Monday 10 June 2013

Cerita Shifa & Kesibukan Bermula


Assalammualaikum..

Bermulalah episod kebizian aku bila sekolah dah buka semula..dah macam runner weh aku dibuatnya..semua kena buat on time..tak boleh nak skip dah kerja2 aku neh..nasib baik Taqris cuti dan aku start jaga Khamis ni..kira boleh handle dengan jayanya lah..huhu..kalau tak memang kelam kelibut lah dibuatnya, cuma kali ni aku handle dengan bergaya..kahakahakah..

Dalam aku menguruskan hari2 aku dengan bergaya, aku rasa macam tak best je dengan tahap kesihatan aku..period aku datang hampir 2 minggu. Pinggang aku pun sakit setiap kali aku bangun tidur dan hari ni perut aku sakit stok guling2..memang tak selesa lah..dalam pada aku sakit perut, tekak aku macam nak makan satay..

Kadang2 aku saje je usik mak aku, aku kata aku pregnant..hehe..mak aku tak sanggup..bukan tak sanggup sebab dia kena jaga, tapi tak sanggup tengok aku kena handle anak2 aku yang memang macam2 kerenah..fyi, diorang ni macam2 kerenah bila diorang dengan aku jek..bila aku takde, pandai diorang bawak diri..

Shifa ni pulak sejak dah petah bercakap macam2 yang dia cakap. Bila dah pandai cakap macam2, maka macam2 jugak lah permintaan dia..bila aku kata A, dia kata B..bila aku marah, Anna pulak jadi pembela dia..siap pakat nak 'puk' aku tu yang tak menahan..bila aku beli buku latihan untuk Anna, aku pun kena belikan sekali untuk dia..tak boleh lain, mesti nak sama..

Cerita pasal buku, satu hari tu Shifa duduk kat sebelah aku..dia bukak buku bergambar dan tunjuk kat aku..sambil dia tunjuk, dia tanya tu gambar apa..ok, mula2 dia tunjuk gambar gajah, ok..aku jawablah gajah..lepas tu gambar kuda, aku jawablah kuda..akhir sekali gambar nenek dan berpandukan pada ejaan 'nenek' kat situ, aku pun jawablah nenek..boleh dia kata "bukanlah mama, tu gambar kartun!" aku macam em..rasa nak cubit jek mulut dia..ekekeke..

Shifa ni kalau nak layan dia kena layan macam orang dewasa sebab sekali dia bercakap memang macam orang dewasa..kena dia diam, dia diam jek tak banyak cakap..satu lagi tabiat dia, kalau tengok tv cerita yang dia suka, dia akan duduk kat kerusi kegemaran dia..janganlah ko duduk kat situ, ada dia haruk kang..lepas tu bila dah dapat duduk, memang tekunlah dia mengadap tv..tak bergerak langsung sambil mulut ternganga..hehehe..

Oklah..macam biasa cerita aku ni kalau aku rasa aku nak berhenti, aku berhenti sebab masa aku ni sangat limited edition..huhu..lainkali aku cerita lagi yek..huhu..tata..






No comments: