni memang tak serasi dengan aku..hahaha..

Oklah..merapu dah aku ni..sebenarnya aku tak ada cerita sangat nak diceritakan..ada masa ni baru lah aku senang mengadap lappy..pertama sekali aku nak cerita tentang tahap kesihatan aku..Encik Hubby memang nak sangat bawa aku pergi klinik, tapi disebabkan kesibukannya, terpaksa la ditangguhkan sampai aku dah tak sakit dah..ekekeke..memang kan..

Hari ni kononnya  Encik Hubby nak bawa aku pergi klinik. Kebetulan dia ambik cuti sebab lepas ni dia nak outstation kat Kota Bharu dalam seminggu. Nak uruskan apa yang patut, yang penting lauk pauk dan barang dapur kena cukup. Yang lain2 tu tolak tepi dulu. Lagipun aku memang dah tak ada hati nak shopping sejak busy duduk rumah..hahaha..

Tapi, aku rasa aku dah makin ok..so tak perlu lagi ke klinik..tapi, Encik Hubby dah tinggalkan duit kalau2 sakit aku datang balik..harap2 tak sakit lah kan..duit tu boleh simpan..ngeh2..Anna selalu kompelin, ''mama ni ada duit, tapi papa yang selalu bayar..kita nak beli eskrem lagu pun tak kasi..kita tak suka eskrem loceng.'' Tengok tu..kemain demand anak dara aku tu kan..eskrem murah tak mahu..padahal kalau pergi Tesco, Mydin atau Giant papa dia mesti belikan aiskrim..tak ada siapa yang habiskan, dia jugak yang tukang licinkan..

Oklah..kelaut dah aku ni..padahal aku nak cerita sikit pasal business online..haha..pada aku memang bagus buat bisnes online ni selagi apa yang kita bisneskan itu tidak mendatangkan mudarat..tapi, ada segelintirnya tu aku rasa macam memaksa..aku tak kata semua lah, cuma segelintirnya saja..tak salah nak berniaga, tapi tak perlu nak naik status sindir kat fb sebab kita tak beli barang diorang..

Aku rasa macam tak best dah..pernah dulu aku PM satu akaun fb yang bisnes online ni..saja tanya2..tanya tak salah kan..dulu pun dia yang add aku..disebabkan dia buat bisnes yang boleh menarik minat aku, makanya aku pun approve la..tapi, tak sangka pulak bila aku PM dia, aku kompem kena beli barang dia..dah la aku rasa tertipu dengan produk dia yang cekik darah tu..padahal alasan yang aku beri pun sekadar tanya dan tak lebih dari itu..

Tup2..status dia naik dan kata dia penat layan customer yang suka tanya je tapi tak beli..walaupun dia tak maksudkan aku, tapi sebagai orang yang pernah bertanya, dah tentu aku terasa..bukan aku je, mungkin ramai lagi yang akan terasa..walaupun benda ni tak berkudis pun buat aku, sekurang-kurangnya sebagai orang bisnes, dia tak perlu buat kenyataan angkuh seperti itu..

Baru2 ni pun adalah seorang kenalan ni buat bisnes online..sebenarnya aku pun tak berapa kenal sangat minah ni. Aku kenal pun melalui kawan aku..dia bisnes macam2 produk kecantikan dan kesihatan melalui online ni..sebelum ni banyak juga lah dia upload gambar2 produk yang dia jual tu tapi, aku belum berminat lagi nak membeli. Tiba2 satu hari tu dia PM aku dan dia ada suruh aku beli bedak yang tengah famous sekarang ni..

Bukan aku tak nak support dia, tapi aku dah biasa pakai bedak yang aku pakai sekarang dan dah serasi pun..lagipun bedak yang aku pakai sekarang ni jauh lebih murah dan telah lama berada di pasaran..itu bermakna, produk tu telah diyakini..memang aku tak berani mencuba produk sembrono jek takut efek pada kulit muka aku karang..dah la muka tak lawa, kang makin tak lawa sebab nak lawa..memang cantik kat muka orang, tapi belum tentu cantik kat muka kita..aku bersyukur kulit muka aku sihat dan rasanya dah ok dah tu..mungkin akan berubah atas faktor umur..redha je lah kan..

Tiba2 dia up status kata ada yang bodoh sombong tak nak beli produk dia..ehem2..kalau sombong tu memang ya, tapi kalau bodoh tu taklah kan..sombong sebab mempertahankan hak kita tu lebih baik daripada sombong tak tentu hala..aku pun ada hak juga untuk menolak kan..tapi tak perlulah nak bisnes dengan cara macam ni..ramai lagi yang buat bisnes online..tapi adat berniaga, pasti ada pasang surutnya..kalau macam ni lah caranya, aku rasa bisnes dia takkan lama..

Kepada yang bisnes online aku harap korang sukses dan jadikan pengalaman aku satu iktibar..sebagai seorang peniaga, kita perlu juga mendengar masalah dan keperluan pelanggan..aku pernah bekerja dalam bidang perniagaan selama 13 tahun dan masak dah dengan kerenah pelanggan, tapi semua itu bukan halangan untuk kita maju dalam perniagaan..









No comments: