Thursday 1 November 2012

Bukan Rajin, Tapi Rutin


Assalammualaikum..
Dah 2 hari tak bersiaran..bukan tak sihat atau apa..cuma sibuk sikit layan Winter Sonata..akakaka..bila nak blogging je, tak ada idea pulak nak mengarang..bila dah mengarang, tak publish pulak..nanti2 lah ya sebab kekurangan isi kat situ. Korang kalau beli karipap kurang isi pun dah membebel kan..ahahaha..

Cuaca lately ni memang agak sejuk sikit..cewah..boleh feeling ikut mood masa tengok Winter Sonata..hahaha..tu yang tekun tengok cerita tu sampai habis..kikiki..tapi kan, mood bangun pagi aku sangat liat pulak..dah bangun tapi macam nak pejam mata 5 minit je lagi. Pejam2, amik kau! Pukul 7 baru sedar dan  seperti lipas kudung aku bangun..lipas kudung pun tak macam aku tau..

Hari2 aku biasa2 je..tak ada yang menarik sangat pun. Semuanya rutin harian..tapi, percaya tak yang aku memang suka kerja2 rutin harian ni bila kat rumah..aku rasa seronok nak buat..nak malas2 pun dah tak sempat sebab bila dah mulakan, tangan aku tak berhenti mengemas..huhu..mesti ada yang gelak kan. Tapi kalau member2 yang penah duduk 1 dorm dulu mesti tahu aku ni jenis yang macam mana..bak kata Tim, 

"Dia ni kalau tinggalkan sorang2 kat dorm, dorm ni boleh jadi apartment."

Ahaha..gelak aku bila ingat balik. Kalau nak buat sesuatu mesti bermula dari minat kan..kalau tak minat, memang semua tak menjadi. Kalau jadi pun tak sempurna..tapi tu habit masing2..bukan nak kata aku ni rajin. Aku pun ada malasnya juga. Aku sangat malas bab lap cermin tingkap..memang malas..kalau aku dah start lap, kang aku tak boleh tengok cermin comot plak..haaa..tu yang aku malas.

Masa aku mengandung, tahap kerajinan aku pada tahap maksima..akaka..sebab tu keluar dua2 gurl..agaknya kalau aku pregnant anak lelaki mesti aku malas kan..huhu..sampaikan Encik Hubby suruh aku stop dari mengemas. Dah malam2 buta pun masih duduk mengemas. Masa tu kebetulan baru beli almari. Masa almari tu sampai, aku kat kampung. Sampai rumah kira dah lewat malam jugak lah. Sampai rumah tak sempat tunggu esok, aku dah susun semua baju2 masuk dalam almari..ehehe..

Masa mengandungkan Anna 8 bulan, adik ipar aku kahwin dan aku pun sibuk sama. Sampaikan makcik Encik Hubby suruh aku duduk diam2 sebab dia ngeri tengok perut aku yang besar tu..huhu..masa aku dah overdue, aku hantar adik ipar aku ikut suami dia posting ke Sarawak. Laju je aku jalan ngalahkan orang yang tak mengandung..ahaha..menonong je..

Belum lagi kalau kat office..kalau boleh kerja yang memaksa aku naik turun tangga aku nak buat..biar senang proses bersalin nanti..tapi, tanpa izinNya pun tak boleh jadi jugak..banyak memori waktu aku mengandung dulu..ada sekali tu dengan perut yang besar, aku pergi CS nak beli kasut. Promoter tu siap alihkan semua kasut dan suruh aku duduk..terkejutnya aku sebab promoter tu sangat prihatin dan yang kelakarnya baru aku sedar yang aku ni tengah mengandung..huhu..sebab tak biasa dilayan begitu..

Kerana sikap aku tu jugak buat aku rasa bertambah keazaman dalam diri aku..lagipun sejak kecik lagi aku dah biasa buat kerja2 rumah ni..walaupun aku anak bongsu, tapi aku tak dimanjakan. Kak Long aku selalu kerah aku buat kerja rumah. Ingat lagi masa aku darjah satu. Dia suruh aku cuci kasut sekolah sekali je. Kali kedua dia terus campak kasut aku keluar..ahaha..ganas ehk Kak Long aku tu..huhu..sebab tu sejak kecik lagi aku dah tahu buat kerja rumah.

Dan sekarang bagi aku kerja mengemas ni bukan satu bebanan. Jiran aku selalu tegur aku sebab tengok aku rajin menyapu. Pada aku apa yang aku buat tu bukan sebab rajin, tapi sebab mengemas tu dah jadi satu rutin. Bila aku tanya diorang balik, diorang nak menyapu seminggu sekali pun malas..huh? Tak apa, yang penting aku suka dengn apa yang aku lakukan. 



No comments: