Friday 23 November 2012

Cuti Semalam


Assalammualaikum..

Semalam adalah public holiday sempena Hari Keputeraan Sultan Johor..Daulat Tuanku! Aku cuti tapi tak kemana-mana pun sebab Encik Hubby kerja..sob sob..tapi, kalau public holidah setakat satu hari aku tak kisah pun kalau Encik Hubby kerja..sebab aku boleh buat kerja rumah yang terbengkalai. Semalam aku dapat cuci toilet atas..makan 1/2 jam jugak nak cuci toilet tu..aku kalau cuci toilet, dengan toiletries pun aku cuci..hehehe..lepas tu sental lantai yang kotornya kalau aku dapat aku nak bantai je dengan rotan..degil sungguh! Tapi, tak boleh lah kan..kang korang ingat aku tak betul pulak..ekekeke..

Lepas tu tak tau nak buat apa dah bila semua dah settle..nak tidur, aku ni jarang tidur siang. Sebab kalau aku tidur siang, kepala aku mula lah pening2 sampai ke malam..sudahnya aku pergi ke dapur..tu pun sebab Anna nak makan meggi goreng..aku pun cari kat kabinet..tapi...dah habis..macam mana ni? Kesian pulak kat Anna sebab dia nak sangat makan petang tu..aku belek2 cuma ada pasta fettuccine jek..pasta lain ada, tapi semuanya tinggal sikit..kat rumah aku ni memang nak kena ada stok pasta sebab diorang memang suka aku buat bila aku tak ada kerja macam ni..ishk..

Siap masak, kitorang makan sekali..memang memantol la boring aku semalam. Nak2 time diorang tidur..aku je la terkebil-kebil tengok tv..semalam Encik Hubby balik awal pulak..melompat lah anak2 aku..bagus jugak..aku nak kena topup groceries yang dah habis..so, Encik Hubby cuma hantar aku dengan Anna kat IOI dan fetch aku kemudian..sebab Encik Hubby nak hantar bapak ke klinik..Shifa tak ikut sebab huru hara kang nanti..

Dengan selamba kami melangkah pantas..teehee..mula2 pergi kat ruang legar sebab Reject Shop ada jualan penghabisan stok..nasib baik duit aku tak buat penghabisan stok kat situ..haha..tak beli apa2 pun..tengok2 jek..lepas tu ke kedai buku dan DIY..kat DIY macam biasa aku mesti beli sesuatu..hehe..aku beli sudip berlubang dengan 3 pcs senduk lauk..tak habis2 kan..nilai kecairan matawang kat situ cuma RM11..mula2 Anna nak sangat patung baby besar pemeluk dia tu..tapi, duit aku memang cukup2 jek..

''Lain kali je lah ya beli anak patung ni..mama tak bawak duit banyak ni..tunggu papa.''

''Abis tu, mama boleh beli senduk tu..''

Adeh la..boleh dia kenakan aku balik..bukan aku tak nak belikan anak patung tu..kang buat berebut je dengan adik dia..nak beli kena beli 2..tapi, aku tak bawak duit banyak. Selalunya Anna tak pernah mintak mainan..mungkin disebabkan dia dah 2-3 kali dok jeling anak patung tu setiap kali pergi situ, tu yang dia dah tak boleh kawal keinginan..ahahaha..Encik Hubby pulak tak ada..kalau dia ada, kompem Anna tak mintak..akakaka..

Lepas tu baru kami pergi Giant..dapat2 je trolley rosak..memang semput aku dibuatnya..cari apa yang patut dan tiba kat kaunter je Anna mintak ais krim..tapi penjual tu tak ada..selamat! Ingatkan lepas tu dia senyap la..tak..dia pow aku dengan air Cool Blog..dah dapat, terus senyap! Adeh la..ni baru sorang..belum bawak adik dia lagi..sampai kat orang jual buah potong, aku beli buah mangga yang sangat manis..dia potong duit aku RM6 kat situ jek..ahahaha..siap bayar je Encik Hubby pun muncul..cet! Dan2 teringin nak makan wafel..hehehe..

Selesai je ingatkan terus nak balik rumah..tapi Encik Hubby teringin pulak nak makan steamboat kat Malay Steamboat depan hospital tu..hurm..layankan je lah..lagipun dah lama tak makan kat situ dan tahap kelaparan aku pun dah tahap gaban. Memang sesuai lah bila Encik Hubby pilih makan kat situ..makan kat situ adalah secara buffet. Satu kepala RM17 dan kanak2 6-12 tahun RM10..so, umur seperti Anna adalah percuma..makan lah korang kat situ sampai muntah!


Ini adalah 2 orang makan..hahaha..belum lagi kira yang kat dalam bowl tu..ada udang dengan ketam kat situ..yang jenis bakar, kami pilih daging black pepper dengan ayam black pepper..Encik Hubby cakap kenapa aku ambil banyak sangat? Tapi hakikatnya, aku jugak yang kena ulang alik ambil lagi..cett!! Meja kiri kanan asyik dok jeling2..tapi aku buat dapur tu macam dapur aku kat rumah jek..hahaha..lantak lah! Kuah boleh pilih samada nak sup atau tomyam..aku pilih dua2 sekali..aku kan tamak..akakaka..

Muntah2 kami makan..Anna je dok rilek dengan dunia dia..orang sibuk makan, dia sibuk bercakap dengan pokok bunga..bila aku ambik buah tembikai, baru dia sibuk makan macam tak pernah jumpa makanan..huhuhu..selesai je makan, aku dah kekenyangan..tiba2 je terasa sakit dan lenguh kat lengan aku..bila fikir2 balik, owh..aku menyental toilet siang tadi..hehehe..buat suspen jek kan..




No comments: