Tuesday 6 November 2012

Bila Anak-Anak Main Pondok2..


Assalammualaikum..
Alhamdulillah..cuaca sangat cerah hari ni kan..kering semua baju bajan aku di ampaian..huhu..hari ni aku bukan nak cerita pasal kain baju, tapi nak cerita pasal Anna yang terkenal dengan kepocinya tu..ada je ayat2 yang buat aku gelihati bila dengar. Selain suka bertanya budak2 ni memang suka memerhati kan..kita pun takkan sangka gerak geri kita pun dia perhatikan walaupun kadang2 dia sibuk bermain.

Pagi tadi masa aku sibuk memasak, Anna, Ashraf dan Shifa tengah main pondok2..dari apa yang aku dengar, Anna sebagai ibu, Ashraf sebagai ayah dan Shifa sebagai anak. Rupa-rupanya bukan Shifa sorang je anak diorang. Patung Barney pun terbabit dalam drama episod ni..ehehehe..Barney sebagai baby..si Anna sibuk ke hulu ke hilir dengan baby. Siapa2 tak boleh ganggu sebab baby tu demam..adeh..

Shifa pula adalah seorang anak yang tak pernah ikut arahan..lain yang disuruh, lain yang dia buat..asyik kena bebel dengan mak dia je..yang mak dia asyik dok merintah tak tentu pasal..ah..itu bukan aku ehk..huhu..Asyraf pulak, tak sudah2 pergi kerja tapi kejap2 asyik balik rumah kacau2 apa yg Anna buat. Antara dialog diorang..

"Abang, pergi tengok kakak tu buat apa..cakap dengan dia jangan kacau baby, dia demam tu..saya nak masak ni.''

Masa ni aku tersengih-sengih bila dengar dialog Anna..ececeh..very the mak2 you..

"Yang, aba begi dulu..''

Kahkahkah..masa ni aku dah tak tahan terus gelak..wahaha..tak padan dengan pelat, Ashraf ber yang2 dengan Anna..ahaha..geli sungguh pankreas aku..hihihi..anak oh anak..kadang2 bila melayan kerenah diorang boleh menggigil satu badan sebab geram. Kadang2 gelihati pun ada..huhu..oh ya, semalam ada orang sembur nyamuk kat kawasan perumahan dan Anna cerita kat aku..

"Mama, tadi ada orang sembur nyamuk, kaki Anna goyang."

"Goyang kenapa? Macam mana goyangnya?''

''Macam ni..'' 

Sambil dia tunjuk kaki dia bergoyang..rupa2nya dia menggigil..dia takut dengan mesin sembur nyamuk tu..pernah sebelum ni orang sibuk keluar rumah sebab nak kena sembur nyamuk, yang si Anna ni bersungguh-sungguh tak mahu keluar rumah sebab takut..semalam, mak aku kata dia melalak..dia asyik protes kenapa nak datang dan sembur kat rumah..kalau tak sembur tak boleh ke?..adeh la..



No comments: