Thursday 29 November 2012

Keletah Anna


Assalammualaikum..

Wah, dah Khamis..cepat betul masa berlalu..kenapa rasa begitu? Sebab aku banyak kerja atau aku banyak buang masa? Hahaha..apapun kena enjoy dengan masa yang ada..bukan enjoy dengan benda2 yang tak berfaedah..bukan..aku tampo kang siapa buat macam tu..akakaka..

Tiba2 aku teringat perbualan aku dengan Anna..Anna ni kadang2 aku tengok sangat mengada-ngada..sikit2 nak nangis..kena lepuk dengan adik pun nak nangis..adakalanya dia jenis yang suka menolong..tak suruh pun dia sibuk nak tolong..macam kak nam..huhuhu..tapi, daya ingatannya sangat kuat..toksah berjanji dengan dia kalau kita tak boleh nak tunaikan..boleh menanah telinga dok ulang benda yang sama..

Masa tu aku tengah duduk2 sambil tengok tv..Anna datang dan duduk kat sebelah aku..Shifa pun asal kakak dia duduk kat sebelah aku mulalah dia duduk menempel..Encik Hubby waktu tu tak balik dan tiba2 Anna tanya aku dengan soalan yang agak terkejut juga masa mula2 dengar..

''Mama, abis lah mama..papa dah tak sayang mama lagi.''

Dalam hati aku, soalan apakah ini? Encik Hubby ada cakap kat dia ke..haish..lepas tu untuk meredakan kemusykilan dengan soalan Anna tu..aku pun berseloroh..

''Berani papa tak sayang mama.''

''Ya mama..habislah..''

''Kenapa cakap macam tu?''

''Habis tu, tak kahwin2 kenapa?''

Kahkahkah!!! Geli usus aku bila dengar jawapan dia yang terakhir tu..adeh la..mentang2 dia tak pernah tengok aku bersanding, dia bajet kami tak kahwin2..hahaha..tu lah kan..budak2 baya Anna ni bukan tahu macam mana institusi kekeluargaan ni berfungsi..maksud aku, macam mana nak ada anak kalau tak kahwin..hehehe..

Lepas tu, budak2 ni suka tanya soalan2 yang tak masuk akal..sebolehnya aku akan jawab secara bijak..tak nak sampai dia tanya lagi soalan2 yang merapu..lagi satu, Anna ni suka nak jadi stylist aku..kadang2 dia ni ada taste jugak dalam bab berfesyen..kalau nak rasa cantik dari pandangan mata dia senang je..pakailah baju color pink..gerenti dia puji aku cantik..sampaikan papa dia pun dia suruh beli baju pink..hehehe..apa dah..Anna, Anna..you know how much i love you?





No comments: