Friday 30 November 2012

Kisah Kari Ikan Ayam


Assalammualaikum..

Alhamdulillah, Jumaat yang penuh barokah diahiasi dengan hujan kurniaanMu..Lovely! Memulakan hari yang sangat best..mood best, walaupun suasana kat rumah memang always huru-hara..about lalat yang tengah banyak tak tahu nak cakap macam mana even lantai rumah always 'ngepel'..datang awal walaupun memang selalu awal..cuma hari ni extra awal..hahaha,,gara2 nak 'ngepel' office pulak..ekekeke..

Ok lah..nak cerita pasal malam tadi..disebabkan aku masak ikan ayam tu kemarin dan Encik Hubby tak balik waktu tu..makannya malam tadi dia menuntut..sampai rumah terus aku siap2 hidang..rupanya Encik Hubby baru first time makan ikan ayam ni..hehehe..2-3 kali tambah..alhamdulillah, siap puji2 sedap..ahaha..tak tahu lah apa yang sedap..ikan tu kot..sobs!

Lepas tu baru aku perasan kenapa ikan ni nama dia ikan ayam..bukanlah dia macam seekor ayam..tak..masa belum di autopsy, ikan tu biasa je..cuma kulitnya keras dan aku pun terfikir, macam mana lah nak diautopsykan ikan ni..so, mamat jual ikan tu pun rasa aku ni tengah pening macam mana nak siang ikan ni..dia pun siangkan..selesai masalah aku kat situ..siap2 bayar dan balik..

Masa aku nak simpan, aku perasan selepas disiat (cara siang ikan ni), daging dia menyerupai ayam..satu je yang aku fikir, ikan ini harus masak kari..hahaha..disebabkan nama ikan ni pun ikan ayam, kari yang aku gunakan adalah kari ayam/daging Baba's..sengal tak menahan..ahahaha..apa2 pun kari ikan ayam ni memang ohsem..hahaha..



Thursday 29 November 2012

Bangkit



Ni kira review music of the week la..ahahaha..rise again! Do not care what other people want to say..life need to proceed and recover from failure..apa pun kita chill jek..yang penting kita happy..who else can make you happy? Let's reggae!



Lega Dah..


Alhamdulillah..

Lega dah bila apa yang terbuku di hati selama ni dah terungkai sudah..hampir 5 tahun aku dok diam tak nak cerita kat sesiapa..akhirnya malam tadi aku cerita kat mak..tu pun memang tak sangka aku boleh cerita..mak aku ni jenis kalau aku betul pun mesti dia salahkan aku..aku pulak dah terbiasa, apa2 hal memang aku suka simpan cantik2..sebabnya kadang2 tu benda tu macam tak berapa nak penting sangat nak cerita..lebih2 lagi melibatkan hati yang dikhianati..eceh..

Mungkin aku dah terbiasa..lepas aku cerita kat mak, what a surprise, mak pulak yang rasa sedih..sedih sebab selama ni ada yang layan aku seperti orang salah sedangkan aku memang bukan jenis macam tu..ya, mak aku tau aku jenis yang macam mana..sobs! Lepas tu aku cerita pada mak yang sekarang ramai dah tahu yang aku tak bersalah..mak cuma diam penuh makna..

Pernah dulu masa aku ada konflik dengan ex-fiance, kakak aku jadi orang tengah..hahaha..aku pun tak tahu kenapa..mungkin mak yang suruh kak long aku siasat..kak long aku ajak keluar (sesuatu perkara yg tak pernah dia buat). Sebab aku kadang2 memang tak nak cerita..malas..tapi, tak sangka pulak benda ni buat mak aku bimbang..

Aku tak salahkan sesiapa yang dah pandang serong kat aku sebab aku tak pernah nak tampil untuk terangkan keadaan yang sebenar..bagi aku, lebih baik diorang tahu dari mulut orang lain daripada aku terhegeh-hegeh untuk terangkan duduk perkara sebenarnya..aku lebih suka wait and see..tak nak orang rasa serba salah sangat..sebab aku pun bukan sesiapa nak demand. Maksud aku, aku tak suka orang datang minta maaf kat  aku..aku lebih suka kalau mereka datang dan buat macam biasa..dari situ aku boleh tahu bagaimana persepsi diorang pada aku sekarang..





Keletah Anna


Assalammualaikum..

Wah, dah Khamis..cepat betul masa berlalu..kenapa rasa begitu? Sebab aku banyak kerja atau aku banyak buang masa? Hahaha..apapun kena enjoy dengan masa yang ada..bukan enjoy dengan benda2 yang tak berfaedah..bukan..aku tampo kang siapa buat macam tu..akakaka..

Tiba2 aku teringat perbualan aku dengan Anna..Anna ni kadang2 aku tengok sangat mengada-ngada..sikit2 nak nangis..kena lepuk dengan adik pun nak nangis..adakalanya dia jenis yang suka menolong..tak suruh pun dia sibuk nak tolong..macam kak nam..huhuhu..tapi, daya ingatannya sangat kuat..toksah berjanji dengan dia kalau kita tak boleh nak tunaikan..boleh menanah telinga dok ulang benda yang sama..

Masa tu aku tengah duduk2 sambil tengok tv..Anna datang dan duduk kat sebelah aku..Shifa pun asal kakak dia duduk kat sebelah aku mulalah dia duduk menempel..Encik Hubby waktu tu tak balik dan tiba2 Anna tanya aku dengan soalan yang agak terkejut juga masa mula2 dengar..

''Mama, abis lah mama..papa dah tak sayang mama lagi.''

Dalam hati aku, soalan apakah ini? Encik Hubby ada cakap kat dia ke..haish..lepas tu untuk meredakan kemusykilan dengan soalan Anna tu..aku pun berseloroh..

''Berani papa tak sayang mama.''

''Ya mama..habislah..''

''Kenapa cakap macam tu?''

''Habis tu, tak kahwin2 kenapa?''

Kahkahkah!!! Geli usus aku bila dengar jawapan dia yang terakhir tu..adeh la..mentang2 dia tak pernah tengok aku bersanding, dia bajet kami tak kahwin2..hahaha..tu lah kan..budak2 baya Anna ni bukan tahu macam mana institusi kekeluargaan ni berfungsi..maksud aku, macam mana nak ada anak kalau tak kahwin..hehehe..

Lepas tu, budak2 ni suka tanya soalan2 yang tak masuk akal..sebolehnya aku akan jawab secara bijak..tak nak sampai dia tanya lagi soalan2 yang merapu..lagi satu, Anna ni suka nak jadi stylist aku..kadang2 dia ni ada taste jugak dalam bab berfesyen..kalau nak rasa cantik dari pandangan mata dia senang je..pakailah baju color pink..gerenti dia puji aku cantik..sampaikan papa dia pun dia suruh beli baju pink..hehehe..apa dah..Anna, Anna..you know how much i love you?





Wednesday 28 November 2012

Aku & Tesco


Assalammualaikum..

Hari ni mood adalah sangat cool..cool as ice! Hehehe..tak cool pun kena coolkan jugak..kalau tak boleh jugak pergi 'cool blog' sekarang..belanja aku chocolate milk tea, pearl kasi extra..teehee..yang itu memang ohsem! 

Nak cerita persepsi aku dahulu dan sekarang about shopping..kalau dulu aku sangat gemar sesuatu yang branded..tapi lately ni aku dah tak berapa gemar..kenapa? Aku pun tak tahu..mungkin persepsi aku mengenai fashion dah berubah..dulu, kalau boleh aku beli something branded clothes lepas tu aku kumpul, then aku kumpul duit dan beli lagi..

Masa tu aku suka sangat shopping kat Dorothy Perkins, Esprit, Topshop, EIC, MNG, Somerset Bay etc..yang branded2 la..sampai ada orang tu makan hati..hehe..ada aku kesah? Duit aku kan..tapi tak adalah yang big brand macam  Gucci and whatsoever tu..ni branded yang masih boleh dimiliki..beli sebab suka dan kebiasaannya aku suka beli handbag dan kasut..baju2 tu mungkin sepasang atau 2 pasang yang aku beli..

Tapi, sekarang..mood untuk shopping branded clothes dah berkurangan..biasanya aku beli untuk anak2 saja..tu pun beli untuk raya..sebab kalau aku beli baju biasa2 untuk raya, diorang dah tak ada baju jalan dah..habis semua aku pakaikan buat basahan..lagipun Encik Hubby memang allocate untuk baju raya sahaja untuk anak2..untung la korang..mama pun tak ada priority dah..huhu..

Sekarang, aku suka sangat shopping kat Tesco..weh.. jangan underestimate pada clothes yang diorang jual..memang cantik2 beb..kalau korang pandai, mesti korang akan jumpa something yang suit untuk korang..Aku suka brand F&F dan Blaze Plus+ yang sangat cool..


Untuk kanak2 pun ada..


Cute je kan..kualiti pun ada..tak payah keluar belanja besar untuk baju2 cantik..


Dress pun ada..harganya tak lebih dari RM59 ok..


Lepas tu korang match dengan cardigan macam ni..cool! Tak habis RM100 pun..siap boleh beli jajan..hehehe..yang ni tak silap harganya RM29..ooppss juga didatangkan dengan saiz besar sehingga XXL..


Ni pun cantik kalau pakai dengan inner..mesti korang gojes punya..sekarang  kan trend loose clothes..semua item bermula dari RM19-RM59..lepas tu Tesco kan selalu ada sale..masa tu lah korang boleh berjimat..huhu..

*picture sourse from En Google*



Tuesday 27 November 2012

Cerita Recycle & Kesihatan Bapa Aku


Assalmmualaikum..

Hmmm..baru lah aku ada masa nak blogging..sibuk sikit sekarang ni..macam2 nak kena buat walaupun bos aku tak kisah pun kalau aku tak buat..hehehe..aku ni kan 'telaten' orang Jawa cakap..huhu..sila muntah sekarang! Ahahaha..

Mula2 tak tahu nak cerita apa, so aku decided malas nak update hari ni..tapi, tiba2 aku teringat malam tadi aku buat apa..jawapan bagi soalan bahasa Jawa tu maknanya teliti..hehehee..tu yang ada idea nak tulis apa..berbalik pada perkataan teliti tu, malam tadi aku selongkar baju2 lama Anna yang aku masukkan dalam plastik dan aku humban kat bawah katil..huhuhu..

Pilih punya pilih, banyak juga baju2 Anna yang Shifa boleh pakai..sebelum tu banyak baju2 Anna aku bagi kat kakak aku, adik ipar dan kawan2..memang banyak lah memandangkan Anna ni cepat besar..masa tu ingatkan aku ada Anna je tak nak tambah lagi..huhu..bila rasa Anna ni cepat besar, macam teringin pulak nak ada baby lagi..hehe..

Bila Shifa ada, semua barang2 baby aku kena beli baru..tak ralat pun aku bagi baju2 Anna kat orang sebab, aku masih tinggalkan sikit baju2 Anna yang masih elok untuk Shifa..tak sangka pulak baju2 tu semua Shifa dah muat..nampak je comel, tapi bila pakai memang dah sesuai kat badan..suka dia..Anna pun jenis tak kisah kalau adik dia pakai baju2 lama dia..jangankan adik dia, sepupu dia pakai pun dia buat donno jek..huhu..

Bila fikir2 balik, banyak betul aku beli baju untuk Anna..sampaikan berbungkus-bungkus aku tengok kat bawah katil tu..yelah..masa tu anak sorang je..nampak baju yang cantik2 terus beli..tak fikir2..sekarang, nak kena beli dua..tapi minat membeli tu dah berkurang..mungkin sebab sekarang ni aku sibuk dan tak ada masa nak keluar shopping..perhatian aku pada bapa aku yang semakin uzur..nak keluar jauh2 pun aku risau sebab takut kalau2 bapa aku kena hantar pergi klinik..

Masa raya tu pun aku tak dapat nak beraya sangat sebab bimbangkan bapa aku..sekarang ni dia dah tak boleh nak jalan sangat..kaki dia membengkak disebabkan kansernya tu..cakapnya pun dah melalut dan semakin pelupa..makan pun dah tak banyak..kadang2 tak cukup tidur sebab mengerang kesakitan..apa yang aku boleh buat, cuma bantu dari segi kewangan..hantar dia ke klinik atau hospital..sebab tu sekarang ni kalau dia nak makan apa, sebolehnya memang aku carikan..

Orang tua kalau sakit, kita kena sabar dan jangan sesekali ambil hati..sebab apa yang keluar dari mulut dia pun sebenarnya dia tak sedar..kadang2 geram jugak..tapi, apa boleh buat..sabar je lah..dah lah dia menahan sakit, kita tambah lagi dengan kata2 yang boleh menyinggung perasaannya..

Tiba2 dia nak makan mi bandung tengah2 malam..pergi lah belikan mi bandung..nasib baiklah kedai makan kat sini bersepah..kalau minyak cap kapak ni, memang dah jadi stok..inhaler pun kena sentiasa ada kalau tiba2 je dia sesak nafas..macam ni lah jaga orang sakit..tak ada istilah terpaksa pun..tapi, cuma aku mohon agar diberi kesihatan yang baik, sentiasa dibukakan pintu rezeki dan sentiasa sabar dengan dugaan..semoga apa yang aku lakukan sekarang akan dihisab olehNya..Amin..



Monday 26 November 2012

Look For Groceries & Recreation


Assalammualaikum..

Dah2..abis dah emo..huhu..bila dah luah baru ok balik..ehehe..semalam, seperti biasa aku seperti seorang bibik..hehe..tajuk entry tu saja je sembang kencang..padahal biasa2 jek..kahakahkah..aktiviti aku semalam bermula di rumah..kemas, cuci baju, sapu sampah, masak, lepas tu pergi TJ Mart beli lauk..hari Sabtu tak sempat nak pergi..

Beli lah lauk untuk stok seminggu..ayam, ikan, sotong, udang..semua cukup..stok2 bawang, halia kunyit pun aku beli sekali..so, awal bulan kang takde la banyak keluar duit..duit keluar macam air..nak tunggu hunjung bulan, adeh la..hahaha..tapi tu lah kan..beli pun memang tak cukup untuk sebulan..padahal beli banyak tu..gas aku kat rumah ni pun kadang2 tak sampai sebulan dah habis..memang laghap kan..ada member aku pakai gas sampai setahun..steady jek..huhuhu..

Ok lah, sebenarnya aku nak cerita sikit apa yang aku beli selain lauk2 tu..semalam, Encik Hubby berbesar hati suruh aku beli apa yang aku nak..ehehe..nak beli baju, rasanya taklah..aku nak beli wedges..lama dah aku ngidam..ni potato wedges ehk, bukan kasut..bukan! Ada satu kedai frozen food kat situ..selain jual makanan frozen, dia pun ada jual mayonis, bread crumbs, sos dan segala mak nenek yang sewaktu dengan makanan fast food ni..

Aku beli mayonis perisa keju..pergh..feeling2 nak buat cheezy wedges..rasanya tak lah macam yang kat KFC tu..tapi yang penting aku suka..beli paket 1kg..tak hagak2 tu..huhu..sepeket RM10..kedai ni jual untuk peniaga, sebab tu lah dia jual saiz yang besar2 jek..ni pun aku beli yang paling kecil..ada lagi besar..balik rumah terus goreng..hehehe..memang sedap..nanti aku nak buat burger bakar pulak layan dengan mayo cheezy ni..hurmm..sedap2..

Aktiviti petang, kami ke hutan bandar..layankan kanak2 riang ni..huhu..cuaca semalam pun ok jek..so kami pun beriadah sekali..bukan jogging pun..setakat berjalan keliling je..tu pun suku jalan..tapi, peluh mencurah-curah macam pili bocor..ahaha..semput2 jugak weh..kawasan hutan bandar ni kan luas..


Inilah kanak2 riangnya..asal nak ambik gambar je pose gangnam style..memang kak nam sungguh kan..


Huduhnya kak buat muka macam tu..nampak tak dahi dia yang lebam tu..macam mana tah boleh terhantuk pintu..hurmm..


Yang ni asyik nak buat muka psycho jek..


Tengok tu..kejenya nak berdokong jek..kejap2 dia cakap penat..memang penat pun..kami gilir2 dukung dia weh..


Kat belakang tu ada tasik..hajat kanak2 ni nak ke situ le lawat 'kawan2' dia tu..


Dulu rumah Linas ni cantik je..mungkin dah lama, kayu dia pun dah tak berapa nak cantik lagi..kalau diorang pulihkan, mesti cantik..best ni kalau bawak makanan picnic kat sini..tak kena panas..


Mula beredar..disebabkan kotor, kami tak buka kasut..ehehe..


Inilah kawan2 mereka tu..semata-mata datang sini nak lawat ikan2 ni..huhu..makanan ada dijual, tapi nama untuk kami menapak, adalah sangat malas..jauh weh..tapi, kami boleh terjumpa pulak makanan ikan ni kat rumah Linas tadi..mungkin ada yang tercicir..rezeki ko lah ikan..huhu..tengok tu..tak kenyang2 diorang ni kan..sampai gemuk korang asyik makan jek..


Besar2 dah ikan2 ni..dulu masa aku datang kecik2 jek..bila nampak ikan besar sikit dah suka..kali ni semua besar2..pakkal je tak boleh tangkap..kalau boleh, aku gulaikan aje...ehehehe..Lepas tu kami ke IOI Mall..mengotakan janji aku pada Anna..kopak duit aku..huhu..


Inilah anak patungnya..kena beli 2 kalau tak mahu tengok mereka bercakaran..ahaha..sebiji anak patung ni RM18.95..kira murah la nak dibandingkan ada satu anak patung Anna tu kecik sikit dari yang ni tapi harganya dah RM50..hush! Aku rasa baby ni baby boy..sebab baju sebenar dia warna biru..yang ni baju Shifa masa baby..suka betul Anna bila anak patung dia boleh tukar baju..lepas tu baby2 ni ada masalah kecelaruan jantina..ahaha..kejap pakai gaun, kejap pakai seluar siap topi..kompius..adeh la...hahaha..


Beli 2..2-2 dia nak main..adeh la..


Dah macam kembar jek..tapi baby Anna tembam sikit yang dia pegang tu..macam tuannya..huhu..patung ni nampak je macam baby, tapi badan dia tak menyerupai langsung,,macam teddy bear jek kalau bogelkan..ahahaha..


Cara Anna sayang baby..


Cara Shifa sayang baby..huhuhu..ganeh sungguh!

Apa yang penting, anak2 suka..yang bestnya diorang main senyap2 jek, kononnya baby tu nak tidur..demam la..pandai pulak korang senyap ehk..cuba kalau adik nak tidur..memekak semedang..



Sebal


Assalammualaikum..

Today is Monday! 

Hakhakhak..kejap je kan..hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun..harap2 sikap kita bertambah dewasa seiring dengan peredaran masa..tak salah kalau dah memang kita ni jenis perangai macam budak2, tapi cara kita layan orang pun kena gayanya..kena sesuai mengikut majlis..jangan sampai jadi kera sumbang atau jadi orang pendiam tak bertempat..

Terlebih dahulu aku nak katakan aku taklah nak emo sangat dengan benda2 macam ni..itu memang dah lumrah dunia..cuma aku sebal je..sebal dengan sikap2 orang seperti ini..tak tahu lah kenapa kan..tapi itulah hakikatnya..benda ni berlaku lagi Sabtu lepas..sebolehnya aku memang nak berbaik dengan dia, tapi seperti biasa, dia sentiasa spoilkan mood aku..bukan aku je yang perasan, yang lain2 pun perasan sama..

Kalau nak ikutkan, sepatutnya aku yang kena kerek sebab orang tu yang buat slack kat kami..tapi ni terbalik pulak..tak apa, Shida memang suka kena tindas..dia relek je one corner..lepas tu kawan tu panas bontot dan terus mintak diri..i don't know why..tapi, please! Don't you pretend like you're so naif! Dari jauh, masa aku kat dalam kereta lagi aku tengok dia bukan main happy bercerita..Alih2 bila aku sampai je, tiba2 tak ada mood..kemon la bak kata Jambu..

Bukan setakat tak ada mood, muka pun berubah seperti seorang yang hebat melihat seorang yang tiada apa2..boleh imagine x? Sebal aku kadang2..mereka2 yang faham je tahu betapa aku ni bersabar je dengan kerenah dia yang mengada-ngada tu..sebelum ni semua pandang serong kat aku sebab mereka tak tahu duduk perkara sebenarnya..lama2 mereka pun tahu siapa yang bersalah dalam hal ni walaupun aku tak pernah cerita apa2 pun..

Tahu tak dia kami susah tetapi kami tak pernah meminta-minta? Tahu tak dia kami terpaksa berkorban demi tidak mahu dia terbeban tetapi akhirnya kami yang dibebani..tahu tak dia? Dia tak tahu..sedih, pedih, sakit, penat, kerja dengan tulang 4 kerat..dia tak tahu..berterima kasih pun tak, tapi dengan pengorbanan inilah kami masih boleh berdiri..mereka bersenang lenang, tetapi jiwa mereka kosong..mereka cuma tunjuk diri mereka yang hebat sahaja..

Ya Allah..kuatkanlah imanku dari melayani kerenah mereka ini..sesungguhnya, inilah dugaanku dariMu..tapi kami tetap bersyukur..susah2 kami masih ada rezeki darimu..sempit2 kami masih ada lapang untuk kami..moga mereka dibukakan hati untuk mengakui kesilapan dan tidak meletakkan kami seperti orang salah..itu sahaja..

Jika dahulu aku seperti tidak diendahkan, tapi hari ini mereka yang telah memahami datang memberi kata2 semangat, memeluk aku disaat aku tidak mengharapkan apa2..walaupun aku tak terlalu memerlukan layanan seperti itu..tapi aku syukur, akhirnya masih ada yang memahami apa yang ada di dalam sanubariku..menderita diatas kesenangan orang lain itu lebih baik dari kesenangan di atas penderitaan orang lain..

Maaf, entry ini terlalu emo..huhu..



Saturday 24 November 2012

Hurt



Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you’ve done
Forgive all your mistakes
There’s nothing I wouldn’t do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won’t be there


I’m sorry for blaming you for everything I just couldn’t do

And I’ve hurt myself by hurting you

Some days I feel broke inside but I won’t admit
Sometimes I just want to hide ’cause it’s you I miss
You know it’s so hard to say goodbye when it comes to this

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There’s nothing I wouldn’t do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

I’m sorry for blaming you for everything I just couldn’t do
And I’ve hurt myself
If I had just one more day, I would tell you how much that
I’ve missed you since you’ve been away

Oh, it’s dangerous
It’s so out of line to try to turn back time

I’m sorry for blaming you for everything I just couldn’t do
And I’ve hurt myself

By hurting you



Batu Belah Batu Bertangkup


Assalammualaikum..

Hari ni benonya malas nak update sebab tiada pengisian..hehehe..tapi, disebabkan member aku cancelled nak belanja aku sempena birthday dia..tu yang datang kerja semula..boring! Balik2 tengok status2 kat fb. Lepas tu layan youtube..layan Melanie Amaro yang memang fabulous cat..erkk, yang tu aku tambah..ahaha..lepas tu aku tengok dak Caroline Costa ni nyanyi..


Perghhh..dia nyanyi macam pro kan..kagum aku kejap dengan dak ni..lepas tu tengok pulak Connie Tolbat ni pulak yang nyanyi..


Siryess..aku kalau budak2 yang hebat ni tak kira lah dia buat apa..aku mesti sebak..memang aku setuju sangat dengan salah sorang judge dia hari tu, Amanda..meleleh air mata bila budak kecik ni menyanyi..budak2 ni jujur..nyanyi dengan jiwa..sebab tu sesiapa yang dengar boleh sebak..try lah orang dewasa yang nyanyi..takdenya nak sebak..ada pun setakat naik bulu roma je..hehehe..

Ok, terbabas pulak cerita aku kali ni..hehehe..lepas dah boring sangat (mungkin sebab aku piyed), aku pun cari lah cerita klasik..aku layan cerita Batu Belah Batu Bertangkup..cerita ni walaupun ada pengajaran, tapi aku sangat annoying dengan watak mak dia yang very der classic-on-demand..ahaha..mengada-ngada sungguh! Yang tak tahan bab laki dia mati pun dia kata sebab ikan tu..eiii..emo sungguh aku ni kan..ahahaha..

Yang si Pekan pun aku geram jugak..tapi excused lagi lah kan..sebab dia budak2..sampai satu tahap memang nak bagi makan penampar je budak sorang ni..tidur dalam buaian siap boleh turun sendiri, lepas tu boleh naik sendiri aku rasa..tapi bujet manja tak boleh blah..hahaha..Si Melor, memang aku respect..kecik2 dah boleh tolong mak dia..kena budak2 sekarang baya2 dia mau tolong mak dia macam tu? Emmm..mimpi dalam mimpi lah, memang tak jumpa punya..

Macam ni lah kalau orang terlebih emo tengok movie..ahahaha..sebenarnya aku memang suka cerita2 klasik ni..cerita diaorang tak stereotype sangat macam cerita2 sekarang ni..nak2 cerita P.Ramlee..sebab tu lah Anna memang suka cerita P.Ramlee sampaikan dia kata cerita tu 'cerita papa'..hahaha..Shifa pulak tengok mood..kadang2 dia suka tengok cerita perang2 macam LOTR tu..haish..boyish sungguh anak aku yang sorang tu..mainan pun dia lebih suka main bas mainan dari anak patung..kalau nampak lori dia pulak yang terlebih teruja..hehehe..

Moral of the story dari cerita Batu Belah Batu Bertangkup ni, jangan jadi bodoh nak hantar nyawa sebab tak dapat apa yang dihajati..sikit2 nak bentak2 macam si Pekan tu..cuba steady, berdoa dan berusaha..Insha Allah, dengan izinNya akan dapat jugak..hehehe..




Friday 23 November 2012

Boyz II Men-I'll Make Love To You



Masa sekolah menengah, lagu ni la yang sering berada di corong2 radio..enjoy!



Cuti Semalam


Assalammualaikum..

Semalam adalah public holiday sempena Hari Keputeraan Sultan Johor..Daulat Tuanku! Aku cuti tapi tak kemana-mana pun sebab Encik Hubby kerja..sob sob..tapi, kalau public holidah setakat satu hari aku tak kisah pun kalau Encik Hubby kerja..sebab aku boleh buat kerja rumah yang terbengkalai. Semalam aku dapat cuci toilet atas..makan 1/2 jam jugak nak cuci toilet tu..aku kalau cuci toilet, dengan toiletries pun aku cuci..hehehe..lepas tu sental lantai yang kotornya kalau aku dapat aku nak bantai je dengan rotan..degil sungguh! Tapi, tak boleh lah kan..kang korang ingat aku tak betul pulak..ekekeke..

Lepas tu tak tau nak buat apa dah bila semua dah settle..nak tidur, aku ni jarang tidur siang. Sebab kalau aku tidur siang, kepala aku mula lah pening2 sampai ke malam..sudahnya aku pergi ke dapur..tu pun sebab Anna nak makan meggi goreng..aku pun cari kat kabinet..tapi...dah habis..macam mana ni? Kesian pulak kat Anna sebab dia nak sangat makan petang tu..aku belek2 cuma ada pasta fettuccine jek..pasta lain ada, tapi semuanya tinggal sikit..kat rumah aku ni memang nak kena ada stok pasta sebab diorang memang suka aku buat bila aku tak ada kerja macam ni..ishk..

Siap masak, kitorang makan sekali..memang memantol la boring aku semalam. Nak2 time diorang tidur..aku je la terkebil-kebil tengok tv..semalam Encik Hubby balik awal pulak..melompat lah anak2 aku..bagus jugak..aku nak kena topup groceries yang dah habis..so, Encik Hubby cuma hantar aku dengan Anna kat IOI dan fetch aku kemudian..sebab Encik Hubby nak hantar bapak ke klinik..Shifa tak ikut sebab huru hara kang nanti..

Dengan selamba kami melangkah pantas..teehee..mula2 pergi kat ruang legar sebab Reject Shop ada jualan penghabisan stok..nasib baik duit aku tak buat penghabisan stok kat situ..haha..tak beli apa2 pun..tengok2 jek..lepas tu ke kedai buku dan DIY..kat DIY macam biasa aku mesti beli sesuatu..hehe..aku beli sudip berlubang dengan 3 pcs senduk lauk..tak habis2 kan..nilai kecairan matawang kat situ cuma RM11..mula2 Anna nak sangat patung baby besar pemeluk dia tu..tapi, duit aku memang cukup2 jek..

''Lain kali je lah ya beli anak patung ni..mama tak bawak duit banyak ni..tunggu papa.''

''Abis tu, mama boleh beli senduk tu..''

Adeh la..boleh dia kenakan aku balik..bukan aku tak nak belikan anak patung tu..kang buat berebut je dengan adik dia..nak beli kena beli 2..tapi, aku tak bawak duit banyak. Selalunya Anna tak pernah mintak mainan..mungkin disebabkan dia dah 2-3 kali dok jeling anak patung tu setiap kali pergi situ, tu yang dia dah tak boleh kawal keinginan..ahahaha..Encik Hubby pulak tak ada..kalau dia ada, kompem Anna tak mintak..akakaka..

Lepas tu baru kami pergi Giant..dapat2 je trolley rosak..memang semput aku dibuatnya..cari apa yang patut dan tiba kat kaunter je Anna mintak ais krim..tapi penjual tu tak ada..selamat! Ingatkan lepas tu dia senyap la..tak..dia pow aku dengan air Cool Blog..dah dapat, terus senyap! Adeh la..ni baru sorang..belum bawak adik dia lagi..sampai kat orang jual buah potong, aku beli buah mangga yang sangat manis..dia potong duit aku RM6 kat situ jek..ahahaha..siap bayar je Encik Hubby pun muncul..cet! Dan2 teringin nak makan wafel..hehehe..

Selesai je ingatkan terus nak balik rumah..tapi Encik Hubby teringin pulak nak makan steamboat kat Malay Steamboat depan hospital tu..hurm..layankan je lah..lagipun dah lama tak makan kat situ dan tahap kelaparan aku pun dah tahap gaban. Memang sesuai lah bila Encik Hubby pilih makan kat situ..makan kat situ adalah secara buffet. Satu kepala RM17 dan kanak2 6-12 tahun RM10..so, umur seperti Anna adalah percuma..makan lah korang kat situ sampai muntah!


Ini adalah 2 orang makan..hahaha..belum lagi kira yang kat dalam bowl tu..ada udang dengan ketam kat situ..yang jenis bakar, kami pilih daging black pepper dengan ayam black pepper..Encik Hubby cakap kenapa aku ambil banyak sangat? Tapi hakikatnya, aku jugak yang kena ulang alik ambil lagi..cett!! Meja kiri kanan asyik dok jeling2..tapi aku buat dapur tu macam dapur aku kat rumah jek..hahaha..lantak lah! Kuah boleh pilih samada nak sup atau tomyam..aku pilih dua2 sekali..aku kan tamak..akakaka..

Muntah2 kami makan..Anna je dok rilek dengan dunia dia..orang sibuk makan, dia sibuk bercakap dengan pokok bunga..bila aku ambik buah tembikai, baru dia sibuk makan macam tak pernah jumpa makanan..huhuhu..selesai je makan, aku dah kekenyangan..tiba2 je terasa sakit dan lenguh kat lengan aku..bila fikir2 balik, owh..aku menyental toilet siang tadi..hehehe..buat suspen jek kan..




Thursday 22 November 2012

Doa Pembuka 12 Pintu



Assalammualaikum..

Nak share doa ini..Insha Allah, boleh meringankan masalah yang dihadapi, dugaan dan cabaran dalam kehidupan..moga dibukakan pintu2 kebaikan untuk diri kita..




Wednesday 21 November 2012

Isu Di Gaza, Aktivis & Boikot Produk Israel



Assalammualaikum..

Sebenarnya hari tu aku ada publish entry pasal ni..tapi aku delete sebab takut ada yang tak faham maksud aku..hehehe..kalau dulu senjata adalah pedang, sekarang lidah dan tulisan pun boleh jadi senjata tajam..salah tafsiran boleh buat orang salah faham kat kita..ok lah, tak nak cerita panjang2..kang korang bosan nak baca (padahal tak bajet pun ada yang baca)..ekekeke..

Sana sini orang perkatakan mengenai Gaza..sesiapa pun yang masih mempunyai sifat peri kemanusiaan akan mempunyai sensiviti pada diri mereka..syukur, sebab di negara kita memang ramai yang prihatin tentang isu saudara kita di Gaza..dan aku harap sikap prihatin itu akan berterusan..

Masing2 menyebut dan ingin memboikot barang2 buatan Israel..ramai juga aktivis2 yang hangat berkempen untuk memboikot semua barang2 buatannya..tujuan mereka memang sangat murni. Boikot itu sendiri bertujuan untuk memberi kesedaran atau cara kita protes tentang sikap mereka yang melampau..

Tapi, jangan hanya ada yang tidak galak berkempen, ada aktivis2 ini mengutuk dan marah dengan tindakan mereka yang tidak memboikot barang2 orang Yahudi..kononnya mereka ini tidak prihatin dan sensitif dengan nasib saudara kita di Gaza..mana tahu, mereka sering memanjatkan doa minta Allah permudahkan mereka yang teraniaya di Gaza dalam solatnya..

Cuba baca di sini:
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html

Ketahui dulu hukumnya sebelum sewenang-wenangnya anda mengecop mereka..takut ada yang terasa hati nanti..



Tuesday 20 November 2012

Bila Bosan


Assalammualaikum..

Lately ni aku memang busy kat office..tak tau kenapa..mungkin sebab aku busykan diri ke hapa..ahahaha..lepas tu masa aku habis verangan je lebih..tengok movie atau drama kat youtube lepas tu berangan Mak Limah kau..wahaha..dah tak ada modal nak pemper myself uolls..this Saturday, aku tak kerja..nak celebrate birthday my old friend..tapi, yang peningnya aku tak beli apa2 pun untuk present! Adeh..puas dah cari tapi still aku tak jumpa apa yang sesuai..

Ok, aku kan sorang2 kat office dan opkos lah aku mesti boring..gila kau tak boring..5 minit pun dah boring weh..tapi, macam2 lah yang aku buat..fb online jek tapi jarang dah nk jenguk...cuma tengok notification, lepas tu tengok status kawan2..iklan2 dah jarang nak layan..sebab fb aku memang banyak iklan..ehehe..tu lah siapa suruh banyak2 like..nama pun like kan..kena lah like..teheee..blogwalking..sampai nak tulis kat blog sendiri pun kadang2 macam malas..kalau blog dulu, sebulan sekali pun payah..ahaha..

Bila duduk sorang2, mulalah aku berangan..tapi berangan yang best2 lah..apa aku nak buat lepas ni, apa perancangan aku..lepas tu aku tengah sibuk berangan nak beli rumah kat corner lot simpang masuk rumah aku tu..ownernya kata nak jual, tapi sampai sekarang dia still tinggal kat situ..entah la, kalau ada rezeki, nak juga beli rumah tu..renovation tambah ruang lagi ke..ermm..berangan dah..

Tapi kan, masa aku anak dara dulu selalu berangan nak tinggal kat kawasan perumahan macam dalam cerita Gilmour Girls tu..macam best je kan..tu yang tiap2 minggu tercongok depan tv..tak puas tengok kat Channel5 tengok kat 8tv..hahaha..boring je ekh zaman remaja aku..hehehe..tapi percayalah, aku tetap dapat menikmati kehidupan..aku sangat menghargai masa untuk diri sendiri dan tak akan dapat sekarang..sobs!

Tapi, bila ada geng..memang macam2 nak cerita..macam Astro time tak hujan..kahkahkah! Sampai satu tahap, cerita penting pun lupa nak beritahu..lepas tu hampa..ahahaha..hidup ni sebenarnya tak bosan kalau kita tak bosankan hidup..celah mana pun kita boleh hiburkan hati kita..bila dah check mate, korang tidur je lah..ahahaha..habis cerita..tak pun korang buat solat sunat and so on..lagi ada faedah..



Monday 19 November 2012

Not A Monday Blues


Assalammualaikum..

Apa khabar kawan2? Moga sihatlah hendaknya ya..aku sihat2 je..cuma masa baru2 kerja kat area ni aku selalu sakit2..aku pun pelik..asyik selsema dan demam je..bila fikir2 balik baru aku perasan..sebelah office aku ni ada buat sulaman untuk badan2 korporat..sebelah kiri pulak kedai jahit..hurmm..aku alah dengan habuk2 benang dengan kain diorang..kenapa lah aku tak perasan ehk? Lama2 dah lali dah..oh ya, hari tu kan aku ngadu sakit perut..sekarang dah ok dah..mekasih bagi mereka yang mendoakan kesihatan aku ya..

Baru ni sempat nak update blog..sibuk aku kat rumah membawanya ke office pulak..ehehe..jarang aku sibuk kat office kan..tapi tu lah..saja je menyibukkan diri..bosan dengan deco office ni tu yang ubah sikit2..tak sempat nak Monday Blues..kat rumah memang bertambah busy lah sebab dah start cuti sekolah..anak2 sedara aku dok berkampung kat rumah..tak taulah apa yang diorang suka kat rumah aku ni..tiap kali cuti sekolah mesti nak duduk sini..hehehe..

Bila ramai umat kat rumah, makanya banyak jugak lah kuantiti makanan yang harus kena masak..bukan macam selalu..macam tu jugak dengan baju bajan diorang..adeh la..tapi yang bestnya dapat lipat kain baju banyak2..huhu..aku kan suka lipat kain..En Hubby pesan, kalau lipat kain jangan tinggi2..nanti nampak kaki..ekekeke..apa dah..saja nak menyakat aku..dush..dush..dush!


Mula2 sekali aku masak ikan siakap 3 rasa..Resepi aku dah pernah update..Anna kata ni ikan Nemo..sabo je lah..ni memang favorite dia..kalau pergi beli ikan, mesti dia nak ikan Nemo..tau lah aku ikan apa..hehehe..


Closed-up sikit..


Long shot..


Yang ni meatball soup..kadang2 apa yang ada kat freezer tu korang boleh olah jadi lauk..macam meatball ni..korang boleh beli dan simpan..sebab dia tahan lama..mana tau, waktu2 korang dah kehabisan barang basah..benda ni boleh jadi main course..macam jugak dengan sosej..selalunya bila dah tak ada lauk, aku buat sambal sosej..pokok pangkal korang kena kreatif..


Akhir sekali aku goreng brokoli..kebetulan ada fishcake belen2 buat mi goreng, aku campur je dengan brokoli ni..kompem fishcake ni habis dulu..ahahaha..ada jugak orang tanya aku, macam mana nak masak brokoli ni tapi still fresh dan tak hancur bila masak? Nasihat aku, korang kena tambah air sikit dan tutup kuali sebentar..selain dapat mengekalkan khasiat brokoli, ia juga dapat mengekalkan warna segar brokoli itu selain ia tidak hancur bila empuk..macam tu juga dengan sayur2 lain..cewah..blog Sopheshifa ada bagi tips pulak..ahaha..

Untuk pengetahuan korang, aku ni tak adalah pakar dalam bab masak2 ni..i'm still a typical mom..macam korang jugak..tak ada lah masak sedap mana pun..mungkin aku cekap kat dapur tapi tak bermakna masakan aku sedap seantero donia dan boleh bukak restoran..cuma satu je, kena rajin masak untuk keluarga..masak dengan penuh kasih sayang..biar semua yang rasa masakan kita tu pun sayang kat 
kita..ekekeke..ha, yang tu korang kena percaya dan sebarkan..huhuhu..



Saturday 17 November 2012

Mentaliti Orang Kita


Assalammualaikum..

Malam tadi lepas balik kerja aku terus siapkan baju kerja untuk di iron..lepas tu terus mandi..kalau aku still duduk dan bermalas-malasan, aku takut berakar pulak punggung ni..dah la petang tu hujan sejuknya sampai ke malam..ada kang nak tidur baru aku mandi..tau Encik Hubby ni mesti dia membebel..selalu dah pesan tapi still buat jugak..ahaha..yelah, aku balik2 je anak2 dah terjah. Masing2 nak update cerita diorang sepanjang ketiadaan aku..Shifa pun nak bercerita jugak..huhu..dah macam2 perkataan dah tahu sebut..hehehe..

Lepas siap semua tugasan dan mandi, aku turun bawah..tengok2 Shifa dah tertidur kat karpet..alololo, syiannya anak mama yang sorang ni..Anna pulak sibuk dengan dunianya..dia ni memang suka cakap sorang2..sampaikan mak mentua aku pun penah tegur..tapi memang macam tu lah dia..marah pun still buat lagi..ada je benda yang dia nak cakap..siap tangan pun menggawang-gawang ikut nada ceritanya..entah apa2 la yang dia sebut..kadang2 macam pembaca berita pun ada..haish..jangan dia cakap dengan orang yang aku tak nampak udah le..

Kalau Shifa tidur, masa ni lah baru best nak tengok cerita kat Astro..kat bilik aku tak ada Astro, tunggu Shifa tidur baru aku boleh tengok cerita dengan aman..kalau tak, muka dia kat depan muka aku kang..ahahaha..semalam aku tengok drama 'Ruqyah Rocker' kat Astro Oasis..best jugak cerita dia..cerita pasal mat rock yang dah kembali ke pangkal jalan..

Walaupun dah kembali ke pangkal jalan, dress-up still macam rocker lagi..asyik kena fitnah je kerjanya sebab tak berubah penampilan..ni lah kan..perkara ni memang banyak berlaku..manusia zaman sekarang ni memang suka cop orang melalui penampilan lebih2 lagi orang Melayu..bukan aku nak kutuk orang Melayu, tapi mentaliti orang kita ni harus diperbetul..

Mentaliti orang kita ni kadang2 ada jugak yang tak boleh pakai..contohnya, kaum bapa sering mengabaikan kerja2 rumah seperti membasuh, mengemas dan memasak. Mereka sering meletakkan tugas itu bulat2 pada kaum ibu..padahal kat dalam Al-Quran pun tak ada tulis semua kerja tu kerja kaum ibu..Rasullullah SAW pun sering membantu isteri beliau buat kerja2 rumah okeh..jangan nak membongak lah ya..sebab tu ramai isteri2 sekarang tertekan dengan sikap suami macam ni. Betul tak?

Walaupun kerja2 tu nampak remeh, tapi apabila berlakunya waktu2 darurat seperti isteri bersalin, rumah pun jadi tunggang langgang..nak tunggu isteri balik dari hospital jugak yang kemaskan..kesian tak? Kesian kan..hidup berumahtangga ni kena ada give and take..itu baru namanya perkongsian hidup..memang kaum suami ni kerja kuat kat luar..tapi, cuba sesekali diorang jadi isteri untuk satu hari..kalau tak gelabah memang tak sah kan..huhuhu..

Berbalik pada cerita tadi, manusia ni kadang2 memang tak fikir apa yang diorang buat..tak ada usul periksa main tuduh je kan..dulu aku pun rocker jugak..aku dah tau dah apa yang nak keluar dari mulut diorang..balik2 tanya benda yang sama..kisah yang lepas2 pun nak korek balik..macam lah diorang tak pernah muda dulu..dulu dengan sekarang takkan sama..macam tu lah jugak dengan diri kita..masing2 kena terima hakikat..kan lebih baik bersyukur bila tengok kawan sendiri dah berubah..

Macam ada sorang kawan aku ni..dulu, masa dia remaja memang gila2..macam2 benda dia pernah buat..tapi, sekarang dia dah jauh berubah..berubah kepada perkara yang lebih baik..orang still cop dia dengan perkara yang pernah dia buat dulu..pada aku, kawan aku tu lebih baik dari orang yang cakap bukan2 pasal dia..sayangnya, orang yang bercakap tu sendiri yang tak berubah-ubah..kesian..

Ada juga yang mengaku dirinya berubah..berubah secara drastik! Tapi perubahannya itu untuk dia bermegah-megah..megah yang dia lebih baik dari kita..ya, aku memang menyampah orang hipokrit macam ni..orang yang menuntut ilmu tanpa guru memang macam ni la kelakunya..nak sound orang memang ikut sedap mulut dia saja..puas dah layan orang macam ni..nak tak nak diam je lah..kalau lebih, memang mau kasi sound balik..ahaha..tapi takpe, kita tengok je sejauh mana kejahilannya itu..

Orang macam ni apa yang kita buat semuanya tak betul..apa yang kita ada semuanya tak kena..pernah dulu masa lepas lahirkan Anna..aku beli buaian dan beli net buaian tu sekali..entah macam mana aku tak perasan net tu ada gambar kartun mickey mouse..ramai yang puji net aku tu cantik sebab tak pernah jumpa yang ada gambar kartun..alih2 dia pun bersuara..

"Buat apa, nanti malaikat tak masuk.''

Naifnya dia..kesian aku tengok..kot ya pun nak tegur, cuba fikir dulu..sebodoh-bodoh aku pun, tak pernah dalam hadis ada sebut pasal bila gambar kartun ada kat rumah, malaikat tak masuk..anak patung pun tak boleh main..hehehe..gelak aku sorang2..Rasullullah SAW sendiri pun pernah teman anaknya main anak patung. Jadi tak salah kan kalau kat rumah kita ada anak patung..cuma, apa yang ada disebut, jangan ada sesuatu patung atau gambar yang bernyawa digantung atau diletak dalam rumah kita..hurmm..bila ingat2 balik, oh ya kat rumah dia ada gantung gambar dia terima ijazah..hehehe..gantung kat ruang tamu apa tujuannya? Hehehe..fikir2kan lah..aku pun tak berapa pandai bab2 agama ni..moga dia diberikan petunjuk..



Friday 16 November 2012

Bila Cuti Sekolah


Assalammualaikum..

Sekarang ni dah start cuti sekolah kan..memang penuh la rumah aku dengan anak2 sedara..beli roti Gardenia 2 buku pun sekejap dah habis..ahaha..aktiviti diorang cuma tengok tv, main game dengan main pondok2 kat dalam rumah..main basikal pun kat dalam pagar je..tak berani nak bagi diorang keluar..bila dah keluar kang, liat pulak nak masuk..ishk, tu lah cabaran memiliki anak zaman sekarang ni..ibu bapa kena berhati-hati..tak macam masa aku kecik2 dulu..

Masa aku kecik2, bila start cuti sekolah, macam2 aktiviti yang aku buat..semuanya yang adventures..mak aku hantar aku balik kampung pun aku still melasak..panjat pokok, mandi sungai, main basikal..kampung aku kat Gunung Pulai, tau2lah..jalan kat situ kan curam..aku pulak ajak sepupu2 aku tolak basikal sampai atas..lepas tu tolak sampai bawah..ahaha..memang seronok..sampai orang kampung pun dah boleh kenal aku..masa tu tak ada lagi budak kampung kat situ yang buat apa yang aku buat..masing2 nak geng..kelakar!

Bila pukul 5 je aku dah pakat dengan sepupu aku mandi sungai kat belakang rumah..ada lah dalam 200 meter jauhnya..mandilah kat situ sampai lebam..agak2 dah gelap baru naik..kitorang bukan mandi je..kitorang siap tangkap ikan dengan anak ketam..anak ketam tu kitorang masukkan kat dalam tapis dan buat laga..hadoi la..ni kalau anak2 aku buat macam ni memang suara aku pun sampai 200 meter ok..huhu..

Pernah sekali kitorang buat dajal..pergi mandi kat air terjun senyap2..masa tu Gunung Pulai memang tengah havoc..air pun bersih..memang best lah masa tu..mula2 hajatnya cuma nak tengok2 je..lama2 basahkan kaki, lepas tu terus ramai2 kat dalam air..hahaha..masa tu memang dah tak fikir balik ni macam mana dengan baju basah..tengah syok2 mandi alih2 ada orang tercegat kat depan kami..Hah??? Pakcik aku da...hahaha..kitorang tak banyak cakap terus naik. Pakcik aku tak marah, tapi dia pesan, kalau tak ada orang yang lebih tua, jangan suka2 nak pergi mandi..lepas dari hari tu, kami tak pergi lagi dah..

Pakcik aku buatkan pondok untuk kami main pondok2 sama2..pondok tu betul2 mengadap pintu dapur..apa lagi, sikit2 barang dapur kami seludup masuk kat dalam pondok..bila semuanya cukup, kitorang masak sama2..menu pertama adalah ubi bakar..wakaka..memang sedap weh..habis pokok ubi arwah nenek aku kitorang cabut..pucuknya kitorang goreng..yang cerdiknya, batang ubi tu kitorang cucuk kat tanah balik..ahahaha..tak jadi arwah nenek aku nak marah..gelihati je tengok gelagat kami..

Hari2 kami main pondok2 kat situ..ada je yang kami masak..masak jemput2 lah..goreng ikan bilis lah..memang dah tak ingat dah mak aku kat rumah..dari kecik aku dah independant..tak kisah kalau mak aku jauh..setiap kali cuti sekolah, aku tuntut nak balik kampung..arwah nenek aku pun asal cuti sekolah datang rumah aku dan offer aku samada nak ikut dia balik ke tak..hehehe..

Kalau tak balik kampung, aku selalu kena dera dengan kak long aku kat rumah..ahaha..bukan dera apa..dia mesti suruh aku buat kerja rumah..kak long aku ni orang kanan mak aku..kalau aku nakal memang kena cubit lah dengan dia..garang weh kak long aku ni..berani lah melawan, memang berjalanlah ketam dia tu..huhu..garang2 pun aku berani pedajalkan dia..akakaka..senyap2 aku masukkan cicak getah kat dalam baju dia..wahaha..melenting-lenting kegelian..hahaha..rasakan..

Boleh dikatakan aku ni pioneer bab2 permainan rakyat waktu tu..kalau aku start main tenteng, semua nak main tengteng..kalau main rounders, semua nak main rounders, kalau main getah, semua nak main getah..biasanya akulah ratu semua permainan tu..ekekeke..gelak aku kalau ingat2 balik..kalau main secara berkumpulan, ramai yang nak satu kumpulan dengan aku dan pakat bila lat talilat..cett..ratu lah katakan..

Semuanya dalam kenangan..korang mesti ada memori macam tu kan..aku ni pakkal banyak memori yang aku lupa..kalau tak berjela-jela jugak entry ni..hehehe..nanti kalau aku ingat, aku tulis kat entry lain ya..panjang2 sangat kang korang malas nak baca ekeke..kan2..betul tak? Huhuhu..





Sakit Perut


Assalammualaikum..

Apa khabar? Sihat? Aku dah dua hari tak berapa nak sihat..huhu..tak tahu apa sebab musababnya..yang aku tahu, start petang semalam perut aku meragam..memulas-mulas macam nak menyahtinja..wahaha..tapi, tak berjaya..sampaikan malam tadi aku tak boleh tidur lena sebab sakit perut aku ni on off datangnya..aku ingatkan lepas bangun tidur pagi tadi hilang dah sakitnya..tapi dia tetap sakit macam semalam..nak MC, aku malas nak duduk rumah..sebab bukan boleh rehat pun..ehehehe..lebih baik aku datang kerja..

Puas dah makan ubat, minum air panas..mula2 je lega, lepas tu sakit balik..adeh la..jangan lah kena Chika..korang penah kena Chika? Fuhhh..itu lagi satu penyakit..nak duduk tak boleh, nak jalan tak boleh, baring pun tak boleh..boleh dikatakan semua serba tak kena..nak betul2 baik pun makan seminggu..aku dah pernah kena 2 kali..memang sakit tak terperi weh..

First time aku kena kat rumah mentua..sebelum tu aku dengan adik ipar aku Non pergi Kip Mart kat Kota. Aku rancang nak beli ketam dan segala sayur mayur. Ketam tu aku masak lemak..Non pulak beli kerang sebab masa tu dia tengah pregnant dan teringin nak makan kerang rebus..so, lepas beli tu terus kami balik dan masak sama2. Kitorang makan sama2 dengan penuh berselera uolls..

Lepas subuh perut aku dah mula menggelodak kuat..sebelum tu cuma sakit sikit2 je..Encik Hubby dah nak hantar aku pergi klinik pagi tu jugak. Tapi aku sakit macam dah nak mati..nak bangun pun dah tak boleh..macam nak menyahtinja, macam nak muntah, sakit kepala..arghhh..semua ada tapi tak boleh..sudahnya mak mentua aku panggilkan bidan suruh urut aku satu badan..memandangkan aku pun dah tak boleh bangun, terpaksalah Encik Hubby jemput bidan datang rumah..

Bidan tu pun urut aku satu badan. Sementara tu dia suruh mentua aku buatkan air asam jawa..lepas tu aku pun minum..lepas minum, segala air yang kat dalam perut pun keluar dengan derasnya..korang pernah tengok cerita Rock tak? Macam tu lah dia keluar..bidan tu pun cakap aku kena Chika angin..setelah berurut dan muntah barulah aku boleh bangun walaupun perut masih sakit lagi..masa tu Anna baru setahun lebih..kesian dia terkontang kanting mak mentua aku jagakan..dah la masa tu dia tak nak dengan orang..bila aku dah sakit, baru dia nak..

Lepas tu aku pun tertidur..sesekali badan terasa seram sejuk yang amat..gagahkan diri jugak untuk bangun dan mandi..mak aku pesan, kalau kena Chika kena mandi lama2 sampai menggigil. Aku pun mandi lah sampai menggigil..bila dah menggigil barulah terasa nak menyahtinja..pergh..baru lega..selagi tak keluar, selagi tu lah perut akan sakit je..

Bila Chika dah hilang, aku kena cirit-birit pulak..bukan aku je, satu rumah kena cirit-birit..masing2 tertanya-tanya, kitorang makan apa yang buatkan kitorang ni cirit-birit..nak kata makan ketam, atok tak makan ketam..nak kata makan kerang, aku pulak tak makan kerang..dan yang paling kelakar anak Along yang keesokan harinya datang pun kena cirit-birit..padahal lauk tu pun dah langsai..jadi misteri pulak..ehehe..tapi yang penting aku lah yang paling teruk kena..seminggu jugak aku cirit-birit..sampai takut nak makan apa2..yang peliknya, tak kurus pun..wahaha..

Itulah pengalaman aku kena Chika..yang kali kedua aku dah tak ingat dah kena bila..tapi tak lah seteruk masa first time kena..yang penting, sakit perut stok guling2..memang sakit yang amat..yang tak bestnya boleh pulak kena kat kampung..memang tak best langsung..sebab2 kena Chika ni masih misteri..kalau dah Allah nak turunkan penyakit kat kita, kita kena redha..penyakit ni kan sebahagian daripada penghapus dosa2 kecil..semoga tabah ya bila kita jatuh sakit..aku pun sekarang tengah bertabah lah ni..doakan aku cepat sembuh ya..



Thursday 15 November 2012

Hijrah


Assalammualaikum..

Awal tahun Hijrah kali ni aku kena kerja..huhu..tapi dengan penuh bersemangat..awal tahun dengan permulaan yang baik, lebih baik tanpa memulakan apa2..tapi, bagi aku kalau sesiapa yang ingin berhijrah menjadi lebih baik, tak perlu nak tunggu tahun baru..permulaan tahun itu sebagai peringatan sebab dalam sejarah Hijrah itu sendiri dimulakan bukan kerana Islam menang dalam perang Badar, bukan juga kerana lahirnya Nabi Adam atau lahirnya Rasulullah SAW ke bumi Allah ini..ianya wujud kerana perpaduan Ummah..dalam lagu Hijrah pun ada menyebut..

''Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu..''

Itu dia..blog Sopheshifa mengajar erti perpaduan..huhu..tapi, itulah kebenarannya..bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..dengan erti kata lain, bersatu lah kita walau berlainan pendapat, walau dengan apa cara sekalipun tanpa alasan..apabila terbitnya alasan, maka jalan untuk kita bersatu amat sukar dan memerlukan masa..sampai bila? Renung-renungkan dan bertindak sebelum terlambat..

Bercerita tentang Hijrah, aku pun ada pengalaman tersendiri..hari ini genap 14 tahun aku behijab, Alhamdulillah..permulaannya tidak begitu sukar..namun begitu sewaktu di awal penghijrahan aku tu ada juga cakap2 orang yang aku kena telan..tapi aku kuatkan semangat dan semuanya dipermudahkan..aku dulu rock weh..kaki jamming, kaki gig dan kaki lepak..wahaha..

Walaupun aku dulu jenis macam tu, aku masih menghadkan batas2 pergaulan..aku pilih kawan yang boleh dipercayai yang masih boleh nasihat kat kawan2..bukan semua okeh orang yang suka pergi gig ni perangai macam setan..cuma ada sesetengahnya saja yang tak boleh dipercayai. Itu pun segelintir sahaja..kira masalah terpencil lah orang sekarang cakap..huhu..

Dulu, aku selalu bercampur dengan brader2..huhu..biasanya bila habis waktu kerja lah..hahaha..brader2 yang aku kenal ni tak ada yang menganggur..semua ada kerja dan kerjaya. Setiap kali jumpa kami akan pergi jamming..kelakar lah..tapi bila kami duduk borak2, diorang suka cerita tentang masa depan..apa yang diorang akan buat untuk masa depan diorang dan nasihatkan yang lain..macam tak percaya je kan..tapi itulah hakikatnya..

Akhir tahun 90-an scence kat Kulai memang ada macam2 jenis..ada Punk, Skinhead, Grunge, Hardcore, Grindcore dan metal semua ada..tapi, mereka tak berpuak-puak..mereka semua di kalangan sahabat2 zaman persekolahan..sebab apa kami boleh duduk semeja? Semangat setiakawan dan nilai persahabatan yang membuatkan kami sentiasa bersatu..saling mengambil berat sampai lah dah beranak pinak ni..

Lepas tu, masing2 boleh tanya..

''Dalam kitorang ramai2 ni, tak ada pulak yang kau berkenan ehk..jangan kata nak couple, skandal pun tak ada.''

Wahaha..apa punya soalan lah..sebabnya bukan korang tak handsome atau tak baik pun..malah ada yang dah jadi artis..tapi, aku tak nak nilai persahabatan yang ada ni berubah..aku sayang kawan2 aku ni..walau pernah dikutuk, ditegur dan dilemparkan dengan kata2 yang menyakitkan hati, tapi aku masih mahu berkawan dan bersahabat. Aku lebih suka sahabat yang mahu menegur kesilapan daripada mengiakan apa saja yang kita lakukan..apa lagi sahabat yang tak boleh ditegur..haish..

Ada juga yang tak suka dengan kita, kawannya pun ikut tak suka kita..ibarat macam zaman sekolah pulak..zaman hingusan..zaman yang hanya ikut kata hati dan bukan akal fikiran..di sekeliling aku pun selalu terjadi perkara sebegini..moga mereka sentiasa diberikan petunjuk..ingat, walaupun orang tak suka kita, jangan doakan agar orang tak suka dia..sampai bila2 pun tak akan berubah..doalah yang baik2 moga manfaatnya kita perolehi bersama..

Macam juga bila kita lihat orang tak bertudung dan terkeluar pulak ayat ''kenapa lah mereka ni tak bertudung?'' kan lebih elok kalau kita cakap ''cantiknya dia ni kalau bertudung..'' Begitu jugak masa mulanya penghijrahan aku dulu..sampai ada yang kata..

"Hujan la macam ni.''

Sedih weh bila dengar orang cakap macam tu..bukan budak2 yang kutuk. Tapi ada sorang makcik yang sindir aku macam tu..bila aku fikir2 balik, kalau aku dengar cakap dia, seolah-olah aku dah gagal dengan niat murni aku tu..huhu..walaupun aku tak bertudung labuh..tapi, aku anggap ianya sebagai latihan..melatih untuk aku biasa dengan bertudung..practice make perfect! 

Di kesempatan ini aku ucapkan Salam Maal Hijrah kepada sesiapa yang tersinggah blog aku ni..mungkin ini antara penghijrahan aku yang sempat aku tulis..nanti2 lah aku cerita pasal penghijrahan yang lain di next entry ya..moga kisah aku boleh dijadikan iktibar walaupun tak ada lah kisah menyayat hati pun..sekurang-kurangnya ada yang aku nak kongsikan walaupun ada yang tak kuasa nak baca..ahahaha..