Wednesday 14 November 2012

Tutorial: Kek Coklat Moist Kukus


Assalammualaikum..

Apa khabar korang semua? Huhuhu..hari ni aku nak share satu resepi kek coklat moist kukus yang sangat sedap..muehehe..tapi, ianya sangat mudah dan confirm jadi..hehehe..inilah aktiviti aku semalam sempena cuti perayaan Deepavali..untuk lunch, tak adalah aku masak tosai ke, ideli ke..huhu..aku cuma masak tomyam campur, kailan goreng belacan, ikan bakar dengan telur dadar je..dah macam restoran Thai aku buat kat umah semalam..ahaha..lepas tu aku buat kek pulak..Amaran! Entry kali ni memang banyak capture ya puan2..huhu..


Ini adalah pelakon2 utama yang diperlukan..


Mula2 cairkan 1 1/2 butter dengan api yang sederhana..


Bila butter dah cair, masukkan 2 cawan gula kastor..kacau sampai cair..


Kemudian masukkan 1 tin susu cair Ideal..nak guna full cream milk pun boleh..tapi kalau guna susu cair ni senang nak agak sukatannya..


Lepas tu masukkan 1 sudu besar coklat emulco..tujuannya memekatkan warna kek coklat tadi selain menambah perisa pada kek ini..tak guna pun boleh..


Kacau sehingga sebati..bila dah sebati sila tutup api dan ketepikan..


Sementara tu pukul 3 biji telur. Kalau telur tu kecik sila guna 4 biji ok..pukul tak perlu nak beria sangat okeh..sekadar sabati begini jek..huhu..


Lepas tu masukkan 1 penutup esen vanila dan kacau lagi..peringatan, sila abaikan jari yang gebu itew..ahaha..


Kemudian, masukkan perlahan-lahan telur yang dipukul tadi ke dalam adunan yang dicairkan tadi..ehem2 transfer kat mangkuk yang Encik Hubby belikan tu..huhu..


Sambil tu ayak 2 cawan tepung gandum..masukkan 1 camca teh baking powder..


..dan 1 camca teh soda bikarbonat..ayak bersama ya puan2..


ayak 1 cawan koko juga..ayak aku ni comel jek..sebab tu kena 2 kali ayak..huhu..


Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam adunan tadi..


Kacau sehingga sebati sehingga mereka sherashi bershama okeh..huhu..


Tak tahu la kenapa aku malas betul nak kacau adunan ni betul2 semalam..takpe, kita tengok hasilnya nanti..huhu..lepas tu sila ketepikan sebentar..sebentar je ye..jangan lama2..


Sila gris dulu loyang..aku guna loyang bentuk segi empat bersaiz 9''. Adunan ni sesuai untuk loyang saiz 9'' ya puan2..nak guna loyang bulat pun ok..korang kena panaskan kukus korang siap2 dulu..


Masukkan adunan  ke dalam loyang..kek ni akan naik ya puan2..


Tutup dengan aluminium foil dulu sebelum dikukus..


Disebabkan kukus aku tak boleh menampung loyang 4 segi 9'', makanya aku terpaksa menggunakan kebijaksanaan aku untuk menggunakan periuk besar macam ni..jangan lupa alas dengan redai..seeloknya redai korang tu tinggi supaya korang tak perlu risau nak tambah air..paham kan..kalau guna loyang bulat senang sikit..guna pengukus biasa tu pun muat..kukus selama 1 jam 30 minit dengan api sederhana..


Inilah hasilnya..nampak tak yang becapuk-capuk putih tu..ha..ni lah kalau malas nak gaul sehingga sebati..tepungnya tak rata..tapi yang penting kompem jadik walaupun malas nak ratakan betul2..huhu..capture ni terlebih flash pulak..ehehe..


Setelah dipotong..nyum2..ni warna yang asal ya puan2..huhu..tayang sikit pinggan baru..huhu..beli kat Maidin RM9 jek..huhuhu..



No comments: