Friday 9 November 2012

Off To Jusco Bukit Indah


Asslammualaikum..

Harap korang semua sihat ya di hari Jumaat yang penuh barokah ini..nak cerita sikit pasal semalam..kenapa aku tiba2 je cuti..sebenarnya tak rancang pun nak cuti semalam. Tapi disebabkan Encik Hubby pun cuti aku ambil keputusan untuk cuti juga..nasib baik bos approved..huhu..cuti semalam aku manfaatkan dengan pergi jalan2 ke Jusco Bukit Indah..lama betul tak ke area Bukit Indah..sepanjang perjalanan balik tu kami hampir2  sesat sebab banyak bangunan baru dibina..masa pergi kami lalu highway, sebab tu tak perasan..huhuhu..

Sepanjang perjalanan hujan lebat mencurah-curah dan kami hampir2 nak langgar orang sebab percikan air dari kereta depan terpercik kuat ke cermin kereta kami..mujur tak ada apa2..maklumlah pilot kami memang terlatih..huhu..sampai kat Jusco pun hujan masih lebat..dari car park nak ke mall pun tak boleh sebab hujan tengah lebat takut kena tempias..kalau kami berdua je memang lama dah redah..di bawak yang mengemit-ngemit ni, terpaksa lah tunggu sampai hujan reda.

Kami pergi kat tingkat atas sambil tengok baju budak2..aku beli botol susu Shifa je. Mula2 nak jugak beli baju budak2 ni, tapi macam tak berapa nak berkenan..tu yang postpone dulu..sebab kalau bab baju2 ni aku lebih suka beli kat Tebrau city sebab banyak pilihan..dan moto berbelanja aku adalah 'beli yang cantik tapi murah'..ahaha..boleh gitu? Huhuhu..sambil tu pergi tengok periuk2 stickpan yang agak mahal bagi aku..saje je..aku kan suka macam tu..huhu..

Lepas tu aku singgah ke Daiso..aku suka tempat ni..feeling macam pergi Jepun..kedai ni jual produk2 dari Jepun. Harga setiap barang adalah RM5 sahaja..tengok, aku kan suka beli barang murah..ahaha..macam2 ada kat sini..siapa2 yang nak pergi oversea aku syor korang singgah kat Daiso..banyak barang2 keperluan musim sejuk kat sini seperti glove, pocket warmer, earmuff dan bermacam-macam segala mak nenek yang sewaktu dengannya..


Inilah barang-barang yang aku beli kat Daiso..setiap satu berharga RM5..tapi kalau beli barang bersaiz kecil terasa rugi pulak kan..macam2 gunanya ni..aku kalau benda yang tak ada manfaat memang tak adanya aku nak beli..huhu..


Korang mesti terpikir kan apa guna benda alah ni..siap ada penyangkut bagai kan..ni sebenarnya tissue holder..comel je kan..sesuai pakai tisu yang kotak nipis..


Saiz macam ni..-Google Image-


Beg ni selain boleh buat simpan barang make-up untuk travel, ia juga boleh digunakan jadi pencil case..ada 3 saiz..aku beli saiz yang kecil.


Yang ni produk Hello Kitty..sama jugak macam tadi..boleh isi apa2 yang korang mahu..disebabkan beg ni tak berapa nampak Hello Kittynya, Anna cuma nak kad lebel tu jek..hadoi la..


Yang beg polka dot lace ni boleh dijadikan coins pouch..comel je kan..ada unsur2 gurly kat situ..huhu..nak buat letak handphone pun ok..lain kali kalau aku nak singgah kat Daiso ni harusnya tak bawak budak2..memang susah nak memilih..hehehe..dah la kedainya style Jepun, banyak barang yang dia susun2..sekali kena hambat dengan Shifa mau berterabur semua barang..ahahaha..


Dah huduh betul aku punya coins pouch ni kan..tu yang aku beli coins pouch yang baru..Anna tak complaint lagi..huhu..anak dara aku yang sorang ni kecik2 dah bimbo..kalau boleh apa yang aku pakai dia yang nak pilihkan..lagi lah coins pouch yang huduh ni..membebel je suruh tukar baru..sayang wooo..beli handbag Nine West include coins bag ni..nak beli handbag Nine West lagi? Perlu ke? Huhu..tak perlu, duk diam2..ahaha..







No comments: