Monday 5 November 2012

Musim Hujan..


Boleh dikatakan hari2 hujan sekarang ni kan..tapi taklah hujan sepanjang hari. Masa aku sekolah dulu, bila musim hujan, boleh dikatakan sepanjang hari hujan sehingga akhir bulan. Sekarang ni dah tak macam tu dah..global warming kot, tu yang tak ada musim hujan yang macam tu..pernah aku diberitahu bahawa bulan September hingga Oktober adalah musim hujan, sebab tu ada huruf 'r' di belakang ejaan nama bulan tersebut yang mewakili 'rain'..

Masa sekolah dulu kalau musim hujan mesti setiap kali balik sekolah aku letak kasut belakang fridge..hehe..kononnya biar cepat kering..maklumlah kasut sekolah ada satu je..tu pun dah berlubang..ahaha..tapi aku jenis yang cermat sebab kasut sekolah boleh pakai sampai 2 tahun..hehe..mak aku, selagi barang tu masih elok, tak adanya dia nak belikan yang baru kecuali aku simpan duit dan beli sendiri..merengek lah macam mana pun, andai aku terbalikkan rumah pun mak aku takkan belikan punya..sob sob..mak aku ajar aku berjimat (ayat sedapkan hati).

Semalam, lepas aku tidurkan Shifa, hujan pun turun..cuaca pun memang sedap2 je untuk tidur..tapi aku tak rasa nak tidur pun. Sebelum tu mak aku asyik dok membebel je pasal aku ada beli mi kuning tapi aku tak buat apa2 pun dengan mi kuning tu..sebelum mi kuning expired, aku pun fikir nak buat apa dengan mi kuning tu..fikir punya fikir, aku decided buat mi bandung je..sebab mi kuning tu tak banyak, cukup untuk 5 orang makan je..lagipun bapak aku memang suka makan mi bandung..

Makanya, sedang orang kat dalam rumah sedap tidur, aku pun memulakan aktiviti memasak tanpa gangguan..part ni memang best..ehehe..leceh kalau time masak anak2 asyik dok memerintah..kejap nak susu, kejap nak menyahtinja..macam2 lah..masak mi bandung je pun bukannya susah sangat..ahaha..campak2 je dah siap..

Bila dah masak, masing2 yang tidur terus bangun dan terus duduk kat meja makan..amboi, macam lah aku panggil diorang suruh makan kan..tak panggil pun diorang datang sendiri..ekeke..biasalah..hujan2 perut mesti lapar dan mintak diisi..seronok bila tengok bapak aku berselera makan..bapak aku ni baru2 ni je dia ada selera nak makan..kalau tak memang susah nak suruh dia makan..

Encik Hubby pun puji mi bandung aku sedap..ececehhh...meacih bang..jarang cik abang memuji ni..masak lah sedap macam mana pun..dia dok rilek je makan..ahahaha..masa tengah makan tu abang aku datang pulak dengan kakak ipar dan anak2nya..huhu..mintak mahap lah ye..mi tinggal semangkuk je..kongsi lah korang makan 5 beranak..huhuhu..

Malam tu lepas Maghrib kitorang pergi Tesco..niatnya nak beli baju hari2 untuk anak2..beli lah sorang sepasang buat ada2..tapi tiba kat kaunter seperti biasa terbang RM155..padahal baju budak2 RM15 sepasang..yang lain2 banyak barang makanan yang aku beli..macam2 cadangnya nak masak..disebabkan dah lama tak buat pizza sendiri, tu yang dok cari bahan..cari bahan buat kek sekali..nanti aku tunjuk lah tutorialnya ya..tu pun nak kena cari masa yang sesuai..hehe..

Balik dari Tesco Encik Hubby singgah kat area Taman Gunung Pulai..kat situ ada burger bakar yang orang selalu dok sebut tu..makanya, aku pun nak menyemak sama..ahaha..Encik Hubby beli 7 ketul yang harga untuk seketul RM6.80..sedap jugak burger tu..Untuk Encik Hubby je 2 ketul..yang lain2 seketul jek..ahaha..yang lagi 2 ketul aku bagi kat anak sedara aku masa singgah rumah diorang..lepas ni aku nak try burger bakar kat tempat lain pulak..huhuhu..



No comments: