Friday 2 November 2012

Cerita Menyayat Hati..


Assalammualaikum..
Salam Jumaat aku ucapkan terlebih dahulu sebelum aku nak cerita tentang berita yang aku terima pagi tadi..berita yang bagi aku sangat menyayat hati. Tak dapat aku bayangkan bila aku berada di tempatnya. Aku doakan agar dia tabah menghadapi dugaan hidup. Semoga Allah memudahkan setiap perjalanan dalam menjalani kehidupannya..

Kalau korang perasan tentang cerita2 aku sebelum ni mesti korang dapat meneka siapakah gerangannya..cerita tentang seorang kenalan yang mempunyai suami yang kepala angin tak tentu pasal tu. Kat sini bukan aku nak buruk2kan dia..tak..cuma aku nak jadikan iktibar diatas apa yang berlaku terhadap isteri beliau yang juga kenalan aku.

Pagi tadi sorang member aku call dan ceritakan semuanya..member aku ni aku gelarkan B ada pertalian darah dengan si suami yang aku gelarkan N dan isterinya aku gelarkan sebagai K. Boleh dikatakan ceritanya tu memang sahih dan aku memang percaya. Dia pun pernah jadi tempat N melepaskan marah kat FB..kesian, teruk dia kena. Sampai saudara mara semua masuk campur.

Yang aku nak cerita sekarang ni adalah pasal K yang telah dipukul oleh N..bayangkan ada kesan lebam sebesar helmet pada kedua2 belah pehanya..bukan itu saja tubuhnya juga turut diangkat dan dihempas ke lantai..aku memang tak dapat bayangkan bagaimana kesengsaraannya..lepas aku dengar cerita tu, mood aku terus tak ada..sepanjang hari ni aku memang tak ada mood.

Aku terfikir, kenapa benda ni boleh berlaku? Sudah hilang sifat2 kemanusiaan kah sampai tidak dapat mengawal perasaan sehingga mencederakan isteri sendiri? Di mana kasih sayang dahulu yang aku kira mereka kahwin atas dasar cinta? Tiada pegangan agama kah tapi dalam masa yang sama mereka pernah sama2 mengerjakan umrah satu ketika dahulu? Bingung dengan sifat manusia seperti ini dan dalam masa yang sama, aku berdoa agar semua ini tak berlaku pada aku dan pada wanita2 bergelar isteri di luar sana.

Wanita seharusnya dilindungi bukan jadi punching bag sesuka hati..aku berdoa agar K tabah dalam menjalani kehidupan dan membuka hatinya supaya membawa perkara ini untuk diadili. Jika hubungan seperti ini berterusan, aku takut tak dapat lihat engkau gembira lagi. Sungguhpun sayang masih berbaki, tapi tolonglah jangan biarkan seorang dayus menguasai..



No comments: