Wednesday 21 November 2012

Isu Di Gaza, Aktivis & Boikot Produk Israel



Assalammualaikum..

Sebenarnya hari tu aku ada publish entry pasal ni..tapi aku delete sebab takut ada yang tak faham maksud aku..hehehe..kalau dulu senjata adalah pedang, sekarang lidah dan tulisan pun boleh jadi senjata tajam..salah tafsiran boleh buat orang salah faham kat kita..ok lah, tak nak cerita panjang2..kang korang bosan nak baca (padahal tak bajet pun ada yang baca)..ekekeke..

Sana sini orang perkatakan mengenai Gaza..sesiapa pun yang masih mempunyai sifat peri kemanusiaan akan mempunyai sensiviti pada diri mereka..syukur, sebab di negara kita memang ramai yang prihatin tentang isu saudara kita di Gaza..dan aku harap sikap prihatin itu akan berterusan..

Masing2 menyebut dan ingin memboikot barang2 buatan Israel..ramai juga aktivis2 yang hangat berkempen untuk memboikot semua barang2 buatannya..tujuan mereka memang sangat murni. Boikot itu sendiri bertujuan untuk memberi kesedaran atau cara kita protes tentang sikap mereka yang melampau..

Tapi, jangan hanya ada yang tidak galak berkempen, ada aktivis2 ini mengutuk dan marah dengan tindakan mereka yang tidak memboikot barang2 orang Yahudi..kononnya mereka ini tidak prihatin dan sensitif dengan nasib saudara kita di Gaza..mana tahu, mereka sering memanjatkan doa minta Allah permudahkan mereka yang teraniaya di Gaza dalam solatnya..

Cuba baca di sini:
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html

Ketahui dulu hukumnya sebelum sewenang-wenangnya anda mengecop mereka..takut ada yang terasa hati nanti..



No comments: